Utusan Online - Hiburan |
Bangga jadi pujaan hati remaja Posted: Bangga jadi pujaan hati remajaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
ANAK muda berusia 20 tahun ini mula mencuri perhatian pencinta muzik tempatan ketika menyertai pertandingan realiti One In A Million (OIAM) musim pertama pada tahun 2006. Ketika dia menyertai pertandingan yang dicetuskan ideanya oleh stesen televisyen 8TV itu, umurnya masih mentah, 16 tahun. Namun, atas semangat kecintaan dan minatnya terhadap dunia seni, pengorbanannya cukup besar demi memastikan impiannya untuk bergelar penyanyi tercapai. Perlahan-lahan Muhammad Alif Mohd. Satar atau kini lebih dikenali sebagai Alif Satar membina namanya sehingga menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja hari ini. Di sebalik nikmat populariti yang dikecapinya hari ini, anak muda yang gemar membahasakan dirinya sebagai Alif ini tidak pernah lupa akan kepayahan yang ditempuhinya sepanjang empat tahun lalu. "Ketika keluar OIAM, saya dapat melihat kerjaya saya ketika itu agak cerah kerana sudah mula dikenali dan menjadi perhatian. Malah, sempat juga saya mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman tempatan. "Sangka saya, kerjaya saya akan menjadi mudah selepas itu. Tetapi, entah bagaimana, percaturan yang dilakukan itu tidak menjadi dan ia hampir menenggelamkan nama saya. "Jujurnya, saya memang cukup bimbang ketika itu kerana saya memang benar-benar mahu berada dalam industri untuk berkongsi bakat saya dengan masyarakat. "Mujurlah dengan bantuan keluarga dan pengurus, Meor Shariman, saya kembali bangkit dan sudah berada di landasan yang betul," katanya dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di pejabat Sony Music Entertainment di ibu negara, minggu lalu. Atas alasan itu jugalah, Alif yang berusia 20 tahun itu mengambil keputusan untuk menjenamakan semula dirinya sebagai Alif Satar. Ternyata, semua yang dilakukannya itu membuahkan hasil dan namanya mula melonjak selepas single pertamanya, Jangan Nakal begitu kerap diputarkan di corong radio. "Saya mula dikenali sebagai Alif OIAM dan kemudiannya sebagai Alif Remaja kerana saya pernah mengacarakan rancangan terbitan TV3 itu. "Pada masa yang sama juga, saya tak sangka ada ramai juga penyanyi bernama Alif di negara ini termasuklah Alif Azfar yang turut sama bertanding dalam OIAM bersama-sama saya. "Tetapi, paling ketara apabila orang membandingkan saya dengan Aliff Aziz. Penat juga saya dibuatnya untuk menerangkan kepada mereka bahawa saya bukan penyanyi lagu Sayang Sayang itu," katanya sambil ketawa. Bangga dengan Faizal Tahir Sempat juga Alif ditebak dengan soalan tidakkah dia berasa cemburu dengan kejayaan luar biasa yang dikecapi Faizal Tahir yang juga lahir dari platform yang sama dengan Alif. Sedangkan, Faizal hanya sekadar bergelar naib juara pertandingan itu tetapi populariti dan kejayaannya berjaya mengatasi juaranya, Suki. Tanpa berselindung, Alif tidak sedikit pun berasa cemburu mahupun iri hati sebaliknya sama-sama tumpang gembira dengan kejayaan Faizal yang dianggapnya sebagai seorang abang itu. "Ketika saya dan Suki menyertai OIAM, kami masih bersekolah. Faizal pula ketika itu, dia memang sudah memiliki kriteria untuk menjadi seorang penyanyi dan komposer. "Jadi, dia berada di tempat dan masa yang tepat sehingga dia mampu menjadi seperti hari ini," kata Alif yang masih lagi mengekalkan hubungan akrab dengan Faizal. | ||
Prasangka ubat kekecewan Eyeja Posted: Prasangka ubat kekecewan EyejaOleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
LAHIR daripada program realiti Bintang RTM, tidak bermakna setiap pesertanya dijanjikan tempat dalam industri muzik tempatan walaupun bergelar juara. Namun, masih ada lagi antara peserta yang bernasib baik untuk kekal dalam bidang seni dengan menjadikan karier lain seperti pengacara atau pelakon sebagai kerjaya mereka. Begitulah situasi yang dialami pengacara yang mencipta kontroversi ketika mengacarakan pentas akhir Gah 1 baru-baru ini, Eyeja Arshad apabila impian bergelar penyanyi sejurus menyertai Bintang RTM 2004 tidak kesampaian. Bagaimanapun, Eyeja kini dapat menarik nafas lega selepas enam tahun menunggu, akhirnya cita-citanya tercapai dengan terhasilnya single pertama iaitu Prasangka. Lagu ciptaan Intan Shahrudin itu membuka semula peluangnya untuk merealisasikan impiannya semenjak kecil lagi. Malangnya, lumrah orang baru yang masih mentah, kelahiran Prasangka seakan terbantut memandangkan Eyeja tidak mampu mengikuti jadual promosi. Mempunyai wajah persis artis Bollywood, gadis itu berbicara, walaupun laluannya tampak sukar untuk bergelar penyanyi pada awalnya, Eyeja tidak pernah patah semangat untuk menuju ke arah itu. "Saya sentiasa mencari peluang untuk menjadi penyanyi. Setiap majlis hiburan terutama yang melibatkan muzik saya akan hadir supaya boleh berkenalan dengan penggiat muzik terkenal. "Namun, ia tidak semudah yang disangka apabila beberapa halangan dan masalah muncul yang mana ianya tidak berjalan seperti yang diharapkan," jelas Eyeja berkongsi pengalamannya. Tatkala impian sudah digapai, bagaimana pula dengan karier Eyeja sebagai pengacara? Jawabnya, rezeki setiap insan ditentukan oleh Allah. Jadi, jika tenaganya masih diperlukan untuk mengacarakan apa jua bentuk rancangan atau majlis, Eyeja bersedia untuk menggalasnya. "Sebagai manusia, banyak tugas perlu dipikul. Paling penting, kita perlu pandai membahagikan tugas agar apa yang dikendong, tidak keciciran. "Pada masa yang sama, saya akan tumpukan terhadap promosi single saya terlebih dahulu. "Kemudian, barulah saya seimbangkan semula karier sebagai penyanyi dan pengacara. "Saya tidak akan lepaskan karier pengacaraan walaupun sudah bergelar penyanyi kerana ia adalah rezeki saya," tambah Eyeja yang juga duta produk Eternity keluaran syarikat kosmetik Al Wahida. Setakat ini, Eyeja telah mengacarakan sebanyak lapan rancangan terbitan RTM seperti Destinasi Etnik, Aroma Pagi, Sarapan Apa? dan Planet Seni. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |