Adsense

Khamis, 21 Oktober 2010

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Wartawan Geleng Kepala Tonton "2 Alam"

Posted: 21 Oct 2010 07:23 PM PDT

Salam Buat Semua, Nampaknya, Impian Penerbit Filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din Untuk Mendapat Pecah Punggung Panggung Dengan Kutipan RM40 Juta Tidak Akan Menjadi Kenyataan Apabila Kebanyakan Wakil Media Yang Menonton Tayangan Perdana Sempena Festival Filem Malaysia Ke 23 (FFM23) Di e@Curve, Damansara, Pada Malam Rabu Lalu Rata-rata Memberikan Komen Dan Kritikan Yang Agak "Pedas".. Read More...!!!


Kebanyakan Wakil Media Yang Hadir Pada pro-tonton Itu Mengatakan Bahawa Filem Ini Tidak Sesuai Bagi Tontonan Umum Kerana Adengan Lucah Yang Melampau.. Sila Klik "Buka" Untuk Membaca komen Wakil Media Di Harian Metro Hari Ini..

Spoiler:

Wartawan Geleng Kepala Tonton "2 Alam"


PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.


Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.

Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?

Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.

Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.

"Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan," katanya.

Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam "fantasinya".

"Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran," katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.

Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.

"Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. "Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau," katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.

Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

"Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini," katanya.

Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam menjadi filem murahan.

Dalam masa yang sama gandingan pelakon baru Royadi Madada dan Suhaillah Salam gagal memperlihatkan filem tersebut berkualiti.

Lebih ketara katanya, adegan seks murahan telah menyimpang dari konsep filem yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi lebih insaf.

"Filem ini seolah-olah mengaburi mata masyarakat dengan menampilkan adegan dan teknik "flash back" mengenai seks yang keterlaluan," katanya.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.

mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.

2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.

Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.

"Wanita" berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

Perutusan Tarikh Tayangan FILEM 2 <-- Pertama Di Asia Kot Buat Macam Ni..


Jadi, Kepada Datuk Dr. Che Rozmey Che Din, Jangan Mudah Kecewa.. Ini Semua Asam Garam Dalam Dunia Seni.. Mungkin Di Masa Yang Mendatang Datuk Dapat Menghasilkan Filem Yang Lebih Berkualiti Dan Berjaya Memecah Punggung Panggung.. Inshaallah...

TRAILER FILEM 2 ALAM


P/s:Aku Baru Bercadang Nak Membawa Anak-anak Dan Isteri-isteri Menonton Filem Ni.. Tapi, Dah Banyak Sangan Adengan Lucahnya, Terpaksa La Aku Pergi Sendirian... Muahaha...

p/p/s:Pendapat Korang Tentang Filem Dua Alam Ini ??

LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Inikah Yang Di Namakan Islamic Fashion Festival ?

Posted: 21 Oct 2010 06:51 PM PDT

Salam Buat Semua, Bila Di Sebut "Islamic Fashion Festival", Mesti Ramai Di Antara Kita Akan Terbayang Fesyen Yang Menutupi Aurat Dan DiGayakan Oleh Kaum Adam Dan Hawa.. Tapi, Lain Pula Jadinya Kali Ini.. Islamic Fashion Festival Kini Telah Menjadi Satu Isu Besar Apabila Rata-rata Model Wanita Yang Mengayakan Pakaian Di Festival Ini Tidak Menutup Aurat, Malah Ada Yang Lebih Seksi Daripada Orang Kafir... Apa Kes Ni ??? Read More..!!!


Turut DiBangkitkan, Isu Salah Seorang Model Yang Seksi Mengenakan Pakaian Yang Tertera Tulisan "Muhammad" Dalam Arab Secara Terbalik.. Astagfirullah Al Azim.. Apa Nak Jadi Nih...??? Kat bawah Ni Aku Sertakan Beberapa Keping Gambar Di Majlis "Islamic Fashion Festival" Baru2 Ini... Islamic La Sangat...











Petikan Akbar Hari Ini... Sila Klik "Buka"
Spoiler:

Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disaran mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Pesta Fesyen Islam atau Islamic Fashion Festival (IFF), lapor Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada seorang daripada peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Katanya, walaupun dilabelkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" soal Lo' Lo'.

Dunia Di Akhir Zaman.. Si Tua Yang Tak Sedar Diri...




P.s: Tahun Lepas Punya Festival Ok Je...!!!
P.p.s: Apa Pendapat Anda Tentang Islamic Fashion Festival Ini ??



Islamic Fashion Festival,gambar Islamic Fashion Festival, Isu Semasa, penganjur Islamic Fashion Festival,video Islamic Fashion Festival,siapakah penganjur Islamic Fashion Festival
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.