Zon Artis |
Posted: 19 Nov 2010 07:07 PM PST Rasanya gambar pernikahan Elyana yang kami kongsikan sebelum ini (klik di sini kalau teringin nak tengok) masih belum mencukupi. Jadi, meh layan beberapa lagi gambar pernikahan Elyana dan Khairul Anuar kat bawah ni.
Jika ada lagi gambar pernikahan Elyana, kami akan tambah. So, stay tuned dengan kami di Twitter ataupun Facebook. |
(Tahniah!) Elyana Sudah Sah Bergelar Isteri Khairul Anuar Posted: 19 Nov 2010 09:42 AM PST Dengan sekali lafaz sahaja, Elyana yang kita kenal dengan gelaran artis 'kaki ayam' telah sah menjadi isteri kepada Khairul Anuar Husin pada majlis pernikahan yang diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang sekitar jam 9.40 malam tadi. Mereka dinikahkan oleh ayah Elyana sendiri, Emrizal Shamsuddin. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang hantaran oleh pihak Elyana. Turut dinyatakan yang Elyana menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000. Majlis persandingan mereka akan diadakan pada hari ini dan mengikut jadual, majlis pada pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan pada 8 malam pula untuk jemputan media dan rakan-taulan. So, tahniah kami ucapkan kepada Elyana kerana telah selamat mendirikan rumah tangga. Kami doakan agar jodoh Elyana dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. Selamat berbahagia yer. PSSTT: Hilang tension kami lepas nengok video Ninja Melayu ni |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |