KUALA LUMPUR – Syarikat pengurusan artis Aquila Emas dan Celeb Nexus Premium Community menganjurkan Kempen Derma Darah bertemakan '1 Komuniti ke 1 Komuniti'.
Tema tersebut adalah simbolik dimana Celeb Nexus sebagai satu komuniti bekerjasama dengan komuniti di sekitar kawasan Bandar Sri Permaisuri. Dengan sokongan Pusat Darah Negara, kempen ini telah dimulakan bersama komuniti di Kondominium Vista Amani sebelum ia diteruskan dengan komuniti yang lain pada masa akan datang.
Objektif kempen berkenaan adalah bertujuan untuk mengisi keperluan tabung darah negara yang amat diperlukan ketika ini serta mendidik orang ramai agar tampil secara sukarela untuk menderma darah. Pada masa yang sama, orang ramai turut berpeluang beramah mesra dengan para artis dan selebriti di bawah syarikat pengurusan artis Aquila Emas seperti Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Diana Johor, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Lana Nodin, Serina Redzuawan, Shuba Jay, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Y Hoong, Yasmin Hani, Zed Zaidi dan Zizan Nin.
Dr Haji Sallehudin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mewakili Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hadir merasmikan kempen.
"Kita amat berbangga atas inisiatif yang dilakukan oleh syarikat pengurusan artis Aquila Emas dan Celeb Nexus dalam menganjurkan kempen ini. Saya difahamkan, inilah kali pertama syarikat pengurusan artis menganjurkan aktiviti bermanfaat seumpamanya dan amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima pada hari ini" katanya.
Selain itu, beliau juga turut meluangkan masa untuk melawat ke sekitar kawasan menderma darah di Kondomium Vista Amani.
Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, En. Syarizan Md. Isa, "Kempen ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia di mana penderma darah diperlukan tidak mengira jantina, etnik atau agama. Melalui Kempen Derma Darah '1 Komuniti ke 1 Komuniti' ini kami ingin membantu Pusat Darah Negara menyebarkan keterangan dan informasi yang jelas tentang kebaikan dan proses menderma darah".
"Inisiatif syarikat pengurusan artis dan selebriti seperti kami ini diharap akan dapat menarik lebih ramai penderma untuk menderma darah. Pada masa yang sama, para penderma dan pengunjung berpeluang beramah mesra bersama artis selebriti terkenal kami. Pihak Aquila Emas akan menganjurkan aktiviti seperti ini lagi dalam perancangan akan datang selain ia juga dapat mengeratkan hubungan artis dan peminat".
Turut ditawarkan dalam kempen terbabit, hadiah menarik kepada pengunjung yang bertuah.
Mengenai Aquila EmasAquila Emas ialah syarikat perunding pembangunan dan pemasaran bakat. Bagi memastikan bakat – bakat di bawah naungan Aquila Emas pergi lebih jauh dari hanya "menonjolkan bakat yang terbaik", Aquila Emas menerajui konsep 360° di dalam perundingan pembangunan dan pemasaran bakat di Malaysia.
Mengenai Celeb NexusCeleb Nexus adalah program keahlian 'Premium Community' yang diambil dari singkatan perkataan 'Celebrity Nexus' yang juga bermaksud 'Celebrity Link'. Yuran keahlian sebanyak RM100.00 dan yuran tahunan adalah RM 30.00 yang boleh dibuat melalui kad kredit, kad debit atau tunai samada melalui kaunter bergerak Celeb Nexus atau secara 'on-line'. Ahli akan mendapat 'Starter Kit' yang mengandungi kad keahlian yang berbentuk unik, pelekat kereta, barangan premium Celeb Nexus, pek 'Starter Kit' 2 dalam 1 yang boleh diubah menjadi 'file folder' yang menarik dan pelbagai lagi barangan yang bernilai lebih dari RM 1,000.00
(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010