Kosmo Online - Hiburan |
Perancangan kahwin tidak menjadi Posted: Perancangan kahwin tidak menjadiOleh FAIZAL SAHARUNI SEPATUTNYA, model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz berlepas dari ibu negara menuju ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada 10 Mei lalu. Tanpa mampu ditolak, impian untuk memijakkan kaki ke kota Mekah bagaimanapun tidak menjadi kenyataan. Wanita tinggi lampai berusia 39 tahun itu dijadualkan menunaikan umrah bersama kekasih hati yang merupakan saudara baru, Nur Iman Tang selama dua minggu. Berita menggembirakan itu dikhabarkan sendiri oleh Nasha kepada pihak media beberapa bulan lalu. Begitupun, dalam nada tenang, anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang ditemui pada majlis Rafflesia menyumbangkan tajaan pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) di Hotel Park Royal, ibu negara Isnin lalu, berkongsi cerita sebenar agar tidak disalah erti. "Terus terang, kami memang mahu pergi ke Mekah seperti dirancang. Tetapi, apabila hampir tiba masanya, dia (kekasih) berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan kepada saya sedangkan sebelum ini keterujaan jelas terpancar untuk mengikut saya menunaikan ibadat di sana. "Namun, saya tidak sesekali melatah atau melenting tidak tentu fasal dengan tindakannya. Sebagai manusia biasa, saya bersikap terbuka. Saya hanya membiarkan dia berfikir sendiri. Sampai sekarang, kami tidak pernah membincangkan secara langsung hal ini lagi. "Mungkin saya dilahirkan ke dalam dunia ini untuk memahami manusia. Meskipun hajat menunaikan umrah bersama tidak tercapai, hakikatnya, saya cukup gembira kerana tidak memaksa orang lain membuat keputusan," terang Nasha yang telah bersedia sepenuhnya untuk bergelar isteri.. KEMBALI ke dunia asal kerjayanya, Nasha kini ingin memberi tumouan terhadap bidang peragaan. Tidak terkilan dengan situasi yang berlaku, Nasha bagaimanapun percaya segala yang terjadi punya hikmah sendiri. Malah, tetap hatinya berkata, itu semua datang daripada Allah. Dan sebagai insan kerdil, dia sekadar pasrah menerima takdir serta ketentuan tersebut. "Saya hanya boleh memberi galakan dalam soal agama. Cuma, tidak boleh memaksa atau mempersoalkan dilemanya terutama kepada saudara baru macam dia. Biarlah dia bersedia sepenuhnya, dan saya percaya ia akan datang sendiri kepadanya selepas ini," akui Nasha. Dalam waktu sama, sosok berketinggian 176.68 sentimeter (5 kaki 8 inci) itu bercadang untuk menunaikan umrah tidak lama lagi. Hatinya beria-ria mahu sampai ke Tanah Suci untuk berada lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta. Itu tegas Nasha. Tiada sesiapa boleh menghalangnya. "Saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke Mekah dalam waktu yang telah difikirkan. Kali ini, saya pilih visa ziarah. Sesiapa saja boleh ikut saya. Terpulang kepada si dia untuk ikut sekali atau tidak. Kerana itu, saya tidak suka merancang, khuatir pula ia tidak menjadi. "Kalau mahu ikut, ikut saja. Yang pasti, saya tidak mahu menjanjikan apa-apa kepada dia," katanya lagi. Tetap mahu kahwin Mengikut perancangan juga, sekembali pasangan itu dari mengerjakan umrah, mereka ingin mengakhiri hubungan cinta yang dibina dengan lafaz akad nikah. Tidak berpeluang melakukan ibadat tersebut, sejak hari itu, Nasha dan kekasihnya terus sepi tanpa berita.
Waktu deras berlalu. Hingga ke saat ini, belum bertebar sebarang cerita perkahwinan Nasha dan Iman. Lantaran itu, ada sesetengah peminat mula membuat konklusi sendiri berkaitan status perhubungan mereka yang belum berkesudahan di jenjang pelamin. Penuh santun menuturkan kata, Nasha sejujurnya enggan bercakap lebih panjang soal jodoh. Dia dan Iman sekadar mampu merancang. Tetapi, Tuhan punya kuasa mencorakkan takdir setiap manusia di muka bumi ini. Itu tidak mampu ditolak. Jelasnya: "Anugerah ini (kahwin), saya belum terima daripada Allah. Jangan risau, kalau saya hendak mendirikan rumah tangga, saya pasti berkongsi cerita ini kepada pihak media. Kalian banyak membantu saya bermula awal kemunculan dalam bidang seni sehinggalah hari ini. "Saya amat hargainya. Justeru, saya tidak akan menyembunyikan perkara baik ini. Cuma,buat masa sekarang, apa yang boleh dikatakan, semua harus menunggu. Ini semua datang daripada Allah." Menghela nafas panjang, perlahan sahaja tutur Nasha: "Susah hendak jadi Noraishah Abdul Aziz dalam usia hampir 40 tahun, tambahan pula merupakan seorang wanita. Saya sendiri memerlukan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan. "Tetapi pada waktu sama, saya harus menyayangi diri sendiri terlebih dulu dalam segala hal. Alhamdulillah, saya tidak jadi seorang manusia yang hancur dengan buat benda-benda jahat atau mengambil dadah. Ini semua kerana Allah sentiasa berada di sisi saya." | ||
Posted: Rain kaki judiRAIN BINTANG terkenal Asia, Rain telah disaman sekali lagi. Kali ini dia disaman berhubung hutang judinya yang masih belum dibayar selepas meminjam sejumlah wang daripada temannya seorang rakyat Amerika Syarikat, Andrew Lim ketika berjudi di Hotel Bellagio di Las Vegas. Menurut Andrew, 28, Rain meminjam wang sebanyak AS$50,000 (RM160,000) daripadanya pada Jun 2007 untuk berjudi di hotel Bellagio. Mengulas lanjut tentang kenapa dia memfailkan saman, ujar Andrew: "Tiga tahun telah berlalu dan dia masih tidak membayar hutangnya." Katanya lagi, Rain yang mempunyai masalah ketagihan judi pernah mempertaruhkan wang sebanyak RM31,000 pada satu-satu masa ketika berjudi di sebuah hotel mewah. Akhbar Sports Seoul berjumpa dengan Andrew dan peguamnya di Los Angeles pada 8 Oktober lalu juga untuk menemu bual beberapa wakil kasino di kawasan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima Rain dan Andrew merupakan teman rapat dan buat pertama kali bertemu di Las Vegas pada Disember 2006. Kemudian Kim mula menguruskan persembahan Rain di Los Angeles pada 2007. Akui Andrew: "Umur kami sama, jadi agak mudah untuk kami jadi rapat. Kami saling mendengar masalah dan merancang masa depan. saya seorang pakar IT dan Rain adalah seorang bintang, Kedua-dua kami mengimpikan sebuah perniagaan berasaskan gabungan IT dan hiburan." Bagaimanapun, masalah ketagihan judi Rain menyebabkan hubungan mereka regang. Andrew mula percaya Rain mempunyai masalah dengan judi. "Rain sangat sukakan Las Vegas. Setiap kali dia melawat saya di Los Angeles dia pasti akan ke Las Vegas. Dia akan terbang menggunakan jet peribadinya atau menyewa kereta limosin untuk ke sana. "Saya ada segala bukti berkenaan wang yang dipinjam itu. Rain bukan orang miskin, dia seorang bintang. Dia berjanji untuk pulangkan wang yang dipinjamnya daripada saya dan dia harus tunaikan janjinya," ujarnya. Sementara itu, agensi Rain, J Tune Entertainment menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Andrew. Pengerusinya, Jo Dong Won mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu: "Pertama, keseluruhan tuntutan mahkamah itu ialah sebuah cerita tidak benar. "Di Amerika, plaintif boleh mengatakan apa sahaja yang dia mahu. Tiada satu pun ceritanya itu benar." Apabila ditanya berhubung tabiat judi Rain di Las Vegas, Jo Dong membalas: "Kami tidak mengatakan yang Rain tidak langsung pergi ke Las Vegas. Apa yang disoal adalah tahap wang yang dilaburkan untuk berjudi. "Sebagai contohnya, Rain menghabiskan wang RM3,100 dalam masa seminggu, adakah itu pun dikatakan ketagih judi? |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |