Adsense

Khamis, 21 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Enggan ulas isu kahwin

Posted:

Enggan ulas isu kahwin

Enggan ulas isu kahwin

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


NASHA masih mahu mengabdikan diri di bidang peragaan biarpun usianya kini hampir 40 tahun.


RAMAI wanita yang mendambakan rupa paras yang jelita, sosok tubuh yang tinggi lampai dan menawan sepertinya. Itu belum lagi mengambil kira personalitinya yang cukup manja selain kemasyhuran yang dinikmatinya.

Jelitawan Noraishah Abdul Aziz atau nama komersialnya, Nasha Aziz memiliki ciri-ciri yang dicemburui ramai itu.

Hanya setahun saja lagi usianya bakal mencecah 40 tahun. Dan dia masih lagi bersendiri, belum memiliki keluarga biarpun sudah terlalu ramai yang asyik bertanya bila Nasha akan berkahwin.

Bukan dia tidak pernah mencuba untuk serius dalam komitmen dengan lelaki.

Seperti yang diketahui ramai, aktres dan peragawati masyhur ini pernah dua kali mengikat tali pertunangan.

Kali pertama dengan aktor Faizal Hussein pada pertengahan tahun 1990-an dan kali kedua dengan pengarah fotografi, Helmi Mohd. Yusuf, sekitar tahun 2007.

Sayangnya, kedua-dua ikatan itu putus di pertengahan jalan.

Sebagai manusia normal, seperti juga wanita lain, Nasha tidak mampu menyembunyikan hakikat yang dia juga inginkan kasih sayang dan ditemani orang tercinta.

Lalu, pertemuan dengan jejaka berketurunan Cina, Tang Wing Poh atau nama Islamnya, Nur Iman Tang Abdullah membuka lembaran baru dalam kehidupan peribadinya.

Kepada mereka yang mengenali Nasha, ramai yang mengakui, wajah pelakon itu cukup berseri dan kehidupannya cukup ceria selepas bertemu Nur Iman.

Lelaki itu juga bukan sembarangan orang kerana dia merupakan antara usahawan yang sering menganjur konsert-konsert artis terkenal di negara ini.

Di kalangan mereka yang aktif dalam gelanggang seni, semuanya menyedari Nasha dan Nur Iman melalui musim-musim yang cukup indah sebagai pasangan kekasih.

Selepas sekian lama menjalin hubungan intim, kini timbul pula tanda tanya apa sudah jadi dengan keinginan pasangan itu untuk menamatkan zaman solo mereka.

Sebelum ini, ada kenyataan yang menyebut, Nasha dan Nur Iman merancang berkahwin sekembali mereka dari Tanah Suci selepas menunaikan umrah Mei lalu. Sayangnya, tiada apa-apa yang belaku.

Lalu, kehadiran Nasha pada majlis pengumuman Rafflesia sebagai penaja aksesori barang kemas bagi Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) di butik Rafflesia, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini menarik perhatian wartawan.

Dia yang cukup anggun dengan persalinan gaun labuh berwarna merah tajaan DNL tidak terlepas dikerumuni media untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

"Mengenai rancangan menunaikan umrah, hal itu tidak pergi. Bagaimanapun, kami merancang untuk ke sana tahun depan.

"Ketika membuat perancangan menunaikan umrah dahulu memang dia (Nur Iman) sangat teruja hendak pergi sebab itu saya buat persiapan tetapi tidak ada rezeki.

"Dia seorang saudara baru saya amat memahaminya. Tentu sahaja ada perkara yang dia rasakan ketika itu dan menyebabkan kami menangguhkannya.

"Sebagai orang yang rapat dengannya, perkara-perkara penting tentang agama saya hanya boleh beri tunjuk ajar namun tidak boleh memaksa," kata Nasha menyuarakan halangan yang dilalui dia dan Nur Iman ketika merancang niat murni itu.

Masih akrab dengan Nur Iman

Selesai kisah rancangan ke Tanah Suci, perhatian Nasha kemudiannya dibawa oleh wartawan mengenai isu hari bahagianya.

Sampai bila agaknya Nasha mahu terus bersendiri? Mahu tahu apa reaksi selebriti ternama itu?

Tiada kata-kata yang terbit dari bibir si jelita ini selain melemparkan senyuman yang menyimpan rahsia tersendiri.

Seakan memohon pengertian, sambil memandang setiap wakil media yang menantikan jawapan pasti darinya dia terus berdiam diri.

"Saya tidak boleh bercerita tentang itu sekarang. Saya akan beritahu kemudian tentang itu," ringkas jawapan yang diluahkan Nasha.

Kenyataan itu bagaimanapun kata Nasha, tidak bermakna ada keretakan dalam hubungan dia dengan Nur Iman.

Sebaliknya, anak jati kelahiran Kuala Lumpur itu memaklumkan, hubungan dia dan Nur Iman sungguh akrab.

Keakraban itu tambah manis apabila mereka sama-sama sering memberi tumpuan terhadap hal-hal yang berkaitan dengan usaha mendalami agama Islam.

Saat yang paling manis buat mereka ialah kesempatan menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadan lalu dan bersama menyambut lebaran.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin. Saya perlukan kasih sayang dan saya juga perlukan seseorang untuk menyokong pelbagai perkara yang saya lakukan.

"Saya akan pastikan sebelum fokus tentang hal peribadi semuanya tentang kerjaya perlu berjalan secara damai.

"Cuma anugerah itu belum diberi lagi oleh Allah. Saya memang sudah bersedia ke fasa dan cabaran kehidupan seterusnya pada masa akan datang," kata heroin filem Laila Isabella itu lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Standard antarabangsa

Posted:

Standard antarabangsa

Standard antarabangsa


BARISAN pemenang anugerah Festival Dokumentari Malaysia Kedua (FDM2) bagi kategori masing-masing ketika di Finas, Hulu Kelang baru-baru ini.


PERKEMBANGAN penerbitan dokumentari hasil anak tempatan dilihat semakin pesat dan berkualiti.

Berbanding dengan dokumentari yang pernah diterbitkan suatu ketika dahulu, ada yang seperti tangkap muat dan mengikuti format sesebuah dokumentari.

Namun, ujar ketua juri bagi Festival Dokumentari Malaysia Kedua (FDM2), Zaki Abdul Rahim, berdasarkan penyertaan kali ini, kesemua juri bersetuju kualiti dokumentari tempatan semakin baik.

"Tidak melampau jika saya katakan kebanyakan lima dokumentari yang dicalonkan bagi setiap kategori mampu melepasi standard antarabangsa.

"Kualiti penerbitan dalam semua aspek semakin baik. Pengkarya semakin jelas dengan konsep dokumentari yang sebenar," katanya.

Bahkan karyawan tempatan juga katanyam semakin kreatif dan para juri amat tertarik dengan kesungguhan mereka.

"Lebih separuh penyertaan dokumentari yang menyertai festival ini sampai mesejnya, kelas dan memberikan impak yang positif.

"Persaingan kali ini sungguh sengit dan kami sendiri susah untuk menentukan siapa yang layak untuk memenangi setiap kategori sehingga bertegang urat," ujarnya ketika ditemui selepas FDM2 di Finas, Hulu Kelang baru-baru ini.

Pada malam itu, dokumentari slot Suatu Ketika di Astro Prima menang besar apabila berjaya membolot lima anugerah dari 10 anugerah yang dipertandingkan.

Dokumentari dari slot Suatu Ketika yang menang pada malam itu ialah Laskar Senoi yang memenangi kategori Dokumentari Ilmiah / Sejarah Terbaik dan Pengarah Terbaik (Johari Hamid) dan Penyuntingan Terbaik pula menjadi milik dokumentari Botak Chin (Mohd. Zaidi Husin).

Dokumentari Siapa Sybil membawa pulang anugerah Skor Muzik Terbaik (Fatul Ghazali) dan Sinemotografi Terbaik (Azizah Atan).

Dokumentari Isu Semasa atau Kemasyarakatan Terbaik dimenangi oleh Emergency oleh Primeworks Studio yang turut membawa pulang anugerah Skrip Terbaik (Lara Arifin) bagi dokumentari tersebut.

Sementara itu, Dokumentari Kesenian Kebudayaan Terbaik dimenangi oleh Fight Master: Silat oleh GS Production dan anugerah kategori Dokumentari Alam Semulajadi / Pelancongan Terbaik pula, dianugerahkan kepada Among The Great Apes With Michelle Yeoh oleh Novista.

Honey Hunters yang memaparkan kisah pemunggut madu di belantara oleh Abdul Hamid Abdullah pula menerima Anugerah Khas Juri, dalam festival kali ini.

Majlis penyampaian hadiah untuk FDM2 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Turut hadir ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohamed Mohd. Daud, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim dan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Ahmad Puad Onah.

Pemenang empat kategori utama menerima RM5000, trofi dan sijil penyertaan. Bagi kategori lain pula, menerima RM3000, trofi dan sijil penyertaan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.