Adsense

Rabu, 5 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

Posted: 05 Jan 2011 09:54 PM PST

Walaupun sibuk dengan persiapan akhir untuk Party Ulangtahun Budiey.com, Budiey masih sempat untuk ke Majlis Sidang Media Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter yang diadakan pada jam 11 pagi tadi.

final poster francissca

Sidang media yang diadakan di Emporium Grand Café, Jalan Perak, Kuala Lumpur ini dihadiri juga oleh penerbit ekskutif Chandra Segar, para penaja dan juga media.

Untuk meraikan kegemilangan penyanyi lagenda Francissca Peter dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan "Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter".

Konsert ini bertujuan merai kehadiran Fran dalam industri muzik selama 33 tahun. Ia juga merupakan sebahagian daripada aturcara sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Konsert berprestij ini akan berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 5hb dan 6hb Februari 2011, dari jam 8.30pm ke 11.45pm.

01

Eye Design menjanjikan sebuah persembahan yang menarik yang membanggakan arahan En Chandra Shegar, Penerbit Eksekutif bagi konsert ini.

En Ramli MS, pengarah muzik tersohor Malaysia, akan memimpin 33 pemuzik orkestra dengan menampilkan 33 lagu-lagu popular nyanyian Fran sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Konsert ini juga akan mengaggabung kembali gandingan Fran bersama Royston Sta Maria dan juga persembahan istimewa dengan Imran Ajmain.

Konsert ini juga adalah sebahagian dari Visi 1Malaysia Perdana Menteri kita. Sebagai penghibur bukan Melayu yang paling berjaya di dalam industri muzik Malaysia, Fran juga berbangga diberi peluang membuat persembahan di Istana Budaya.

Setelah menghasilkan 20 lagu hit nombor satu 1 di carta, dan juga memenangi anugerah "Vokal Wanita Terbaik" selama 5 tahun berturut-turut, konsert ini selaras dengan pelancaran album kompilasi "Keunggulan Francissca Peter" oleh Warner Music.

DSC_2009_e

Sebahagian dari hasil jualan tiket akan di salurkan kepada dua badan kebajikan iaitu International Aid Organization World Vision dan Yayasan Salam. Kini, World Vision di Malaysia telah melantik Francissca untuk menjadi duta mereka selama 6 tahun berturut- turut.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.francisscapeter-concert.com dan www.ticket2u.biz atau hubungi talian Hotline +603 4147 8600 . Harga tiket adalah RM99, RM149 , RM189 ,RM239 dan RM299.

Pada konsert ini, Eye Design akan menjual beberapa barangan esklusif. Antaranya adalah kompilasi kesemua album Francissca Peter dalam bentuk 'box set' pada harga yang istimewa. Tawaran ekslusif ini yang di keluarkan oleh Warner Music, hanya boleh di miliki di Istana Budaya pada kedua-dua hari konsert dan tidak akan di dapati di mana-mana kedai muzik.

Untuk info lanjut sila layari: http://www.francisscapeter-concert.com

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya
  • Hannah Montana The Movie
  • Gambar Tunang Gurutari Adam Corrie Lee Abdullah
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Gambar Peserta Program Tiada Lama Tiada Baru Satu-Satunya
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Konsert Tribute P.Ramlee
  • Show Imran Ajmain di No Black Tie 19 Mei 2009
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Dato' Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Jemputan Ke Party Ulangtahun Ke-4 Sensasi Selebriti

    Posted: 05 Jan 2011 04:49 PM PST

    UPDATED: RAMAI BETUL PEMBACA YANG MAHU KE PARTY BUDIEY SABTU INI…

    NAH, PENYERTAAN DIBUKA SEMULA UNTUK MEMBERI PELUANG TERAKHIR KEPADA 10 ORANG PEMBACA SAHAJA.

    DENGAN SATU SYARAT, BAYARAN YURAN KE PARTY PERLU DIJELASKAN PADA HARI INI JUGA.

    SILA BACA ENTRI INI UNTUK TAHU BAGAIMANA NAK KE PARTY ULANGTAHUN BUDIEY.COM.

    Salam pembaca semua, ya sedar tak sedar, Budiey.com kini meningkat usia 4 tahun! Untuk pengetahuan semua, blog Sensasi Selebriti bermula pada tarikh 7 Januari 2007.

    Alhamdulilah, syukur! Seharusnya kita kena bersyukur dengan nikmat hidup yang diberikan sebab kadang-kadang tu, kita terlupa, masa berlalu dengan begitu cepat. Pejam celik-pejam celik… dah pun 4 tahun. Budiey rasa macam baru je semalam kita sambut ulangtahun ke-3 di Neway Karaoke, kan? kan? kan?

    Faizal Tahir

    Faizal Tahir juga setuju. Kata Faizal Tahir, tempoh 4 tahun dalam industri adalah satu tempoh yang lama. Sudah boleh mencapai satu kematangan. Itu kata FT. Pada yang belum tahu, Faizal Tahir pun dah 4 tahun dalam industri. Tonton ucapan Faizal Tahir kat bawah ni:

    SEJUTA PENGHARGAAN
    Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

    Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Tak kiralah siapa korang, Budiey rasa semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama. Korang memang sporting habis! Juga kepada PR dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang kepada Budiey menghadiri majlis anjuran mereka.

    Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari tahun pertama hinggalah sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin akan hidup sampai hari ini.

    Tahun 2010 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Biarlah semua itu menjadi kenangan yang tak mungkin kita lupakan.

    KENANGAN DI PARTI ULANGTAHUN KE-2
    Budiey rasa macam baru sahaja menyambut ulangtahun ke-2 bersama pembaca di Parti Ulangtahun ke-2. Ingat lagi tak kat mana? Untuk readers yang join, mesti ingat punya. Haa… kita pernah berparti di Restoran Rasa Utara, Tingkat 4, Berjaya Times Square pada 10 Januari 2009 (Sabtu).

    Kalau tak silap ada dekat 40 orang pembaca yang join. Walaupun buat di tempat yang sederhana, tanpa sound system dan persembahan artis, namun semua kata, parti ulangtahun ke-2 meriah sebab ramai yang hadir dengan warna tema orange dan putih.

    Diserikan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Imran Ajmain, IZ OIAM serta PR Radio Suria FM dan NTV7. Lepas makan-makan, ada cabutan bertuah, kemudian ada sesi potong kek ulangtahun yang berbentuk nombor 2.

    Selepas lepak kat restoran Rasa Utara, pembaca semua ramai-ramai ke GSC untuk menonton filem YES MAN beramai-ramai. Itulah serba sedikit imbauan kenangan manis di parti ulangtahun yang lepas.

    party

    IMBAS MEMORI DI PARTI ULANGTAHUN KE-3
    Walaupun diadakan agak lewat, sambutan ulangtahun ke-3 yang lalu tetap hangat dengan warna tema merah menyala diadakan di Neway Karaoke, Berjaya Times Square pada 24 Januari 2010. Party ini ditaja oleb pelbagai pihak termasuklah Maxis, Suria FM, FOX, Disney, Brands, 8TV, Red Comm, ntv7 dan ramai lagi. Party yang dihoskan oleh Ajieb Murai itu dimeriahkan lagi dengan persembahan artis seperti Sabhi Saddi, Iqwal, Hyrul Mentor, Mimi Mystarz LG, IZ OIAM, Rubisa AF7 dan ramai lagi. Turut disampaikan beberapa anugerah kepada pembaca seperti Anugerah Pembaca Paling Setia, pakaian terbaik dan banyak lagi. Kemeriahan party diakhiri dengan sesi memotong kek yang ditaja oleh Sugarflour & SuriaFM dan sesi berkaraoke bersama pembaca.

    poster-khurafat

    PARTI KE-4: Berparty Sambil Menonton Filem KHURAFAT
    Untuk party kali ke-4, Budiey rasa sangat bertuah kerana mendapat kerjasama dari pihak Grand Brilliance & Skop Productions yang mengajak pembaca budiey.com untuk menonton filem KHURAFAT yang akan berada di pawagam pada 13 Januari 2010. Ini bermakna korang yang join menjadi antara penonton terawal yang menonton filem lakonan Syamsul Yusof ini. Budiey sudah pun menonton filem KHURAFAT dan apa yang boleh Budiey katakan, filem ini sangat-sangat-sangat seram, formula filem seram yang sukses, ada kejutan, impak bunyi yang buat anda rasa tak senang duduk. Wajib tonton!

    Budiey harap, korang enjoy dan tidak memberikan komen yang negatif memandangkan filem ini belum lagi berada di pawagam. Budiey harap korang dapat membantu mempromosikan filem Khurafat kepada kawan-kawan yang lain. Segala komen negatif tentang filem ini seharusnya korang elakkan sebab korang dijemput untuk enjoy dengan filem ini. Tak perlu fikir untuk kasi kritikan yang negatif. Harap korang faham ya.

    MENANGI PAS PERCUMA DI SURIA FM
    Party kali ini juga turut mendapat kerjasama dari radio Suria FM yang sudi menjadi radio rasmi. Sebanyak 10 pass masuk ke party ini telah diberikan kepada pendengar Suria FM. Sekiranya korang mahukan pass masuk ke party ini, kenalah dengar Suria Cinta yang dikelolakan oleh Deejay Lin dari jam 11 malam – 2 pagi. Menangi pass masuk dengan menyertai peraduan di segmen ini.

    Jemputan Eksklusif Kepada Pembaca Budiey.com
    Sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-4 ini, Budiey akan mengadakan parti bagi meraikan para pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan.

    Kat Mana Tu?
    Foyer, Level 2M, Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara
    Klik SINI untuk melihat lokasi

    Bila ek?
    8 Januari 2011, Hari Sabtu

    Jam Berapa Start?
    Jam 1 petang dah boleh ke sesi pendaftaran

    Yurannya Berapa RM?
    RM30 untuk seorang

    Tema?
    Warna Tema : Hijau Daun Pisang & Putih
    Sepanjang party berlangsung, diWAJIBkan semua pembaca yg hadir memakai Baju T-shirt Ulangtahun Budiey.com yang akan diberikan semasa pendaftaran.

    Artis yang dijemput untuk perform:
    Heliza Helmi, Isma AF7, Sofazr, Hafiz Hamidun, Altimet, Tom MyStarz LG, Iz Sulaini, Sabhi Saddi, Aurora Salwa, Farina AF8, Ariz & ramai lagi

    Selebriti yang akan dijemput:
    Para pelakon filem KHURAFAT seperti Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali & artis lain seperti Ning Baizura, Farawahida, Nita Hamzah, Shazroul, Tasha MIG, Ery MIG… dan ramai lagi!

    Apa yang pembaca akan dapat?

    1. 1 X T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti 'Genap 4 Tahun Dah'. Pembaca boleh pilih saiz samada nak XS, S, M, L, XL, XXL atau XXXL
    2. 1 X goodie bag yang diisi pelbagai barangan & merchandise
    3. Memenangi hadiah & hamper di sessi cabutan bertuah
    4. Berhibur dengan persembahan artis
    5. Dapat bertemu & bermesra dengan selebriti
    6. Makanan juga disediakan
    7. Menjadi antara penonton pertama yang menonton filem KHURAFAT. Terima kasih GBSB & Skop Productions.

    Baju T Sensasi Selebriti 4 Tahun pandangan depan
    Baju T Sensasi Selebriti dah pun siap pada 1 Jan 2011.

    Anugerah Pembaca Sensasi Selebriti 2010
    Semasa party ini juga, pihak budiey.com akan menyampaikan ANUGERAH PEMBACA SENSASI SELEBRITI kepada pembaca:

    1. Anugerah Pembaca Paling Cool
    2. Anugerah Pembaca Paling Sporting
    3. Anugerah Pembaca Paling Setia
    4. Anugerah Pembaca Paling Peramah
    5. Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis
    6. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Lelaki
    7. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Wanita

    BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PARTI ULANGTAHUN INI?
    Senang saje! Ikuti kesemua langkah-langkah berikut ini:

    1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

    • Nama penuh:
    • No. IC:
    • Alamat:
    • No HP:
    • Saiz Baju T-shirt:

    2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

    Saya mahu join Parti Ulangtahun Ke-4 Budiey.com sambil menonton filem KHURAFAT kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

    3. Hantarkan email anda itu kepada:

    Tajuk Email: Mahu Join Parti Ulangtahun Ke-4 Sensasi Selebriti

    4. Seterusnya, nantikan email dari Budiey.

    Kepada yang berjaya terpilih, Budiey akan reply email anda untuk arahan seterusnya termasuklah juga cara-cara pembayaran yuran. Semuanya akan diterangkan dalam email.

    5. Buat pembayaran.

    Oleh kerana parti diadakan di foyer yang tidaklah sebesar mana, jemputan ini hanya TERHAD kepada 100 orang pembaca sahaja! Jadi, siapa cepat dia dapat!

    P/S: Kepada individu dan syarikat yang ingin menaja parti kali ini, sila hubungi Budiey untuk menyumbang dari segi wang tunai, goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah.

    TAK DAPAT JOIN, TAPI MAHU MEMILIKI T-SHIRT EKSKLUSIF
    Untuk korang yang tak dapat join, tapi mahu membeli T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti 'Genap 4 Tahun Dah!', anda boleh mendapatkannya dengan harga RM30 sahaja termasuk bayaran pos! Penghantaran akan dibuat melalui pos. Sila hubungi Budiey untuk proses pembayaran.

    T-shirt Party Budiey.com 4

    Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti.

    Penaja Utama:

    Radio Rasmi:

    Kek Ulangtahun Budiey sumbangan:

    Nusan Bakti Corporation & Global Record

    Lain-Lain Penaja:

    logo life records

    http://free-asset.weebly.com

    Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti pembaca:

    Telefon Bimbit Blackberry sumbangan Heliza Helmi Productions

    3D Bluray DVD Player jenama LG sumbangan Astro

    Portable Hard Drive 500GB sumbangan Primeworks Studios

    MP3 Player sumbangan Red Communication

    iPod Nano 8GB sumbangan Ning Baizura

    Digital Photo Frame sumbangan BIO Channel

    DVD Player sumbangan Sony Music

    Discover Scuba DSD sumbangan Muzie

    Voucher Newsplus sumbangan Sungei Wang Plaza

    Voucher Sakae Sushi sumbangan Satu Music

    Merchandise sumbangan FOX

    Merchandise sumbangan Disney

    Merchandise sumbangan Buena Vista

    Hamper sumbangan 8TV

    Hamper sumbangan Portal GUA

    Hamper sumbangan SimplySiti

    Hamper sumbangan O'slee

    Hamper sumbangan Mas Beautee

    Hamper sumbangan Safi Balqis

    Hamper sumbangan Dashing

    Hamper sumbangan Astro

    Hamper sumbangan Radio Suria FM

    Travel Bags sumbangan Harmony Excellence Travel & Tours

    T-shirt Eksklusif & Goodie Bag dari Afdln Shauki

    Tiket Showcase Aizat sumbangan Kasi Gegar Entertainment

    dan banyak lagi…!

    Telefon Bimbit Blackberry sumbangan Heliza Helmi Productions

    3D Bluray DVD Player jenama LG sumbangan Astro

    DSC_0106

    Mp3 Player sumbangan Red Communications

    ipod-ning
    Sebuah iPod Nano 8GB sumbangan Ning Baizura

    Digital Photo Frame sumbangan BIO Channel utk #partybudiey
    Digital Photo Frame sumbangan BIO Channel

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Hamper sumbangan dari 8TV

    DSC_0104
    Merchandise Ben 10 sumbangan Arcis Communication

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Voucher Shopping dari Sungei Wang Plaza

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Notebook sumbangan Maxis & Hotlink

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Beg serba guna dari ntv7

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Notebook sleeves sumbangan BIO Channel

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Pouches bag sumbangan BIO Channel

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Ubat Gigi Mu'min

    DSC_0102
    InnerShine Pati Beri sumbangan Brands

    Topi Tajaan Portal GUA utk #partybudiey
    Topi Tajaan Portal GUA

    Goodies Party Budiey.com ke-4
    Coca Cola

    Kopi Tajaan Asia Herbal Biotech
    Kopi Tajaan Asia Herbal Biotech


    Hadiah cabutan bertuah sumbangan BALUNG

    20 DVD Filem 4 Madu sumbangan Primeworks utk goodies Party Ulangtahun Budiey.com. Thanks!
    20 DVD Filem 4 Madu sumbangan Primeworks

    Portable Hard Disk 500GB sumbangan Primeworks Studios
    Portable Hard Disk 500GB sumbangan Primeworks Studios

    dan banyak lagi menanti anda!

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Happy Birthday Erin Malek
  • Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com
  • Trivia: Perut Bonyot Pelakon Mana Ni?
  • Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Sekitar Sambutan Anniversary 10 Tahun Saluran NTV7
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Youth 08: Traffic Jam Blogger Party Anjuran Nuffnang
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.