macam macam hiburan terkini |
- Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar
- Jamal tak bimbang
- Kupasan yang lebih mendalam
- Rozita Mungkir Janji, Hasrat Berhenti Berlakon Tidak Dipatuhi
- Diana Amir Cemburukan Hubungan Zizan & Juliana Evans?
- 800 Ahli My TV3 Banjiri Sunway Lagoon
Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar Posted: 04 Jan 2011 07:05 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu. Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu. "Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya. "Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah," katanya dihubungi mStar Online, Selasa Dalam mStar Online Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi. Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah. Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey. Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian. "Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu? Luahan Abby Abadi menerusi Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya benarkah Norman dan Memey tinggal serumah? "Kalau boleh memang saya tidak mahu ada kaitan lagi dengan mereka dan sedikit pun tidak ada kepentingan menulis begitu. Saya hanya mahu mereka selesaikan apa yang belum selesai selepas saya dan Norman bercerai," katanya. Dalam pada itu, Abby agak kesal ramai yang menganggap kenyataan yang dibuat kepada media seolah-olah menampakkannya tidak rasional. "Saya mengaku disebabkan personaliti Memey yang lemah lembut dan naif membuatkan masyarakat menyalahkan saya. Mereka lihat saya seperti tidak rasional. "Cuba mereka meletakkan diri di tempat saya. Saya hanya menuntut hak saya yang mana perkara-perkara tersebut mereka (Norman dan Memey) sudah sedia tahu," katanya. Norman dan Memey bertunang pada 15 September tahun laluu dan sepatutnya bernikah pada 8 Januari ini. Mereka bagaimanapun terpaksa menunda tarikh perkahwinan tersebut kernaa komitmen kerja. Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi kerana tidak menjawab panggilan telefon. |
Posted: 04 Jan 2011 06:57 PM PST Seperti mana Konsert Kembara Seniman yang pernah diadakan pada tahun 2009, tiada satu pun syarikat korporat yang tampil untuk menaja persembahan Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali ini. Namun begitu, ketika mengunjungi Jamal di studio di mana dia mengadakan sesi latihan sebagai persediaan konsert pembuka tirai bagi tahun 2011 ini, secara terus-terang dia mengakui tidak bimbang tanpa penaja. "Dulu sewaktu Konsert Kembara Seniman, tiada penaja tampil untuk menaja konsert itu. Bagaimanapun kerjasama daripada pihak akhbar, konsert itu bukan sahaja berjalan lancar malahan mampu mendapat sambutan penonton. "Kumpulan Utusan tampil sebagai akhbar rasmi konsert saya waktu itu. Dengan keseluruhan penajaan dalam bentuk artikel-artikel dan iklan serta promosi yang telah diterbitkan dalam kumpulan akhbar Utusan, apabila dikira semula ia bernilai RM1.3 juta," katanya ketika ditemui di studio rakaman di Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Jamal, dia agak bernasib baik kerana sokongan yang diterimanya termasuk daripada RTM sudah memadai tanpa kehadiran penajaan dari syarikat-syarikat korporat. Justeru, katanya, dengan iklan dan promosi yang diberikan oleh media cetak dan media elektronik, konsert sebelum ini berjaya mendapat sambutan box-office daripada para peminatnya. "Konsert sebelum ini, saya mengeluarkan perbelanjaan sendiri sebanyak RM280,000 dan untuk konsert kali ini, J2011-Lagenda dengan Utusan sebagai akhbar rasmi, saya cuma membelanjakan RM300,000,'' jelas beliau. Jamal tidak menafikan, bagi mengadakan sesebuah konsert, bajet menelan berjuta-juta ringgit. Namun, jika beliau terus menunggu penaja, mungkin hasrat dan perancangan untuk mengadakan konsert akan terbantut. Bagaimanapun, ketika dilontarkan persoalan apakah kemungkinan penaja takut untuk menaja konsert kerana dia adalah Jamal Abdillah? Sambil tersenyum namun penuh yakin, Jamal menjelaskan: "Bukan kerana itu. Mungkin kerana lambat hantar proposal kepada penaja atau syarikat korporat. Kita faham bahawa bajet mereka (syarikat korporat) keluarkan awal tahun sedangkan kita pula datang penghujung tahun untuk mencari penaja. "Sebenarnya, bagi membuat persiapan untuk mengadakan sesuatu konsert termasuk penyediaan kertas kerja, ia mengambil tempoh selama setahun sebelum penetapan tarikh konsert. "Pihak yang akan tampil sebagai penaja perlu tahu apakah keuntungan dan pulangan pelaburan yang mereka perolehi sekiranya menaja konsert seseorang artis. "Itulah yang pihak saya tidak berapa arif nak sediakan. Jadi, kalau pihak penaja tidak tahu apakah pelaburan mereka itu akan memberikan pulangan atau hasil yang lumayan, maka mereka tidak sanggup untuk menjadi penaja," kata Jamal. |
Posted: 04 Jan 2011 06:56 PM PST Peristiwa perebutan hak penjagaan Natrah antara ibu angkatnya, Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda sekitar tahun 1950-an terus diingati dan meninggalkan kesan kepada negara. Tragedi perebutan dua pihak itu hingga melibatkan konflik agama telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada zaman itu. Kisah bersejarah itu tidak terus luput dari ingatan orang ramai apabila ia turut dibukukan malah dipentaskan di Istana Budaya menerusi Teater Natrah yang diterajui oleh Maya Karin. Kini, Astro Citra (saluran 131, Astro) turut mengambil langkah merakamkan sejarah tersebut dalam bentuk drama yang akan ditayangkan di slot Suatu Ketika. Menampilkan Wan Hasliza Wan Zainuddin sebagai pengarahnya, drama Natrah diarahkan dalam bentuk drama bersiri ditayangkan setiap Sabtu pada pukul 9 malam selama satu jam mulai 2 Januari lalu. Jika menerusi versi teater, watak itu dilakonkan oleh Maya Karin, kini drama bersirinya pula diterajui oleh gadis manis berwajah kacukan Inggeris-Melayu, Juliana Evans. Selain Juliana, dua lagi aktres yang turut ditampilkan ialah Sherie Merlis sebagai ibu angkat Natrah iaitu Che Aminah dan Natasha Hudson membawa watak sebagai ibu kandung Natrah, Adeline Hertogh. Drama Natrah ini turut dibintangi Fikree Bakar sebagai suami Natrah, Mansor Adabi. Tegas Wan Hasliza, karyanya ini tidak sama sekali dipengaruhi oleh teater arahan Erma kerana fokusnya yang berbeza. "Di dalam drama Natrah ini, saya cuba fokuskan bagaimana kisah Natrah ini menjadi tumpuan ramai sehingga menyebabkan rusuhan lebih 100,000 orang serta menyebabkan kematian. "Drama Natrah ini juga fokus ketika perbicaraan yang dilalui oleh Che Aminah serta banyak bermain dengan imbasan kembali bagaimana Natrah ditemui. "Cabaran mengarahkan drama epik ini tentulah dari segi 'props', kostum, lokasi malah penggunaan bahasa agar drama Natrah ini tidak dilihat dilakukan secara sambil lewa. "Malah agak mencabar apabila saya selaku penulis skrip juga perlu memilih babak yang penting untuk diselitkan dalam drama empat episod sahaja," ujar Wan Hasliza ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Natrah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut mendapatkan nasihat daripada Datin Seri Fatini Yaacob yang menghasilkan buku Natrah : Cinta, Rusuhan dan Air Mata, ujar Wan Hasliza, dia mengambil masa lebih kurang sebulan bagi proses pra-produksi yang melibatkan kajian. Penggambaran banyak dilakukan di sekitar Batu Gajah dan Ipoh, Perak yang masih mempertahankan bangunan kolonial bagi mendapatkan suasana zaman dahulu. Juliana pertama kali bawa watak berat Mengenali gadis jelita bernama Juliana Evans ini, dia sememangnya lebih dikenali dengan lakonan dalam drama-drama remaja yang boleh dikategorikan sebagai drama ringan sahaja. Akui pelakon drama bersiri Kami ini, Natrah adalah drama pertama dia diberi kepercayaan untuk menggalas watak yang lebih berat iaitu sebagai Natrah. Bagi Juliana, walaupun watak yang dilakonkan agak mencabar namun ini adalah peluang terbaik untuknya menonjolkan kemampuannya dalam bidang lakonan. "Sebagai seorang pelakon, adalah menjadi idaman saya untuk mencabar diri dengan melakonkan pelbagai watak terutamanya yang berat begini. "Sebelum ini saya seorang yang susah menangis tetapi apabila mendapat skrip Natrah, saya mampu menangis kerana kisahnya sememangnya amat sedih dan saya dapat merasai kesakitannya. "Antara cabaran dalam drama Natrah apabila saya perlu memainkan watak Natrah berusia 13 tahun sedangkan sekarang saya berusia 21 tahun. "Seronok bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Sherie Merlis dan Natasha Hudson kerana mereka banyak membantu saya dan kami cepat serasi," ujarnya yang lebih dikenali dalam bidang pengacaraan sebelum ini. Sherie, Che Aminah ada persamaan Apabila ditawarkan watak Che Aminah oleh Wan Hasliza sekitar bulan September tahun lalu, hati pelakon air mata ini kuat mengatakan dia perlu menerima tawaran tersebut. Ujar Sherie Merlis, watak seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya itu terasa sangat hampir dengannya kerana dia sendiri pernah melalui peristiwa perit sebegitu. Pernah merasai sakitnya berpisah dengan anak-anak kandungnya sendiri 13 tahun yang lalu, perasaan itu dia dapat zahirkan dalam lakonannya sebagai Che Aminah yang terpaksa berpisah dengan anak angkatnya, Natrah yang dijaga sejak kecil lagi. Namun bezanya penantian empunya nama sebenar Sharifah Merlisa Al-Barakbah, 39, ini berkahir apabila dia dan dua orang anaknya, Habib Danial, 18, dan Harith Danial, 17, ditemukan dengannya kembali awal tahun lalu. "Saya bersyukur, kuasa Tuhan akhirnya menemukan kami kembali setelah berpisah selama 13 tahun atas sebab-sebab tertentu. "Kebetulan kisah Natrah ini mengenai perpisahan antara seorang ibu dan anak, maka saya dapat merasakan keperitannya. "Cabaran dalam drama ini ialah dari segi bahasa apabila saya perlu menguasai dan bertutur dalam bahasa Indonesia, loghat Terengganu lama, bahasa Melayu lama serta bahasa Inggeris. "Mungkin kelihatan remeh tetapi cabaran sebenarnya ialah saya perlu bertutur keempat-empat bahasa itu dalam satu babak dan perlu kelihatan meyakinkan memandangkan Che Aminah adalah seorang penterjemah bahasa," ujarnya yang turut terlibat dengan drama Tujuh Lagu arahan Khabir Bhatia yang juga akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada bulan ini. |
Rozita Mungkir Janji, Hasrat Berhenti Berlakon Tidak Dipatuhi Posted: 04 Jan 2011 06:49 PM PST Penggambaran drama yang diterbitkan oleh Zeel Production itu akan diadakan selama 20 hari bermula 15 Januari ini. Menurut penerbitnya, Fadzil Teh, walaupun dia tahu mengenai hasrat untuk Rozita mengundurkan diri, pelakon jelita itu tidak pernah meminta bayaran tinggi daripada pihak produksinya walaupun terpaksa melanggar "perjanjiannya" itu. "Setakat ini, bayaran yang kami tawarkan sama seperti dulu dan dia tidak pernah pun meminta lebih. Saya juga telah menyediakan sebuah lagi drama buat Rozita selepas tamatnya penggambaran Iparku Diva. Fadzil Teh "Bagi saya, pihak kami memilih Rozita kerana dia sangat efisien dalam kerjanya. Kalau boleh saya nak dia menang dalam Anugerah Bintang Popular tahun ini sebelum dia berundur diri," katanya. Pihak mStar Online telah menghubungi Rozita untuk mendapatkan penjelasan berhubung pendiriannya itu. Menurut Rozita, dia terpaksa mengubah pendirian kerana perlu menyelesaikan berapa drama lakonannya sebelum ini yang akan bersambung ke musim kedua seperti Kiah Perkasam dan Cikgu Kemisah Kirdi. "Sebenarnya, saya masih dengan keputusan saya untuk tidak lagi berlakon bermula tahun ini kerana ingin memberi fokus pada perniagaan saya. Tapi saya perlu selesaikan beberapa drama saya untuk musim kedua. "Tapi, sama ada saya berhenti berlakon atau tidak, rasa sama saja kerana kesemua drama yang saya lakonkan sebelum ini akan disiarkan sehingga bulan Jun ini dan wajah saya masih terpampang di kaca televisyen. "Selain itu, saya juga akan berlakon jika tawaran itu datang daripada Zeel Production kerana penerbit syarikat itu rapat dengan saya. Nak atau tidak, saya kena juga terima tawaran mereka. "Dalam pada itu, banyak tawaran yang saya belum putuskan. Tapi ada drama yang saya dah janji nak berlakon. Insya-Allah kalau tak ada halangan saya akan berlakon," katanya. Tambah Rozita, dia juga hampir termakan pujukan penerbit-penerbit lain yang ingin mengambilnya berlakon dalam drama-drama mereka. Bagaimanapun keputusannya untuk meneruskan lakonan tidak bermakna dia akan kekal bergelar sebagai seorang 'selebriti' seperti sebelum ini, tetapi dia hanya ingin menjadi seorang pelakon yang tidak mahu sebarang publisiti. "Walaupun saya hanya berlakon sikit-sikit, apa yang pasti saya enggan menjadi seorang selebriti yang akan ditemu ramah oleh pihak media atau keluar di mana-mana akhbar juga majalah. "Begitu juga dengan segala acara-acara hiburan, saya tidak akan muncul seperti sebelum ini. Saya tidak mahu lagi publisiti supaya privasi saya tidak akan diganggu. cara ini juga dapat menepis gosip yang membabitkan saya," tegasnya. Bertanya pula mengenai gosip hubungan cintanya dengan pelakon Zain Saidin, Rozita menafikan hubungan itu dan menjelaskan ia sekadar gosip kosong yang tidak perlu di gembar gemburkan. "Kami sekadar kawan baik kerana pernah berlakon bersama. Mana mungkin saya bercinta dengan Zain," selorohnya. |
Diana Amir Cemburukan Hubungan Zizan & Juliana Evans? Posted: 04 Jan 2011 06:48 PM PST Dia yang pernah digosipkan bercinta dengan pelawak itu bagaimanapun turut gembira dengan perkembangan hubungan pasangan selebriti tersebut. "Mana ada saya cemburu atau berkecil hati dengan mereka, bagi saya mereka berdua masih single dan tiada halangan jika mereka mahu bercinta sekalipun. "Saya dan Zizan dahulu hanya berkawan rapat sahaja tiada hubungan istimewa antara kami, cuma ramai yang salah anggap tentang hubungan kami sahaja," ujarnya. Diana juga menganggap kenyataan-kenyataan daripada Zizan kepada media adalah hak peribadinya. Bagaimanapun, dia memberitahu perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan persahabatannya dengan artis itu. Dalam pada itu, Diana turut menafikan hubungan percintaannya dengan pelawak tersebut mendapat tentangan daripada keluarga Zizan. "Tentang soal itu kena tanya sendiri dengan Zizan sebab saya tidak tahu. Saya hanya berharap tahun baru ini dapat memulakan sesuatu yang baru untuk hidup saya. "Yang pasti saya akan lebih berhati-hati untuk bercinta atau bercerita tentang soal peribadi kerana takut disalah anggap," ujarnya yang sedang dalam penggambaran filem terbaru 3, 2, 1 Cinta. Zizan dan Juliana Evans di Anugerah Seni Kebangsaan 2010 Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Diana memberitahu gembira dengan perkembangan filem Aku Masih Dara yang sudah mencecah kutipan RM2 juta sejak ditayangkan. "Ini filem pertama saya dan Alhamdulilah mendapat sambutan menggalakkan. Bagi perkembangan lain saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak dan filem 3, 2, 1 Cinta terbitan MIG Production Sdn Bhd," katanya. |
800 Ahli My TV3 Banjiri Sunway Lagoon Posted: 04 Jan 2011 06:47 PM PST Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti senamrobik oleh LeeLeesm Dancers, beach soccer, water volleyball, persembahan nyanyian daripada program Idola Kecil 3 (Puteri, Harris dan Hadi), persembahan silap mata dan cabutan bertuah. Selain itu, 30 ahli MyTV3 yang menang dalam beberapa acara s berpeluang mencuba aktiviti baru yang menjadi tarikan di Sunway Lagoon iaitu Bungy Jump dan Go Kart. MyTV3 juga mengambil kesempatan tersebut untuk membuat kejutan untuk ahli-ahli yang menyambut hari jadi mereka pada bulan Januari. Program MyTV3 Day Out turut dimeriahkan oleh selebriti seperti Maria Tunku Sabri, Azura dan E'One (Hos Remaja), Faizul, Dedeq, Fazreen Rafi, Munir, Danny X Factor, Mia Sara, Comel Farhana, Shajiry serta penampilan watak kartun yang popular, Upin Dan Ipin. Berikutan dengan acara Day Out yang menerima sambutan menggalakan, MyTV3 juga merancang untuk mengadakan 'MyTV3 Day Out' di negeri-negeri lain pada masa akan datang supaya lebih ramai ahli yang akan menerima manfaat. Bermula pada tahun 2004, penubuhan kelab keahlian MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3. Jumlah keahlian My TV3 telah mencecah satu juta orang pada masa kini. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka, MyTV3 telah mengadakan "Day Out" yang padat dengan aktiviti menarik bagi meraikan ahli-ahlinya. Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka bukan sahaja berpeluang menghadiri acara berprestij stesen seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan juga acara padang seperti Jom Heboh dan School Attack, mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran. Ini merupakan satu inisiatif ideal dan bermakna kepada para penonton setia khususnya ahli-ahli MyTV3. Selain itu, kaspul 2 minit MyTV3 telah berwajah baru dengan kelahiran program 30 minit yang telah mula bersiaran pada 7 November 2010, setiap hari Ahad jam 6 petang. Lebih padat dengan perisian (aktiviti-aktiviti) baru, MyTV3 juga mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahlinya di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini. Dihoskan oleh personaliti TV yang tidak asing lagi, Aidid Marcello, MyTV3 memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi 4 segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyROVERZ dan MyZONE. Selain itu, MyTV3 juga mewujudkan interaksi dua hala dengan ahli-ahli MyTV3 menerusi laman web MyTV3, laman sosial Facebook dan Twitter untuk berkongsi informasi-informasi terkini serta menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada mereka. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |