Adsense

Khamis, 6 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Lebih Kool Guna Blackberry Dengan Xpax, Ada Diskaun Lagi!

Posted: 06 Jan 2011 12:12 PM PST

blackberry app world Lebih Kool Guna Blackberry Dengan Xpax, Ada Diskaun Lagi!

Rata-rata pun tahu, harga sebuah Blackberry boleh mencecah angka sebulan gaji anda. Terdesak & ingin kelihatan kool seperti pengguna Blackberry 9800, malam tadi kami terjumpa thread forum yang mendedahkan teknik-teknik untuk upgrade OS6 di Blackberry 9700. Sebenarnya (ehem!), OS6 untuk Blackberry 9700 tidak dilancarkan secara rasmi oleh pihak Research In Motion (RIM). Pandai buat, pandai tanggung.

Bayangkan, kami terdesak sehingga sanggup menangung risiko. Namun, anda tidak perlu jadi seperti kami. Tawaran ini dibuka khas untuk pengguna Celcom Xpax, U.O.X atau S.O.X sehingga 15 Januari 2010 dimana anda boleh memiliki sebuah Blackberry pada harga diskaun, versi asli. Selain Blackberry, variasi jenama lain seperti Samsung Galaxy, LG, Nokia & Sony Ericsson turut ditawarkan kepada anda. Kunjungi www.xpax.com.my/sale untuk harga serta model handphone yang sesuai, yang penting mesti ada diskaun!

Screen shot 2011 01 07 at 3.56.49 AM Lebih Kool Guna Blackberry Dengan Xpax, Ada Diskaun Lagi!

Kali ini, Celcom memperkenalkan sistem token dimana anda boleh menggunakan token tersebut untuk membeli sebuah Blackberry di cawangan Blue Cube pada harga diskaun. Contoh, bagi setiap RM 10 yang anda gunakan, Celcom akan memberikan 1 token. Pendek cerita, makin banyak guna, makin banyak token, makin banyak diskaun.

Anda juga boleh menikmati diskaun hebat ini dengan melanggan Celcom Broadband. Rujuk rajah di tepi untuk mengetahui kadar diskaun yang anda nikmati berdasarkan jumlah token terkumpul.

Manakala, pelanggan setia Celcom akan mendapat token ekstra berdasarkan tempoh langganan anda selama ini. Untuk mengetahui jumlah token terkumpul (bagi pelanggan sedia ada), daftar Online Customer Service di http://www.celcom.com.my/onlinecustomerservice/.

Screen shot 2011 01 07 at 3.53.50 AM Lebih Kool Guna Blackberry Dengan Xpax, Ada Diskaun Lagi!

* Bukan pelanggan Celcom Broadband? Daftarlah sekarang dan dapatkan diskaun untuk produk HP Mini 110, HP G42 Notebook, atau sebuah MiFi Router! (subjek terhadap kontrak 12 bulan dan yuran pendaftaran RM100)
* Anda juga boleh mendaftar untuk Celcom Broadband Daily atau Weekly pada harga promosi (RM5/hari; RM18/mingguan)

Screen shot 2011 01 07 at 3.52.56 AM Lebih Kool Guna Blackberry Dengan Xpax, Ada Diskaun Lagi!

Bukan sahaja diskaun untuk pembelian Blackberry, Celcom turut menawarkan panggilan percuma & applikasi download pada harga RM1.

Andai kata anda tidak pernah menjadi pelanggan Xpax, atau baru mendapatkan pek permulaan Xpax, secara automatik anda akan mendapat panggilan percuma selama 300 minit!

Caranya, anda perlu topup & menggunakan RM30 bagi 3 bulan pertama. Celcom akan memberi panggilan percuma selama 100 minit bagi 3 bulan pertama berturut-turut. Token turut diberi bagi setiap RM10 yang anda gunakan.

Download applikasi, game pada harga RM1, dan berpeluang memenangi hadiah menarik!

Mulai 1 Disember 2010 sehingga 31 Januari 2011, download applikasi untuk Blackberry anda melalui Channel X pada harga RM1 sahaja. Berikut adalah applikasi yang ditawarkan :

  • Call Me Tones
  • Mobile Games
  • Facebook SMS
  • Twitter SMS
  • Truetones
  • Full Songs
  • Celebrity Twit Talk
  • Celebrity Calendar
  • MMS Greeting Cards
  • MMS Comics
  • BPL Alert
  • Wallpapers
  • Animations
  • Jokes, Gossip & Tips
  • Apps
  • Social Networking – Frenzer

Anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah dibawah dengan mendownload applikasi di atas dalam tempoh promo. Berikut adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan :

  • Sony DSLR Camera
  • Sony Playstation 3 Move set
  • Sony PSP
  • Blackberry Torch 9800
  • Dell Alienware M11X Gaming laptop
  • 40" Samsung LED TV dan banyak lagi!

Ayuh, cepat-cepat download dengan mendail *118# atau terus ke http://wap.channelx.com.my/RM1

pixel Lebih Kool Guna Blackberry Dengan Xpax, Ada Diskaun Lagi!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sheikh Muszaphar & Isteri Bakal Dapat Anak Julai Depan

Posted: 06 Jan 2011 11:00 AM PST

Screen shot 2011 01 07 at 11.57.48 AM Sheikh Muszaphar & Isteri Bakal Dapat Anak Julai Depan

11 jam yang lepas, Dr. Sheikh Muszaphar & isteri, Dr. Harlina telah mengumumkan khabar gembira di Facebook bahawa mereka bakal menimang anak kira-kira bulan Julai depan.

Mesej pendek daripada Sheikh Muszaphar berbunyi, "We are looking forward for this coming July for the due of our tiny baby astronaut ….Just sharing the good news ….." sekaligus memberi petanda bahawa Harlina sudah disahkan mengandung. Kami jangkakan, kandungan Harlina baru berusia sekitar 2 bulan akan mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia. Apakan tidak, bakal anak angkasawan Malaysia yang pertama kan.

Imbas kembali, Perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Harlina telah berlangsung sekitar bulan Oktober yang lepas dengan liputan media yang sangat meluas.

pixel Sheikh Muszaphar & Isteri Bakal Dapat Anak Julai Depan
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.