Adsense

Selasa, 9 November 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tarikh kahwin 11.11.11

Posted:

Tarikh kahwin 11.11.11

Tarikh kahwin 11.11.11



PUAS dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan.

"Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya," tutur Ezlynn lembut.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah 'teman' yang cukup rapat dengannya.

Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. "Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama," tuturnya.

Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.

"Sememangnya putus cinta sesuatu yang sangat menyedihkan, sebab itu apabila kembali bercinta, saya cukup hati-hati, bimbang saya terluka lagi," ujarnya.


SELEPAS muncul dengan single, Tic Tac Toe, Ezlynn bakal menampilkan single terbarunya yang berjudul Dusta.


Tatkala berbicara pula mengenai perancangan untuk berkahwin, gadis bersuara serak-serak basah itu bagaimanapun mengesahkan sememangnya benar sama sekali dia ingin menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan.

"Saya memang merancang ingin berkahwin apabila umur saya mencapai 30. Saya belum bersedia mendedahkan bakal suami kepada umum. Bila tiba masa akan diberitahu," kata Ezlynn, 29, ketika ditemui pada majlis pelancaran Peek-A-Boo Restyled Party, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengikut perancangannya, Ezlynn bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan November 2011 setelah membuat perbincangan serius bersama ibunya.

Jika pada tahun ini, ramai yang merancang untuk berkahwin pada 'tarikh keramat' 10.10.10, pada tahun depan juga muncul satu tarikh keramat iaitu 11.11.11 dan khabarnya Ezlynn telah memilih tarikh tersebut untuk melangsungkan perkahwinan,

Apabila diajukan soalan mengenai tarikh bertuah 11 November, 2011 yang dipilih ibunya untuk dirinya bergelar isteri, sambil mengukir senyuman di wajah, Ezlynn menyatakan jikalau tiada aral yang melintang pastinya tarikh tersebut dipilih.

"Sememangnya tarikh tersebut agak menarik dan mudah untuk diingat. Ibu pun sudah memilihnya, justeru andai tiada sebarang halangan, insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut," ungkapnya.

Bunting pelamin

Setiap wanita yang berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan sepanjang hayat begitu juga dengan penyanyi kelahiran Ulu Kinta, Perak ini.


FIGURA ini bertegas tidak akan bersara daripada karier seninya selepas bergelar isteri nanti.


Sehubungan itu, Ezlynn mengakui fobia dengan isu kahwin cerai di kalangan masyarakat kini, khususnya artis.

"Saya mengakui agak bimbang kerana baginya penceraian akan hancurkan setiap impian yang dibina, katanya lagi.

Jelas Ezlynn lagi, dia tidak akan berhenti menjadi penghibur walaupun telah bergelar isteri. Walaupun menjadi ibu, Ezlynn tidak akan berhenti untuk terus menjalankan aktiviti sebagai seorang insan yang bergelar artis.

"Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi ibu dan saya lebih gembira jika ditakdirkan bunting pelamin," jawab Ezlynn sambil ketawa besar.

Bercerita pula tentang karier, Ezlynn memberitahu dia sedang menunggu filem terbaru lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam pada Februari depan.

Filem aksi komedi arahan Dharma Harun Al-Rashid yang berjudul Adik Manja Return juga menampilkan pelakon jelita Rozita Che Wan, Kenchana Dewi, Scha Al-Yahya, Faezah Elai, Jihan Raja Lawak dan Fida.

"Adik Manja Return diberi suntikan zaman kini dan masih lagi mengekalkan jalan cerita Adik Manja. Filem itu mengisahkan tentang kenakalan pelajar perempuan di kolej swasta," ujarnya.


EZLYNN bersama dua rakan selebriti, Xenia (tengah) dan Juliana Evans.


Selain itu, Ezlynn juga terlibat dengan beberapa lakonan drama bersiri dan antaranya ialah Suara Hati yang sedang ditayangkan di saluran Astro Prima, yang mana Ezlynn berlakon di samping Zamarul Hisham dan Intan Sarafina.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

PANI, kelainan konsert Jamal

Posted:

PANI, kelainan konsert Jamal

PANI, kelainan konsert Jamal

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


KEMUNCULAN Ahmad Nawab pada konsert Jamal nanti pasti menyuntik kehebatan muzik yang tiada tolok bandingnya.


FENOMENA penyanyi tempatan sukar mendapat tajaan bagi menjayakan sesebuah konsert atau persembahan seakan-akan satu situasi yang sudah normal. Pedih untuk ditelan namun itulah hakikat yang perlu dijalani.

Lebih parah lagi apabila polemik ini turut menimpa penyanyi popular yang telah menempa nama yang cukup lama sebagai penyanyi.

Mengeluh apabila kebanyakan syarikat korporat di negara sendiri memilih untuk menaja artis luar berbanding artis tempatan seakan-akan sudah tidak bermakna.

Sudahnya artis tempatan sendiri menjeruk hati dan berasa seolah-olah sebagai tidak diiktiraf dan dilihat kecil kemampuan untuk mampu menarik orang ramai untuk menyaksikan konsert atau persembahan yang dianjurkan.

Terbaru, kepedihan menelan situasi yang sama dialami sendiri oleh penyanyi lelaki tersohor negara, Jamal Abdillah yang sudah bergelar artis rakaman selama 31 tahun.

Sudah melahirkan puluhan album, malah setiap konsert yang membabitkan artis tersebut juga sememangnya kerap mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat.

Biarpun memiliki ramai peminat, semua itu bukanlah sebuah tiket penyanyi bersuara emas itu untuk mendapatkan penajaan dengan mudah bagi menjayakan konsert yang akan diadakan di Istana Budaya pada awal Januari 2011.

Dalam satu sidang media yang diadakan, Jamal turut meluahkan sedikit kekecewaan mengenai keadaan yang dialaminya itu. Bagaimanapun, itu semua langsung tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan konsert tersebut.

"Untuk Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda, saya terpaksa mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM300,000 bagi kos perbelanjaan konsert tersebut. Namun, saya masih berharap agar ada pihak yang akan memberi tajaan.

"Kerjaya saya sebagai penyanyi adalah untuk menghiburkan peminat. Jadi, biar apapun keadaan yang berlaku saya akan tetap meneruskan konsert ini demi peminat-peminat yang banyak menyokong saya selama ini," ujarnya yang kali terakhir membuat persembahan di Istana Budaya melalui Konsert Jamal... Kembara Seniman tahun lalu.

Bakal diadakan pada 7 hingga 10 Januari 2011, konsert iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan itu terbahagi kepada dua segmen.

Bagi segmen pertama, para hadirin akan diperdendangkan dengan alunan nostalgia lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan penyanyi kegemaran Jamal seperti Tan Sri P. Ramlee, M. Bakri, S. Affendi, Ismail Harun, Eddy Silitongga dan Datuk Ahmad Jais.

Menurut Jamal, lagu-lagu itu memang sangat diminatinya dan diberi nafas baru untuk persembahan pada konsert tersebut. Malah, kesemua lagu akan dihimpun dan bakal diterbitkan menjadi sebuah album yang bakal siap pada hujung tahun ini.

Bagi segmen kedua pula, penyanyi bersuara jantan ini akan menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu-lagu popularnya seperti Di Sudut Kamar Hati, Suratan Kasih, Kabus Di Wajah Mu dan Suratan Nasib. Tidak dilupakan juga dendangan lagu-lagu yang jarang di dengar sebelum ini sebagai bonus kepada penonton yang hadir.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelainan yang akan ditampilkan, Jamal memberitahu konsertnya kali ini akan menggunakan penataan cahaya khas berkonsepkan PANI yang julung-julung kalinya digunakan.

"PANI merupakan teknik pencahayaan dari Austria yang direka khas mengikut mood dan suasana sewaktu persembahan sedang berlangsung. Setiap ruang dalam Panggung Sari, Istana Budaya akan dipancarkan cahaya, di mana penonton akan merasai kelainan sewaktu menyaksikan persembahan nanti.

"Kosnya juga boleh dikatakan agak mahal iaitu menelan perbelanjaan sebanyak RM20,000 untuk satu malam. Namun, saya rasa bertuah kerana seorang rakan saya akan membantu untuk membawakan konsep ini," ujarnya.

Bagi konsert tersebut, Jamal turut mengundang Datuk Ahmad Nawab untuk membuat penampilan khas. Gubahan muzik yang lebih segar pula mendapat sentuhan komposer terkenal, Eddie Marzuki.

Tiket-tiket juga sudah mula dijual dengan harga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305 dan boleh dibeli terus di Istana Budaya atau secara online di www.ticket2u.biz.

Bagi mereka yang membeli tiket berharga RM305, akan berpeluang menikmati makanan yang disediakan selepas konsert serta sesi beramah mesra dengan Jamal.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.