Adsense

Rabu, 22 Disember 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


ILYKA Lancarkan Single Terbaru SISTEMATIK

Posted: 22 Dec 2010 08:06 PM PST

Masih ingat dengan nama Ilyka? Budiey rasa ramai yang dah lupa ni. Sebab Budiey pun sebenarnya, ingat-ingat lupa dengan penyanyi kecil molek ini. Okay, kalau macam tu, Budiey imbas semula ingatan anda.

Pada masih yang tak ingat, Ilyka atau nama sebenarnya Zuraila Mohamed Yassin dulunya pernah popular dengan lagu Diusung Duka. Sebenarnya, kalau nak ikutkan, Ilyka bukan satu nama yang asing sebab Ilyka juga pernah berlakon drama. Beliau juga pernah berlakon dalam Puteri Gunung Ledang pada tahun 2006 di Istana Budaya. Sekarang beliau dah buat comeback. Selain telah melancarkan single terbaru yang berjudul Sistematik, Ilyka juga akan muncul dengan lakonannya untuk drama siri terbaru terbitan Red Communication berjudul Gadis Semasa yang akan ditayangkan di TV3 pada Januari 2011 selaku artis jemputan.

Ilyka

Sedar tak sedar, dah 20 tahun Ilyka bergelar anak seni dan sampai kini, bidang nyanyian menjadi nadi dalam dirinya. Nama Ilyka mula bertapak semenjak tahun 1989 dengan menyanyi secara serius di sekitar Johor Bahru dan mencuba nasib menjadi artis rakaman.

Pada tahun 1991, Ilyka telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan K3P yang dianjurkan oleh RTM. Dengan bakat semulajadi yang ada padanya, Ilyka disunting oleh syarikat rakaman NSR dan dia telah menghasilkan album pertamanya pada tahun 1993. Lagu hitnya Diusung Duka mendapat tempat di hati peminat dan dimainkan dicorong-corong radio ketika itu.

Antara pencapaian Ilyka sepanjang bergelar penyanyi, beliau pernah buat persembahan menjelang Merdeka Tahun 2000 bersama Orkestra Kebangsaan, pernah terpilih menjadi artis jemputan di persembahan istimewa An Evening with Al Jerreau di PWTC pada tahun 2000. Mewakili Celcom Malaysia dalam persembahan istimewa di Bangladesh, persembahan koktel istimewa F1 Sepang tahun 2001 dan persembahan makan malam istimewa West Mc Laren pada tahun 2002.

Setelah terkenal sebagai artis rakaman, Ilyka mencuba nasib pula mengikat kontrak menyanyi di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur. Kerana bakat dan kepetahannya itu, Ilyka banyak menimba pengalaman menyanyi di hotel-hotel 5 bintang seperti Concorde, Holiday Villa, Prince, Sunway, Shangri La dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, Ilyka telah muncul dengan single terbaru berjudul Bila Ada Denganmu. Setelah itu Ilyka menyepi untuk beberapa tahun kerana dia begitu komited dengan keluarga di samping membesarkan anak sulungnya Arisha.

Dan kini, di tahun 2010, Ilyka ingin kembali semula beraksi di pentas seni. Single Sistematik merupakan single terbaru yang dirakamkan bersama Ajai. Konsep teknotronik serta dance music yang cuba diketengahkan oleh Ilyka mendapat sambutan baik dan sekarang dah boleh dengar di radio-radio.

Klip video Sistematik juga telah dihasilkan pada Ogos yang lalu dan telah pun diputarkan di stesen stesen TV.

Ilyka

Dalam memenuhi rangka promosi single Sistematik, dan juga sebagai satu hadiah bonus kepada para peminat Ilyka, pihak Wake The Baby Sdn Bhd telah bekerjasama dengan pihak Concorde Hotel Kuala Lumpur. Ini juga satu persembahan comeback istimewa hanya sehari sahaja. Semalam, Budiey sempat hadir di Crossroad Lounge, Concorde Hotel untuk melihat persembahan Ilyka. Bijak berkomunikasi dan suara vokalnya yang mantap menjadi taruhan utama Ilyka.

Ilyka

Ilyka

Ilyka

Ilyka

Ilyka

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Red Carpet di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 1
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Mimie Haris Rakam Single Terbaru Kakiku Kaku
  • Lirik Lagu Single Terbaru Kau Pergi – NB
  • Lirik Lagu Terbaru Bob AF Sinar Menunggu
  • Majlis Pelancaran Single Album In Heart Hari Ini
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I'm Not Single 8 Julai Ini
  • Album Terbaru Imran Ajmain Punca Dan Tindakan Dilancarkan
  • Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Peraduan Menangi 15 Keping Tiket Anugerah Skrin 2010

    Posted: 22 Dec 2010 05:39 PM PST

    Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

    Korang nak menonton Anugerah Skrin 2010 secara live tak kat Dewan Merdeka, PWTC pada 24 Disember, Jumaat ni?

    Budiey ada 15 tiket utk pembaca budiey.com. Sape mahu? Sertai contest!

    Haaaa… hari ini, Budiey ingin memberikan kepada korang 15 tiket Anugerah Skrin kepada pembaca yang dapat menjawab soalan berikut:

    Soalan 1:
    1. Apakah tema Anugerah Skrin 2010.

    Soalan 2:
    2. Anugerah Skrin tahun ini ditaja oleh….?

    Soalan 3:
    3. Stesen TV manakah yang akan menjadi penyiar rasmi Anugerah Skrin?

    Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
    Saya mahu menonton Anugerah Skrin secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

    Sertakan juga maklumat peribadi:
    Nama:
    Alamat surat menyurat:
    Email:
    Nombor telefon:

    Hantarkan jawapan anda kepada:

    dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Anugerah Skrin 2010

    Tarikh tutup peraduan:
    Jam 5 petang 23 Disember 2010

    15 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

    Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut. Kepada pembaca yang tidak dapat menonton TV, korang boleh juga mengikutinya secara online di:

    http://apps.tv3.com.my/ask2010

    Anugerah Skrin 2010 Sidang Media

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.