Adsense

Khamis, 6 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tak ulang kesilapan

Posted:

Tak ulang kesilapan

Tak ulang kesilapan


SHAHIR menyedari impak 'kehilangannya' memberi reputasi kurang baik kepada dirinya, namun dia berharap dengan penjelasan yang diberi, dirinya masih diberi peluang.


SUSUN katanya teratur. Kadang-kadang ada bicara yang tersekat pada rongga dan paling banyak yang dilakukan bekas juara Akademi Fantasia 8, Shahir, adalah tersenyum.

Diasak dengan pelbagai persoalan, dia masih tenang. Nada suaranya kendur dan sesekali nafasnya dihela panjang dalam sembunyi segaris senyuman. Namun bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya pada hujung 2010, dia tidak gentar berdepan realiti.

"Apa yang telah berlaku sekitar bulan Oktober tahun lalu adalah satu ujian yang penuh hikmah buat saya. Selepas diberitahu saya sakit, malah disyaki menghidap kanser hati, saya dalam dilema.

"Saya masih muda dan ia adalah soal hidup dan mati. Itu punca yang membuatkan saya menyepi sebentar," katanya berulang kali.

Realitinya, selepas menjalani pemeriksaan kali kedua, pemilik nama sebenar Ahmad Shahir Zawawi ini tidak menghidap kanser hati. Sebaliknya dia disahkan menghidap penyakit asid berlebihan dalam hati.

Katanya lagi sambil memohon maaf terhadap tindakan yang terpaksa diambil: "Sehingga sekarang, saya masih menjalani rawatan untuk penyakit tersebut. Mujur ia tidak begitu berbahaya dan membolehkan saya melakukan aktiviti terutama bekerja seperti biasa. Kini selepas kesihatan saya semakin baik, saya sudah kembali bekerja seperti biasa."

Baru berusia 22 tahun dan masih mentah sebagai artis, anak kelahiran Ipoh, Perak ini boleh dikatakan seperti tidak serius dengan bidang yang diceburi.

Boleh dikatakan juga dia seperti kurang komited, tidak berdisplin dan menumpahkan sepenuh jiwa terhadap dunia seni apabila mudah untuk mengambil keputusan 'ghaib' begitu sahaja.

Apabila diasak dengan persoalan seumpama itu, Shahir tersenyum sebelum memberitahu dia tidak pernah menyesal menjadi artis. Dia menghormati pihak lain dan bekerja dengan komited. Hanya bagi isu soal mati yang dibangkitkannya, dia terpaksa kalah dengan perlawanan hati sendiri.

"Saya tidak pernah menyesal menjadi artis. Tapi saya akan lebih menyesal kalau saya tidak diberi kerja apabila saya menjadi artis. Saya faham dunia artis macam roda, jadi saya berusaha keras untuk bekerja dengan lebih baik.

"Jika selepas ini mungkin ada yang takut untuk memanggil saya bekerja, saya berserah. Tapi saya percaya bahawa apabila kita ikhlas melakukan sesuatu, rezeki akan datang kepada kita," katanya yang kesal dengan tohmahan tidak berasas segelintir pihak terhadap masalah displin dan komitmen dirinya tanpa mengetahui punca sebenar.

Malah untuk 2011, dia bertekad untuk menjadi Shahir yang baru. Shahir yang lebih bersemangat dan masih mahu duduk lama dalam industri muzik. Dia mahu melupakan hal silam yang sekali lagi katanya, telah memberi pengajaran berguna buat dirinya.

Justeru untuk tahun ini, selain bakal muncul dengan single kedua, dia akan terlibat dalam sebuah filem milik KRU untuk bulan Mei nanti.

"Banyak agenda baru yang akan saya lakukan tahun ini, hanya buat masa sekarang, ia masih terlalu awal untuk saya umumkan. Cuma harapan saya, tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya dan saya akan terus belajar memperbaiki diri dalam bidang ini. Insya Allah juga insiden lalu tidak akan berulang lagi," katanya penuh optimis.

Ditaja

Shahir ketawa kecil apabila soalan tentang dirinya ditaja seseorang diajukan. Dia tahu hal tersebut timbul selepas insiden dia kemalangan dan memandu sebuah kereta mewah jenama BMW.

Tidak mahu khalayak terus mengaitkan dia dengan hal negatif seumpama itu, Shahir menerangkan, BMW tersebut merupakan kereta milik keluarga angkatnya. Dia juga menafikan dirinya ditaja seseorang.

Jelas Shahir: "Saya tidak terkejut dengan gosip saya ditaja. Saya anggap ia sebagai satu usikan. Sebenarnya BMW itu kereta milik keluarga angkat saya. Keluarga saya juga kenal dengan keluarga angkat saya ini.

"Selepas saya kemalangan, mereka menawarkan saya untuk meminjam kereta tersebut agar saya senang bergerak sementara saya tidak memiliki kereta. Kini, saya telah mendapat hadiah kereta yang saya menang sebagai juara AF, BMW tersebut telah saya kembalikan kepada pemiliknya semula."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Aisyaa utamakan bidang nyanyian

Posted:

Aisyaa utamakan bidang nyanyian

Aisyaa utamakan bidang nyanyian

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


TAMPIL dengan single berjudul Lagu Mahu Kamu, Aisyaa yakin dirinya mempunyai tempat dalam industri.


JIKA diperhatikan rupanya, pasti ramai yang tidak menyangka empunya nama Aisyaa Hasnaa Umaruddin atau nama komersialnya, Aisyaa Hasnaa baru mencecah umur 20 tahun.

Dia tampak matang daripada usia sebenar dan yakin dengan penglibatan perdananya dalam bidang seni.

Gadis sunti yang berzodiak Leo ini sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil dan pertama kali dia mempersembahkan bakatnya secara rasmi dalam pertunjukan amal BAKTI bagi acara anugerah GIFA yang bertempat di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Malah pada usia 16 tahun, dia juga telah terdedah dengan bidang lakonan.

Memegang watak Scaramouche dalam teater muzikal We Will Rock You terbitan Cempaka Muzikal Production, Aisyaa akui berlakon juga menjadi minatnya selain nyanyian.

Bagaimanapun, bicara pelajar tahun kedua Kolej Universiti Sunway yang mengambil jurusan seni pentas ini, kejayaan dalam bidang nyanyian mahu dicapainya dahulu sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

"Memang Aisyaa minat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan tetapi biarlah Aisyaa tumpukan sepenuhnya kepada nyanyian dahulu.

"Lagipun Aisyaa masih belajar. Takut tidak punya masa untuk melakukan kesemuanya," tutur Aisyaa yang juga adik kepada hos program masakan Icip-Icip, Anis Nabilah.

Dengan penuh yakin juga, Aisyaa merasakan vokalnya akan menjadi taruhan kerana kelainan yang ditampilkan selain genre yang dibawa iaitu pop.

"Aisyaa rasa vokal Aishaa mampu berikan kelainan kepada pendengar dan peminat muzik selain menyampaikan lagu yang berentak pop," ujar gadis kacukan Pakistan Melayu ini.

Aisyaa kini sedang bernaung di bawah produksi Wake The Baby Record milik penyanyi, komposer dan penulis lirik berkaliber, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas.

Taruhan single pertama Aisyaa yang bertajuk Lagu Mahu Kamu telah pun ke udara di corong radio MuzikFm. Lirik dan susunan lagu ini, kedua-duanya telah dicipta dan disusun oleh Ajai.

Bertutur mengenai genre lagu yang dihasilkan bagi single Lagu Mahu Kamu, kata Aisyaa, ia berentak rancak sesuai dengan umurnya yang masih remaja itu.

Antara lagu lain yang akan turut dimuatkan dalam album mininya kelak ialah Chenta, Dusta dan Graviti.

Bersiap sedia melawan gelombang dunia seni, kata si manis ini, cabaran adalah perkara biasa jika mahu berjaya.

"Saya hanya boleh bersedia tetapi jika saya punyai masalah atau jatuh dalam bidang ini, ia merupakan perkara yang baik juga kerana Aisyaa akan belajar dari pengalaman yang ditimba itu," ujar remaja yang juga pandai dan minat memasak. Optimis dengan langkah sulungnya dalam bidang seni, dia berkata, apapun yang datang kelak akan dilalui dengan tenang.

Bertanya kepadanya jika diberipeluang berduet dengan penyanyi senior satu hari kelak, pantas dia memberitahu mahu berganding dengan penyanyi jazz tersohor Malaysia, Datuk Sheila Majid.

Katanya: "Sheila Majid mempunyai karisma yang begitu tinggi dan ia memukau saya untuk berduet dengannya."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.