Adsense

Jumaat, 19 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Fauzi-Lisda Beli Rumah Harga Setengah Juta Ringgit

Posted: 19 Nov 2010 01:11 AM PST


KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menyimpan duit dalam simpanan, kini pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati gembira dengan pembelian rumah baru mereka yang bernilai lebih daripada setengah juta ringgit.

Menurut Fauzi, rumah yang dibeli itu hasil daripada titik peluhnya bersama isteri dalam bidang lakonan dan mereka gembira kerana akhirnya dapat memiliki rumah tersebut.

"Alhamdulillah, impian kami untuk berumah sendiri termakbul. Dulu kami tinggal bersama keluarga Lisda. Bila dah dapat rumah sendiri, kepuasannya lain.

"Tambah pula bila di rumah mentua, takkan kami nak duduk menonton televisyen sambil berpelukan, nampak kurang manis. Kini, kami lebih bebas.

"Memang agak sukar juga kami nak menyimpan wang untuk membeli rumah. Maklumlah, sebagai pelakon, ada masanya kita senang, ada adakalanya kita susah, semuanya bergantung kepada keadaan.

"Apapun, kami bersyukur kerana tawaran kerja kami tidak putus, semua ini rezeki anak-anak," katanya pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha serta majlis marhaban dan Aqiqah, Rabu, untuk anak keduanya,Nur Aina Fazneesya, setahun.

Fauzi yang baru saja habis penggambaran telefilem komedi, Duda berhias (Astro Ria) dan Kecoh Bendol (TV9) kini mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kecantikan pula bersama Lisda dan dua orang rakan kongsi mereka, Glam beauty Studio.


Keluarga bahagia, Lisda dan Fauzi mendukung anak mereka. Nur Aina Fazneesya, dan Nur Aini Farhana,2.
Malah pasangan suami isteri itu juga bakal menjadi duta produk Vianco Natura dalam masa terdekat nanti.

"Sebagai seorang artis, kami perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jadi kami fikir, bukankah lebih baik jika kami membuka sendiri perniagaan kecantikan. Selain dapat merawat wajah kami, orang lain juga turut dapat merawat wajah mereka.

"Dalam pada itu, sudah tiba masanya untuk kami memikirkan sesuatu untuk masa depan kami sekeluarga andai kata rezeki kami sebagai pelakon tidak diperlukan lagi.

"Saya percaya, kami tidak mungkin berada di tahap selesa dalam bidang lakonan selama-lamanya. Jadi, Glam Beauty Studio adalah permulaan kami," ujarnya.



Sementara itu, Fauzi dan Lisda kini gembira dan lebih tenang kerana diri mereka semakin kurang dikaitkan dengan sebarang kontroversial yang remeh, lebih-lebih lagi mengenai pergolakan rumah tangga.

"Biasalah...bagi saya, kontroversial sekadar usikan daripada pihak media. Sebelum ini, mungkin kerana kami terlalu sibuk dengan kerja, kami jarang hadir bersama untuk ke mana-mana majlis.

"Alhamdulillah, biarpun kontroversial mengulit diri, kami tetap bahagia seperti biasa. Lebih-lebih lagi sekarang, kami tidak lagi mendengar gosip saya skandal dengan wanita itu dan ini, mungkin ia sudah reda," tutur Fauzi sambil melihat gelagat Lisda yang sibuk melayani para tetamu yang hadir.

google:
lisdawati dan fauzi nawawi, rumah baru lisdawati dan fauzi nawawi, foto rumah lisdawati dan fauzi nawawi, harga rumah lisdawati dan fauzi nawawi, gambar rumah lisdawati dan fauzi nawawi, ruang dalaman rumah lisdawati dan fauzi nawawi, berita lisdawati dan fauzi nawawi, terkini lisdawati dan fauzi nawawi, terbaru lisdawati dan fauzi nawawi, skandal lisdawati dan fauzi nawawi, gosip lisdawati dan fauzi nawawi

Luna Maya Kembali Selesaikan Hutang

Posted: 19 Nov 2010 01:09 AM PST


ARTIS jelita yang sedang berhadapan dengan kes video lucah bersama vokalis Peterpan, Ariel, Luna Maya kini sudah bersedia untuk muncul semula di dunia hiburan setelah beberapa bulan menyembunyikan diri.

Luna kini muncul dengan single terbarunya berjudul Tak Bisa Bersamamu dan tampil untuk membuat promosi.

"Ini adalah permintaan dari pihak label saya. Saya ada kontrak dengan mereka dan masih berhutang dengan beberapa lagu. Mereka sudah keluarkan bajet untuk siapkan album penuh saya," katanya seperti dipetik KapanLagi.com.

Bekas pengacara program hiburan popular Dahsyat itu sudah memulakan program promosinya dan mengunjungi setiap stesen televisyen di Indonesia.

"Setakat ini saya sudah buat promosi ke semua stesen televisyen dan bakal ke stesen radio pula selepas ini. Saya tidak kisah apa yang masyarakat anggap tentang saya. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan mahu menyelesaikan hutang-hutang saya sahaja," katanya.

Ketika ditanya tentang kerja yang dilakukan ketika menghilangkan diri dari media, Luna berkata, dia mempunyai kerja yang terbengkalai dan menyiapkannya sedikit demi sedikit.

google:
luna maya, luna maya single terbaru, luna maya lagu baru, luna maya album baru, luna maya download lagu baru, luna maya mp3 download, luna maya lyrics, luna maya lirik, luna maya terkini, luna maya terbaru, gambar luna maya terbaru, foto terkini luna maya, pelancaran luna maya album

AYOUB Siri Terbaru Samarinda

Posted: 19 Nov 2010 01:07 AM PST


PETALING JAYA: Drama terbaru TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November ini.

Drama ini kemudiannya akan ke udara pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam.

Drama bersiri 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hitler M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, drama ini bakal memaparkan elemen-elemen baru dengan berteraskan pergolakan dunia korporat yang sememangnya sinonim dengan slot Samarinda.

"Kali ini, slot Samarinda menampilkan kelainan iaitu memaparkan sikap kesabaran dan gemar bersedekah pada watak utamanya, Ayoub selain daripada mengisahkan pergolakan dunia korporat.

TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton supaya menerapkan elemen-elemen baru dalam drama-drama yang disajikan menerusi slot Samarinda.

Lakonan mantap Iqram Dinzly dan juga watak antagonis Fizz Fairuz pasti memberikan impak dalam siri drama AYOUB," katanya.

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.

Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.

Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

google:
ayoub, ayoub terbaru, drama ayoub, drama tv3 ayoub, sinopsis ayoub, pelancaran ayoub, arahan ayoub, penerbit ayoub, pengarah ayoub, pelakon ayoub, tarikh tayangan ayoub, ayoub poster, ayoub video, ayoub trailer, berita ayoub, terkini ayoub, terbaru ayoub

Poster Aishwarya Rai Merokok Dikecam

Posted: 19 Nov 2010 01:05 AM PST


POSTER filem Bollywood terbaru Guzaarish yang memaparkan gambar pelakon jelita Aishwarya Rai merokok telah dikecam hebat oleh pihak media India.

Poster promosi filem tersebut dikatakan mampu memberi kesan kepada generasi muda yang seringkali menganggap bintang filem sebagai idola mereka.

Selain itu, sebuah organisasi Doctor For You juga membuat bantahan dengan memakai lencana hitam pada hari tayangan perdana filem tersebut, Jumaat.

Sebelum ini, pengarah filem itu, Sanjey Leela Bhansali memberitahu Aishwarya terpaksa menjadi perokok bagi mendapatkan gaya perokok tegar yang asli.

Dia juga memberitahu pelakon tersebut sering terbatuk-batuk ketika latihan merokok.

google: aishwarya rai, aishwarya rai facebook, aishwarya rai blog, aishwarya rai twitter, aishwarya rai myspace, aishwarya rai wiki, aishwarya rai biodata, aishwarya rai biography, aishwarya rai pregnant, aishwarya rai hamil, aishwarya rai mengandung, aishwarya rai merokok, aishwarya rai seksi, aishwarya rai buah dada, aishwarya rai bogel, aishwarya rai hot, aishwarya rai 2010, terkini aishwarya rai, terbaru aishwarya rai, aishwarya rai dan suami, aishwarya rai dan keluarga, 

Dewi Remaja Tak Tiru Program Realiti Lain

Posted: 19 Nov 2010 01:03 AM PST


PETALING JAYA: Pertandingan Dewi Remaja menerusi majalah remaja sejak tahun 80-an sememangnya menjadi platform para remaja untuk melangkah ke dunia hiburan.

Ramai nama-nama besar dalam dunia lakonan dan peragaan muncul dari pertandingan popular ini seperti Aleeza Kassim, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Al-Yahya dan ramai lagi.

Apa yang menarik ialah, pertandingan kali ini akan dibawa menerusi saluran Astro Ria bermula 24 November ini, pukul 9.30 malam.

Menerusi Oranje TV, anak syarikat SEDANIA Group, program realiti ini mengenegahkan konsep tersendiri tanpa maniru mana-mana program realiti lain di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania TV, Azrin Mohd Noor berkata, menyedari pertandingan ini mempunyai pengikut tersendiri, mereka percaya ia mampu memberi kepuasan kepada para penonton.

"Kalau dulu program ini hanya boleh dilihat menerusi majalah sahaja kini peminat Dewi Remaja boleh melihat dan menilai sendiri perwatakan peserta-peserta yang bertanding di kaca tv.

"Dari segi sambutan memang sangat menggalakkan. Kita juga akan menggunakan acuan sendiri tanpa meniru mana-mana program realiti tv yang sudah ada," katanya.

Selain itu, pertandingan ini juga bukan sahaja menilai kecantikan para peserta semata-mata malah akan turut menilai dari segi pengetahuan dan personaliti yang ada pada peserta.


ANZALNA MD NASIR
"Program ini akan menampilkan 12 peserta yang akan bersaing untuk merebut gelaran Dewi Remaja 2010. Tujuan kami bukan sahaja mencari ratu cantik tetapi juga mencari pakej lengkap yang lebih baik dalam diri juara.

"Dalam program ini juga kita memberi pendedahan dari pelbagai aspek termasuk grooming. Kami juga membuat rakaman untuk enam episod yang membabitkan aktiviti mereka sewaktu berada di tempat tinggal khas yang disediakan. Seperti biasa sudah tentu ada unsur-unsur dramatik yang akan dipaparkan," ujarnya.

Setiap episod peserta akan diadili oleh seorang juri. Peserta dinilai berdasarkan markah yang terkumpul dari episod pertama hingga ke lima. Tiada sebarang penyingkiran dibuat dalam setiap episod.

Pertandingan akhir pula bakal berlangsung pada 5 Januari tahun depan yang akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.


RAMONA ROS RAMONA QUDIRA
Sementara itu, tiga peserta yang bertanding mengakui mereka berhasrat menjadikan pertandingan ini sebagai landasan untuk menonjolkan bakat yang ada.

Bagi Anzalna Md Nasir, 22, dia berasa teruja apabila diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini.

Percaya kepada diri sendiri, Anzalna mahu dirinya berada sebaris dengan pemenang Dewi Remaja terdahulu.

"Saya mengetahui pertandingan ini melalui teman lelaki. Selain mempunyai kelebihan iaitu mampu menguasai pelbagai bahasa, saya berharap dapat mengecapi impian yang terpendam," katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Jerman, Cina dan Inggeris.


SHAAGLEHAREE NADARAJAN
Ramona Ros Ramona Qudira, 20, mahu bakatnya sebagai peragawati dapat diketengahkan lagi.

"Sejak kecil lagi saya sudah berjinak-jinak dalam dunia peragaan. Ini merupakan peluang yang terbaik bagi saya kerana ramai peragawati terkenal lahir melalui pertandingan Dewi Remaja ini," katanya.

Seorang lagi peserta, Shaagleharee Nadarajan, 21, yang kini menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej swasta di ibu kota mengakui meminati bidang pengacaraan sejak kecil lagi.

"Saya seorang yang banyak cakap, kalau boleh saya mahu menceburi bidang pengacaraan dan mempunyai program bual bicara sendiri," katanya.

google: dewi remaja, dewi remaja 2010, peserta dewi remaja, dewi remaja video, siaran dewi remaja, siaran tv dewi remaja, dewi remaja finalist, rancangan dewi remaja, dewi remaja terkini, dewi remaja terbaru,