Gosip Artis Malaysia |
Diana Amir Cemburukan Hubungan Zizan & Juliana Evans? Posted: 05 Jan 2011 12:55 AM PST Dia yang pernah digosipkan bercinta dengan pelawak itu bagaimanapun turut gembira dengan perkembangan hubungan pasangan selebriti tersebut. "Mana ada saya cemburu atau berkecil hati dengan mereka, bagi saya mereka berdua masih single dan tiada halangan jika mereka mahu bercinta sekalipun. "Saya dan Zizan dahulu hanya berkawan rapat sahaja tiada hubungan istimewa antara kami, cuma ramai yang salah anggap tentang hubungan kami sahaja," ujarnya. Diana juga menganggap kenyataan-kenyataan daripada Zizan kepada media adalah hak peribadinya. Bagaimanapun, dia memberitahu perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan persahabatannya dengan artis itu. Dalam pada itu, Diana turut menafikan hubungan percintaannya dengan pelawak tersebut mendapat tentangan daripada keluarga Zizan. "Tentang soal itu kena tanya sendiri dengan Zizan sebab saya tidak tahu. Saya hanya berharap tahun baru ini dapat memulakan sesuatu yang baru untuk hidup saya. "Yang pasti saya akan lebih berhati-hati untuk bercinta atau bercerita tentang soal peribadi kerana takut disalah anggap," ujarnya yang sedang dalam penggambaran filem terbaru 3, 2, 1 Cinta. "Ini filem pertama saya dan Alhamdulilah mendapat sambutan menggalakkan. Bagi perkembangan lain saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak dan filem 3, 2, 1 Cinta terbitan MIG Production Sdn Bhd," katanya. |
Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman Dan Memey sedar Posted: 05 Jan 2011 12:44 AM PST Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu. "Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya. "Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah," katanya dihubungi , Selasa lepas. Pada Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi. Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah. Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey. Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian. "Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu? Dalam pada itu, Abby agak kesal ramai yang menganggap kenyataan yang dibuat kepada media seolah-olah menampakkannya tidak rasional. "Saya mengaku disebabkan personaliti Memey yang lemah lembut dan naif membuatkan masyarakat menyalahkan saya. Mereka lihat saya seperti tidak rasional. "Cuba mereka meletakkan diri di tempat saya. Saya hanya menuntut hak saya yang mana perkara-perkara tersebut mereka (Norman dan Memey) sudah sedia tahu," katanya. Norman dan Memey bertunang pada 15 September tahun laluu dan sepatutnya bernikah pada 8 Januari ini. Mereka bagaimanapun terpaksa menunda tarikh perkahwinan tersebut kernaa komitmen kerja. Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi kerana tidak menjawab panggilan telefon. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |