Gosip Artis Malaysia |
Maya Karin Bercinta Dengan Yusry KRU? Posted: 21 Dec 2010 09:22 PM PST Maya terima YusrySEJAK kebelakangan ini nama Maya Karin dan Yusry Abd. Halim digosipkan sedang bercinta gara-gara mereka berdua dilihat secara terbuka menonton wayang di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya baru-baru ini. Menguatkan lagi dakwaan itu, mereka berdua juga tanpa segan datang berdua ke majlis tayangan perdana filem Khurafat di GSC, Mid Valley pada malam Isnin lalu, meskipun sedar pada majlis tersebut ramai pihak media yang hadir. Maya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara beberapa jam sebelum majlis tayangan perdana itu berlangsung mengakui yang dia pernah menonton wayang sebanyak dua kali bersama Yusry. "Kalau tidak silap saya ada menonton wayang dengan Yusry dua bulan lepas dan terbaru dalam dua minggu lepas, kami menonton filem (terbaru) Narnia di Alamanda. Kami menonton di sana sebab dekat dengan pejabat Yusry, daripada dia datang ke Kuala Lumpur baik saya yang pergi sana, lagi pun saya senang masa itu," ujar Maya tanpa berselindung. Justeru, filem Khurafat menjadi filem ketiga Maya menonton bersama Yusry! Status Maya sebagai janda dan Yusry sebagai duda pastinya menimbulkan gosip apabila keluar berdua, tetapi tegas Maya mereka juga manusia biasa dan harus menjalani kehidupan seperti orang lain. "Saya bukannya jenis orang yang minta pengurus belikan tiket wayang dan masuk wayang ikut pintu belakang. Susahlah hidup kalau begitu. "Orang nampak kami sebab kami beli tiket wayang sendiri, bagi saya buat apa kami nak keluar sembunyi-sembunyi, kami juga manusia biasa dan ingin menonton wayang macam orang lain juga," ujar Maya. Disoal mungkinkah wujud hubungan istimewa antaranya dan Yusry, dalam tawa yang panjang, Maya menjelaskan bahawa hubungan dirinya dan Yusry tidak lebih daripada seorang teman. "Kami kenal sudah lama, seingat saya pertama kali kami bertemu apabila digandingkan sebagai penghias muka depan majalah Media Hiburan sekitar tahun 2001. Tetapi kami jarang berjumpa sebab kesibukan dan selepas itu masing-masing sudah berkahwin. "Sekarang kami berdua sudah tidak terikat dengan sesiapa, jadi saya tidak lihat keluar menonton wayang berdua adalah satu kesalahan. "Persahabatan kami ikhlas tidak lebih daripada itu dan kami saling menyokong kerjaya antara satu sama lain," luahnya yang tidak mahu hubungan persahabatannya itu disalah ertikan.
Remy Ishak dan Bront Palarae Bagaimanapun, Maya tidak menolak andai Yusry merupakan jodohnya pada masa depan kerana dia mengakui, Yusry mempunyai ciri-ciri lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami. "Ya, Yusry ada ciri-ciri lelaki dan suami yang saya idamkan dan saya tidak menolak andai dia jodoh saya. Tetapi saya baru sahaja bercerai, rasanya kalau mahu berkahwin lagi, perkara itu tidak akan berlaku dalam tempoh setahun akan datang. "Selepas kegagalan rumah tangga, saya lebih berhati-hati. Kalau bertemu dengan seorang lelaki, saya tidak akan terus berkahwin sebaliknya akan ambil masa yang panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin," jelas wanita berusia 31 tahun itu lagi. Apabila ditanya apakah yang menyebabkan Maya bersahabat dengan Yusry, jawabnya: "Saya suka dia dan rasa selesa, tidak mungkin saya akan berkawan dengan orang yang saya tidak suka. "Dia juga seorang yang serius dan kami sering bercerita mengenai filem, mungkin itu yang menyebabkan saya senang berkawan dengannya." Selain Yusry, menurut Maya lagi, dia juga mempunyai ramai sahabat lelaki yang cukup rapat dengannya antaranya aktor Remy Ishak dan Bront Palarae.
Justeru, untuk membuat kesimpulan bahawa Yusry merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya buat masa ini adalah tidak tepat. "Saya ramai kawan lelaki dan akan keluar dengan mereka jika saya ada masa. Begitu juga dengan Yusry, kami tidak ada satu ketetapan bila mahu berjumpa sebaliknya mengikut jadual kami, kalau ada masa terluang kami akan berjumpa," tutur pelakon teater Natrah itu lagi. Bercakap tentang perkembangan kerjayanya, Maya akui perasaannya bercampur baur antara seronok dan sedih apabila meninggalkan tanggungjawab sebagai pengacara Nona yang diterajuinya selama setahun. "Tahun 2010 memang tahun yang agak berat untuk saya, selain terlibat dalam teater, saya juga terlibat dengan dua filem. Jadi, ada masanya saya terasa terlalu penat untuk menjalani penggambaran Nona. "Setelah setahun bersama Nona, saya rasa sekarang saya sudah serasi dengan produksi itu. Tetapi tidak adil untuk mereka jika saya datang ke penggambaran dalam keadaan penat. "Apabila pihak Nona mengatakan tempat saya akan diganti, saya tidak rasa terlalu berat hati kerana keputusan itu yang terbaik," ujarnya. h |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |