macam macam hiburan terkini |
- Sam Jelaskan Dirinya Bukan Aktor Yang Ditahan Polis
- Nora Danish Bakal Lembut Hati Dengan Fasha Sandha
- Kami Sekadar Bergambar, Tiada Yang Luar Biasa Pun!- Zain Saidin
- Jangan Terus Aibkan Saya - Linda Onn
- Hujan Lancar Album Baru 25 November Ini
- Jamil Sulong Perlu Dikenang
- Aaron Aziz Tempuh Segala Rintangan
- Ady Putra Elak Watak Berulang
- Kehebatan P. Ramlee Jadi Inspirasi Monoloque
Sam Jelaskan Dirinya Bukan Aktor Yang Ditahan Polis Posted: 08 Nov 2010 05:35 PM PST Justeru itu, peluang bertemu dengan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu, Isnin, memberi ruang kepada mStar Online bagi mendapatkan penjelasan daripada adik kepada aktres Zizie Ezzette itu sendiri. Sam yang terkejut apabila diajukan soalan itu berkata, ia hanya spekulasi dan dakwaan kosong yang tidak berasas sama sekali. Akui pelakon filem Ngangkung itu, sebaik saja berita itu disiarkan di akhbar memang dia mendapat panggilan dan pertanyaan yang bertalu-talu daripada banyak pihak untuk mendapatkan kesahihan. Bagaimanapun, Sam sama sekali tidak melenting atau marah dengan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan ia sebagai strategi akhbar terbabit untuk menarik perhatian pembaca. "Saya memang terkejut apabila ramai yang menghubungi dan bertanyakan saya tentang berita itu tapi tiada apa yang saya perlu bimbang atau cemas sebab ianya tiada kena-mengena dengan saya. "Malah, berdasarkan info yang disampaikan kepada saya, aktor yang ditahan polis itu sebenarnya tiada kaitan pun dengan Festival Filem Malaysia ke-23. Jika dilihat pada umur dan beberapa maklumat berkaitan aktor yang ditahan polis itu pun, ia langsung tidak berkaitan dengan saya. "Mungkin ada kesilapan di mana-mana sehingga orang salah anggap atau hanya strategi akhbar tersebut untuk memancing perhatian, sekaligus membuat spekulasi yang mengaitkan dengan saya pula," katanya. Apabila diminta mengulas mengenai kes tersebut, Sam berkata, manusia memang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan dan menasihatkan aktor tersebut perlu lebih berhati-hati dalam segala tindak-tanduknya. "Saya pun bukannya baik sangat. Jadi, tiada hak untuk komen tentang isu-isu serius sebegini. Saya pun pernah melakukan kesilapan sebelum ini cuma apa yang boleh saya katakan kepada aktor itu mahupun sesiapa saja perlulah berhati-hati dalam segala tindakan yang kita lakukan," katanya. Dalam laporan sebuah akhbar pada Ahad, seorang aktor berusia 30 tahun dan tunangnya yang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine telah ditahan oleh pihak polis ketika sedang menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MMRR2), Ampang, Selangor, malam Jumaat lalu. google: shaheizy sam, shaheizy sam ditahan, shaheizy sam ditangkap, shaheizy sam balai polis, shaheizy sam dadah, shaheizy sam lokap, shaheizy sam air kencing, shaheizy sam hisap dadah, shaheizy sam hisap syabu, shaheizy sam di penjara, shaheizy sam ujian air kencing |
Nora Danish Bakal Lembut Hati Dengan Fasha Sandha Posted: 08 Nov 2010 05:33 PM PST Kata Nora, dia mungkin akan berlembut hati dengan Fasha di mana dia akan memberi Fasha meluangkan masa bersama-sama dengan anaknya, Rayqal, jika pelakon drama Chinta itu berkahwin dengan Jejai. "Sebelum ini, saya ada bertanya pada diri sampai bila saya nak halang dia (Fasha) bertemu dengan Rayqal, memandangkan ayah Rayqal adalah kekasihnya? "Tapi, jika mereka sudah berkahwin, mungkin saya akan berubah hati. Lagipun rasanya sekarang ini mereka tidak merancang lagi untuk ke peringkat seterusnya (kahwin)," katanya pada sidang akhbar program Kamilah Bintang di restoran Fullhouse, Isnin. Tambah Nora, buat masa ini, dia sememangnya tidak suka jika Fasha bertemu dengan anaknya itu. Baru-baru ini, Fasha dikatakan telah membeli barang permainan untuk Rayqal di sebuah kedai permainan kanak-kanak yang menjadi pilihan Jejai untuk membeli barang permainan anaknya itu. Ditanya adakah Nora tahu tentang hal itu, katanya:"Mungkin barang permainan itu dibeli untuk orang lain kot. "Lagipun anak saya ada ibunya sendiri dan itu kehidupan saya, bukan urusan dia untuk membeli sesuatu untuk Rayqal. "Mungkin orang nampak pelik dengan kata-kata saya ini, tapi bagi saya, kita hanyalah manusia biasa dan hati saya tidaklah sekuat mana. "Apapun, Jejai faham dengan pendirian saya. tapi tak tahulah, kalau di belakang saya macam mana." jelas Nora yang akan bercuti ke Jepun dan Korea bersama-sama dengan keluarganya dan Jejai. |
Kami Sekadar Bergambar, Tiada Yang Luar Biasa Pun!- Zain Saidin Posted: 08 Nov 2010 05:32 PM PST PETALING JAYA: Aktor Zain Saidin (gambar) menafikan wanita dalam gambar mesra yang tersebar di ruangan hiburan sebuah akhbar, pada Ahad merupakan aktres Rozita Che Wan. Malah dia mengaku wanita yang dimaksudkan hanya kawannya. Tiada reaksi negatif yang dipamerkan, sebaliknya terdetik perasaan kelakar kepada pelakon drama Kiah Pekasam dan Duyong Aridinata itu apabila membaca artikel tersebut. "Nampak seperti Rozita Che Wan ke? Bukan dia lah. Kalau nak kata dengan Rozita, di Facebook saya banyak gambar kami berdua dan juga bersama-sama artis lain," katanya ketika dihubungi mStar Online. Zain turut menafikan dia memeluk wanita itu dalam gambar tersebut malah menganggap gambar itu cuma gambar biasa dan tiada apa-apa keistimewaan sebalik gambar yang dirakamkan. Dia menjelaskan, wanita terbabit bukanlah kekasihnya. Tambah Zain, tidak bermakna dia menukarkan gambar mereka berdua kepada gambarnya seorang di status BlackBerry Massanger (BBM) miliknya kerana telah 'terkantoi'. "Gambar itu biasa sahaja dan kami tidak berpelukan seperti didakwa. Saya dan wanita dalam gambar itu hanya berkawan. "Saya tergelak apabila melihat gambar itu. Saya tak suka gambar tu sebab saya nampak kelakar dalam gambaer tu. Jadi, sebab itu saya tukar gambar saya seorang diri semula. google: zain saidin, zain saidin facebook, zain saidin blog, zain saidin twitter, zain saidin myspace, zain saidin biography, zain saidin biodata, zain saidin terbaru, zain saidin terkini, gambar zain saidin dan rozita che wan, gosip cinta zain saidin dan rozita che wan, foto zain saidin dan rozita che wan, skandal zain saidin dan rozita che wan, kisah zain saidin dan rozita che wan, zain saidin dan rozita che wan bercinta, |
Jangan Terus Aibkan Saya - Linda Onn Posted: 08 Nov 2010 05:30 PM PST Kata Linda, dia kecewa dengan laporan sebuah akhbar mingguan Ahad yang menyiarkan artikel di ruangan gosip yang memberi gambaran jelas terhadap dirinya. "Sudah sudah mengaibkan saya, kesabaran manusia juga ada batasannya. Dari peristiwa karpet merah di LA (Los Angeles) sehingga kisah percintaan dan pergaduhan dengan Fahrin Ahmad saya berdiam sahaja. Kini timbul pula kisah saya cuba untuk berlagak dengan hobi baru. "Walaupun ruangan itu tidak mendedahkan siapa penyampai radio yang dimaksudkan, tapi gambaran yang diberikan jelas menunjukkan bahawa saya orang itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Isnin. Jelas Linda, perkara itu telah menimbulkan tanggapan negatif peminat dan rakan niaga terhadap dirinya. "Sebelum saya membaca artikel tersebut ramai yang sudah memberitahu dan menasihatkan saya bersabar setelah membacanya. Ramai yang membacanya jelas mengetahui orang yang dimaksudkan. "Ia memberi persepsi buruk kepada saya sebagai penyampai radio dan ahli perniagaan," ujarnya. Dalam pada itu, Linda juga kecewa kerana kerjasama yang diberikan selama ini dibalas dengan tanggapan buruk oleh beberapa pihak. "Saya tidak mahu membesarkan perkara ini, saya berharap mereka menghormati saya sebagai artis yang sudah lama dalam industri ini dan selidik dahulu perkara tersebut. "Saya sudah beri kerjasama sebaik mungkin, dan saya harap mereka juga beri kerjasama kepada saya agar tidak terus menerus memburukkan nama saya," ujarnya kesal. Terdahulu dalam blog peribadi miliknya, Linda telah menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan motor berkuasa besar kepunyaannya itu atas tujuan keselamatan. |
Hujan Lancar Album Baru 25 November Ini Posted: 08 Nov 2010 05:30 PM PST Hujan dianggotai oleh Noh, Hang Dimas, AG, Izat dan Am. Album edaran Warner Music Malaysia itu memuatkan 14 buah lagu termasuklah lagu Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Bagaikan Matahari dan Di Kala Bulan Bermain Biola. Untuk album ini, Hujan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif biarpun mereka cuba bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru. Ironinya, kesemua lagu-lagu ini diperolehi dari demo yang telah dimuatturunkan ke dalam internet. Namun, peminat Hujan yang dikenali sebagai Raingers masih berupaya untuk menikmati album istimewa ini, kerana terdapat 10 buah lagu lagi yang masih baru dan belum pernah dimainkan. Hujan akan bekerjasama dengan Warner Music Malaysia untuk melancarkan Lonely Soldier Boy pada 25 November ini di Berjaya Times Square, pukul 5.30 petang. Dalam majlis tersebut, Hujan akan mengadakan persembahan secara langsung buat julung julung kalinya dengan menyanyikan beberapa buah lagu yang dipetik dari album Lonely Soldier Boy ekslusif untuk para media dan peminat. Sempena pelancaran Lonely Soldier Boy di Berjaya Times, bagi raingers yang ingin mendapat pass ekslusif untuk showcase Hujan, mereka boleh mendengar Era FM, X- Fresh FM, MTV dan Astro Hitz TV untuk mendapat ekslusif rock zone pass. Dan juga sesiapa yang inginkan pass ekslusif Rock Zone, mereka juga boleh mendapat pass itu dengan membeli album Lonely Soldier Boy pada acara itu. Dalam album ini, Hujan mempertaruhkan single pertama mereka iaitu Muda. google: hujan, album baru hujan, single terbaru hujan, download single terkini terbaru hujan, poster hujan, cover album baru hujan, lirik lagu hujan, lyrics hujan |
Posted: 08 Nov 2010 05:28 PM PST Tanpa disedari, Jamil yang suatu ketika dahulu bekerja sebagai penterjemah di Malay Filem Production pernah menghasilkan lagu dan lirik yang dinyanyikan oleh P.Ramlee seperti Berkorban Apa Saja, Azizah, Anak Ku Sazali, Tiada Kata Secantik Bahasa, Tiru Macam Saya dan Merak Kayangan. Populariti lagu-lagu itu berjaya menaikkan nama P.Ramlee dan filem-filem yang memuatkan lagu berkenaan. Sayangnya ketika lagu-lagu itu berkumandang, ramai yang tidak menyedari lirik dan lagu yang penuh puitis tersebut adalah hasil nukilan Jamil. Malah, hubungannya yang rapat dengan P.Ramlee membuatkan Seniman Agung itu mempercayai karya-karya Jamil untuk diterjemahkan dalam filem-filem arahan P. Ramlee sendiri. Jamil pernah meluahkan kesedihan apabila orang lebih mengenali P.Ramlee berbanding karya yang beliau hasilkan. Mungkin kerana populariti P.Ramlee membuatkan orang ramai menyangka lagu-lagu itu adalah hasil ciptaan seniman agung itu tanpa mengetahui ia sebuah karya bermakna daripada seorang yang bernama Jamil Sulung. Walau bagaimanapun tiada siapa yang melupakan Jamil kerana ketika menjangkau usia 84 tahun, beliau yang agak uzur ketika ini tetap diingati apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menganjurkan Malam Legenda Perdana, Tiada Kata Secantik Bahasa di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada Ogos lalu. Ia diadakan bagi memperingati jasa Jamil selama penglibatannya kira-kira 60 tahun dalam bidang seni. Keadaan dirinya yang sudah uzur itu tidak langsung menyekatnya untuk berkarya sehingga dia mampu menghasilkan sebuah buku Warisan Dan Wawasan yang memuatkan kisah-kisah menarik sepanjang penglibatannya dalam bidang seni. Dengan terhasilnya buku itu, Jamil berasa amat tenang kerana segala perasaannya dapat diluahkan dalam bentuk naskhah yang akan dikenang oleh generasi akan datang. Katanya, sebagai anak seni memang banyak cabaran tetapi jika seseorang itu telah memilih untuk terlibat dalam bidang seni, mereka harus menempuh segala pahit maungnya. Sepanjang aktif sebagai pengarah, Jamil telah menghasilkan 17 buah filem. Filem terkahirnya ialah Raja Melewar, diterbitkan pada 1998 yang turut dibintangi oleh Eizlan Yusof, Saharuddin Thambi, Norish Karman dan Aziz Jaafar. |
Aaron Aziz Tempuh Segala Rintangan Posted: 08 Nov 2010 05:27 PM PST Pemilik nama Aaron Mustapha Aziz atau Aaron Aziz, mula melakar namanya di negara kelahirannya, Singapura sekitar tahun 2002. Namun kepuasannya sebagai pelakon di negara sendiri agak terbatas lalu dia nekad berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2004 menerusi drama pertamanya, Sumaiyah. Bangga dengan pencapaiannya berdasarkan asahan bakat lakonan sendiri, Aaron kini selesa dengan kehidupan serta kerjaya yang dibinanya di sini. Cuma, sehingga kini, impian Aaron seperti tersekat apabila sering kali tidak berpeluang untuk dicalonkan dalam mana-mana anugerah berprestij hanya kerana dirinya seorang rakyat Singapura. "Sudah tiba masanya untuk saya dicalonkan untuk anugerah yang diperkenalkan. Saya agak kecewa apabila lakonan saya sukar untuk diberi pengiktirafan hanya kerana saya seorang rakyat Singapura. "Bagi saya, apabila tercalon atau pun memenangi anugerah, barulah kita dapat melihat sejauh mana tahap kemampuan kita. Sudah lama saya menantikan peluang itu. "Oleh itu, saya nekad untuk memohon menjadi penduduk tetap (PR) di Malaysia. Walaupun agak sukar untuk mendapatkan PR di sini, saya akan cuba sampai dapat. Sebab itu saya bawa isteri dan anak-anak menetap di sini," tuturnya pada sesi fotografi bersama Mingguan mStar di pusat pameran kereta mewah, Kuala Lumpur & Temasek Enterprise Sdn. Bhd (KLT). Menanggung risiko dengan kritikan yang bakal diterima oleh rakyat Singapura, kata Aaron dia perlu membuat keputusan untuk mendapatkan kehidupan dan kerjaya yang terbaik untuknya serta keluarga. Ujarnya, sebelum ini dia perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura untuk bertemu dengan isteri, Diyana Halik serta tiga anaknya iaitu Danish Anaqi,7, Dwi Ariana,5, dan Dahlia Arissa yang berusia setahun. Kata Aaron dia tidak sanggup berjauhan dengan mereka terlalu kerap. "Saya tak kisah jika masyarakat Singapura menghina saya dengan berkata saya ini mahu melupakan tanah air sendiri. Saya perlu membuat keputusan demi kerjaya dan keluarga. Kalau dulu, saya akan berulang alik ke Singapura kerana terlalu rindukan keluarga. "Mereka kena faham, agak sukar untuk kita berjaya dalam industri hiburan di Singapura. Bila isteri dan anak-anak berada dekat dengan saya di Kuala Lumpur, ia lebih memudahkan saya menguruskan keluarga serta kerjaya. "Sebab itulah saya selalu membawa isteri dan anak-anak bersama jika ada penggambaran di luar Kuala Lumpur kerana peluang yang agak terhad untuk bertemu mereka. Kalau nak tahu, saya ibaratkan industri hiburan tempatan sebagai Hollywood Malaysia," ujarnya sambil tersenyum. Pernah tidur dalam kereta Semua tahu, untuk menapak dan mengukuhkan nama di persada seni bukannya mudah. Pelbagai onak duri yang perlu dilalui untuk menjadi seorang pelakon. Begitu juga dengan Aaron. Poketnya pernah kosong pada awal pembabitannya dalam dunia seni. Malah, Aaron juga sanggup tidur di dalam kereta kerana tidak mahu menghabiskan wang kerana terpaksa menyewa hotel. "Memang agak susah juga saya nak bernafas pada mulanya. Sebelum berlakon drama Sumayyah sebanyak 13 episod, memang poket saya kosong. Kemudian barulah saya berduit sikit. Bayangkan dengan duit yang saya dapat, bila ditukar kepada mata wang Singapura, ia menjadi sikit. "Duit itu jugalah saya kena beri kepada ibu bapa saya serta isteri dan anak-anak. Sekarang ini, bila dapat bayaran lakonan, saya terus asingkan 30 peratus daripada gaji saya dan berikan kepada Diyana untuk disimpan," tuturnya. Sengaja mengusik adakah pernah isterinya cemburu tatkala dia dikelilingi pelakon-pelakon wanita cantik setiap kali berlakon, Aaron bersyukur, Diyana begitu memahami kerjayanya itu. Namun, dia percaya, walaupun tidak pernah melafazkan kata-kata cemburu kepadanya, sebagai seorang wanita, sedikit sebanyak perasaan itu pastinya ada. "Memandangkan Diyana faham dengan kerjaya saya, saya juga perlu menjaga hati dia. Saya perlu menjaga batasan saya sebagai seorang suami dan ayah. "Oleh itu, setiap kali habis penggambaran, saya akan terus pulang ke pangkuan keluarga. Nak melepak dengan rakan-rakan artis pun jarang melainkan ditemani Diyana. "Saya seorang yang mementingkan keluarga kerana merekalah menjadi tulang belakang saya ketika susah dan senang. "Saya percaya, sebagai seorang isteri mesti dia ada perasaan cemburu bila melihat saya berlakon di sisi pelakon-pelakon wanita lain. Cuma dia tidak luahkan saja. Walaupun, dia tak cakap apa-apa, kadang-kala saya tetap jelaskan pada dia kenapa saya perlu beraksi seperti itu," katanya. google: aaron aziz, aaron aziz facebook, aaron aziz blog, aaron aziz twitter, aaron aziz myspace, aaron aziz 2010, aaron aziz biography, aaron aziz biodata, aaron aziz seksi, aaron aziz hot, aaron aziz terkini, terbaru aaron aziz, gambar aaron aziz, foto aaron aziz, aaron aziz dan isteri, aaron aziz dan anak, aaron aziz dan keluarga, filem terbaru aaron aziz, drama terkini aaron aziz, kisah aaron aziz |
Posted: 08 Nov 2010 05:25 PM PST Malah, dengan pakej fizikal yang dimiliki jejaka bergelar Ady Putra ini bagai melengkapi syarat untuk bergelar bintang popular. Ironinya, selepas lapan tahun bertapak di arena seni lakon, populariti Ady masih 'samar' di minda penggemar filem dan drama Melayu. Apabila diaju pertanyaan itu, Ady cukup tenang mengatur bicara. Tanpa perlu runsing tentang soal populariti, yang menjadi keutamaan buat aktor berusia 29 tahun ini sebenarnya adalah perkembangan watak dalam naskhah yang disertainya. Itu pandangan anak seni ini apabila berhujah tentang populariti dan karier lakonannya. Apa yang lebih penting adalah untuk mengeksploitasi lebih banyak watak sekali gus mencabar diri menerusi karya yang lebih berkesan. "Bukan populariti itu tidak penting cuma untuk bergelar pelakon yang berkaliber, kerja dan penterjemahan watak yang kita sampaikan kepada penonton lebih penting daripada palitan populariti. "Saya selalu percaya jika kita bekerja dengan ikhlas dan meninggalkan mutu lakonan yang berkesan, penonton akan lebih menghargai kerja kita berbanding populariti kosong yang didambakan oleh ramai selebriti," katanya. Mengulas lanjut tentang pengukuhan jenamanya di persada seni tempatan hari ini, Ady yang bermula sebagai krew produksi ini mengakui begitu bertuah dengan kepercayaan yang diberikan oleh penerbit dan pengarah filem dan drama di Malaysia kepadanya. "Langkah saya masih jauh dan terlalu banyak ilmu lakonan yang perlu dicari tapi saya bersyukur dan gembira di atas kepercayaan yang diberikan setakat ini. "Kalau diukur pada aspek populariti, saya bukanlah pelakon yang terkenal tetapi saya cuba memberikan impak lakonan yang terbaik setiap kali bekerja dan mungkin itulah yang menarik perhatian penerbit dan pengarah," katanya. Jelas Ady, untuk menjadi pelakon yang dihormati dan dikenang, dia sentiasa percaya bahawa aktor tidak boleh terperangkap dalam satu-satu jenis watak saja. Sebagai pelakon, seseorang itu perlu bijak menilai watak yang diterima dan sewajarnya mengelakkan daripada menerima watak yang sama berulang-kali. "Saya kerap ditawarkan watak 'hitam' yang antagonis kerana mungkin kebanyakan penerbit dan pengarah melihat karakter itu pada diri saya tetapi saya tidak mahu terus dilabel sebegitu. Bukan tidak menghargai kepercayaan orang cuma jika saya ingin terus berjaya dalam bidang ini, saya rasa perlu mempelbagaikan watak yang dipersembahkan. "Amat penting bagi seseorang pelakon itu bersikap selektif dan elakkan membawa watak yang sama secara berulang-kali. Ambil contoh pelakon hebat Hollywood seperti Johhny Depp. Dia cukup versatil dalam mempelbagaikan wataknya. Hitam dan putih pada sesesuatu watak itu yang saya idamkan dan ingin terus dipasak dalam karier lakonan," ulasnya. |
Kehebatan P. Ramlee Jadi Inspirasi Monoloque Posted: 08 Nov 2010 05:24 PM PST Diterajui oleh vokalis barunya iaitu Loque dan bukan lagi Emmet, perjuangan kumpulan itu juga berubah haluan berbanding genre muzik Butterfingers sebelum ini. Ironinya, biarpun tanpa Emmet, anggota kumpulan Butterfingers masih bersatu dan bagi Loque, mana mungkin mereka boleh mengekalkan sisa-sisa peninggalan Emmet yang telah berhijrah ke Kanada. Bertitik tolak daripada semangat dan nafas baru, Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annwar, 32, memulakan misinya untuk menghidupkan Monoloque. Selain Loque, Monoloque turut dianggotai oleh Mohd Fakharudin Mohd Bahar (Kadak), 32, Noor Haffizal Rashid (Loco), 36, Adam Shahrir Omar (Adam "senyap"), 29 dan anggota baru iaitu Izwan Omar (Iju "gagak hitam"), 30. "Saya punya perjuangan nasionalisme serta mahu seimbangkan antara muzik Nusantara. Kalau boleh saya mahu menghasilkan muzik yang boleh melawan muzik yang dipamerkan di MTV iaitu muzik generasi yang mengikut trend di Amerika Syarikat. "Sekarang saya sedang cuba menghasilkan lirik yang lebih berterus-terang sebagai eksperimen terbaru. Misalnya, saya telah berhasil membuat eksperimen menerusi lagu Kekanda Adinda. Saya akan cuba membuat lirik lagu bersifat cinta universal seperti itu lagi," katanya kepada Mingguan mStar. Jika diikuti setiap bait lirik Loque, boleh dianggap seperti dia berfalsafah memandangkan liriknya penuh dengan maksud tersurat dan tersirat. Misalnya boleh dikaitkan dengan lirik lagu terbaru Monoloque berjudul Halimunan Abad Ke-21 yang memberikan gambaran tentang kehidupan abad ke-21. "Saya turut menggunakan bahasa Sanskrit untuk menggambarkan kehidupan metropolitan pada abad ke-21 nanti. Kenapa saya menggunakan halimunan? Kerana orang tak nampak secara simbolik kehidupan pada masa itu. "Kita seolah-olah menjadi hamba teknologi dan mangsa globalisasi di sebalik isu yang kita nampak pada mata kasar. "Ia boleh jadi juga cerita dongeng seorang lelaki dari zaman Parameswara yang mengalami kejutan budaya apabila melalui zaman modenisasi. Saya hanya tukang cerita dalam lagu itu dan mungkin juga halimunan itu ada dalam diri saya secara realistik atau datang dalam mimpi," ujarnya penuh bermakna. Biarpun orang menganggap lagunya seperti pelik dan penuh tersirat, namun dia tetap mahu berkarya dan mengambil contoh idolanya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di mana lagu seniman kebanggaan ramai itu dikenang dan diingati sehingga sekarang. "Kalau boleh saya nak jadi seperti P. Ramlee, lagunya tidak ditelan dek zaman. Insya-Allah, jika tiada aral saya mahu membuat cover album menyanyikan semula lagu-lagu P. Ramlee seperti yang pernah dilakukan oleh Datuk Sheila Majid. "Antara lagu yang menjadi pilihan saya seperti Mengapa Riang Ria, Tidurku Di Rumput Yang Basah, Joget Tari Lenggang dan Nenek Nenek. "Saya teruja dengan P. Ramlee ketika beliau di era Jalan Ampas kerana waktu itu beliau merupakan seorang yang bekerja keras untuk menjadi seorang artis," katanya yang turut meminati seniwati Normadiah dan komposer R. Azmi. Loque berkata, sebolehnya dia mahu terlebih dahulu menukar minda orang tempatan yang lebih mengagungkan muzik Barat. Tegasnya, sepatutnya bukan kita yang mengikut seperti mereka (Barat) sebaliknya kita perlu belajar untuk menjadi diri sendiri. google: monoloque, album baru monoloque, single terbaru monoloque, download monoloque, kumpulan monoloque, ahi kumpulan monoloque, lirik lagu monoloque, lyrics lagu monoloque, |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |