Adsense

Khamis, 21 Julai 2011

Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi

Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi


Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi

Posted:

Ingat lagi tak masa kita belajar dulu-dulu? Ala, masa kita kat sekolah rendah, sekolah menengah dan university. Ingat tak betapa kita bersengkang mata untuk menghafal, menghafal dan menghafal lagi semata-mata untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang? Cikgu-cikgu yang mengajar pun sentiasa suruh kita hafal formula, hafal fakta dan macam-macam lagilah. Sampai rasa nak pecah otak.

proton persona

Dan kita akhirnya melompat kegirangan apabila berjaya lulus periksa dengan cemerlang. Namun begitu, dengan keputusan yang mantap itu kita tetap tak diterima apabila pergi interview kerja. Mana taknya, masa interview mulut tak terkeluar sepatah pun perkataan, badan berpeluh macam baru lari 100 meter dan jawap soalan pun merapu meraban.

proton persona

inilah akibatnya apabila kita tak diajar "soft skills" seperti public speaking, team work dan leadership di zaman pembelajaran kita dahulu. Perkara ini sendiri diakui oleh Kementerian Pendidikan di mana sistem pendidikan kita lebih menekankan kejayaan di dalam peperiksaan bukannya berjaya dalam kehidupan. Namun begitu, menyedari kepentingan "soft skills" untuk kehidupan seharian kita, Proton Persona dalam kempen Better Undoubtedly telah menganjurkan "Persona – Talent Workshop" bersama dengan DJ Aanantha.

proton persona

Dulu Abang Nara pernah tulis mengenai DJ Aanantha yang mempunyai kisah hidup yang sangat menarik. Bersama dengan Proton Persona, DJ Aanantha telah berkongsi pengalaman hidup, motivasi dan cara-cara untuk membina self confidence selain daripada apa yang diajar oleh cikgu di dalam kelas. Abang Nara rasa 21 kanak-kanak daripada Agathians Shelter dan beberapa sekolah lain memang enjoy dan belajar banyak benda daripada workshop ini.

proton persona

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di dalam "Persona – Talent Workshop" ini ialah berlakon, menari, menyanyi dan berkongsi cerita masing-masing. Kanak-kanak ini makin bersemangat apabila DJ Aanantha pun turut sama buat aktiviti-aktiviti ini bersama mereka. Dan pada hari terakhir, kanak-kanak ini telah melakukan satu muzikal di bawah tunjuk ajar The Actor Studio berdasarkan apa yang telah mereka pelajari.

proton persona

Program "Persona – Talent Workshop" ini tidak akan berhenti di sini sahaja. DJ Aanantha akan memilih 3 orang kanak-kanak daripada bengkel ini untuk dibimbing dan diberi tunjuk ajar secara peribadi. 3 kanak-kanak bertuah ini akan dibantu sepenuhnya untuk ditingkatkan lagi keyakinan diri dan diasah bakat terpendam mereka. Memang ini ialah satu usaha yang sangat murni daripada Proton Persona.

proton persona

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang kempen "Persona – Better, Undoubtedly' jangan segan-segan untuk ke laman web Proton Persona.

memey 7.2 jua

Gila hebak. Ini barulah wedding of the year. Baju persalinan perkahwinan Memey Suhaiza akan bernilai RM7.2 juta pada hari bahagiannya. Meleleh la air liur melihat kilauan emas pertama baju Memey nanti:

1.Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.
2.Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
3.Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Tak sabar pulak nak tunggu 24 September untuk menyaksikan kilauan daripada baju pengantin Memey Suhaiza. Mesti awesome.

"Kau Main Jauh-Jauh" adalah tajuk lagu kumpulan Prince of Pop ini. Memang sangat sesuai dengan diorang rasanya. Nyanyi miming, menari nak tak nak. Kalau nak buat kumpulan tue biarlah cukup training dulu. Ini buat sakit mata je. Pleaselah bersedia sikit sebelum nak jadi penyanyi. Buat malu je eh. Tak gitu? Ke korang ada pendapat lain?

nurul syuhada

Cantik gila. Itulah kata-kata yang terluah dari mulut Abang Nara apabila melihat hasil bidikan kamera The Photographer untuk majlis pernikahan Nurul Syuhada dan Raja Amir. Memang awesome. Lagi 20 gambar sekitar majlis tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Teruskan Membaca Gosip Ini Sepenuhnya

botak juvana

Ala korang nie memang suka menggedik dengan Abang Nara kan? Mementang Abang Nara jarang kongsikan gambar artis-artis baru lelaki, korang buat-buat merajuk pulak. Abang Nara faham isi hati anda semua. Cuma susah sikit nak carik gambar-gambar artis lelaki di Malaysia ini. Mungkin kurang publisiti kot.

Tetapi demi memuaskan hati anda semua, Abang Nara nak sharekan profile dan gambar-gambar si Botak yang popular dengan drama Juvana baru-baru ini. Botak atau nama sebenarnya Johan Ariff Asari sememangnya berbakat di dalam lakonan. Cuba korang baca sikit profile dia kat bawah nie:-

Nama Sebenar: Johan Ariff Asari
Umur : 25 tahun (lahir pada tahun 1986)
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunselin di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri

Memang boleh buat menantu nie. Pernah belajar tahfiz lagi. Bagus-bagus. Inilah pelakon yang kita mahukan. Bukan kosong tetapi berilmu. Tak gitu? Layankan lagi beberapa keping gambar Botak Juvana dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Teruskan Membaca Gosip Ini Sepenuhnya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.