Adsense

Jumaat, 9 September 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kecoh raya Jehan, Kamal & Afiq

Posted:

Kecoh raya Jehan, Kamal & Afiq

Kecoh raya Jehan, Kamal & Afiq

TIGA fasa, tiga personaliti dan tiga kisah hidup meniti populariti dalam versi dan pesona sendiri sama ada dalam dunia lakonan mahupun peragaan.

Siapa yang tidak kenal dengan Jehan Miskin yang mula melakar nama sekitar tahun 2011 menerusi iklan Winston Kickboxer, wajahnya semakin kerap menghiasi papan iklan dan kaca televisyen.

Bukan sekadar membikin penangan dalam industri peragaan malah turut mencetus fenomena dalam industri lakonan sama ada filem mahupun drama.

Menjengah ke era yang lebih terkedepan, aktor kacak Kamal Adli yang dipilih menjadi Hero Remaja 2007/2008 turut memulakan kerjaya seni menerusi pentas peragaan.

Malah seorang lagi aktor remaja yang kini semakin menempah tiket sukses dalam karier peragaan dan lakonan, Afiq Muiz, miliki bisa sendiri untuk menghangatkan arena seni berserta bonus sosok badan yang kekar dan sasa.

Pertemuan di Majlis Peragaan Fesyen Raya di Pusat Beli-Belah Great Eastern, Kuala Lumpur baru-baru ini sempat berkongsi kisah raya ketiga-tiga selebriti itu tiap kali menjelma Syawal setiap tahun.


TIGA aktor muda ini mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dalam dunia seni.


Jehan raya di Singapura

Pada tahun ini, Jehan Miskin atau pemilik nama Mohd. Jehan Miskin, 32, menyambut raya di Singapura.

Bukan untuk mencari keseronokan beraya di rantau orang tapi jelasnya hanya tempoh itu kesempatan bercuti diperolehnya sejak bermulanya tahun 2011 lagi.

"Saya memang perlukan cuti dan kesempatan hari raya tahun ini adalah peluang terbaik untuk saya merehatkan badan dan minda yang selama ini sibuk dengan tugas," katanya yang memilih Universal Studio Singapura sebagai lokasi percutian.

1 Syawal tahun ini juga, percutian ke rumah rakannya di Singapura bermula dua hari sebelum raya hingga hari raya ketiga.

Pernah menyambut raya di luar negara seperti Amerika Syarikat, luah pemegang Sarjana Muda Sains Komputer dari University of Lincolnshire, Humberside, United Kingdom itu lagi, sambutan raya di Singapura sangat berbeza berbanding di Malaysia.

"Di Singapura, setiap keluarga mengenakan pakaian yang sama warna dan mereka menyewa bas untuk berkunjungan ke rumah saudara-mara.

"Satu masa dulu saya pernah beraya di Amerika Syarikat bersama adik saya, Faiz Nur Miskin, yang ketika itu belajar di Kanada, tiada yang istimewanya kerana orang di sana tidak menyambutnya semeriah di Malaysia," ujarnya yang turut meluangkan masa melawat zoo negara dan taman burung Singapura.

Kamal letupkan katak

Berbeza pula bagi aktor berzodiak Aries, Ahmad Kamal Ahmad Adli atau lebih serasi dikenali Kamal Adli, 25, setiap kali raya adalah perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya setiap tahun.

"Hari raya merupakan hari yang sangat indah dan terbaik sepanjang tempoh setahun dan sememangnya itu yang ditunggu-tunggu saya memandangkan pada ketika itu saja dapat bertemu keluarga dan berkumpul sanak-saudara," luah keterujaannya yang tidak pernah tidak beraya di kampungnya sama ada di Jitra, Kedah mahupun Pekan, Pahang berselang-seli.

Mendahulukan persiapan raya empat adiknya berserta dua anak saudaranya sebelum memikirkan empunya diri, Kamal mengakui mood raya lebih terasa apabila beraya di kawasan kampung.

"Apabila beraya di kawasan kampung saya yang ada bendang padi, terasa pula seperti dalam iklan. Sememangnya feel raya itu lagi kuat terkesan," cerita anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Ketupat palas dan rendang ayam menjadi keutamaan Kamal di pagi lebaran sementara mercun pula menjadi kebanggaannya di kala berakhirnya Ramadan.

"Mercun itu umpama nasi bagi saya, memang perlu ada setiap kali tiba musim perayaan.

"Masih saya ingat sampai sekarang pengalaman saya meletupkan katak menggunakan mercun pada ketika saya berusia 16 tahun.


DARI KIRI: Kamal, Afiq dan Jehan sudi berkongsi kisah raya masing-masing dengan peminat dunia hiburan tanah air.


"Mujur pada ketika itu ayam yang saya sasarkan untuk diletupkan mercun terlepas dan akhirnya katak menjadi mangsa saya," bicaranya berseloroh bersulam gelak tawa.

Pengalaman bermain mercun bukan terhenti di situ, katanya pernah juga dia membaling mercun ke dalam rumah orang yang dibencinya selepas solat Subuh.

"Rasa puas hati bila dapat balas dendam pada orang tapi itu semua perkara silam, kini perlu lebih matang dan mercun bukan lagi menjadi kewajipan semasa raya," katanya yang kini memilih mercun bunga api berdasarkan kematangannya.

Rentak Afiq

Mengagumi aktor kacak Hugh Jackman dan mendambakan kualiti serta pesona yang dimiliki bintang Wolverine itu, ujar Afiq Muiz, 19, atau pemilik nama sebenar Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, dirinya masih lagi mentah dan memerlukan bimbingan daripada pelakon senior.

Bakat lakonan yang dihidu kesan daripada keaktifannya dalam dunia peragaan membuahkan hasil menerusi drama pertamanya iaitu Darah Pontianak pada tahun lepas.

Selepas terlibat dalam pementasan teater Gelanggang Tuk Wali beberapa bulan lalu, katanya keyakinan untuk menggalas peranan yang lebih berat makin diperoleh.

"Syukur Alhamdulillah kini saya sudah mendapat rentak untuk memulakan perjalanan dalam dunia seni, bagaimanapun saya masih memerlukan bimbingan pelakon-pelakon senior untuk saya bertapak dalam bidang ini," ujar pelakon baharu yang mendapat pendidikan di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu.

Sepanjang berkelana selama hampir dua tahun dalam industri seni katanya bajet kali ini antara yang paling banyak dikeluarkannya semata-mata untuk raya.

"Lebih RM1,000 saya sediakan untuk angpau raya saja dan setakat ini jumlah itu yang paling banyak pernah saya keluarkan," katanya yang menantikan kuih tart buatan ibunya setiap kali tibanya Syawal.

Bajet raya juga tertumpu pada persiapan raya di rumah keluarganya termasuk membeli kuih-muih raya, pakaian dan hiasan baharu sempena Aidilfitri.

Cuti raya Roslan, Alex, Neelofa, Zain

Posted:

Cuti raya Roslan, Alex, Neelofa, Zain

Cuti raya Roslan, Alex, Neelofa, Zain

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


EMPAT figura ini kembali sibuk dengan rutin anak seni dengan kemunculan bulan Syawal ini.


WALAU agak sibuk dengan jadual dan rutin harian yang perlu dijalani, suasana raya pasti menjadi keterujaan bagi semua umat Islam yang menyambutnya. Itulah jua yang dialami empat figura yang giat mencari rezeki sebagai pelakon mahupun pengacara iaitu Roslan Shah, Neelofa, Zain Saidin dan Afian Giman.

Bagi Roslan Shah, 41, raya yang baru seminggu diraikan membawanya pulang ke kampung halaman di Tampin, Negeri Sembilan dan seterusnya ke Singapura yang merupakan tempat kelahiran ibunya.

Bersyukur dengan rezeki yang diterima sepanjang 2011, bicara Roslan, Aidilfitri kali ini sungguh bermakna buat dirinya.

"Alhamdulillah, raya tahun ini memberi rezeki buat saya kerana banyak tawaran yang saya terima untuk lakonan mahupun pengacaraan. Kali ini saya telah membeli lapan pasang baju Melayu. Saya beli lebih kerana untuk majlis-majlis raya yang perlu saya hadiri untuk menjadi pengacara kelak," tutur Roslan yang telah bercuti raya selama seminggu.

Tahun pertama Neelofa

Raya kali ini merupakan pertama kali buat aktres kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Neelofa menyambut Ramadan dan Aidilfitri untuk dirinya sebagai selebriti.

"Lofa pulang ke kampung tiga hari sebelum raya dan beraya bersama keluarga Lofa selama seminggu dan selepas itu perlu pulang ke Kuala Lumpur untuk sambung penggambaran drama.

"Kalau sepanjang Ramadan, Lofa tidak berasa lapar kerana sibuk dengan penggambaran tapi di hari raya pula orang kampung dan sanak-saudara teruja sambut raya bersama Lofa," bicara Lofa yang telah mengadakan rumah terbuka di kampungnya pada hari raya pertama.

Juadah raya kegemarannya, kata Lofa termasuklah nasi dagang serta roti jala bersama kuah kuzi ayam hasil air tangan neneknya sendiri.

Bagi jejaka berumur 27 tahun berwajah kacukan Melayu-Inggeris, Zain pula, dia menegaskan dirinya masih Melayu tipikal kerana kecenderungannya untuk meluangkan masa di dapur menyediakan juadah raya. "Kalau ada masa saya akan ke dapur memasak juadah untuk keluarga saya dan paling saya nantikan apabila tibanya hari raya.

"Rutin kami sekeluarga sehari sebelum raya adalah meluangkan masa seharian memasak hidangan wajib seperti rendang ayam dan lontong di dapur apabila semua sanak saudara saya dari Melaka datang ke Kuala Lumpur," katanya yang menggemari masakan lontong air tangan ibunya.

Setiap kali sambutan Aidilfitri, sajian wajib keluarga Zain termasuklah lemang dan mi selain kuih kacang yang turut menjadi kegemarannya.

Menyelak lembaran kisah rayanya, Zain menegaskan dirinya dan keluarga sentiasa mendahulukan persiapan baju raya lebih awal dan sering sedondon di pagi raya.

Alex buka gerai

Lain pula cerita Afian Giman yang lebih dikenali sebagai Alex Yanz mengenai persiapan raya tahun yang lalu dilebihkan kepada dua orang anak lelakinya masing-masing berusia 11 dan 9 tahun.

Apa yang menariknya, cerita lelaki ini, seperti tahun sebelumnya, dia membuka gerai yang menjual makanan dan air.

"Saya suka berniaga dan seperti tahun sebelumnya, saya buka gerai jual popia kentang, nasi lemak dan air. Semuanya saya reka dan masak sendiri dan saya berniaga di bazar pada bulan Ramadan.

"Namun, tahun ini saya sedikit sibuk dengan penggambaran, jadi saya tidak boleh berniaga. Namun, saya telah membuka gerai pada pagi raya pertama di kampung saya, Muar, Johor.

"Pada sebelah petang pula, saya ke Kuantan dan memang kebiasaannya semua keluarga akan berkumpul di sana. Ia seperti sudah menjadi tradisi keluarga," jelas Alex menceritakan minatnya terhadap masakan.

Cuti raya tahun ini kata Alex, dia hanya pulang selama seminggu sahaja memandangkan dia mempunyai komitmen terhadap penggambaran filem dan drama yang menanti di Kuala Lumpur.

Kim Kardashian belum layak

Posted:

Kim Kardashian belum layak

Kim Kardashian belum layak


KIM KARDASHIAN


WALAUPUN namanya telah meraih publisiti luar biasa, namun rupa-rupanya nama Kim Kardashian belum layak diabadikan di Hollywood Walk of Fame.

Ini kerana pihak organisasi yang mengelola penghargaan buat para selebriti ternama Hollywood itu baru sahaja menyatakan bahawa mereka tidak akan menyenaraikan bintang rancangan realiti untuk Hollywood Walk of Fame.

Setelah menerima pertanyaan mengenai potensi untuk Kim diabadikan namanya di Hollywood Walk of Fame, pengelolanya lantas mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook yang berbunyi - "Seseorang sempat bertanya, adakah kami akan memberi penghargaan kepada bintang rancangan realiti (Kim Kardashian)? Jawapannya, semestinya tidak!"

Kenyataan itu bagaimanapun segera mendapat beberapa komen dan sebahagian besar menyokongnya.

Sehingga kini, selebriti yang namanya disenaraikan untuk menerima penghargaan itu harus dipersetujui oleh Hollywood Chamber Of Commerce dan selebriti tersebut harus menghadiri upacara rasmi bagi meraikan pengiktirafan tersebut.

Selain itu, ia juga bukan percuma yang mana setiap selebriti yang terpilih perlu membayar sebanyak AS$30,000 (RM89, 000) bagi kos pembuatan, pemasangan dan penjagaan plak yang tertulis nama mereka di Hollywood Walk of Fame itu.

Naib presiden perhubungan media yang juga penerbit upacara penghargaan ini, Ana Martinez berkata Hollywood Walk Of Fame hanya akan diberikan untuk individu yang terbabit dalam dunia hiburan, berprestij dan berjiwa sosial.