Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Deana Yusoff di Malaysia International Fashion Week 2010 Posted: 09 Nov 2010 08:15 AM PST Gambar yang Budiey ambil masa Malaysia International Fashion Week 2010 masih banyak lagi belum diupload. Sedang sekarang ini sedang rancak pula dengan Islamic Fashion Festival di Hotel JW Marriot. Kadang-kadang, apabila terlalu banyak sangat event fashion show ini membuatkan Budiey tak sempat nak join. Masa mana nak ambik gambar, video dan masa mana nak update kat blog ni. Memang tak sempat dan kadang-kadang rasa content dah jadi basi. Selepas kita tengok muse Rozita Che Wan untuk show rekaan Zery Zamry, jom kita tengok pula rekaan pereka muda yang semakin menyerlah ini, Nik Erwan Roseli. Beliau mempersembahkan fesyen 'ready to wear yang menampilkan rekaan dengan fabrik berwarna-warni dengan menggunakan material yang berbeza. Nik Erwan Roseli menjemput Deana Yusoff sebagai penampilan khas (muse) untuk mengenakan one shoulder dress, ringkas tapi masih ada WOW yang begitu popular di zaman 70an dan awal 90an. Namun begitu, fesyen ini masih lagi relevan untuk semua zaman dan diimprovisasikan dengan rekaan kreatif dan menggunakan fabrik yang lebih bermutu. CuteCarry in Ezuwan Ismail and Deanna Yusoff in Nik Erwan Roseli ready to wear. Deanna memakai one shoulder dress. One shoulder amat popular akhir 70an awal 80an. Ia kembali popular pada akhir 1990an tetapi lebih kepada gaya minimal. Nik Erwan Roseli mengaplikasikan gaya one shoulder tahun 80an. Seperti zaman popularnya, Deana Yusof yang dulunya popular dalam filem Ringgit Kasorga ini masih lagi kelihatan anggun, cantik dan slim. Tags: FesyenClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |