Adsense

Jumaat, 19 November 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Keira bimbang gambar peribadinya disiarkan

Posted: 18 Nov 2010 12:00 PM PST

du 05.1 Keira bimbang gambar peribadinya disiarkan

KEIRA KNIGHTLEY


LONDON – Kecurian dua buah komputer riba yang berlaku baru-baru ini membuatkan pelakon siri filem Pirates of the Caribbean, Keira Knightley berasa sangat bimbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Keira berasa sangat susah hati kerana kecurian itu mungkin akan mendedahkan gambar-gambar peribadinya.

Perkara ini tidak mustahil kerana ramai bintang-bintang muda yang gemar merakamkan gambar intim mereka sebelum ini.

Insiden kecurian di kondominium Keira di London itu berlaku pada minggu lalu ketika dia berada di Rom Itali untuk mempromosikan filem terbarunya, Last Night.

Dia tinggal di rumah tersebut dengan abangnya, Caleb.

Seorang pegawai polis di Westminster memberitahu, rumah Keira bukan menjadi sasaran secara khusus kerana dua buah rumah turut dipecah masuk di kawasan sama baru-baru ini.

"Satu pasukan forensik turut dibawa untuk mengesan sebarang cap jari atau tapak kasut di lokasi kejadian," katanya. – Agensi

///kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.