Adsense

Khamis, 21 Oktober 2010

borak kosong

borak kosong


Hukuman teraneh didunia,kena tulis surat mohon maaf selama 15 tahun

Posted: 21 Oct 2010 08:59 PM PDT

Hukuman yang paling aneh!!  Menulis Surat Permintaan MAAF Kepada Keluarga Korban setiap Minggu selama 15 tahun. Seorang pemuda dihukum kerana membunuh seorang perajurit perang Iraq dalam kemalangan kereta telah dihukum untuk mengirim surat permintaan maaf kepada keluarga mangsa setiap minggu selama 15 tahun. Andrew Gaudioso diberitahu surat mingguan sedang menjalani masa hukuman percubaan dan jika ia gagal untuk mematuhi ia akan dipenjara selama 15 tahun.


Seorang hakim di Florida memutuskan hukuman yang luarbiasa setelah keluarga mangsa itu mengatakan mereka tidak ingin melihat Gaudioso berusia 22 tahun masuk penjara. Sebaliknya jaksa mereka mengatakan mereka ingin Gaudioso tetap dihukum mengingat mansa dan bagaimana ia telah melayani negaranya.

Gaudioso telah dinyatakan bersalah membunuh perajuritThomas Towers dalam kemalangan. Dia yang memandu untuk bekerja dalam keadaan hujan dan  gagal mengawal kenderaannyas kendaraannya lalu terbabas menyeberang ke jjalan bersebelahan dan  melanggar perajurit itu yang sedang bercuti.

Gaudioso mengalami cedera otak dalam kecelakaan di Tavares, Florida, dan sejak itu menyatakan kekesalannya.

Keluarga Towers meminta hakim supaya Gaudioso tidak di penjara dan mengatakan mereka menginginkan dia mencerminkan hilangnya nyawa anak mereka. Sebagai percubaan dia harus mengirimkan 780 surat selama 15 tahun  untuk meminta maaf atas perbuatannya. Dia juga dilarang minum alkohol selama 15 tahun dan akan diperhatikan dan dia bersetuju dengan hukuman itu. (link)

Buku pendidikan seks untuk kanak-kanak tadika di Jerman ini,sesuaikah dinegara kita?

Posted: 21 Oct 2010 08:30 PM PDT

Beginilah buku pendidikan seks yang diajar di tadika
di Jerman...Adakah buku pendidikan sebegini sesuai untuk
diajarkan kepada kanak-kanak tadika di negara kita?
Bagi mereka  mungkin tak kisah kerana itu budaya
kebebasan mereka...







Lagi mangsa kesilapan pembedahan plastik

Posted: 21 Oct 2010 07:30 PM PDT

Svetlana Davydova, salah seorang peserta satu rancangan realiti di Russia.Dia telah membuat keputusan untuk membesarkan bibirnya melalui pembedahan plastik.Setelah membuat pembedahan untuk kali pertama,dia tidak berpuas hati dan mebuat pembedahan kali kedua.Cuba lihat hasil pembedahan kali pertama dan kedua...

 Hasil pembedahan kali pertama...





 Kerana tak berpuas hati buat pembedahan kali kedua..








Dan inilah hasilnya....

Wanita hamil dibelasah,disuruh gugurkan anak kerana langgar dasar negara

Posted: 21 Oct 2010 06:25 PM PDT

BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.

Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana. Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya. Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.


Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber. China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - myMetro



Kecantikkan yang menyakitkan

Posted: 21 Oct 2010 05:34 PM PDT


Tatoo seluruh badan

Ini semua adalah yang dilakukan orang atau suku tertentu untuk mendapatkan kecantikkan menurut versi mereka sendiri. Walaupun, untuk mengejar  kecantikkan itu, seseorang harus rela merasakan sakit yang amat sangat. Gambar diatas adalah tatoo full bodi, sehingga orang yang mentatoo seluruh tubuhnya, akan kelihatan berpakaian lengkap, biarpun ia telanjang bulat. Cantik yang aneh…


Mengecilkan Kaki

Sejak kecil, gadis-gadis di China sudah melakukan pemotongan kaki mengerikan ini. Lihatlah lukanya. Ini dilakukan agar kakinya bisa kecil sehingga muat di sepatu kecil khas. Semakin kecil ukuran sepatunya, semakin cantiklah ia..


Penajaman gigi

Jika gigi kita kena sesuatu yang keras saja sakit, apalagi jika harus dibuat runcing seperti gambar ini. Terbayangkah rasanya? Banyak kebudayaan di dunia menganut kecantikan gigi runcing ini. Jika sudah memasuki usia dewasa, giginya harus diruncingkan dengan cara diasah. Seseorang boleh pengsan ketika melakukannya.


Lidah Bercabang

Sebenarnya ideanya adalah lidah reptilia, sehingga lidah manusia harus diiris di tengah untuk menyamai lidah reptikia Seseorang itu harus menanggung resiko infeksi dan susah makan ketika melakukannya.



Korset Ketat

Gadis bangsawan Eropah zaman dahulu, melakukan kegiatan menyakitkan ini setiap harinya. Tali korsetnya di tarik sekuat mungkin agar badannya nampak langsing dan cantik. Resiko sesak nafas dan tulang sakit adalah konsekuensinya. Namun ini dianggap lebih efektif dari pada harus berdiet untuk mempertahankan bentuk tubuh.


Gelang leher

Padaung, terletak di pegunungan Burma sampai Thailand, mempunyai kebiasaan unik ini. Mereka memasang gelang di leher wanitanya. Semakin banyak gelang dan semakin panjang lehernya, maka semakin cantiklah ia. Rasa sakit yang luar biasa harus di rasakan selama bertahun-tahun. Resiko patah leher dan mati menanti mereka. Jika gelang sudah dipasang, adalah anti untuk melepasnya. Karena jika dilepas semuanya, beberapa minit kemudian lehernya patah.

Stewie kucing terpanjang di dunia

Posted: 21 Oct 2010 11:01 AM PDT


Stewie kucing yang berusia 5 tahun ini telah memecah rekod Guiness World Record
sebagai kucing yang terpanjang di dunia.Kucing ini di ukur
dari hujung hidung hingga ke hujung ekor sepanjang 1.23 meter.
Rekod kucing terpanjang sebelum ini adalah 1.21 meter.

Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, memberitahu, ramai orang terpegun dengan kepanjangan kucing itu.-kosmo online


Remaja 10 tahun jual nenek di ebay

Posted: 21 Oct 2010 10:01 AM PDT

Essex – Seorang remaja di England  menjual neneknya sendiri di internet melalui lelong di eBay. Remaja yang berusia 10 tahun bernama Zoe Pemberton ini menawarkan neneknya, Marian Goddal yang sudah berumur 61 tahun.

Zoe memberikan ciri-ciri neneknya didalam lelongan itu. Neneknya dikatakan suka mengganggu dan sering merintih-rintih, namun di balik itu sikapnya juga sangat menyenangkan.
Ternyata setelah disiarkan di eBay, peminat  neneknya banyak juga. Bahkan tawaran tertinggi mencapai 20.000 Poundsterling sebelum lelong kontroversial ini disekat oleh pihak eBay.

Zoe merasa bosan kerana neneknya suka meminta melakukan berbagai hal seperti membuatkannya minuman. Ketika bermain laptop, terlintas idea untuk menjual nenek di eBay.

Ibubapa Zoe tidak marah anaknya melakukan ini kerana menganggapkan ini satu garauan cucu terhadap neneknya.

Wanita tak sedar pisau tertusuk di tengkuknya

Posted: 21 Oct 2010 09:30 AM PDT

Dia berjaya melepaskan diri daripada cubaan merompak keatas dirinya tetapi Julia Popova tak sedar bahawa sebilah pisau masih metusuk sedalam 15 cm di tengkuknya.

Kisah gadis berusia 22 tahun yang menjadi perbincangan yang heboh di negaranya. Terutam setelah berbagai suratkabar di Moscow kerana. Julia mengatakan ia tak merasakan apa-apa, sehingga dia tidak tahu pisau itu tertusuk di tengkuknya.

Pekerja sosial itu mengakui dirinya  diserang seorang perompak yang cuba merampas beg tangannya. Setelah kejadian itu, Julia berjalan pulang ke rumah orangtuanya yang mengambil masa 40 minit perjalanan.
"Julia terlalu syok sehingga tubuhnya tak  merasakan kesakitan akibat tusukan pisau itu," demikian dikatakan perawat yang memberi perawatan pada Julia dan mengambil gambarnya. Ketika orangtuanya terkejut, baru dia menyedari ada pisau tertusuk tepat di tulang, bahagian belakang lehernya.

Gambar Julia tertancap pisau itu dikatakan sebagi rekaan oleh orang awam tetapi ramai orang yang meyakinkan bahawa gambar itu asli.

Cara pijit kepala yang unik

Posted: 21 Oct 2010 08:00 AM PDT

Aksi tukang gunting ini memicit kepala sungguh unik sekali..
seolah-olah ada tenaga luar yang membantunya..





Pelik cara jambatan ini dibina

Posted: 21 Oct 2010 07:30 AM PDT

Pelik sungguh cara jambatan ini dibina..
Cuba anda lihat..kukuh ke tak kukuh...









Di smash beberapa kali tapi masih boleh angkat

Posted: 21 Oct 2010 06:00 AM PDT

Perhatikan pemain pingpong ini walaupun di smash
beberapa kali tapi masih 
boleh mengembalikan bola....




Bapak polis bikin lawak ajelah..

Posted: 21 Oct 2010 04:00 AM PDT

Segakkan bapak polis ni...

 tapi dia pusing....

betul-betul bikin lawak....


Santa 'Pak Haji' ciptaan TV3 kena denda RM50,000

Posted: 21 Oct 2010 03:00 AM PDT

TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan Sinari Lembaran yang didapati menghina Islam.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.

Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.

TV3 telah menyiarkan iklan Sinari Lembaran beberapa hari menjelang hari raya yang lalu. Namun selepas menerima bantahan  dari pelbagai pihak , iklan yang memakan belanja RM200,000 itu ditarik balik oleh TV3.

Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.

bk-bagus kerana tindakan telah di ambil.....

Aneh ayam tidak mempunyai bulu

Posted: 21 Oct 2010 02:26 AM PDT

Biasanya ayam memiki bulu  untuk menutupi bahagian kulit, namun di Solo terdapat satu ekor ayam yang cukup unik kerana tidak memiliki satu pun bulu. Sehingga ayam milik Sumijan itu serupa seperti ayam yang sudah siap untuk dimasak.

Ayam yang dinamai Kliwom tersebut nampak berbeza sekali dengan tujuh ayam  yang sedang mencari makan di  halaman rumah Sumijan. Sumijan menceritakan, sejak menetas Kliwon memang tidak memiliki bulu seperti ayam yang lain.

Sumijan mengakui jika ketika akan menetas telur tersebut, pada malam harinya dia bermimpi ditemui oleh orang yang berbaju putih. Pada esok harinya,kesemua telur ayamnya menetas. Namun, anehnya hanya ada satu ekor yang tidak memiliki bulu.


Walupun tidak memiliki bulu, Kliwon tidak merasa sejuk ketika malam. Hal ini kerana tujuh ekor ayam yang lain selalu tidur menghimpitnya di kandang.

Selain tidak memiliki bulu, Kliwon juga menunjukkan keunikan lainnya kerana ayam itu hanya memakan beras merah dan  tergolong ayam unik ada yang mahu membelinya tetapi Sumijan tidak mahu menjualnya kerana berasa kesian melihat ayam itu.

Perompak minta dibenarkan kucing melawatnya di penjara

Posted: 21 Oct 2010 01:20 AM PDT

Seorang perampok bank yang kebetulan beragama Buddha tak dibenarkan bertemu dengan kucingnya walaupun mendakwa kucing adalah jelamaan ibunya.

Peter Keonig, 46, menjalani hukuman penjara selama 5 tahun kerana rompakan yang dilakukannya di Whirl, Jerman.

Dia mengajukan permohonan ke pengadilan agar kucingnya di benarkan untuk mengunjunginya di penjara dengan alasan kucing itu adalah jelmaan dari ibunya.

Penganut agama Buddha percaya bahawa orang yang telah meninggal akan menjelma dalam bentuk haiwan setelah jasadnya mati.

Peter mengatakan, "Saya tahu itu ibu saya. Caranya menatap saya sama seperti cara ibu menatap saya. Dan saya seharusnya mendapat hak yang sama seperti tahanan lain, boleh mendapat kunjungan dari keluarga".

Dalam keputusan hakim mengatakan, "Kami memang menghormati kebebasan beragama seseorang, namun kerana terdakwa belum mampu memberikan bukti bahawa  ibunya telah dilahirkan kembali dalam bentuk seekor kucing, maka dengan terpaksa kami menolak memberikan hak kunjungan bagi seekor kucing."

Namun pengadilan memberikan kebebasan pemuda tersebut jika hendak menulis surat kepada kucingnya.
Daily Telegraph.



Tanam anak hidup-hidup kerana berbual dengan lelaki

Posted: 21 Oct 2010 12:00 AM PDT

Seorang ayah di Turki dilaporkan sanggup menanam hidup-hidup anak perempuannya yang masih remaja hanya kerana berbual dengan beberapa lelaki. Dalam kejadian ini lelaki itu turut dibantu oleh datuknya. Pertistiwa ini terjadi di Kota Kahta bahagian Tenggara Turki.

Remaja wanita yang bernama Medine Memi (16 tahun) itu ditemukan tertanam dalam keadaan terduduk dan tangan terikat di sebuah lubang di bawah kandang ayam. Lubang tempat Medine dikubur sedalam 6 kaki. Medine ditemukan 40 hari setelah ia dilaporkan hilang.

Dalam bedah siasat yang dijalalankan doktor telah menemukan banyak kandungan tanah di paru-paru dan perut Medine. Hal ini menunjukkan dia sangat menderita kerana tertimbun tanah sebelum meninggal secara perlahan-lahan.

Doktor juga tidak menemukan tanda-tanda kecederaan atau bekas pukulan pada tubuhnya.Mereka juga tidak menemukan racun atau dadah didalam tubuhnya.Pakar Forensik juga mengatakan budak ini meninggal dunia akibat di tanam hidup-hidup.

Ayah Medine Meme, Ayhan dan datuknya kini ditahan dan menjadi  orang yang di syaki. Kes ini masih dalam proses dan menunggu persidangan.

Ayhan mengatakan bahawa sebagai ayah dia tidak suka melihat Medine, satu dari sembilan anaknya, mempunyai teman lelaki. Keluarga Medine disyaki terlibat kerana dua bulan sebelum ia dilaporkan menghilang, Medine sempat membuat laporan ke polis kerana dia dipukul datuknya kerana berbual dengan beberapa orang lelaki.-Global



Rupanya kambing lebih pandai guna jejantas

Posted: 20 Oct 2010 10:02 PM PDT

Kenapa saya kata begitu? Cuba perhatikan dua gambar
dibawah...walaupun kambing-kambing di pandu oleh 
tuannya menyeberang jalan menggunakan jejantas,ini menunjukkan
yang tuannya menjaga dan menghargai nyawa haiwan ternakannya.
Betapa bernilai nyawa haiwan kepadanya.Tetapi manusia yang melintas
tidak menggunakan jejantas yang dsediakan,menunjukkan seolah-olah
nyawa tidak bernilai  bagi mereka.Jejantas yang disediakan merupakan kemudahan
yang disediakan untuk memudahkan kita menyeberang jalan.Bila tak ada kemudahan kita bising 
untuk disediakan kemudahan tetapi bila dah ada....apa yang jadi????


Hargai nyawa anda dan jangan persiakan kemudahan
yang disediakan kepada kita.....