Harian Metro: Rap |
Posted: 20 Oct 2010 07:06 AM PDT PERASAAN terkilan tidak mampu disembunyikan bintang muda Diana Danielle, 19, apabila namanya langsung tiada dalam senarai Top 5 Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang bermula semalam dan berkemuncak pada Ahad ini. Bagi anak tunggal yang dibesarkan ibunya, Norsiah ini, filem terbarunya, Magika dirasakan peluang terbaik untuk menerima pencalonan di majlis mengiktiraf hasil kerja karyawan seni tanah air selepas mula mendapat perhatian melalui filem Evolusi KL Drift.
Norman sendiri mengakui terkilan apabila nama Diana Danielle tidak berada dalam Top 5 Pelakon Harapan Wanita Terbaik kerana lakonannya sungguh berkesan selain mempunyai peranan besar dalam Magika. "Mungkin terkilan bukan perkataan sesuai untuk menggambarkan perasaan saya. Sebenarnya, saya harap dapat sama-sama memeriahkan FFM kali ini dengan pencalonan untuk Pelakon Harapan Wanita Terbaik. "Saya rasa Magika peluang cerah untuk dicalonkan. Selepas membintangi beberapa filem, saya belum pernah dicalonkan dan berharap dicalonkan kali ini. "Bagaimanapun, apa boleh buat kerana nama saya tidak sangkut satu pun pencalonan. "Apapun, saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang saya terima selama ini. "Malah, saya bersyukur sangat diberi peluang menjayakan Magika kerana ia membuka banyak rezeki saya dalam lakonan selepas itu. Antaranya ... Dalam Botol dan baru saja selesai menjayakan filem Hanyut arahan pengarah terkenal, U-Wei Shaari. "Saya juga menimba pengalaman baru bekerja dengan Edry. Walaupun ini karya pertamanya, kesungguhan Edry di lokasi cukup baik dan saya bangga dengan keberaniannya bereksperimentasi di layar perak," katanya.
"Sudah tentu setiap pelakon mengimpikan kejayaan atas usaha mereka dalam lakonan kerana ia dianggap sebagai kayu pengukur atas apa yang dilakukan. "Kalau pencapaian pelajar diukur dengan keputusan peperiksaan, pelakon pula melalui pengiktirafan ini. "Apapun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperbaiki lakonan pada masa akan datang. Malah, saya akui banyak yang perlu diperbaiki lagi setiap kali menonton Magika.
Diana akan berganding dengan pasangannya dalam Magika, Mawi menyampaikan lagu dari filem itu, Penyembuh Rindu secara duet dan turut dipilih Rafflesia The Pearl Centre untuk menggayakan perhiasan mutiara ketika menjayakan FFM23 nanti. Selain Diana dan Mawi, Magika turut dibintangi Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, Aznil Nawawi, Raja Azura, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil Raja Lawak, Ruminah Sidek, Norman Hakim, Zaibo dan Marsha.
Sebelum ini, Diana bercinta dengan pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof dan kini dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dan juga pengarah muda, Farid Kamil.
Katanya, cerita itu hanya gosip semata-amat kerana tidak mungkin dia akan berkahwin dalam waktu terdekat ini.
>PROFIL |
Posted: 20 Oct 2010 07:04 AM PDT KEHANGATAN Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) sudah terasa khususnya di kalangan penggiat seni yang bertanding. Beberapa acara sudah dijalankan bagi memeriahkan majlis berpestij itu yang bertujuan mengiktiraf hasil kerja anak seni dalam bidang perfileman. Tidak ketinggalan mengisi slot FFM23 kali ini adalah Festival Filem Dokumentari Malaysia kedua (FDM2) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Dalam usaha memperkasakan bidang dokumentari tempatan berlandaskan Dasar Perfileman Negara 2005, FDM2 telah berlangsung di Studio Sound Stage, Finas, malam minggu lalu.
Sebanyak 17 penyertaan dokumentari (Kategori Kesenian/ Kebudayaan), 17 (Isu Semasa/Kemasyarakatan), 30 (Ilmiah/Sejarah) serta 16 (Alam Semulajadi/ Pelancongan) dari stesen TV, syarikat produksi, IPTA dan IPTS mahupun badan penyiar layak mengambil bahagian. Selain mempertandingkan 4 kategori utama, FDM2 turut menyediakan hadiah bagi Skrip Terbaik, Jurukamera Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik Keseluruhan dan Skor Muzik Terbaik Keseluruhan. Satu Anugerah Khas Juri turut disediakan.
Pada malam itu, persaingan hebat diperlihatkan antara dokumentari terbitan Astro Entertainment dan Finas yang bekerjasama dengan beberapa produksi yang menyaksikan mereka mendominasi beberapa kategori dipertandingkan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |