Adsense

Rabu, 22 Disember 2010

Zon Artis

Zon Artis


Gambar Kekasih Sabrina Ali, Akan Berkahwin Tahun Hadapan

Posted: 22 Dec 2010 08:40 PM PST

GAMBAR KEKASIH SABRINA ALI

Setelah kecundang dengan perkahwinan terdahulu, nampaknya Sabrina Ali tidak menunggu lama untuk mendapatkan pengganti kerana dia kini sudah pun mempunyai kekasih. Dan jangan tidak tahu, kekasih Sabrina Ali adalah seorang lelaki bujang. Bukan duda mahupun suami orang ok! Kami pasti, hati Sabrina Ali sedang berbunga-bunga sekarang ni.

Menurut Sabrina Ali, mereka berkenalan sejak beberapa bulan yang lalu yang mana perkenalan itu bermula secara kebetulan setelah mereka berjumpa dalam satu majlis hari jadi rakan Sabrina Ali. Dari situlah mereka mula mengenali hati budi masing-masing sehinggalah hubungan mereka menjadi semakin serius sekarang ni.

GAMBAR KEKASIH SABRINA ALI

Kerana hubungan mereka yang sudah sampai ke tahap serius, Sabrina Ali dan juga kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Amin (28) sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan walaupun hubungan mereka masih boleh dikatakan terlalu awal. Berikut seperti yang dikatakan.

"Biarpun hubungan kami boleh dikatakan masih telalu awal, saya akui kini serius dengannya dan Insya Allah kami sudah terfikir untuk bernikah pada tahun hadapan. Cuma bila tarikhnya itu tidak dapat kami pastikan lagi dan akan kami beritahu kemudian.

"Harapan saya sangat tinggi untuk perkahwinan kedua ini dan saya sangat takut serta berhati-hati sebelum mengambil keputusan kali ini. Lagipun dia juga masih bujang dan mungkin agak kurang faham mengenai hal berumah tangga ini," – Sabrina Ali

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan sebab dalam waktu yang singkat je dah dapat pengganti. Maklumlah, cantik menarik tertarik kau memang de boom.. Sape tak terpikat kan? Semoga ada jodoh antara kalian.

Psstt: Akibat terkena letupan tong gas

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.