:: MYARTIS.COM :: |
HUNNY MADU ENGKAR ARAHAN DOKTOR... Posted: 21 Jul 2011 05:23 AM PDT Meskipun dinasihatkan oleh doktor agar berehat beberapa minggu, namun Hunny Madu atau nama sebenarnya Farhana Mohd Hatim, tidak mahu menjadikan kesakitannya sebagai halangan dalam seni. Terkini, Hunny tetap hadir dalam majlis Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand bagi membantu membekalkan makanan kepada lima rumah kebajikan yang terpilih. Majlis berkenaan telah berlangsung di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Subang Jaya, Selangor. Turut hadir ialah Yang DiPertua RACTAR, Tengku Puteri Nor Zehan Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pengerusi Ayam Brand YM Tunku Dato' Mu'tamir Tunku Tan Sri Mohamed dan beberapa jemputan kehormat. "Sebenarnya, saya amat menyayangi kanak-kanak. Sebab itu saya sanggup mengengkari arahan doktor agar tidak melakukan sebarang aktiviti sekiranya mahu cepat sembuh," ujarnya ketika ditemui sebaik majlis itu selesai. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca kecederaan yang dialami oleh Hunny hingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat berkaki empat. Malah sepanjang persembahannya bagi menghiburkan penghuni RACTAR, Hunny hanya duduk dikerusi kerana tidak mampu berdiri. "Tak apalah... saya sebenarnya gembira bila melihat penghuni di sini tersenyum mendengar nyanyian saya. Bagi saya, melakukan kerja-kerja amal sebegini adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak dapat diukur dengan wang ringgit," jelasnya lagi. Klik untuk imej besar...
|
WOWWW... MASHA MILAN LONDOH...!! Posted: 20 Jul 2011 02:45 PM PDT Kalau artis muslim yang beraksi begini, sudah tentu mereka akan kena kritik habis-habisan oleh pelbagai pihak. Namun bagi Masha Milan Londoh... mungkin beliau sukar dikritik disebabkan beliau bukan muslim meskipun sering melakonkan watak Melayu dan wanita muslim di dalam drama mahupun filem. Pasti ada yang menyokong dan mengatakan Masha boleh beraksi begitu dalam mana-mana majalah kerana beliau 'bukan Islam'. Namun begitu, pasti juga ada yang mengatakan aksi Masha ini agak 'melampau' dan ia mampu mempengaruhi anak-anak muda yang meminati lakonan dan nyanyiannya. Dalam hal ini... kita harus mencari jawapannya sendiri. Adakah kita peka dengan perkembangan dunia seni? Adakah kita peka dengan pengaruh negatif yang sering diselitkan dalam video muzik luar negara yang sering menampilkan aksi kurang sopan? Bak kata pepatah: tepuk dada tanya selera... atau pepatah lain ada menyebut: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak..!! Tak gitu..?? . |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |