Adsense

Khamis, 21 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Persalinan Perkahwinan Memey Bernilai RM7.2 Juta!

Posted: 21 Jul 2011 08:42 PM PDT

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pelakon Memey Suhaiza & Norman Hakim bakal melangsungkan majlis persandingan pada 28 September ini di Crowne Plaza Mutiara, dimana Memey Suhaiza akan mengenakan set persalinan yang dipinjamkan, iaitu gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta.

Bagi melengkapkan cita-cita penganjur untuk mengadakan Wedding of The Year, Memey Suhaiza & Norman Hakim akan mengenakan pakaian & kemasan bernilai jutaan ringgit, antaranya :

  1. Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.
  2. Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  3. Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Fuh, bukan main vass lagi perkahwinan Memey Suhaiza & Norman Hakim. Teringin juga kami nak dengar pendapat Abby nanti ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Falling In Love, Single Terbaru Siti Nurhaliza Versi English.

Posted: 21 Jul 2011 08:01 PM PDT

Pada 19 Julai 2011, Adib Khalid melalui laman Twitter @adibkhalid memaklumkan pelancaran single terbaru Datuk Siti Nurhaliza versi English berjudul, Falling In Love. Secara total, Falling In Love memaparkan sisi Siti Nurhaliza yang lebih urban dimana rentak lagu yang dihasilkan berkonsepkan dance elektro.

Percubaan berani Siti Nurhaliza untuk single ini amat menjadi. Sesuai dengan trend & selera pendengar sekarang yang amat gemarkan rentak elektro. Antara penyanyi bertaraf dunia yang turut terjun ke dalam muzik elektro ialah Jennifer Loper – On The Floor & Rihanna – Who's That Chick. Tak salah mencuba, kan?

Tahniah buat Siti Nurhaliza & Adib Khalid atas pelancaran single ini, seriously enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.