Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Sauk bekas kekasih kawan baik
- ERRA Kesian Dengan Pembuat Fitnah
- Raja Ilya Bakal Ke Bollywood
- Elyana Sah Bergelar Isteri Khairul Anuar
- 'Erra Fazira Art Club' Bantu Kanak-Kanak Jadi Kreatif
- Sentuhan Jzelynn Dalam 'This Is Me'
- Ariel Sering Bertanya Tentang Anak
- Rihanna Tolak Bergambar Bogel
- Emma Watson Minta Nasihat Tentang Lelaki
- Eva Longoria Curah Kesedihan di Twitter
- Kereta dalam gaung timbulkan tanda tanya
- 2010 bakal catat rekod baru
- Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi
- Mayat adik disangka buah kelapa
- Pelancong jadi perompak
- Jalur lebar naikkan KDNK
- Skim pampasan ganti pendapatan
- Peniaga kena gantung
- Syabu RM2.8 juta dirampas
- Jurutera korban denggi ke-121
- Sam tidak menduakan Bunkface
- Separuh akhir Bintang Klasik Nasional
- Ibu gajah berlawan dengan buaya
- Mekah dilanda banjir
- Kumpulan dedah payu dara jadi popular di Ukraine
Posted: 19 Nov 2010 08:13 PM PST
| ||
ERRA Kesian Dengan Pembuat Fitnah Posted: 19 Nov 2010 08:12 PM PST
| ||
Posted: 19 Nov 2010 08:11 PM PST
| ||
Elyana Sah Bergelar Isteri Khairul Anuar Posted: 19 Nov 2010 05:15 PM PST KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat. Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000. Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka. Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin. Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai. Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan taulan. | ||
'Erra Fazira Art Club' Bantu Kanak-Kanak Jadi Kreatif Posted: 19 Nov 2010 05:14 PM PST KUALA LUMPUR: Selebriti popular tanah air, Erra Fazira dengan kerjasama syarikat pengeluar alat tulis dan mewarna, Staedtler (Malaysia) Bhd, telah melancarkan sebuah kelab yang bertujuan memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak. Ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu Erra berkata berkata idea menubuhkan "Erra Fazira Art Club" itu tercetus apabila beliau menyedari bahawa usaha memupuk pemikiran dan kemahiran kreatif kanak-kanak perlu bermula sejak mereka dari kecil lagi. "Melihat anak perempuan saya, Engku Aleesya Engku Emran, membesar di depan mata, saya dapati pemikiran dan kemahiran kreatif amat penting dalam perkembangan kanak-kanak," katanya. Erra berkata selain kelab tersebut, turut ditubuhkan ialah Dana Erra Fazira-Staedtler, yang bertujuan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui setiap pembelian produk Staedtler dengan logo "Erra Fazira Art Club". "Dana ini untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik agar cemerlang dalam bidang seni dan kreatif di mana sebahagian hasil pembelian produk Staedler akan disalurkan kepada dana ini. Sumbangan ini akan diberikan setiap tiga bulan sekali," katanya. Mereka berminat boleh melayari laman web www.erra-artclub.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | ||
Sentuhan Jzelynn Dalam 'This Is Me' Posted: 19 Nov 2010 05:14 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi Janice Zelyn atau lebih dikenali sebagai Jzelynn, 29, mengakui usaha keras untuk menghasilkan album kedua berjudul This Is Me ini memberi kepuasan kepadanya. Album yang memuatkan tujuh buah lagu itu turut mengandungi dua lagu melayu hasil ciptaannya sendiri iaitu Cinta Mati dan Katakan. Wanita berdarah Cina ini berazam untuk mengembalikan zaman kegemilangan Francisca Peter, biarpun dia mengakui bukan mudah baginya untuk menembusi pasaran lagu Melayu. "Saya sudah biasa dengan orang Melayu kerana dibesarkan di dalam persekitaran Melayu. Saya fasih berbahasa Melayu sehinggakan saya sendiri menganggap diri saya Melayu. "Sebab itu saya bukan sukar bagi saya untuk menulis lirik untuk lagu Melayu sebab ianya dekat di hati saya," ujarnya yang menjadi peserta peringkat akhir Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1998. Album yang memuatkan empat lagu Inggeris iaitu We Can Change, I Had Enough, The Right Thing, Joyous Christmas dan satu lagu Cina berjudul Moon Represents My Heart ini akan berada di pasaran akhir bulan ini. "Album kali ini lebih istimewa bagi saya kerana ia adalah acuan saya sendiri. Kebanyakan lagu dalam album ini adalah hasil kerja saya sendiri. "Selama setahun selepas album pertama Denai Cinta, saya habiskan masa untuk fokus kepada album ini sepenuhnya. Berbanding album pertama ia lebih banyak menceritakan sedikit sebanyak tentang kisah hidup sebenar saya," katanya. Bercerita tentang perjalanan seninya, anak jati Pulau Pinang ini mengakui banyak halangan dan dugaan yang terpaksa dihadapi sebelum menjadi artis. "Selepas memasuki pelbagai pertandingan nyanyian banyak dugaan untuk terbitkan album pertama. Dalam keadaan yang terumbang ambing saya ambil keputusan untuk balik ke Pulau Pinang dan sambung pelajaran di sebuah kolej seterusnya melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat di peringkat ijazah," ujarnya. Hampir 10 tahun selepas itu, Jzelynn kembali dalam bidang yang diimpikan iaitu sebagai penyanyi. "Agak lama saya tinggalkan bidang ini untuk menyambung pelajaran, banyak perubahan yang berlaku. Kali ini saya nekad untuk tidak melepaskan peluang yang sudah ada. Apa yang menjadi prinsip ialah sentiasa berusaha keras dan bersabar," katanya. Album This Is Me telah dilancarkan di Pulau Pinang, minggu lalu dan akan dilancarkan buat kali kedua di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini. | ||
Ariel Sering Bertanya Tentang Anak Posted: 19 Nov 2010 05:13 PM PST SUDAH hampir lima bulan, Nazriel Irham atau Ariel berada di penjara. Sepanjang tempoh penahanannya, Ariel sering bertanyakan tentang keadaan anak dari penikahannya dengan Sarah Amalia. "Ketika berbuat Ariel sering bertanya tentang keadaan anaknya. Dia bilang rindu dengan anaknya. Hampir lima bulan juga dia tidak bertemu dengan anak kesayangannya itu," kata peguam Ariel, Boy Afrian Bondjol seperti dipetik Vivanews.com. Bukan itu sahaja, kekasih Luna Maya itu juga sering bertanya tentang perjalanan kes yang sedang dihadapinya itu. Sidang perdana Ariel akan diadakan di Pengadilan Negeri Bandung pada 22 November ini. Menurut Boy, anak guamnya itu kini berasa lega keraan kes tersebut akan disegerakan. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:13 PM PST BIARPUN penyanyi popular Rihanna sering tampil dengan berpakaian seksi mengakui tidak mahu beraksi bogel demi wang semata-mata. Penyanyi lagu Umbrella itu memberitahu pendiriannya untuk tidak bergambar bogel sekalipun ditawarkan dengan sejumlah wang yang banyak. "Jika saya harus berbogel bukan semata-mata untuk duit. Saya ada pendirian saya sendiri," kata Rihanna seperti dipetik dari Showbizspy.com. Rihanna juga baru sahaja menolak tawaran majalah Playboy yang meminta dia untuk beraksi menghirahkan untuk majalah tersebut. "Saya ditawarkan untuk berbogel di majalah tersebut dan mereka menawarkan dengan sejumlah bayaran yang agak tinggi untuk gambar tanpa sehelai benang," ujarnya. Dia juga menegaskan enggan mempamerkan tubuhnya secara umum kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarganya. Perkara yang sama juga telah dinyatakan pada tahun 2008 lalu. "Ibu akan membunuh saya jika saya bergambar bogel," katanya. | ||
Emma Watson Minta Nasihat Tentang Lelaki Posted: 19 Nov 2010 05:12 PM PST SERING gagal dalam perhubungan cinta telah membuatkan pelakon Harry Potter, Emma Watson berasa putus asa. Dia juga mengaku sukar untuk memahami lelaki. Dia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Brown Universiti, Amerika, turut meminta nasihat dari kedua rakannya iaitu Deniel Radcliffe dan Rupert Grint. "Ketika di lokasi penggambaran saya sering bertanya tentang cinta dan lelaki dengan Radcliffe dan grint. Saya tidak mahu berpura-pura memahami lelaki," kata Watson seperti dipetik dari Femalefirst. Buat masa ini, aktres tersebut menjalani kehidupan tanpa seorang kekasih disisi sehingga dia mengakui bosan dengan kehidupannya kini. Dia juga berharap dengan pandangan yang diberikan oleh rakan-rakannya itu dia boleh memahami tentang lelaki. "Mereka telah membantu saya memahami lelaki. Saya juga menganggap mereka sebagai abang yang sering memberi perlindungan kepada saya," katanya tentang Radcliffe dan Grant. Bagaimanapun, Watson bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya. | ||
Eva Longoria Curah Kesedihan di Twitter Posted: 19 Nov 2010 05:10 PM PST PASANGAN selebriti Eva Longoria dan Tony Parker yang selama ini dikatakan sebagai pasangan bahagia telah dikejutkan dengan berita perpisahan mereka baru-baru ini. Justeru Longoria mengakui dia sedang melalui saat yang sukar dan berat dalam hidupnya. Dia juga sedih dengan nasib rumah tangganya, malah impian untuk memiliki keluarga utuh bersama suaminya turut hancur. Dia telah mencurahkan kesedihannya itu melalui akaun Twitter peribadi miliknya. "Tony dan saya memutuskan untuk bercerai. Ini adalah hal yang sangat menyedihkan kerana kami sudah etujuh tahun hidup bersama," kata Longoria seperti dipetik dari Contactmusic.com, Jumaat. Bintang drama Desperate Housewives ini tidak mahu menjelaskan sebab sebenar punca penceraian mereka. "Kami saling mencintai dan berharap selepas ini masing-masing mendapat kebahagiaan yang dicari," katanya. Khabar angin yang tersebar punca penceraian ini ialah Longoria terjumpa pesanan peribadi suaminya untuk wanita lain, namun perkara tersebut dinafikan oleh Parker. | ||
Kereta dalam gaung timbulkan tanda tanya Posted: 19 Nov 2010 05:08 PM PST KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak di sini berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri. Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. "Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:08 PM PST KUALA LUMPUR - Jika anda membeli kenderaan baru tahun ini bermakna anda antara penyumbang kepada rekod baru industri automotif negara yang hampir pasti tercipta akhir Disember ini apabila angka jualan melebihi 570,000 unit. Jumlah itu bermakna setiap hari rakyat Malaysia membeli 1,562 buah kenderaan baru. Trend pertumbuhan positif itu terbukti menerusi laporan jualan terbaru Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk bulan lalu iaitu berjumlah 52,297 unit iaitu meningkat 13 peratus berbanding Oktober tahun lepas. Berdasarkan laporan MAA, hasil jualan itu menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang telah dijual tahun ini mencapai 505,546 unit yang merupakan peningkatan 14 peratus berbanding 444,037 unit bagi tempoh yang sama pada 2009. Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad menyifatkan pencapaian itu mempunyai kaitan dengan perkembangan positif ekonomi negara selain strategi pengeluar menambah pengeluaran sebanyak 52 peratus. | ||
Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi Posted: 19 Nov 2010 05:07 PM PST KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad. Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi. "Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail. Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi. Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah. Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update. | ||
Mayat adik disangka buah kelapa Posted: 19 Nov 2010 05:06 PM PST KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tidak menyangka tubuh manusia yang disangka buah kelapa yang terdampar di tepi pantai Telaga Daing dekat sini rupa-rupanya jasad adik bongsunya yang hilang ketika mandi petang kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa Muhammad Fadzwan Jamaluddin, 12, mati lemas ketika dia mandi di pantai tersebut bersama empat rakannya. Ketika mandi mangsa yang memperoleh keputusan 2A dan 3B dalam Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini dibawa ombak kuat ke tengah pantai yang dalam. Abang mangsa, Fadli Izudin, 27, berkata, mayat adiknya itu hanya ditemui oleh pasukan penyelamat dan orang ramai pada pukul 10 pagi semalam selepas operasi mencari dimulakan sejak malam kelmarin. Menurutnya, mayat adiknya ditemui terdampar di tepi pantai, kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas. "Ketika kejadian, saya masih berada di Kuala Lumpur kerana berkerja dan selepas dimaklumkan, saya terus balik ke Kuala Terengganu untuk sama-sama mencari Fadzwan. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:06 PM PST AMPANG - Polis berjaya mematahkan kegiatan sekumpulan empat penjenayah warga Amerika Latin yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penjenayah tersebut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 44 tahun dari Costa Rica, Bolivia dan Mexico yang masuk ke negara ini sebagai pelancong. Menurutnya, mereka ditahan ketika cuba melakukan pecah rumah di Jalan Chong Kong Lin 2 di sini pagi kelmarin. Ujarnya, sebelum memecah masuk rumah seorang pesara berumur 72 tahun itu, suspek wanita tersebut telah menekan loceng rumah. "Apabila tiada orang membuka pintu dan pasti penghuni sudah keluar, mereka telah masuk ke dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:05 PM PST KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat bukti yang menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ada hubung kait dengan penembusan jalur lebar Internet. Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian global menunjukkan terdapat hubungan rapat antara kedua-duanya. "Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia 2009 menunjukkan peningkatan penembusan jalur lebar Internet sebanyak 10 peratus meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak satu hingga dua peratus," katanya. Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar 4G 'Yes' yang dibangunkan oleh YTL Communications Sdn. Bhd. di sini semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Bhd., Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan Pengarah Urusan syarikat itu, Tan Sri Dr. Francis Yeoh. Majlis pelancaran rangkaian 4G pertama dunia 'Yes' oleh syarikat itu disiarkan serentak di United Kingdom (UK) dan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berbual selama lima minit bersama para pelajar Malaysia di sana. | ||
Skim pampasan ganti pendapatan Posted: 19 Nov 2010 05:05 PM PST KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan Skim Pampasan Pemberhentian Pekerja mulai Januari ini bagi menjaga kebajikan mereka yang kehilangan sumber pendapatan secara tiba-tiba selepas majikan gulung tikar. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, skim itu akan memberikan bantuan kewangan bulanan sementara untuk golongan yang kehilangan pekerjaan meneruskan hidup. "Skim ini hanya akan membantu mereka untuk jangka masa setahun atau dua sebelum sistem bantuan yang lebih baik diwujudkan bagi keperluan jangka panjang,'' katanya selepas merasmikan program My Career Fair 2010 (MYCF'10) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:04 PM PST GEORGE TOWN - Gantung sampai mati. Demikian nasib penjual ikan, Roslan Hussin apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas dia didapati bersalah membunuh rakan karibnya, Jasni Hamid pada 23 Mac 2008. Ketika Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman tersebut, raut wajah Roslan, 43, atau lebih dikenali sebagai Lan Ikan yang memakai baju kemeja kotak-kotak hitam putih dan berseluar jean biru bertukar suram. Tertuduh yang diwakili peguam K. Simon Murali pada mulanya mendengar penghakiman tersebut dengan teliti tetapi selepas keputusan dibacakan dia dilihat berpusing beberapa kali ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:03 PM PST SHAH ALAM - Sindiket penyeludup dadah warga asing masih tidak serik walaupun polis membuat banyak tangkapan dengan harapan mereka tidak lagi membuat onar di negara ini. Terbaru, enam keldai dadah warga asing termasuk dua wanita Zimbabwe ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan Bukit Aman. Sebanyak 11.4 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.8 juta dirampas daripada mereka. Ketua JSJN Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, pihaknya merampas syabu seberat 3,250 gram selepas menahan seorang wanita berusia 36 tahun yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari Doha pada pukul 10.30 pagi kelmarin. "Turut dirampas ialah wang AS$992 (RM3,096)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:02 PM PST
KUALA LUMPUR – Seorang jurutera berusia 47 tahun menjadi korban terbaru demam denggi minggu lalu, menjadikan kematian akibat wabak itu pada tahun ini berjumlah 121 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, lelaki dari Taman Bukit Mewah Kajang, Selangor itu mengalami komplikasi kegagalan organ akibat demam denggi sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 November lalu. Katanya, mangsa juga merupakan penghidap penyakit darah tinggi sejak 17 tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggang. "Mangsa mula demam pada 28 Oktober lalu dan dirujuk ke sebuah pusat perubatan swasta tetapi meninggal dunia selepas menerima rawatan selama dua minggu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. | ||
Posted: 19 Nov 2010 05:01 PM PST BAND Bunkface tidak ada kurangnya. Popular, meraih pelbagai anugerah dan menerima tawaran persembahan sehingga ke luar negara, tetapi nampaknya itu semua tidak mencukupi buat vokalis Bunkface, Sam. Baru melahirkan sebuah album berjudul Phobia Phoney, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom 'meninggalkan' teman-teman seperjuangannya dalam Bunkface, Youk (pemain gitar bass) dan Paan (pemain gitar utama) dengan menubuhkan band baru, The Azenders. Malah, lagu single pertama The Azenders berjudul Ladies And Gentlemen telah pun berkumandang di corong-corong radio dan tidak lama lagi bakal menyusul single kedua berjudul Peribadi. Tidak melatah apatah lagi menyalurkan tanda amarah, Sam yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini hanya tertawa apabila disoal tentang berita dia meninggalkan Bunkface. Katanya dalam senyuman meleret: "Mana ada tinggalkan Bunkface. Bunkface tetap ada, The Azenders adalah projek solo saya bersama beberapa teman yang lain. "Rasanya ramai juga pemuzik membikin projek seperti ini walaupun mereka telah mempunyai sebuah band yang dikenali." Tambah Sam yang berusia 23 tahun, tujuannya melahirkan The Azenders bukanlah untuk mencari keuntungan atau populariti yang lebih daripada Bunkface tetapi demi kepuasannya berkarya dalam muzik. Baginya Bunkface tiada gantinya begitu juga dengan teman-teman di dalam band itu, cuma mindanya memerlukan ruang yang lebih luas untuk melampiaskan idea kreatifnya itu. "The Azenders wujud kerana saya hanya ingin kepuasan dalam membikin muzik. Bunkface mempunyai imej dan bunyinya yang tersendiri, sangat berbeza dengan The Azenders. "Meskipun The Azenders masih menyalurkan irama rock, kepada mereka yang telah mendengar lagu pertama kami, akan tahu perbezaannya," jelas Sam tentang band yang ditubuhkan 3 bulan lalu itu. Sungguhpun masih baru, semua ahli di dalam The Azenders, Kudut (dram), Izal (bass) dan Ajam (strings) yang juga mempunyai band mereka sendiri selain The Azenders sudah lama mengenali antara satu sama lain. "The Azenders merupakan band kedua setiap ahli, jadi rasanya tidak ada isu yang harus diperbesarkan kerana kami bersatu hanya kerana muzik," tutur Sam. Disoal tidakkah sukar untuk mengimbangi masa antara Bunkface dan The Azenders, jawab Sam: "Saya memang kena pandai membahagikan masa antara dua band tetapi saya akan memberi keutamaan pada Bunkface kerana ia adalah band saya manakala The Azenders merupakan projek solo. "Setakat hari ini semuanya berjalan lancar dan saya masih sibuk bersama Bunkface, apa-apa pun kami akan berbincang," katanya. Youk dan Paan yang berada duduk di sebelah Sam juga menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Sam, malah tiada rasa cemburu bersarang di hati. "Tiada halangan daripada kami, selagi dia boleh bahagikan komitmen kami beri sokongan seratus peratus. Kami tidak cemburu dan mendoakan kejayaan The Azenders. "Mungkin pada masa depan kami juga akan membikin projek solo seperti ini, jadi kami tidak boleh menghalang Sam untuk berkarya," luah Youk. Andai pada masa depan The Azenders menjadi pesaing terdekat Bunkface, bagaimana pula kedudukan Sam ketika itu? Balas Sam: "Sekarang ini saya tidak boleh cakap apa-apa kerana ramai lagi yang tidak kenal The Azenders. Popular atau jadi pesaing, itu terletak di tangan peminat." Lebar sayap ke Eropah Saat temu bual dijalankan mereka bertiga baru sahaja pulang dari United Kingdom, England kerana mengadakan persembahan di O2 Academy Music Festival anjuran Jar Music Group. Selama sembilan hari di sana, mereka sempat meraih pengalaman dengan melihat cara kerja band-band antarabangsa yang lain. Malah, kehadiran pemuzik dari Klang, Selangor itu juga menjadi perhatian banyak syarikat rakaman di sana. "Kami ada menerima tawaran daripada beberapa syarikat rakaman di sana yang berminat dengan muzik kami tetapi setakat ini belum ada surat hitam putih, jadi kami tidak boleh cakap lebih-lebih.
"Ikut hati mahu tandatangan sahaja kontrak di sana tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira dan diteliti sebelum menandatangani sebarang kontrak. Kalau ada rezeki, syukur alhamdulillah," ujar Sam. Bercerita lanjut tentang kunjungan mereka ke United Kingdom, masing-masing menunjukkan kasut yang di sarung mereka. "Kasut ini kami beli di sana, rekaannya unik dan harganya agak mahal sebab duit mereka tinggi lima kali ganda daripada duit Malaysia. "Selain itu, kami juga ada beli baju dan purata seorang menghabiskan wang sebanyak RM4,000. Jumlah itu termasuk semua perbelanjaan kami di sana," kata Paan. | ||
Separuh akhir Bintang Klasik Nasional Posted: 19 Nov 2010 05:00 PM PST IRAMA klasik tidak lapuk ditelan waktu. Meskipun irama klasik sering dikaitkan dengan mereka yang mencecah usia emas, namun, kini semakin ramai anak muda yang tertarik dengan keindahan irama yang cukup popular sekitar tahun 1950-an hingga 1980-an. Nama-nama penyanyi seperti Puan Sri Saloma, Fazidah Jonet, Sanisah Huri, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Jais dan Tan Sri P. Ramlee antara nama penyanyi yang cukup popular ketika era kegemilangan mereka dan lagu-lagu dendangan mereka sering menjadi pilihan dalam pertandingan Bintang Klasik Nasional yang diadakan setiap tahun. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya peserta peringkat akhir akan muncul di kaca televisyen, kali ini peringkat separuh akhir juga disiarkan ditelevisyen. Seramai 24 peserta yang bersaing dalam peringkat akhir tetapi cuma 12 orang sahaja yang telah dipilih untuk ke peringkat akhir. Menemubual 12 orang daripada 24 orang peserta yang layak ke peringkat akhir benar-benar membuktikan irama klasik juga begitu mekar dalam jiwa orang muda. Buktinya Danie Hasbullah Mohd. Razi berusia 16 tahun merupakan peserta paling muda yang menyertai pertandingan ini. Remaja yang berasal dari Klang, Selangor itu menyifatkan pertandingan seperti ini sesuatu yang cukup bermanafaat. "Selain ia sebuah pertandingan untuk merebut hadiah utama, pertandingan ini juga dapat memartabatkan lagi lagu-lagu lama yang semakin dilupakan. Saya sendiri amat meminati irama klasik walaupun saya seorang remaja," tuturnya. Dibahagikan kepada enam zon berlainan iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur, Sabah dan Sarawak, dua wakil setiap zon iaitu juara dan naib juara kategori lelaki dan kategori wanita bakal beraksi di peringkat separuh akhir. Selain Danie, peserta lain yang turut bertanding adalah Hasfareza Harun (Kedah), Nur Syazwani Abu Zarin (Negeri Sembilan), Nur Idayu Mohd. Sopiee (Johor), Norakmazulaika Abd. Khalid (Pahang), Masitah Mohd. Airani (Sarawak), Siti Naqiah Mohd. Abdul Tahar (Sabah), Fitri Hakim Omar Walid (Perak), Muhammad Fadzli Abdul Wahab (Melaka), Syamsul Nizam Ali (Pahang), Merazan Mechang (Sarawak) dan Fazrul Misran (Sabah). Bagi Nur Idayu dari Johor yang merupakan pemenang naib johan Idola P. Ramlee dan Saloma 2007 serta naib johan Lagu Melayu Asli 2009, penyertaannya dalam pertandingan Bintang Klasik Nasional bukanlah yang pertama. Pernah mencuba nasib pada tahun 2008, dia bagaimanapun gagal meraih sebarang tempat tiga teratas. Tidak berputus asa dan mahu mencuba nasib lagi pada tahun ini, Nur Idayu mengharapkan nasib akan menyebelahinya tahun ini. "Saya memang minat irama asli dan klasik kerana kebanyakan pertandingan nyanyian yang saya sertai adalah pertandingan lagu-lagu klasik dan asli. Sebenarnya bukan mudah untuk bawakan lagu-lagu lama berbanding lagu moden kerana ia banyak lenggok. "Dalam pertandingan ini saya lihat kesemua peserta mempunyai kelebihan tersendiri dan kebanyakan mereka merupakan juara di negeri masing-masing. "Jadi, saya cuma mengharapkan kepada rezeki dan nasib, andai tahun ini bukan rezeki saya, saya pasti akan cuba lagi pada tahun hadapan," kata pemilik Sarjana Muda Pengurusan itu lagi.
Peringkat separuh akhir yang telah dirakamkan pada 6 November lalu, akan ditayangkan buat tontonan penonton pada hari ini di TV2, manakala, peringkat akhir pula akan disiarkan secara langsung di TV1 pada 28 November ini. Pertandingan akhir akan berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan bermula pukul 8.30 malam. Bagi penduduk di kawasan sekitar yang berminat memeriahkan lagi pertandingan ini, mereka dialu-alukan untuk melihat pertandingan ini secara langsung di auditorium. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada peringkat akhir ialah wang tunai RM15,000 kepada juara, manakala naib johan menerima wang tunai RM10,000 dan pemenang ketiga memperolehi wang tunai RM5,000 selain masing-masing akan menerima trofi dan sijil penghargaan. Bagaimanapun, peserta yang gagal mendapat tempat pertama hingga ketiga, mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaliknya akan menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan. | ||
Ibu gajah berlawan dengan buaya Posted: 19 Nov 2010 04:59 PM PST LUSAKA - Seekor ibu gajah menunjukkan tekadnya berlawan dengan seekor buaya yang menarik belalainya, lapor sebuah akhbar semalam. Sebuah akhbar menyiarkan detik-detik ibu gajah itu mengheret buaya tersebut dengan kuat ke tebing Sungai Luangwa di Taman Negara Luangwa Selatan di Zambia baru-baru ini. Buaya itu akhirnya terpaksa melepaskan belalai daripada mulutnya kerana ibu gajah tersebut mengheretnya ke tebing sungai. Ketika kejadian, gajah itu sedang minum air bersama seekor anaknya. | ||
Posted: 19 Nov 2010 04:58 PM PST MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah. Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan. Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah. Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu. Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun. Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang. Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya. Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik. Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki. Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun. Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia. Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS. Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. | ||
Kumpulan dedah payu dara jadi popular di Ukraine Posted: 19 Nov 2010 04:58 PM PST KIEV, Ukraine - Bagaimanakah cara untuk memprotes keganasan domestik, rasuah dan lawatan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin ke Ukraine? Jawapannya ialah tanggalkan coli anda. Sekumpulan aktivis muda termasuk wanita semakin menjadi popular kerana mereka melancarkan protes dengan tidak memakai baju. Wanita-wanita yang mendedahkan payu dara itu turut bergelut dengan anggota-anggota polis yang menangkap mereka. "Jika seksualiti digunakan untuk menjual kereta dan biskut, kenapakah tidak menggunakannya untuk tujuan sosial dan projek politik," kata seorang pemimpin kumpulan aktivis itu, Anna Hutsul, 26. Dia yang menjadi anggota pertubuhan Femen berkata: "Kadangkala anda perlu menunjukkan payu dara anda untuk tujuan ideologi." Kumpulan itu yang ditubuhkan dua tahun lalu kini menjadi pergerakan yang popular sehingga mendapat liputan berita, program bual bicara dan blog gosip. Anggota-anggota kumpulan itu menjadi amat popular sehinggakan Hutsul merancang untuk melancarkan parti politik bagi bertanding mendapatkan kerusi di Parlimen. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |