Harian Metro: Rap |
'Dia ada ciri lelaki idaman saya' Posted: 21 Dec 2010 11:27 AM PST KELIBAT Maya Karin Roelcke, 31, dan Yusry Abdul Halim, 37, di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya sekitar minggu lalu menarik perhatian pengunjung sehingga begitu pantas beritanya sampai ke pengetahuan media. Meskipun kedua-dua mereka dilaporkan tampil dengan gaya bertopi, helah itu nyata tidak mampu mengaburi mata pengunjung. Kehadiran mereka juga menguatkan lagi desas-desus kononnya Maya dan Yusry sedang hangat dilamun cinta.
"Alamanda? Yang baru-baru ini atau dua bulan lepas?" soalnya.
Tambah Maya, selain Yusry dia mempunyai kawan lelaki yang rapat misalnya Bront Palarae dan Remy Ishak. Namun, persahabatannya dengan Yusry terlalu digembar-gemburkan.
Akui Maya, persahabatannya dan Yusry adalah ikhlas, malah mereka saling menyokong kerjaya masing-masing. Malah, wanita berbintang Scorpio ini juga tanpa berselindung mengakui menyukai Yusry selain menyifatkan duda kacak itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.
"Kadang-kadang saya rasa penat sangat untuk menjalani penggambaran Nona. Jauh di sudut hati, memang terasa sedih juga meninggalkan program yang cukup saya minati itu, tetapi ada baiknya keputusan ini kerana saya bimbang hilang tumpuan dan jika tidak mampu memberikan yang terbaik," katanya. Untuk 2011, Maya bakal membintangi filem terbitan produksi popular yang akan menjalani penggambaran sekitar Februari nanti. Tahun sama juga, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini akan menemui peminat menerusi filem Cun yang menyaksikan gandingannya bersama Remy Ishak, manakala dalam Ombak Rindu berganding dengan Aaron Aziz. Kedatangan tahun baru juga cukup menerujakan Maya apabila album ketiganya yang diterbitkan Audi Mok dijangka menemui peminat selepas tujuh tahun menyepi tanpa sebarang album. Waktu sama, Maya sibuk dengan tugasnya sebagai duta Inner Shine Prune Plus. Katanya, dia mencuba produk itu selama sebulan untuk melihat keberkesanannya sebelum menandatangani persetujuan dua minggu lalu.
PROFIL: ALBUM: ANTARA ANUGERAH: |
Posted: 21 Dec 2010 11:19 AM PST HUBUNGAN pelakon popular Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 33, dengan Zulkifli Ariffin, atau Zul, 24, bukan lagi rahsia. Malah, mereka kini lebih bersikap terbuka mengenainya dan sering muncul di khalayak bersama. Bagaimanapun, apa yang kurang menyenangkan mengenai hubungan pasangan ini ialag apabila kebelakangan ini beberapa keping gambar peribadi mereka mula tersebar dan dijadikan bahan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mahu menimbulkan kontroversi.
Mengelakkan perkara itu berterusan, Abby yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas sewaktu dihubungi berkata, sekarang dia lebih berhati-hati dengan menandakan setiap gambar yang dimuatkan untuk tatapan peminat menerusi lawan sesawang yang dibangunkan dengan pengenalan 'it's mine Abby Abadi' (milik Abby Abadi).
"Bagi mengekang masalah ini agar tidak berpanjangan, rakan meminta saya menandakan setiap gambar yang mahu dimuatkan di laman web khas untuk peminat. Diharapkan apabila ada yang mengambilnya dan memberi penerangan bukan-bukan, peminat yang membaca tahu ia dimuatkan kembali di blog mereka dengan niat tidak baik," katanya.
Abby turut menafikan dia sengaja meletakkan gambarnya bersama Zul dengan niat untuk menghangatkan lagi keadaan atau membiarkan hubungannya dengan Zul diperkatakan. Niatnya, hanya satu iaitu hendak berkongsi mengenai perkembangan peribadi dan kerjaya dengan peminat di laman sesawang khas untuk peminat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |