Harian Metro: Rap |
Posted: 04 Jan 2011 06:09 AM PST SEBELUM ini kebanyakan penampilan pelakon wanita menerusi drama dikatakan kurang realistik, terutama apabila mereka bersolek 'mampan' walaupun hanya memainkan peranan sebagai orang gaji. Situasi itu pernah dikritik hebat penonton drama dan media tempatan apabila ada sesetengah pelakon wanita menggayakan bulu mata walaupun melakonkan watak wanita teraniaya, gadis kampung mahupun banduan.
Dua pelakon utamanya Nor Fouziah Mohd Gous atau Fouziah Gous, 29, dan Amyza Aznan atau Amyza, 36, menjelaskan pembabitan mereka dalam drama yang turut menampilkan lakonan mantap Rosyam Nor, Aida Khalida dan Siti Nurfazurina sangat berbeza dengan apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Bukan itu saja, jelas Amyza, sewaktu ditemui di majlis prebiu drama itu yang diadakan di Finas, Ulu Klang baru-baru ini, Trilogi Cinta turut mencabar kredibilitinya sebagai pelakon terutama apabila bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Rosyam Nor.
"Penggambaran terpaksa dilakukan dengan cepat kerana produksi perlu merakamkan 30 hingga 35 babak dalam masa satu hari. "Saya juga perlu menangis bagi memaparkan tekanan yang dihadapi Salmi selepas mengalami kemalangan. "Selain itu wataknya yang curang kepada suami dan meninggalkan anak-anak membuatkan saya perlu menunjukkan kekuatan emosi. "Pernah dalam satu babak saya hampir menangis apabila bergandingan dengan Rosyam yang melakonkan watak Razif memujuk Salmi pulang kepada anak-anak sedangkan waktu itu, Salmi sepatutnya perlu menunjukkan keras hatinya kerana sudah menjalin hubungan dengan lelaki lain," katanya.
"Waktu sama kaki saya turut disolek bagi menunjukkan kesan kemalangan yang berlaku kepada Salmi menyebabkan dia lumpuh. Kaki terpaksa diluruskan dan tidak boleh bergerak kerana sudah diberi solekan khas sehingga ada ketika kaki saya kejang dan lenguh. "Bayangkan kepayahan dilalui ini berlaku sepanjang bulan Ramadan tahun lalu kerana penggambaran dilakukan waktu itu," katanya.
"Inilah yang seharusnya dilakukan oleh kebanyakan produksi tempatan iaitu memaparkan realiti kehidupan di dalam filem mahupun drama. Saya sendiri tidak perlu pening kepala memikirkan apa yang perlu saya pakai dalam setiap babak. "Paling penting tiada sebarang solekan dikenakan pada wajah. Macam mana saya datang macam itu jugalah wajah saya apabila pulang ke rumah," katanya.
"Saya tidak berfikir banyak kerana berasakan jarang watak yang bagus datang dan diberikan kepada saya. Namun apabila melakukannya benar kata Rosyam yang cabaran untuk menjayakan watak saya bintangi sangat besar. "Sebelum ini saya pernah berlakon drama yang temanya berat, tetapi cabarannya tidak sebesar sewaktu menjayakan Trilogi Cinta. "Bagaimanapun sebagai pelakon saya berasa sangat puas kerana dapat membintangi drama yang bagus," katanya.
"Disebabkan itu jadual dirombak dan dalam satu hari saya perlu menghabiskan hampir 35 babak. Penatnya hanya Tuhan saja yang tahu. Tambahan pula ia dilakukan di bulan Ramadan. "Selain itu saya banyak menangis dalam drama ini dan sudah tentu dari sudut emosi ia sangat memenatkan.
"Mujur saya jenis pelakon yang tidak menerima tawaran lain apabila terbabit dengan satu-satu projek. Jadi tumpuan dapat diberikan sepenuhnya. Begitupun saya berasa puas kerana banyak ilmu saya timba sepanjang membintangi Trilogi Cinta," katanya.
Bagaimanapun kerana dia jarang memperoleh watak yang bagus dalam filem menyebabkan dia menjadikan drama sebagai tempat untuk mengasah bakat di samping mencari kepuasan diri. >PROFIL >PROFIL |
Posted: 04 Jan 2011 06:08 AM PST BIARPUN sudah mencecah usia 53 tahun dan tiga dekad berada di persada seni suara, satu hal yang tidak pernah hilang daripada Jay Jay adalah kelantangan suaranya. Lontaran suaranya dalam mendendangkan rangkaian lagu popular sejak zaman Carefree sehinggalah bergerak secara solo tetap unggul dan segar di hati peminat tanpa mengira lapisan usia.
Biarpun ada yang tidak mengingati judul lagu yang dinyanyikannya apabila diminta menyanyi bersama, ramai tidak segan silu menurutinya, sekali gus membuktikan mereka menghafal lirik.
Sambil menghiburkan peminat dengan petikan gitarnya, Jay Jay ternyata bijak mengemudi 'mood' penonton apabila berinteraksi dengan penonton untuk berhibur bersamanya dalam suasana santai dan rileks.
Menghangatkan persembahan secara medley itu, Jay Jay menyampaikan lagu Kenangan Lalu yang pernah dipopularkan Flybaits, disusuli lagu keramat Rindu Bayangan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |