Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Oct 2010 04:23 PM PDT Hip Si cantik ini sanggup tinggalkan lakonan dan peragaan apabila tiba masaTANYALAH apa saja, Nasha Aziz sedia memberi jawapan pasti. Namun apabila diajukan soalan berkenaan perkahwinan atau bilakah doa akan mengakhiri zaman bujang bersama jejaka yang berjaya mencuri hatinya, Nur Iman Tang Abdullah, model tinggi lampai itu enggan berkongsi cerita. Tumpuan pemilik nama Noraishah Abdul Aziz itu kini hanya kerjaya peragaan pentas yang mahu dilakukan secara serius, hingga memaksanya menolak beberapa tawaran membintangi drama dan filem, semata-mata untuk melakukan persediaan memenuhi undangan ke luar negara. "Apabila di set penggambaran, saya makan tanpa mengira waktu. Kulit muka pula kusam kerana terdedah kepada terik mentari, cahaya lampu dan solekan tebal sepanjang hari. Faktor inilah yang membuatkan saya terpaksa membuat pilihan."Sebagai model pentas peragaan, tubuh saya harus selangsing patung kerana pereka fesyen tidak mencipta busana mengikut saiz model. Malah demi kerjaya ini, saya perlu memastikan kulit wajah sentiasa segar dan stamina pada tahap maksimum," katanya ketika ditemui di Butik Rafflesia, Kuala Lumpur. Model yang baru pulang daripada menghadiri pertunjukan fesyen di Shanghai itu turut diundang sebagai penyampai trofi pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 24 Oktober ini. Mengenakan gaun merah pedas yang menyerlahkan lagi tubuh mulusnya, kehadiran Nasha sememangnya mencuri tumpuan media terutama lensa kamera yang tidak henti berkelip semata-mata mahu mendapatkan aksi terbaik si jelita itu. "Dengan tinggi 173 sentimeter, berat badan saya kini perlu sekitar 49 hingga 50 kilogram saja berbanding sebelum ini, 55 kilogram yang tentu saja bukan berat sesuai bagi seorang model pentas peragaan," katanya yang dijangka bakal terbang ke Shanghai semula dalam tempoh terdekat. Sekali pun bakal mencecah 40-an tahun depan, pelakon Laila Isabella itu berkata, usia bukan ukuran sebaliknya kerja keras serta penjagaan diri paling penting. Namun begitu, dia akui, bekerja dengan mereka yang lebih muda menyuntik semangat untuk terus kekal aktif, sekali gus mengingatkan kembali memori manis ketika menceburi bidang fesyen selepas tamat sekolah. "Saya sedar di luar sana model berusia belasan tahun menjadi pilihan dan jika ada yang berumur sekali pun, usia mereka tidak mencecah 30 tahun. Tetapi berdasarkan pengalaman serta tawaran, saya yakin permintaan tetap ada untuk model seperti saya kerana paling utama skil individu," katanya yang pernah bekerja dengan pereka kostum Sex and the City, Eric Way. Begitupun, Nasha mengakui tidak mampu menolak permintaan pengarah yang dihormatinya, Bade, untuk membintangi drama berjudul Dendam Maya apatah lagi hampir tujuh tahun mereka tidak bekerjasama selepas filem Trauma. "Saya memenuhi tawaran Bade disebabkan teruja dengan watak wanita psiko selain sudah lama tidak bekerja dengannya. Saya sememangnya cukup selektif dalam pemilihan watak, namun selepas membaca skrip Dendam Maya, saya terima pelawaan Bade," katanya lagi. Ditebak semula persediaan bergelar isteri, secara berkias katanya selain dunia lakonan, kerjaya peragaan yang kini menjadi keutamaannya antara fokus yang tidak mampu dipinggirkan. Begitupun, jika ditakdirkan suatu hari nanti suami memintanya berkorban, kedua-dua bidang yang dicintai itu akan ditinggalkan. Biar kedengaran agak klise, jawapan Nasha itu sudah mampu merungkai rasa hatinya yang sememangnya sedang asyik menganyam cinta, cuma barangkali masih menjaga adat di mana sewajarnya hanya pihak lelaki membuka bicara mengenai perkahwinan, persoalan tarikh hari bahagia dibiar tanpa noktah. Berbicara mengenai pemergian mengerjakan umrah bersama Nur Iman yang sepatutnya pada Mei lalu, tanpa berselindung katanya ia terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara. Perancangan ke arah itu bagaimanapun tetap akan diteruskan pada masa depan. "Memang saya agak terkilan, cuma syukur sebab sebelum ini saya pernah mengerjakan umrah, jadi tidak terasa sangat apabila terpaksa ditunda. Apa pun dalam soal ibadat, saya tidak akan memaksa orang sebaliknya terpulang kepada mereka untuk pergi dengan rela hati," katanya lagi dengan penuh makna. |
Posted: 20 Oct 2010 04:11 PM PDT Hip BARISAN pelakon Cuti-Cuti Cinta bersama pengarahnya, Ahmad Idham (tiga dari kanan) dan penerbit, David Teo (kiri). Perkara ini juga memeningkan kepala pengarah Ahmad Idham apabila dia dikehendaki mencari pasangan baru buat Farid untuk filem komedi romantik terbarunya, Cuti-Cuti Cinta. Baginya, pasangan Farid itu biarlah seseorang yang serasi supaya hasilnya nanti memuaskan hati. Namun, apabila David menyarankan nama Nora Danish, hatinya mula resah. "Memang nama Nora Danish ada dalam senarai artis yang dicadangkan untuk memegang watak Eeva Elyana, tetapi saya sedikit skeptikal kerana status janda yang dipegang Nora. Saya tak pertikaikan soal lakonan Nora kerana dia pernah bekerja dengan saya sebelum ini. Cuma saya bimbang aspek pemasaran filem ini, apabila lelaki bujang seperti Farid digandingkan dengan janda. "Namun David berkali-kali meyakinkan saya gandingan janggal seperti inilah yang mampu menarik penonton. Malah saya juga dimarahi David hanya kerana takut untuk mengambil Nora berlakon dalam filem ini. Bagaimanapun, selepas melihat hasilnya, saya amat berpuas hati dan kelainan yang saya cari itu ada dalam gandingan mereka berdua," kata Idham ketika ditemui pada majlis pratonton filem berkenaan di Mutiara Damansara, baru-baru ini.Mengulas apakah Nora mampu membawakan watak Eeva dengan baik, Idham mengakui watak anak orang kaya yang dimanjakan memang sesuai dengan pelakon terbabit. "Watak Nora dalam filem ini memang kita ubah sedikit menjadi kekampungan untuk disesuaikan dengan skrip. Kami sengaja berbuat begitu untuk menunjukkan pertembungan pemikiran antara watak Eeva dan Omar Rudy lakonan Farid. Dari situlah terbitnya perasaan cinta antara mereka. "Cuma dalam skrip saya tidak menyebut perkataan cinta dan mahu penonton menterjemahkan rasa cinta antara mereka menerusi gerak tubuh masing-masing," ujar Idham.
Mengenai cabaran dihadapinya dalam menghasilkan filem ini, Idham berkata, memandangkan kebanyakan babak dibuat di kawasan laut, maka mereka tidak boleh lari daripada masalah mabuk laut, membabitkan kru dan pelakon. "Walaupun berhadapan dengan cabaran itu, saya tetap paparkan keindahan semula jadi Morib dalam filem ini. Memang menjadi tabiat saya untuk memaparkan kecantikan alam semula jadi dalam karya saya," kata Idham yang turut mengetengahkan keindahan hutan paya bakau di dalam filem terbarunya itu. Sementara itu, mengulas pemilihan kesemua anggota kumpulan The Fabulous Cats (TFC) sebagai pelakon dalam filem ini, Idham mempunyai jawapan tersendiri. "Memang menjadi hasrat saya untuk mengundang kesemua anggota kumpulan TFC berlakon dalam filem saya. Kebetulan, filem ini mengambil latar sebuah hotel, jadi memang sesuai sangat jika mereka semua digandingkan bersama dengan memegang watak sebagai pekerjanya. "Memandangkan mereka juga sudah lama tak mempunyai album baru, jadi saya mengambil kesempatan itu dengan merakamkan klip video khas lagu nyanyian mereka yang berjudul Muncul Kamu," katanya. Memang pilih pasangan JIKA Ahmad Idham terpaksa berhati-hati untuk mencari pasangan sesuai buat Farid, si empunya diri juga apa kurangnya. Malah, dengan beraninya dia mengatakan yang dia memang berkira dari segi pemilihan pelakon wanita yang layak untuk digandingkan dengannya. Pun begitu, jangan silap faham Apabila Farid berkata sedemikian. Ia bukanlah bermakna dia mahu mencari aktres yang cantik dan popular semata-mata. Sebaliknya, kata jejaka tinggi lampai ini, dia mencari pelakon wanita yang benar-benar serasi supaya hasil lakonan mereka nanti dapat memuaskan hati semua pihak. "Memang saya sedikit memilih apabila memperkatakan soal pasangan saya dalam sesebuah filem. Paling saya utamakan ialah keserasian kerana dari situ kita boleh lahirkan lakonan yang berkesan. Saya pernah menolak tawaran untuk digandingkan dengan dua pelakon wanita kerana saya dapati tiada keserasian antara kami," kata Farid meluahkan pendirian. Mengenai Nora yang pertama kali digandingkan dengannya, Farid berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon kecil molek itu dan menyifatkan Nora sebagai pelakon yang baik. "Saya memang sudah lama mengenali Nora dan kami saling 'memberi'. Itulah yang membuatkan kami nampak serasi dalam filem ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |