Adsense

Khamis, 21 Julai 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Live Streaming | Watching Malaysia vs Chelsea

Posted: 21 Jul 2011 07:03 AM PDT

PILIHAN MALAYSIA JUMPA CHELSEA MALAM INI

Posted: 21 Jul 2011 02:38 AM PDT




SKUAD kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal telah mengalami kekalahan pada dua aksi menentang kelab Liga Perdana England.
Mereka tewas 0-4 kepada Arsenal pada 13 Julai lalu dan tewas 3-6 kepada Liverpool pada 16 Julai lalu.
Kini giliran skuad Pilihan Malaysia bimbingan Ong Kim Swee pula untuk berdepan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Pilihan Malaysia merupakan skuad gabungan 9 pemain senior Liga Super yang tidak terpilih untuk menganggotai skuad kebangsaan dan 12 pemain skuad Olimpik negara.
Inilah pemain terbaik dimiliki Pilihan Malaysia memandangkan para pemain skuad kebangsaan tidak dibenarkan beraksi menentang Chelsea kerana mereka sudah pun berlepas ke Singapura pagi ini.
Ia bagi tugasan skuad kebangsaan menentang Singapura untuk aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar pada Sabtu ini.
Bagi Kim Swee yang merupakan jurulatih skuad Olimpik negara dan juga jurulatih Harimau Muda A, aksi menentang Chelsea itu merupakan pentas terbaik buat 9 pemain senior itu membuktikan mereka masih boleh dipanggil membarisi skuad Rajagobal.
"Bagi pemain-pemain senior ini, saya berharap mereka dapat mempamerkan persembahan terbaik kerana terdapat dua atau tiga pemain yang saya rasa masih layak untuk diserapkan ke skuad kebangsaan," kata Kim Swee.
Sembilan pemain senior yang bakal dipertaruhkan Kim Swee malam ini ialah bekas kapten kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah, tiga kapten skuad negeri iaitu Amri Yahyah (Selangor), Badhri Radzi atau Piya (Kelantan) dan Shahrulnizam Mustapa (Perak) serta Hairuddin Omar, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Joseph Kalang Tie dan bekas penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.
Pilihan Malaysia Jumpa Chelsea Malam Ini
Hairuddin, 32, bakal beraksi untuk kali ketiga menentang Chelsea setelah mencipta sejarah pada aksi sulung 2003 apabila penyerang berasal dari Setiu, Terengganu itu menjaringkan gol tunggal skuad kebangsaan ketika tewas 1-4.
"Saya tidak akan lupa kenangan manis itu. Sepakan sudut diambil Rosdi Talib, kemudian saya melompat tinggi mengatasi John Terry dan menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Chelsea.
"Memang cita-cita mahu mengulangi perkara sama pada aksi kali ini. Tapi saya sedar ia sesuatu yang sukar dan akan cuba melakukan yang termampu. Kalau dapat jaringkan gol, ia bonus tambahan," kata Hairuddin.
Kim Swee membayangkan untuk menurunkan barisan sembilan senior itu pada separuh masa pertama sambil dibantu dua pemain skuad Olimpik iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor di posisi sayap kanan dan Zubir Azmi di bek kiri.
Namun pengendali berusia 41 tahun itu akan memasukkan baki 10 pemain skuad Olimpik sepanjang babak kedua dengan tenaga segar daripada Irfan Fazail, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Amer Saidin amat ditagih.
"Saya akan cuba beri peluang kepada semua 21 pemain yang disenaraikan ini beraksi untuk 45 minit atau sekurang-kurangnya 30 minit.
"Bagi pemain muda dari skuad Olimpik, perlawanan ini sebagai peluang mereka menimba pengalaman menentang bintang-bintang dunia setelah berhempas pulas melayakkan diri ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik zon Asia," jelas Kim Swee.
Sementara itu, Chelsea pasti akan tampil dengan persembahan mantap memandangkan mereka hadir dengan 26 pemain yang rata-ratanya cukup popular.
Hanya Ramires, David Luiz dan Michael Essien tidak berada dalam pesawat ke Malaysia.

Baki bintang utama lain seperti Petr Cech, Jose Bosingwa, John Terry, Ashley Cole, John Obi Mikel, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Nicolas Anelka, Didier Drogba dan Fernando Torres akan tampil beraksi malam ini.
Yang lebih menarik ialah Chelsea kini dibimbing pengurus baru, Andre Villas-Boas yang cukup muda apabila baru berusia 34 tahun.
Villas-Boas setibanya di Malaysia pada Isnin lalu menegaskan akan meneruskan falsafahnya menurunkan dua skuad berbeza pada setiap separuh masa sama seperti ketika Chelsea menewaskan Wycombe 3-0 dan Portsmouth 1-0 minggu lalu.
"Buat masa ini, falsafah tersebut akan diteruskan pada siri Jelajah Asia selama 15 hari ini yang saya anggap sebagai persiapan terbaik menjelang musim baru nanti.
"Selama tempoh itu, kami akan cuba untuk menguji beberapa kombinasi baru selain berkongsi idea mencari percaturan terbaik buat pasukan," kata Villas-Boas

(GAMBAR) Marsha Londoh Seksi

Posted: 21 Jul 2011 01:55 AM PDT


Seksi betul Marsha Londoh di majalah FHM ni. Tak terkata-kata melihat aksi Marsha yang sungguh mengugat jiwa kejantanan yang sedang melihat gambar dia ni. Tapi selepas ni harap Marsha bolehlah perbaiki sedikit pengayaan yang sedia ada ni. Bawalah imej ketimuran, kita kan orang Malaysia. Seharusnya Marsha dapat menyesuaikan diri dan peka dengan keadaan sekeliling. 




(GAMBAR) Perkahwinan Zul Handy Black

Posted: 21 Jul 2011 01:51 AM PDT


Zul Handy Black ni juga seorang pelakon untuk filem Mantra. Pelakon yang waktu itu sangat kontroversi kerana memperaksikan watak sungguh 18sx. Tapi tip top sekrang dah pon selamat diijab kabulkan oleh wanita pilihan dirinya. Details mengenai gambar perkahwinan dibawah tidak dapat dikesan. Apa-apa pun tahniah kepada Zul Handy Black dan juga isteri beliau. Moga kekal hingga ke akhir hayat.



(GAMBAR) Azharina si JANDA SEPI

Posted: 20 Jul 2011 07:54 AM PDT