Berita Harian: Hip |
Posted: 04 Jan 2011 03:57 PM PST Hip BERULANG kali menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Akim. Namun penafian yang dibuat Stacy Angie Anam itu tidak mampu untuk menghentikan andaian dan persoalan daripada terus bertiup mengenai dirinya. Kisah cinta mereka sudah lama senyap, tetapi baru-baru ini gosip mengaitkan mereka kembali bertiup. Kononnya baru-baru ini mereka bertelingkah hingga menyebabkan adegan air mata berlaku. Tapi jangan terkejut, bukan Stacy yang menitiskan air mata sebaliknya Akim yang lebih emosional.Terkejut Stacy apabila diajukan pertanyaan itu, disusuli ketawa kecil. Malah kakak serta sepupunya yang turut menemani ke sesi fotografi ini juga sama-sama tertawa. Adakah mereka tertawa kerana lucu atau menyimpan seribu makna? Meskipun dalam keadaan kurang sihat kerana demam, penyanyi bertubuh kecil yang cekal ini tetap memenuhi janji biarpun tiba sedikit lewat. Hadir tanpa secalit solekan, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini hanya memberikan 'jawapan selamat'. "Kami masih berkawan rapat. Sesekali kami keluar makan bersama tetapi bukanlah berdua. Setakat ini keluarga melarang saya daripada keluar berdua dengan mana-mana lelaki kerana bimbang dikaitkan dengan gosip.
"Kami jarang bertemu, sesekali kami berpeluang bertemu di dalam persembahan yang dijayakan bersama. Ada juga sesekali kami berhubung di telefon. Saya akui suka dan selesa berkawan dengan dia," kata Stacy. Wajahnya yang sebelum ini kelihatan pucat, kelihatan berseri-seri selepas dirias. Dalam keadaan kurang sihat itu juga, Stacy tetap memberikan kerjasama baik malah berjaya memberikan pose menarik khas buat tatapan peminatnya. Tiga tahun bergelumang dalam dunia seni, nampaknya masih belum ada petanda populariti penyanyi lagu Jahat ini semakin merudum. Gelaran bintang 'mi segera' sudah tidak layak diberikan kepada gadis berusia 20 tahun ini kerana Stacy masih lagi menjadi pilihan ramai termasuklah peminat. Dia yang pernah memenangi anugerah Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mengakui sesekali terbit rasa bimbang andai tersalah langkah hingga menjejaskan nama baiknya. Episod hitam yang menimpanya di Festival Filem Malaysia (FFM) tiga tahun lalu, apabila terlupa lirik masih lagi menghantuinya sehingga kini. "Apa yang berlaku di FFM dulu amat saya kesali. Ketika itu sudah terbayang kerjaya nyanyian berada di ambang kehancuran. Bukan mudah untuk berada di atas, sekali kita jatuh, susah untuk kita kembali pada kedudukan yang dulu. "Kejadian tiga tahun lalu benar-benar mengajar serta menjadikan saya lebih berhati-hati. Sejak peristiwa itu, saya sentiasa mencari kelemahan diri yang boleh diperbaiki. Saya tidak mahu lagi tersalah langkah hingga akhirnya menjejaskan kerjaya saya. "Saya sentiasa menjadikan youtube dan juga facebook sebagai rujukan. Dari situ saya tahu apa yang peminat suka dan tidak. Apa yang peminat suka saya akan teruskan tetapi perkara yang mereka tidak suka, saya akan hindari. Contohnya ada yang tidak suka melihat saya berpakaian seksi, jadi saya akan cuba elakkan. "Setakat hari ini, nak kata saya berpuas hati dengan pencapaian yang diraih semestinya belum lagi. Cuma saya berpuas hati kerana masih mampu bertahan, saya mahu peminat terus menyokong dan meminati. Itu paling penting buat saya," katanya. Elak sikap sambil lewa KECEKALAN juara Akademi Fantasia (AF) musim keenam ini ternyata jauh beza dengan penuntut AF baru yang dilihat sudah berani menimbulkan masalah meskipun masih hijau dalam industri. Kontroversi yang berlaku kepada Shahir dan Adira dilihat Stacy sebagai pelajar yang lebih lama adalah tidak wajar. "Saya tak berani berkata apa-apa kontroversi dicetuskan mereka. Bagaimanapun jika saya sendiri yang berada di tempat mereka, saya akan rebut peluang dan membelakangkan segala masalah peribadi kerana peluang hanya datang sekali," kata Stacy yang berdebar menantikan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung Ahad ini. Ketika sesi fotografi ini diatur, Stacy masih belum sempat melakukan sebarang latihan dek kerana kesibukan memenuhi undangan nyanyian serta keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik. Tetapi itu tidak bererti dia sambil lewa kerana menyedari memikul tanggungjawab besar yang disandarkan oleh komposernya Edry menerusi lagu Jahat. Sepanjang tiga tahun bergelumang dalam arena nyanyian, lagu berentak rancak bagaikan begitu sinonim dengan gadis ini. Biarpun berkebolehan mendendangkan lagu berentak balada dengan baik, namun syarikat yang dinaungi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) seakan tidak mahu memberi kesempatan itu kepada Stacy. Namun Stacy berkata, memang dia kini sedang menuju ke arah itu apabila album keduanya nanti bakal membabitkan komposer seperti Audi Mok dan Omar K. Namun album itu tidaklah terlalu sentimental dan perlahan, sebaliknya sesuai dengan halwa telinga pendengar. Ketika ini sebuah lagu sudah pun dirakamkan dan dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya pada rakaman album kedua, selepas selesai AJL nanti. |
Jawablah!: Ditukar, bukan diberhentikan Posted: 04 Jan 2011 03:53 PM PST Hip DAPHNE Iking dan anaknya Isobel. 31 Disember 2010 menjadi tarikh akhir pengacara dan pelakon, Daphne Iking menjadi perantara program bual bicara, The Breakfast Show yang bersiaran di ntv7. Walaupun pengunduran Daphne daripada program itu disebabkan dia ingin menumpukan perhatian terhadap tugasan barunya untuk sebuah program bual bicara lain, namun juga mengatakan dia sebenarnya disingkirkan disebabkan masalah peribadi yang dihadapinya ketika ini. Dengan kes yang masih dibicarakan di mahkamah ditambah pelbagai cerita kurang enak sepanjang perbicaraan berlangsung menyebabkan pemenang Pelakon Harapan Wanita sewaktu Festival Filem Malaysia ke-23 lalu ini diberhentikan dari mengacarakan program itu.Apakah benar cerita itu? Atau ia kisah dongeng yang disebarkan oleh pihak yang tidak senang dengan kejayaannya? Ketika diajukan pertanyaan ini, Daphne menyedari perkara itu menjadi bualan ramai. Tidak mahu berteka-teki, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini menjelaskan pengundurannya dari The Breakfast Show kerana dia diberikan tanggungjawab baru oleh ntv7 iaitu mengendalikan program bual bicara khusus untuk wanita berjudul Bella. Hip: Sejauh mana kebenarannya yang mengatakan Daphne disingkirkan dari program The Breakfast Show, kononnya disebabkan peribadi yang dihadapi ketika ini? Hip: Apakah Daphne suka dengan tugasan baru ini? Daphne: Saya memang suka dengan tugasan ini kerana bukan saja menjadi pengacara tetapi juga terbabit untuk kerja-kerja di belakang tabir seperti membuat penyelidikan, temubual dan menulis skrip. Saya juga turung padang mencari bahan. Disebabkan saya memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran, jadi minat itu memang sudah ada. Sebelum ini, hanya beraksi di depan kamera, jadi keadaannya sudah tertentu berbeza. Tak dinafikan rindu juga dengan rutin kerja lama seperti kena bangun awal dan pergi ke studio. Apapun, rasa seronok dengan kerja ini kerana ia memberi pengalaman baru. Jangan lupa saksikan saya esok (Khamis), jam 11.30 pagi. Program ini bersiaran dari Isnin hingga Jumaat. Manakala Ahad disiarkan jam 1.30 petang. Konsep Bella lebih hampir sama dengan program wanita lain kerana ia lebih membicarakan isu yang ada kaitan dengan wanita. Hip: Setakat ini adakah masalah peribadi memberi tempias kepada kerjaya seni Daphne? Daphne: Disebabkan kes ini masih dibicarakan di mahkamah dan mendapat liputan meluas, saya tahu sedikit sebanyak ia memberi kesan terhadap kerjaya saya. Tapi saya amat bersyukur kerana keluarga, rakan-rakan dan peminat sentiasa berada di belakang saya. Mereka banyak menyokong dan ini dapat dilihat menerusi apa yang mereka nyatakan di laman sosial saya seperti Facebook dan Twitter. Mereka tidak pernah menambah tekanan. Walaupun ada yang tidak puas hati dan menghentam saya, ibu bapa saya hanya meminta supaya tidak melayan cakap-cakap belakang. Mereka hanya mahu saya tumpukan perhatian kepada kerjaya dan juga anak saya Isobel. Saya sendiri tak kisah asalkan perkara itu tidak membabitkan anak saya, itu sudah memadai. Hip: Adakah sukar untuk daphne menjalani hidup sebagai seorang janda. Dengan status sebagai selebriti, apakah ada lelaki yang cuba menagih cinta dari Daphne? Daphne: Setakat ini saya bahagia dengan apa yang saya lalui dan biar sesukar manapun, demi anak saya saya tetap tempuh walaupun banyak halangan menanti depan mata. Soal menjadi perhatian lelaki, terus terang memang tidak suka membicarakan hal peribadi saya untuk menjadi tatapan khalayak. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Apa yang boleh dikongsi adalah, saya memang sedang berkawan rapat dengan seseorang dan saya amat bahagia dengannya. Apa yang penting, dia bukanlah suami sesiapa. Hip: Sejak memenangi Pelakon Harapan Wanita sewaktu FFM ke-23 tempoh hari, apakah ada tawaran lain yang diterima? Daphne: Memang ada tawaran yang diterima tetapi demi kerana Bella, saya terpaksa menolak tawaran itu. Bukannya kerana berlagak atau terlalu memilih watak tetapi memang tidak mahu menerima banyak tawaran dalam satu-satu masa. Yakin dengan pengalamannya PENERBIT Kanan program The Breakfast Show dan Bella, Intan Noorbaizura Aliuddin berkata, dengan kemampuan dan pengalaman yang dimilikinya, ntv7 yakin Daphne mampu menjalankan tanggungjawab baru yang diberikannya dengan baik. "Tidak sama sekali dsingkirkan. Daphne dipilih untuk mengacarakan program baru iaitu Bella dan disebabkan itulah tugasnya sebagai pengacara The Breakfast Show ditamatkan. "Ia memang tidak ada kena mengena dengan soal disiplin ataupun masalah peribadi kerana kami membuat keputusan itu dua bulan lalu dan waktu itu kesnya masih belum dibicarakan. Daphne dipilih kerana kami yakin dia mampu mengendalikan program itu dengan baik berdasarkan pengalaman dan kesungguhannya," katanya. Menurut Intan lagi, sebagai program berkonsepkan kewanitaan, adalah penting pengacara itu sendiri turun padang dan membuat laporan terperinci mengenai sesuatu isu yang hendak dibincangkan. "Sebagai contoh, ketika membuat laporan isu pemandu wanita, Daphne melakonkan sendiri beberapa babak semata-mata untuk mengetahui apakah punca pemandu wanita sering didakwa sebagai pemandu yang cuai dan sering menimbulkan masalah di jalan raya. "Dan saya rasa Daphne berjaya melakukan tugasan itu dengan baik sekali," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |