Adsense

Khamis, 21 Oktober 2010

Sensasi

Sensasi


Ugly Betty selepas membuka cermin mata dan Braces (pendakap gigi)

Posted: 21 Oct 2010 07:43 PM PDT







setiap kali menonton Ugly Betty,bila nmpak je mamat kat bwh nie, anak saudara Betty..mesti rasa mcm tgk liyana Jasmay..ada la iras sikit-sikit,,,




Glee Gone Wild, Persatuan Ibu bapa Amerika berang dengan gambar tak senonoh Rachel,Quinn dan Fin

Posted: 21 Oct 2010 07:25 PM PDT



Posing Sexy oleh Lea (Rachel) Quinn (Diana Argon ) dan Fin (Cory) dalam sebuah majalah dengan pakaian yang menjolok mata dan aksi mengghairahkan menyebabkan persatuan ibu bapa di Amerika berang.

Mereka dikatakan memberi contoh negative terhadap remaja yang masih bersekolah dan menjadikan mereka idola dalam siri musikal Glee...






Paramore :You are the only Exception

Posted: 21 Oct 2010 05:55 PM PDT

i love this song!


When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it

And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love
If it does not exist

But darling,
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts

And we've got to find other ways
To make it alone
Keep a straight face

And I've always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now

I had sworn to myself that I'm
Content with loneliness

Because none of it was ever worth the risk

Well, You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

I've got a tight grip on reality
But I can't
Let go of what's in front of me here
I know you're leaving
In the morning, when you wake up
Leave me with some kind of proof it's not a dream

Ohh---

You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

And I'm on my way to believing

Oh, And I'm on my way to believing

Iklan Raya "Sinari Lebaran",Santa Pak Haji, TV3 didenda RM50,000

Posted: 21 Oct 2010 07:50 PM PDT

Sensasi: memang patut la TV3 dikenakan tindakan begini supaya lebih peka dan tidak mempermainkan agama sesukahati jer...

Sebab tindakan sambil lewa TV3 yang tidak peka dgn sensitiviti keagamaan merupakan satu provokasi dan mengancam kesejahteraan negara..

Semoga lepas nie stesyen2 televisyen ambil ini sebagai satu pengajaran yang berguna...



Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan "menghina dan mengapi-apikan".

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan "Sinari Lebran".

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut "menghina dan menjatuhkan martabat Islam".

"Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3," kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan "fitnah perkauman dan agama" menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

"Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara," katanya.

Ulasan Filem 2 Alam oleh wartawan-wartawan akhbar, Terlalu banyak adegan ranjang keterlaluan,rogol dan flashback

Posted: 21 Oct 2010 07:52 PM PDT

Sensasi: Mungkin bagi pendapat Dr Romzey,sex can sell..sebab tue la die buat byk adegan ranjang yang keterlaluan,adegan rogol,dan flashback dengan harapan dapat mengumpan ramai penonton dan mensasarkan RM40juta..

Entahla setelah mendengar banyak komen dan ulasan buruk mengenai filem 2 Alam ini,sensasi rasa pasti ramai yang rasa malas nak kepawagam utk menonton filem ini yang dikatakan standard seperti drama televisyen ...Aduh..pedas sungguh..

Camno nie Dr Rozmey...?




Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.

Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.

Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?

Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.
Dr. Rozmey.

Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.

"Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan," katanya.

Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam "fantasinya".

"Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran," katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.

Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.

"Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. "Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau," katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.

Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

"Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini," katanya.

Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam menjadi filem murahan.

Dalam masa yang sama gandingan pelakon baru Royadi Madada dan Suhaillah Salam gagal memperlihatkan filem tersebut berkualiti.

Lebih ketara katanya, adegan seks murahan telah menyimpang dari konsep filem yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi lebih insaf.

"Filem ini seolah-olah mengaburi mata masyarakat dengan menampilkan adegan dan teknik "flash back" mengenai seks yang keterlaluan," katanya.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.

Tonton Filem Percuma Di panggung Wayang hari ini dan esok (22.10.2010-23-10.2010) sempena FFM23

Posted: 21 Oct 2010 05:13 PM PDT


Sempena Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang sedang berlangsung, anda boleh pergi menonton filem-filem tempatan yang bertanding bermula 22 Oktober - 23 Oktober secara percuma! Antaranya adalah "Niyang Rapik", "Jin Notti", "Adnan Sempit", "Lagenda Budak Setan" dan banyak lagi.

Tayangan filem percuma ini akan diadakan di tiga lokasi iaitu GSC Alamanda Putrajaya, MBO Galaxy Ampang dan TGV Wangsa Walk. Nak tau bagaimana boleh dapatkan tiket percuma tersebut? Mudah sahaja. Pergi saja ke Urus Setia FFM23 di Kompleks Studio Merdeka FINAS atau dapatkan sahaja di pawagam-pawagam yang terlibat!

Jangan lupa saksikan malam kemuncak FFM23 yang akan disiarkan secara langsung di RTM1 pada 24 Oktober ini! Semalam FFM23 dilancarkan di Centre Atrium, e@Curve di mana filem fantasi muzikal arahan pertama Edry Abdul Halim, "Magika" telah berjaya merangkul lima anugerah daripada 12 Anugerah Cipta yang dipertandingkan.

Fazura kantoi ketiak masam dan kaki berkudis

Posted: 21 Oct 2010 05:09 PM PDT

HAHAHA ..kelakar je bila tengok gambar nie...

Bila dah jadi artis semua benda org belek ,termasukla kalau-kalau ketiak tue basah ke,kaki pun difokus juga..

Nampaknya Fazura terlupa pakai deodoran agaknya sampai keluar peluh membasahi sekitar ketiak Fazura...

Kaki pula habis berkudis2 mcm tue,mungkin fazura oatut pakai stoking nipis utk cover sket...




Video: Rooney keluar Man Utd ,Ferguson sahkan

Posted: 21 Oct 2010 07:54 PM PDT

Kecewalah seluruh peminat Man Utd lepas nie sebab nampaknya Rooney enggan renew contract dengan Man Utd kerana ingin menerima tawaran dari Manchester City.

Rooney yang dulu dilihat sebagai seorang pemain yang amat mementingkan kelab Man Utd berbanding wang,kini beralih arah apabila dikaburi mata dengan tawaran lumayan Manchester City.

Ferguson nampaknya sgt berkecil hati dengan Rooney seperti seorang bapa yang merajuk dengan anaknya yang derhaka..


Lawak Facebook: Nak jadi Perdana Menteri ikut giliran ya

Posted: 21 Oct 2010 04:59 PM PDT

Haha..kreatif...sensasi pun tak tau sapa la yang buat nie ...rajin betul..
tapi funny jugak tgk bekas2 perdana menteri bergasak2 nak dapatkan giliran jadi PM.

Saje enjoi2 je..
Layan..