Adsense

Jumaat, 29 Jun 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Osman Kering Meninggal Dunia

Posted: 29 Jun 2012 01:38 AM PDT


TERKINI : Osman Kering Sah Meninggal Dunia 

Pada 12 Jun lalu, berita palsu tentang kematian Osman Kering telah kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter. Ramai sekali rakan-rakan di Twitter dan Facebook telah mengemas kini status mereka dengan berita kehilangan pelawak ini .

Namun, pada hari ini tanggal 29 Jun 2012, berita ini betul-betul telah berlaku. Setiap berita perlu ada sumber yang betul dan sah. Dan  bersumberkan dengan Zed Zaidi yang telah menerima khabar menyedihkan ini dari isteri Osman Kering sendiri pada jam 4 petang tadi. Arwah didapati meninggal dunia lebih kurang 3.45 petang tadi. Jenazah di HUKM dan akan dibawa ke Masjid Najihin Cheras untuk disembahyangkan.
Al-Fatihah buat Allahyarham Osman Kering. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin.

Sumber : Twitter Zed Zaidi



- ---

Irma Hasmie Selamat Bernikah

Posted: 29 Jun 2012 12:40 AM PDT


Irma Hasmie Bernikah Pada Hari Ini. Pada hari ini, Jumaat, jam 3 petang, pelakon terkenal Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Bt Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinannya dengan Redza Syah Azmeer Bin Dato' Dr Hj Mohd Radzuan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Irma Hasmie juga turut menerima ucapan dari selebriti yang dihangat di Twitter:
Wardina: Selamat mnjdi isteri @IRMA_HASMIE :) I'm so happy 4 her. How Allah blesses you when you choose Allah's way. U can never go wrong InsyaAllah.
Heliza Helmi bersama Amin Idris selaku pengacara pada petang ini.


- ---

Celebrity News

Celebrity News


Euro 2012 : Keputusan Germany Vs Italy Euro 2012 | Italy Mara Ke Final Euro 2012

Posted: 28 Jun 2012 06:11 PM PDT

Keputusan Perlawanan Jerman vs Itali Euro 2012 | Separuh Akhir


SEPARUH AKHIR 2 | SF2
29 Jun 2012 | 2.45 pagi | Stadion Narodowy, Warsaw | TV3 dan Live Astro 801, 825, 845
Winner QF2 vs Winner QF4
JERMAN [1] vs [2] ITALI

Perlawanan menarik yang diberikan kedua-dua pasukan dalam tempoh 90 minit permainan akhirnya Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.
Dalam pertemuan yang mendebarkan, Itali mendahului Jerman 2-0 sebelum lawannya itu menjaringkan gol tunggal pada minit-minit terakhir pertemuan.
Kedua-dua gol Itali dijaringkan oleh Mario Balotelli pada minit ke-20 dan 36. Dua jaringan ini amat mengejutkan peminat-peminat Jerman dengan beberapa penonton di Stadium Warsaw menitiskan air mata.
Jerman dan Itali bekerja keras untuk mengisi satu slot ke final Euro 2012 di Stadium Warsaw.
Jerman selaku pilihan kedua Euro 2012 bukan sahaja turun untuk mengulangi sejarah mara ke final empat tahun lalu, sebaliknya mahu menamatkan badi kekalahan ke atas Itali.
Manakala Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 1968.
Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif dimana tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.
Statistik permainan:
- Kedudukan gol: Jerman (1) - Itali (2)
- Penguasaan bola Jerman (53%); Itali (47%)
- Sasaran ke gawang: 17(Jerman); 11 (Itali)
- Sepakan penjuru: 14 (Jerman); (0) Itali
Barisan pemain Jerman
1 Manuel Neuer
20 Jerome Boateng
14 Holger Badstuber
5 Mats Hummels
16 Philipp Lams
7 Bastian Schweinsteiger
6 Sami Khedira
21 Marco Reus
8 Mesut Ozil
10 Luka Podolski
23 Mario Gomez
Barisan pemain Itali
1 Gianluigi Buffon
7 Ignazio Abate
15 Andrea Barzagli
19 Leornando Bonucci
6 Federico Balzaretti
16 Daniele De Rossi
21 Andrea Pirlo
8 Claudio Marchisio
18 Riccardo Montolivo
9 Mario Balotelli
10 Antonio CassanoJika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Usah ganggu mereka

Posted: 28 Jun 2012 03:34 PM PDT

Hip

AHLI perniagaan, Zaleha Mohd Khalid, 47, yang sebelum ini mengaku teman rapat Jalani Sidek, 49, tidak mahu dirinya dikaitkan dengan perceraian jaguh badminton negara itu dengan bekas isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53.

"Kenapa pula soalan itu (apakah dia orang ketiga yang dikatakan punca perceraian) harus dituju kepada saya, sedangkan saya tidak bersangkut paut dalam hal perceraian mereka? Sebelum ini pun, sudah mereka (Jalani dan Raja Azmi) sahkan perceraiannya bukan kerana orang ketiga.

"Memang saya akui sebelum ini hubungan saya sekeluarga bersama keluarga mereka sangat baik seperti sebuah keluarga, namun isu perceraian ini jangan dikaitkan dengan saya," katanya kepada HIP. Nama Zaleha dan persahabatannya dengan Jalani mula diperkatakan sejak akhir tahun lalu berikutan tersiarnya laporan dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 4 Disember yang mendedahkan hubungan mereka. Namun, Zaleha menafikan laporan itu, sebaliknya menyifatkan hubungan bersama Jalani sekadar teman rapat dan majikan.

Dia juga menafikan mengeluarkan perkataan 'cinta' berkaitan hubungannya dengan Jalani seperti yang didedahkan dalam artikel berkenaan.

Kelmarin, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur, Jalani dalam nada sebak menjatuhkan talak satu ke atas Raja Azmi yang dinikahinya 28 tahun lalu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Selepas prosiding itu, Jalani dilaporkan menafikan perceraiannya berpunca orang ketiga, sebaliknya dibuat atas persetujuan bersama serta bukan atas paksaan manamana pihak.
Zaleha yang ditemui selepas menyerahkan sumbangan peribadi bernilai RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Kemboja di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Kuala Lumpur, semalam, tenang mengulas isu itu.

"Isu ini bukan seperti penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM), yang boleh menentukan siapa yang menang atau kalah. Soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Allah dan kita tidak dapat lari daripadanya," katanya.

Zaleha berkata, dia menghormati keputusan Jalani.

"Siapa yang mahu melihat keruntuhan rumah tangga sendiri yang sudah dibina berpuluh tahun, begitu juga dengan saya.

Saya harap mereka buanglah yang keruh dan ambillah biarpun sedikit kebaikan untuk hari tua kita," katanya.

Zaleha berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai fitnah yang didakwa Raja Azmi hingga menyebabkan Jalani dituduh dayus dan hubungan pasangan itu menjadi dingin sejak beberapa tahun lalu.

"Saya jelaskan bahawa perkenalan kami baru setahun lebih dan isu fitnah sudah berlaku sebelum itu lagi. Saya juga tidak Memey hamil, teruja jadi ibu tahu cerita sebenar dan tidak pernah mengambil tahu, kebetulan ketika isu itu saya berada di luar negara," katanya.

Zaleha berkata, dia mendoakan segala yang terbaik untuk Jalani dan Raja Azmi termasuk anakanak mereka yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Jangan kita ganggu lagi hidup mereka, berilah ruang dan masa untuk mereka menempuh kehidupan baru yang lebih bahagia.

"Saya faham banyak hati yang harus kita jaga dan jangan sesekali kita mengaibkan orang lain jika kita tidak mahu diaibkan oleh pihak lain," katanya.


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Osman Kering Sah Meninggal Dunia

Posted: 29 Jun 2012 01:54 AM PDT

Osman Kering meninggal dunia
Sebentar tadi, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah mengesahkan yang pelawak Osman Kering telah pun meninggalkan kita semua buat selama-lamanya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebentar tadi.. Berita sedih ini telah disampaikan sendiri oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi melalui satu panggilan Talefon..

Osman Kering sebelum ini dikatakan mengalami komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat sehingga menyebabkan beliau tidak sedarkan diri sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 3.45 petang tadi

jenazah Allahyarham Osman Kering masih berada di hospital dan akan dibawa ke Masjid Najihin, Cheras untuk urusan pengebumian selepas ini.

Salam Takziah dari MyGosip kepada ahli keluarga Osman Kering, Mari la kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Osman Kering semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.

tweet mengenai osman kering meninggal dunia

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Posted: 29 Jun 2012 01:21 AM PDT

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie
Tahniah MyGosip ucapkan buat Irma Hasmie kerana telah selamat diijabkabulkan dengan Redza Syah Azmeer sebentar tadi kira-kira jam 3.40 petang selepas selesainya solat jumaat.. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Irma Hasmie telah sah menjadi isteri kepada Redza.. Majlis pernikahan yang serba ringkas tetapi meriah itu telah diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya.

Kedua-dua mempelai ini telah dinikahkan oleh bapak Irma sendiri dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai.. Majlis pernikahan Irma Hasmie ini telah di meriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan sanak-saudara yang terdekat…

Tahniah sekali lagi buat Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer.. semoga perkahwinan mereka berdua akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar di sekitar Majlis pernikahan Irma Hasmie kat bawah ni…

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Gambar Di Majlis pernikahan Irma Hasmie

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Anak muda membawa revolusi

Posted:

Anak muda membawa revolusi

MEMBAWA tema revolusi, grup naungan Luncai Emas Sdn. Bhd. ini menganggap predikat revolusi itu bergantung juga dengan mentaliti dan usaha.


LIMA anak muda mengusung suara hati, disatukan dalam satu nama, satu pelayaran berbenderakan nama Pita Hati. Asalnya nama tadi berjudul H.A.T.I, terdahulu dianggotai dengan dua panji iaitu Ilham dan Yasin yang kemudian dikembangkan menjadi lima kepala.

Bila anak muda bersuara baik dalam kata biasa atau berlagu, mereka berhasrat menyampaikan sesuatu. Nah, Ilham bersatu dengan Yasin yang kemudian disertai Masrin, Zahar dan Dayat membawa satu kebangkitan bernama revolusi.

Revolusinya tadi diangkat kemudian menjadi tema kepada perjuangan pita rakaman hati mereka. Predikat revolusi itu sendiri umumnya mensyaratkan hadirnya pemimpin karismatik yang berperanan sebagai sebuah 'parti pelopor' (avant garde) dengan adanya sebuah elemen ideologi. Mereka hadir untuk itu, satu misi dalam turun naik nafas mereka bermuzik untuk diri, juga untuk khalayak.

Gabung rasa dan jiwa

Masuk ke dalam susur masa awal grup yang bernaung di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd. ini, grup tersebut ditubuhkan pada tahun 2000.

Resam sebuah grup, keluar dan masuk itu menjadi lumrah. Cekal Ilham dan Yasin masih bersimpuh erat apabila ditinggalkan dua rakan asal H.A.T.I. Pertemuan dengan Masrin melalui perbualan ringkas di laman sosial Facebook telah membawa kepada sebuah antropologi yang bermakna.

Masrin kemudian mengundang Zahar sebagai pemain gitar untuk bersatu dalam Pita Hati. Jodoh dan pertemuan seakan-akan diatur, Hidayat yang baru habis berkuliah di Perth, Australia kemudian pulang ke tanah air membawa kepada sebuah nafas baharu buat grup ini.

Lengkap menjadi satu dalam lima posisi santun, Pita Hati mempersiapkan peluru berupa karya untuk ditembakkan kepada pendengaran khalayak. Mohd Ilham, 26, yang bertindak sebagai vokalis bersatu dengan dua orang adiknya, Yasin, 24 (pemain dram) dan Hidayat, 20 (gitar). Masrin, 26 yang bermain gitar bass dan Zahar, 31, gitar menjadi pelengkap kepada antusias grup ini untuk mendepankan sesuatu.

Buat Pita Hati, pertemuan ini telah mencerna kepada satu gerakan revolusi avant-garde rock nusantara eksperimental yang halus.

PITA HATI muncul dengan sebuah EP (extra play) yang mengandungi empat buah lagu dan sebuah instrumental.


Muzik avant-garde mereka dipengaruhi oleh karya-karya tempatan dan luar negara. Pelayaran, muzik dan kecekalan Search, Butterfingers, OAG, Radiohead dan Pink Floyd adalah pengaruh mereka.

"Proses kreatif bermula dengan sesi jamming kemudian dikembangkan menjadi sebuah karya. Ia kemudian membawa kepada pecahan lirik," ujar Ilham sang vokalis.

"Masuk ke dalam tema dan idea pula, kami mula dengan bincangkan topik. Kami rasakan tema revolusi itu tepat dengan apa yang ingin kami bawakan. Dalam EP (extra Play) Bintang Biru Kristal Salju ada sebuah lagu bertajuk Revolusioner Jilid 1 yang berdurasi 16 minit," ujar Masrin.

Dua bulan mereka bersatu jiwa dan rasa menyiapkan EP yang bertajuk Bintang Biru Kristal Salju. EP yang mengandungi empat buah lagu berserta sebuah instrumental ini dilancarkan pada 30 April lalu di Galeri Annexe, Pasar Seni dan disatukan dengan sebuah showcase yang mendapat respons baik daripada ramai kenalan dan peminat.

Tampil unik sepanjang showcase tersebut, acara dengan tema Ekspresi Revolusi Seni Dalam Ruang Hati tersebut menggabungkan persembahan muzik eksperimental rock, seni visual dan monoloq oleh Khairil Ridzuan. Khalayak yang hadir baik daripada haluan yang sama atau berbeza merasai apa yang mereka cuba sampaikan.

Mengangkat Bintang Biru Kristal Salju sebagai lagu perdana mereka, lagu ini sudah muncul dalam carta Muzik-muzik dan kini dimainkan di radio-radio tempatan dan Singapura.

Moden dan vintaj

Ditanyakan anak-anak muda ini tentang pandangan revolusi itu sendiri dalam hidup bermuzik kini, Masrin menjawab dengan tenang.

"Kami lihat revolusi itu datang dengan media. Dulu perjalanannya lebih konservatif tetapi kini kita diberikan kemudahan internet yang mana karya boleh terus sampai kepada pendengar mahupun penonton."

"Revolusi itu juga bergantung kepada mentaliti juga usaha. Ini adalah sebuah permulaan malah percubaan buat Pita Hati. Seperti mana-mana pergerakan secara umum, akan sampai masa dan inilah masa untuk kami bertanggungjawab atas karya dan pergerakan itu. Muzik adalah medium untuk sebuah penyampaian."

Sangat meminati muzik dan tidak bersikap prejudis terhadap mana-mana genre, mereka meletakkan isi pita hati sebagai sebuah eksperimen.

"Perubahan pembawa kepada pembaharuan dan kemajuan. Eksperimen yang dimaksudkan di sini adalah kami masukkan juga elemen-elemen tradisi ke dalam lagu-lagu Pita Hati," ujar Masrin.

"Ada yang tidak faham dengan perjuangan atau lagu kami. Sejujurnya, semua orang mahukan benda baharu dan semula jadi," tambah Ilham tentang respons khalayak terhadap lagu-lagu mereka.

Masuk ke dalam bab lirik yang merupakan elemen penyampaian paling mudah dicerna dalam sesebuah karya, Pita Hati mengaku tidak mempolitikkan suasana walau bertunjangkan tema revolusi.

"Sebenarnya kami bawakan pelbagai isu dalam lirik Pita Hati. Ia kemudian berbalik kepada tafsiran individu. Kami bercerita tentang pelbagai hal. Mungkin ada yang nampak ke arah politik, tetapi ia sebenarnya menjurus kepada perubahan," terang Ilham lagi tentang kreaviti mereka dalam menghasilkan lirik anak muda.

Gaya penulisan lirik grup ini cenderung kepada karya-karya Iwan Fals, Loloq, Pramoedya A. Toer dan A. Samad Said. Ditilik kepada gaya penulisan dan karya lagu Pita Hati, boleh diumpamakan sebagai satu pertembungan muzik moden dan vintaj dengan sentuhan elemen elektronik, psykadelia, drum dan bass, folk dan tradisi nusantara.

Muncul sebuah lagi grup anak muda dengan visi dan jalan konservatif dalam membentuk grup dan jalur pengalaman mereka. Yang dihadiahkan kepada khalayak bukan sahaja karya-karya mereka, tetapi ideologi dan pendekatan dengan nama revolusi.



Sifat revolusi itu sendiri berhubung kait dengan masa. Ukuran kecepatan suatu perubahan sebenarnya relatif kerana revolusi itu memakan waktu. Seperti kata Pita Hati itu sendiri, semuanya berhubung kait dengan mentaliti dan semoga keterbukaan khalayak berhadapan dengan perkara baharu tidak menjadikan revolusi Pita Hati itu berdepan dengan waktu yang panjang.

'Potong pendek bukan botak' - Ras

Posted:

'Potong pendek bukan botak' - Ras

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


RAS ADIBA RADZI mendakwa dia hanya memotong pendek rambutnya, bukan botak. Justeru, dia melihat ia tidak harus menjadi satu isu besar.


RAS ADIBA RADZI penyampai berita di saluran ntv7 tiba-tiba menjadi bualan baru-baru ini kerana tindakan menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional.

Melalui laporan beberapa akhbar tempatan sebelum ini, ekoran tindakan Ras Adiba membotakkan rambut, dia tidak dibenarkan keluar televisyen sebagai pembaca berita ntv7 seperti biasa.

Namun, kenyataan daripada pihak Media Prima Berhad menjelaskan pembaca berita itu tidak pernah digantung dari tugasnya dan sokongan penuh diberikan berhubung penampilan terbaharunya untuk kempen amal yang disokongnya.

Kosmo! mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ras Adiba sendiri berhubung isu tersebut.

Kosmo!: Ras Adiba, baru-baru ini muncul dakwaan bahawa anda tidak dibenarkan bersiaran di kaca televisyen akibat tindakan membotakkan rambut. Sudi sekiranya mengulas isu itu?

Ras Adiba: Buat masa sekarang saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung status saya kerana kami masih dalam peringkat perbincangan bersama pihak atasan ntv7. Selepas semua perbincangan selesai, baru kami boleh memberikan kenyataan berhubung isu yang dimaksudkan.

Anda sedar bahawa wanita tidak dibenarkan membotakkan kepala melainkan kerana berpenyakit?

Ingin saya tegaskan, saya tidak membotakkan kepala, tetapi hanya memotong pendek rambut saya. Jika botak, ia akan botak licin. Saya hanya memotong pendek rambut saya untuk tujuan amal.

Sekiranya anda digantung daripada tugas adakah anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan?

Saya tiada masalah. Misal kata tidak dibenarkan membaca berita lagi saya akan mencuba alternatif lain mencari rezeki. Hidup perlu diteruskan seperti biasa. Buat masa sekarang tiada sebarang perancangan pun.

Anda tidak khuatir keadaan terkini anda akan memberikan kesan jangka panjang?

Pihak ntv7 telah memberikan kenyataan sebelum ini dan akan membuat keputusan tidak lama lagi. Saya sudah lama bersama syarikat tersebut dan sudah macam keluarga. Saya menghormati apa jua keputusan selepas ini dan tidak perlu mengeruhkan keadaan. Tindakan saya memotong rambut pendek bukan isu besar.

Mungkin anda sudi ceritakan sedikit sebanyak kenapa perlu anda memotong rambut pendek memandangkan anda memang perlu sentiasa keluar televisyen?

Ini pilihan saya sendiri dan bukan satu pengorbanan. Demi membantu masyarakat, cara ini yang mampu saya lakukan. Saya hormati komen-komen daripada orang ramai berhubung tindakan saya.

Sejak bila anda terlibat secara serius dengan kempen Majlis Kanser Nasional (MAKNA)?

Sebelum ini saya menyokong kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser secara peribadi, hanya melawat mereka di hospital dan menghulurkan sumbangan sekadar termampu. Tapi kali ini tindakan saya serius dan besar-besaran. Saya tidak mampu membelikan ubat-ubatan jadi apa salahnya menyokong kempen ini dengan cara saya sendiri.

Bagaimana sumbangan anda melalui kempen pada kali ini?

Saya bertindak untuk mewujudkan kesedaran orang awam mengenai kanser dan kesannya kepada kanak-kanak serta orang ramai yang tidak menjangka potensi menghidap kanser. Selain itu kempen Jom Botak MAKNA bertujuan mengumpulkan dana membantu kanak-kanak yang menghidap kanser walau dalam bentuk yang kecil.

Kylie Minogue kutuk Madonna

Posted:

Kylie Minogue kutuk Madonna

KYLIE MINOGUE


SEJAK lebih sebulan lalu, nama Madonna kembali menjadi hangat kerana aksi-aksi kontroversi termasuk membuka coli dan seluar sewaktu membuat persembahan dalam siri jelajah konsertnya di Istanbul.

Ramai yang mencemuh dan mengkritik tindakan bintang terkenal itu, antaranya penyanyi Kylie Minogue.

Penyanyi yang juga aktres itu mengaku sangat bingung dengan selera busana Queen of Pop tersebut.

"Apa yang cuba dibuktikannya? Adakah tindakan itu telah lama direncana dan dilaksanakan pada waktu itu? Siapa yang tahu bukan? Saya rasa ramai yang bingung dengan tindakan dia," ujar Minoque.

Minogue kemudian mengkritik busana ala penari sorak yang dipakai oleh penyanyi berusia 53 tahun itu.

Ujarnya: "Pakaian penari sorak yang dia pakai membuat dia kelihatan seperti remaja yang tidak lulus sekolah sebanyak 48 kali."

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Noraniza sanggup berkorban

Posted: 28 Jun 2012 06:23 AM PDT

MENJUNJUNG tinggi irama tradisi, seni bangsa yang dicintai, penyanyi Noraniza Idris, 44, sanggup menangguhkan pembikinan album terbarunya, Primadona.

Keputusan murni diambil sekali gus mengenepikan kepentingan diri kerana bagi wanita terkenal jolokan Ratu Etnik itu, irama tradisi cerminan budaya, bangsa dan agama sesebuah negara.

"Pengorbanan ini walaupun lelah dan memerlukan bukan sedikit usaha, ia buat saya bahagia. Kalau ikutkan boleh sebenarnya jika saya mahu mendahulukan pembikinan album, tetapi saya memilih untuk menjalankan program Akademi Tatih Seni Malaysia (Akademi Latihan Kesenian Malaysia)," katanya.

Sebagai seorang pencinta irama tradisi dan seni budaya, wanita mesra disapa Ani itu mahu menerapkan kecintaan yang sama di hati masyarakat terutamanya golongan muda.


Ujar Ani, budaya merujuk secara meluasnya iaitu kebudayaan adalah aset penting sesebuah negara, namun ia seakan kurang dipelihara kepentingannya. Kewujudan budaya membezakan setiap negara dengan negara yang lain sekali gus melambangkan identiti masyarakat.


"Tanpa budaya serta individu yang menggerakkannya, maka hilanglah keistimewaan di bumi Malaysia ini. Kerana itu saya berkorban. Tidak berbaloi buat album, tetapi orang tidak mahu mendengar.

"Bukan tidak percaya dengan kemampuan diri, malah amat terharu kerana kerana sehingga hari ini masih ada kelompok peminat menyokong padu perjuangan saya. Cuma, bagaimanakah kita ingin menarik pendengar baru sedangkan irama tradisi atau etnik kreatif bagai dipinggirkan dalam siaran radio.

"Justeru itu, program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan sokongan jitu menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bergabung dengan syarikat saya, Noraniza Idris Venture Sdn Bhd, untuk menjalankan aktiviti kesenian.

"Program yang sedang giat kami jalankan ketika ini adalah program Mesra Belia 1Felda 1Program Malaysia yang berlangsung di Kemaman, Terengganu selama enam minggu. Membabitkan 60 belia dari Kemaman sebagai kumpulan perintis, insya-Allah ia bakal dilanjutkan ke seluruh negara.

"Ia mensasarkan kepada beberapa peringkat generasi sebagai satu inisiatif kempen kasih sayang dan kesedaran peringkat akar umbi berteraskan kesenian Malaysia," kata ibu tunggal kepada Mohd Alif Haikal, 21, dan Mohd Alfeq Haikal, 17, ini.

Modul yang terdapat di dalam program berkenaan, menurut Ani merangkumi sejarah kesenian, skil setiap kesenian dan ekonomi negara, motivasi tentang kerjaya seni dan pembangunannya.

Ditemani suami tercinta, Jeffri Hudi yang dikahwini pada tanggal 1 Oktober 2011, pada pertemuan Khamis lalu, penyanyi terkenal dengan lagu Dikir Puteri dan Awallah Dondang itu sempat melahirkan kebimbangannya terhadap nasib irama tradisi.

"Terkadang rasa sedih dan terasing dalam industri seni meskipun saya salah seorang daripada penggiatnya kerana lagu tradisional dan etnik tidak diketengahkan atau mendapat tempat di radio.

"Hendak salahkan pihak radio saja tidak adil, tetapi saya merasakan kerajaan perlu melakukan sesuatu. Cuma satu saja cara paling berkesan dan mampu merubah kebimbangan ini iaitu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Gesaan beliau sebagai pemimpin yang dihormati rakyat terhadap stesen radio misalnya mewujudkan kuota untuk siaran lagu tradisional pastinya akan membuka mata ramai pihak. Sebagai penyanyi dan pencinta irama tradisi saya hanya dapat membantu kerajaan menggerakkannya," katanya.

Beralih topik perbualan kepada pembikinan album pula, Ani kini dalam proses melamar penyanyi muda Shila Amzah sebagai pasangan duetnya.

Menetapkan konsep zapin fusion beberapa lagu lama dirakamkan antaranya Dekatlah Padaku dendangan asal Datuk Sharifah Aini, Kerana Kau (Sanisah Huri) dan Pengorbanan (Rafeah Buang).

Manakala pada 1 dan 2 Julai ini, bekas peserta Bintang RTM itu bakal menjayakan Ekstravaganza Dikir: Segalanya Dikir! di Istana Budaya yang turut menampilkan penyanyi tersohor, Ziana Zain, Awie (Wings) dan Jamal Abdillah.

Program bersempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2012 (FMKL) anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) tampil dengan kelainan pada kali ini dengan mengangkat empat pengisian yang berteraskan khazanah seni Malaysia.

"Saya teruja untuk menjayakan persembahan ini kerana persembahan kami nanti akan dimeriahkan dengan kehadiran 500 pendikir termasuk pemuzik yang berpadu menjadikan satu irama malam itu.

"Saya sendiri merasakan ia satu pengalaman yang baru dan yang lainnya turut merasakan hal yang sama. Sepatutnya persembahan seperti ini diperkenalkan sejak dulu. Terus saja pada pengisian persembahan, saya akan mendendangkan dua buah lagu iaitu Dikir Puteri dan Hala Timur.

"Berkenaan dengan album terbaru pula, saya kepingin bekerjasama dengan Shila dan sudah pun memaklumkan hasrat hati kepada bapa penyanyi itu, ND Lala. Shila adalah penyanyi muda berbakat dan menjadi harapan untuk terus mempopularkan irama tradisi kerana dia mempunyai kemampuan itu," katanya.


M Nasir masuk DFP

Posted: 28 Jun 2012 06:17 AM PDT

BAGAIMANA agaknya reaksi peminat melihat Datuk M Nasir menyanyi dengan iringan pemuzik orkestra profesional tanpa sebarang peralatan muzik elektrik?

Itu antara aura dinantikan apabila beliau menjayakan persembahan solo julung kali diiringi pemuzik memakai baju serba hitam ala klasikal yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC dalam M Nasir with Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) pada 13 dan 14 Julai ini bermula jam 8.30 malam.

Beliau akan menyampaikan 20 lagu terbaik yang melonjak dirinya sebagai legenda baik secara solo mahu pun menjulang nama ramai artis hingga dikenali ramai.

MPO akan dipimpin oleh konduktor muzik, Kevin Field.


Bercakap mengenai prospek persembahan itu kelak, artis dianggap 'sifu' ini berkata, lagu-lagu terbabit akan dipersembahkan secara medley dan disusun mengikut kesesuaian mengikut pemuzik.


"Ini pengalaman kali pertama berada di DFP membuat persembahan tanpa peralatan muzik elektrik. Saya akan membawa sama pemuzik sendiri bermain alat-alat muzik tradisional seperti rebana, rendang dan percussion. Bagi saya, fokus penting apabila berada dalam suasana DFP kerana lagu-lagu dibawa oleh pemuzik jenis 'sight reader', profesional dan membabitkan penggunaan instrumen yang banyak di lokasi yang memang direka khusus untuk persembahan tanpa alat elektrik.

"Ada juga rasa berdebar-debar kerana MPO sebuah kumpulan muzik besar dan masih tidak dapat membayangkan bagaimana bunyi lagu-lagu dinyanyikan diberi susunan berlainan untuk pelbagai instrumen. Apapun, saya rasa yakin mendapat tempo apabila beberapa sesi latihan diadakan bersama MPO dalam masa terdekat.

"Bagi saya, ini satu lagu penanda aras kerana pasti ada satu tahap lain yang lebih tinggi daripada pernah dibuat sekarang. Saya mahu mencapai sesuatu terhebat sebagai menandakan kehadiran saya selama 35 tahun dalam kerjaya seni.

"Perasaan teruja memang ada, perasaan berdebar-debar juga ada. Apa dapat saya perkatakan, mereka yang hadir akan ke sana melihat M Nasir seperti seorang yang baru dan tidak pernah dilihat di venue yang sering menampilkan persembahan untuk elitist," katanya dalam satu temuramah di pejabat Harian Metro, baru-baru ini.

Perjalanan karier seni M Nasir sejak pertengahan 70-an hingga sekarang, membawa beliau ke tahap sekarang. Bukan saja sebagai pelakon tetapi kemampuan beliau menulis lagu turut melonjak ramai artis hingga dikenali seperti Alleycats, Rahim Maarof, Search, Wings, Hattan, Misha Omar, Jamal Abdillah dan ramai lagi.

Malah, kolaborasi beliau bersama artis muda seperti Hafiz menerusi lagu Awan Nano membuktikan proses perubahan dilakukan berlainan era dilakukan beliau masih dapat diterima oleh peminat lama dan baru.

"Saya suka bekerjasama dengan artis baru. Saya suka perubahan disusuli dengan disiplin. Bagi saya, biarkan lagu-lagu lama disukai ramai berada di tahap zaman ia diminati kerana itulah zaman ia mencapai kemuncak. Ia tidak mampu diubah jika saya buat lagu baru untuk artis zaman itu pun.

"Masa berlalu dan saya suka mengikut keadaan. Seperti juga muzik klasikal, ia masih didengar hingga sekarang, cuma jika anda suka, anda boleh mendengarnya.

"Saya pernah membayar menonton muzik orkestra Mozart dan Beethoven kerana mereka berdua paling dikenali daripada kalangan komposer terbaik di zaman mereka era klasikal dan romantik," katanya.

Lagu-lagu beliau seperti Hingga Akhir Nanti (Alleycats), Fantasia Bulan Madu (Search), Sejati (Wings) serta beberapa lagu nyanyian solo beliau seperti Mustika, Mentera Semerah Padi, Juwita Cinta Terindah dan Tanya Sama Itu Hud Hud juga masih mendapat tempat di hati peminat hingga sekarang.

Ditanya beliau bagaimana dikatakan lagu yang bagus, M Nasir memberitahu: "Lagu bagus adalah lagu yang sedap. Cukup dengan mendengar melodi yang lainnya hanya sekadar mengiringi, jika ia sedap, ia sedap, tiada perkataan lain. Jika hendak dikhususkan, lagu dan vokal seimbang (balance) dalam serba-serbi tanpa ada yang lain menguasai satu satu sama lain atau terlebih sana-sini," katanya.


Khamis, 28 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Isu Pembedahan Plastik Artis Korea

Posted: 28 Jun 2012 11:12 PM PDT

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pembedahan plastik atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai plastic surgery, merupakan pembedahan yang dilakukan bagi membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa dengan melakukan pembedahan tisu, sama ada untuk tujuan rawatan serta memulihkan kecacatan bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menarik.

Pada umumnya dalam kaedah rawatan, pembedahan plastik dijalankan bagi memulihkan atau membaiki anggota badan atau rupa paras yang rosak akibat kemalangan ataupun akibat kecacatan yang hakiki. Namun begitu, dewasa ini ramai individu yang menjalankan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan.

Lazimnya pembedahan plastik untuk kaedah kosmetik sering dikaitkan dengan artis-artis Korea. Tetapi sejauh manakah kebenarannya?

Girls Generation merupakan salah satu artis berkumpulan wanita yang didakwa melakukan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik. Di sini terdapat beberapa artis wanita dari kumpulan Girls Generation yang melakukan pembedahan plastik dan anda sendiri dapat melihat wajah mereka sebelum dan selepas melakukan pembedahan kosmetik.

Tiffany

Jessica

Sunny

Hyo Yeon

Yoona

Kesemua artis-artis korea tersebut telah melakukan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan. Namun begitu, Islam melarang keras umatnya untuk mengubah sesuatu ciptaan yang telah dikurniakan. Jadi, bersyukur dengan segala kurniaan yang telah kita miliki, tidak perlu mengubah sesuatu kejadian yang sememangnya telah tersurat.

Sumber : IDOLIZED OR DESPISED ME

Rahsia Kecantikan Ziana Zain

Posted: 28 Jun 2012 11:10 PM PDT

Pada tanggal 1 Julai 2012 yang akan datang, seorang artis senior, Ziana Zain julung-julung kalinya akan memperkenalkan produk kecantikan miliknya yang dikenali sebagai B.Lift. Menurut Ziana Zain, B.Lift merupakan perkongsian kecantikan yang telah diamalkan olehnya lebih dari 20 tahun yang lalu dan produk ini merupakan produk pemakanan tambahan yang dapat memelihara kecantikan wajah dari dalam secara semulajadi.

Pada dasarnya, B.Lift merupakan produk makanan tambahan yang diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan asli dan juga kolagen bermutu tinggi. Disamping itu, produk makanan tambahan yang berbentuk serbuk ini seratu peratus halal dan telah diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM.

Selain itu, menurut Ziana Zain, B.Lift merupakan satu produk yang istimewa buatnya kerana khasiatnya diperakui dan ia telah menjalani proses pembuatan yang penuh terperinci sebelum produk ini dipasarkan secara meluas kepada pengguna.

Merujuk kepada kaedah pemasaran produk B.Lift ini, Ziana Zain telah memilih untuk tidak memasarkannya secara langsung di kedai-kedai, tetapi beliau memilih untuk menggunakan alternatif pemasaran lain iaitu melalui medium pemasaran di internet seperti Twitter dan Facebook. Selain itu, beliau turut akan mengadakan ceramah kecantikan untuk produk B.Lift ini setelah produk ini selamat dilancarkan.

Bagi individu yang berminat untuk mencuba produk B.Lift ini, anda boleh layari Facebook Ziana Zain di Ziana Zain Ventures atau di Twitter beliau iaitu @ZZventures. Selain itu, anda juga boleh mengirimkan email kepada beliau di zianazainventure@gmail.com.

Sumber : Murai.com.my

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Awi Rafael Buang Tatu Guna Perubatan Islam

Posted: 28 Jun 2012 06:04 PM PDT

Awi Rafael Buang Tatu Guna Cara Perubatan Islam

Dah lama juga Budiey tak jumpa dengan penyanyi yang sangat baik hati, Awi Rafael… namun semalam, ketika mana Budiey hadir di Pelancaran Album Terbaru Jinbara, Budiey nampak Awi Rafael turut sama datang untuk menyanyi secara duet bersama kumpulan Jinbara dalam Oh Mama Saya Mahu Kahwin.

Setelah lebih kurang 3 minggu gambar Awi Rafael dengan tatu tersebar di internet, Awi kini bangkit kembali dengan semangat baru untuk berada dalam industri. Semangat positif macam ni yang kita perlukan. Walaupun sangat sedih dengan kontroversi tersebut, namun Budiey kira Awi Rafael berjaya menanganinya.

Ramai media bertanya tentang susulan apa akan jadi dengan tatu tersebut. Pastinya, sekarang ini Awi dalam proses untuk membuang tatoo. Bukan satu benda yang mudah sebab ia memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Jadi lepas ni, Awi akan bebas untuk menggayakan fesyen baju lengan pendek mahu pun nak pakai singlet pun boleh. Baru ada imej seksi kat situ, tak gitu, Awi.

Menurut Awi, sekarang dia tengah buang tatu melalui kaedah perubatan Islam. Dah hampir setahun Awi buat proses pembuangan yang mana sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet lagi.

Awi Rafael

"Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam. Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa,"

Baru-baru ini Awi membuat pengakuan melalui Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu seperti yang tersebar di Internet dan diperkatakan umum itu adalah dirinya.

Dalam pengakuan berkenaan Awi yang popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang dilakukan pada zaman remajanya tanpa memikirkan kesan pada hari ini. Dalam pada itu, Awi berkata penyebaran gambar itu memberi hikmah besar kepadanya apabila banyak pihak tampil untuk membantunya membuang tatu berkenaan.

"Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden. Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut," ujarnya.

Jelas Awi, para peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia.

"Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya," katanya.

Sementara itu, Awi berkata, walaupun namanya tercalar akibat insiden itu, tawaran mengadakan persembahan masih lagi diterimanya dan dia amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki.

"Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur," ujarnya. via Mstar Online

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Lebih 80 Selebriti di FEEL GOOD RUN 2012

Posted: 28 Jun 2012 05:39 PM PDT

LARI DAN BERSERONOK BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI

Dikira sebagai acara larian selebriti berprestij negara, larian amal FEEL GOOD RUN 2012 dengan bangganya akan membawa seramai lebih 80 orang selebriti untuk turut serta dalam larian itu yang akan berlangsung pada hari Ahad, 8 Julai ini di Sri Pentas, Bandar Utama.

Antara artis dan personaliti negara yang bakal menyarungkan pakaian sukan dan mengeluarkan keringat untuk tujuan amal dan sempena ulangtahun stesen ntv7 yang ke-4 adalah – Ning Baizura, Elaine Daly, Daphne Iking, Vanessa Chong, Yasmin Hani, Vanidah Imran, Naz Rahman, Aidid Marcello, Debbie Goh, William San, dan Jasmine Abu Bakar. (Senarai penuh selebriti dilampirkan bersama emel ini)

Dengan hanya yuran penyertaan sebayak RM 25, para peminat mereka bakal mendapat peluang yang jarang diperolehi dengan berlari bersama idola dan artis kesayangan mereka demi tujuan amal melalui kategori "Run with Celebrity". Kesemua hasil kutipan untuk acara itu akan disalurkan kepada empat benefisiarinya tahun ini – Kiwanis Down Syndrome Foundation, The Pure Life Society, PAWS Animal Welfare Society Malaysia, dan Yayasan Chow Kit.

"Kategori yang melibatkan selebriti ini memberi orang ramai peluang untuk mendekatkan diri mereka secara lebih peribadi dengan personaliti" terlibat dan turut memberikan pengalaman menarik yang tidak dapat dibandingkan kepada para selebriti untuk memberi sumbangan mereka untuk tujuan kebaikanyang amat berharga," kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

"Kami amat menghargai keudian para selebriti yang sanggup meluangkan masa untuk acara larian amal ini. Ini juga membuktikan kepada seluruh Malaysia betapa mereka amat menyokong acara amal seperti Feel Good Run," tambah Airin.

Sejak penyertaannnya dibuka secara rasmi pada 21 Mac, larian amal yang semestinya menyeronokkan itu telah berjaya menarik seramai 5,000 orang peserta dalam hanya empat minggu dan secara langsung memecahkan rekod pada tahun lepas. Tarikh tutup penyertaan yang dijadualkan pada 1 Jun terrpaksa diubah kerana sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua pelari yang telah mendaftar akan menerima sepasang kemeja-t, bib mesej dan buku panduan buat peserta. Sijil penyertaan serta momento akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian tersebut.

Peserta dan pengunjung juga akan dihiburkan dengan aktiviti menarik di gerai-gerai khas daripada penaja utama (Whiskas & Pedigree), pakaian sukan rasmi (Brooks), majalah rasmi (Health Today) serta para benefisiari bakal turut serta. Makanan burger dan minuman kopi percuma juga disediakan oleh penaja Burger King dan San Francisco Coffee di penghujung trek larian di Central Park yang disediakan berdasarkan mereka yang tiba dahulu.

Feel Good Run Celebs

Maklumat tambahan:

Maklumat larian
Tarikh : Ahad, 8 Julai 2012
Garisan mula : Sri Pentas, Bandar Utama
Garisan penamat : Central Park, Bandar Utama (7km & 3km)
Sri Pentas (700m)

Empat kategori yang diadakan di dalam larian amal ini:
1) Feel Good Run – 7 km, 13 tahun dan ke atas
2) Run with Celebrities – 3 km, 13 tahun dan ke atas
3) Costume Fun Run – 3 km, 13 tahun dan ke atas
4) Kids Run – 700 m, berusia 12 tahun ke bawah

Aturcara
6.30pagi Ketibaan peserta larian
7.00pagi Gathering
7.10pagi Sesi memanaskan badan
7.30pagi Waktu pelepasan – 7km
7.45pagi Waktu pelepasan – 3km
8.00pagi Waktu pelepasan – 700m
9.00pagi Persembahan pembukaan
9.20pagi Ucapan oleh Cik Airin Zainul, Pehurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV
9.25pagi Penyerahan cek kepada para benefisiari
9.45pagi Sesi fotografi
9.50pagi acara potong kek ulang tahun ntv7 yang ke – 14
10.00pagi Acara tamat

Penutupan jalan/laluan
Berikut merupakan jalan yang akan ditutup untuk acara Feel Good Run pada 8 Julai 2012.

Nama Jalan Masa Catatan
Persiaran First Avenue 7.30 – 8.30 pagi Penutupan penuh
Persiaran Bandar Utama 7.30 – 8.30 pagi Penutupan penuh
Lebuhraya Damansara Puchong 7.30 – 8.30 pagi Penutupan satu lorong
Lebuh Bandar Utama 7.30 – 8.30 pagi Penutupan sebahagian
Dataran Bandar Utama 7.30 – 8.30 pagi Penutupan penuh satu lorong
Lebuh Bandar Utama 7.35 – 8.35 pagi Penutupan sebahagian
Changkat Bukit Utama 7.45 – 8.45 pagi Penutupan sebahagian
Persiaran Bukit Utama 7.45 – 8.50 pagi Penutupan sebahagian
Tengkat Bandar Utama 7.50 – 8.50 pagi Penutupan sebahagian
Dataran Bandar Utama 7.55 – 9.00 pagi Penutupan sebahagian
Lebuh Bandar Utama 7.50 – 8.20 pagi Penutupan sebahagian
Jalan BU 3/1 7.55 – 8.25 pagi Penutupan sebahagian

• Kesemua informasi dikemaskini dan diperakui benar sehingga 13 Jun 2012.
• Kesemua jalan raya akan dibuka semula sejurus semua peserta menamatkan larian mereka.

Para peserta boleh melayari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau menghantar sebarang pertanyaan mereka melalui emel ke feelgoodrun@ntv7.com.my atau hubungi 03-56373821 untuk maklumat lanjut.

Antara Selebriti yang terlibat:

  1. TV Host Dennis Gan
  2. Actor Nimal
  3. TV Host Megan
  4. TV Host Chrystina Ng
  5. TV Host Adam Zain
  6. TV Host Winson Voon
  7. Newscaster Yee Ling
  8. Actor Rashidi Bin Ishak
  9. Actor Tam Suhaimi
  10. Actress Vanidah Imran
  11. Actress Bkay Nair
  12. Actress/Host Ixora Chern
  13. Blogger Suren Haris Anwar
  14. Radio Announcer Hafiz Hatim
  15. Actor Lawrence Wong
  16. Artiste Aini Nadia
  17. TV Host Joanne de Rozario
  18. TV Host Adrian Jalaludin
  19. Radio Announcer Deen Hot FM
  20. Artiste Aidid Marcello
  21. Artiste Jejai MyTV3
  22. Artiste Afiq Zainal
  23. Artiste Sazana Ayob
  24. Artiste John Bear
  25. TV Host Daphne Iking
  26. TV Host Elaine Daly
  27. TV Host Vanessa Chong
  28. Actress Joey Leong
  29. Actor Frederick Lee
  30. Actor ernest
  31. Actress Aenie Wong
  32. Actress Jamie Chu
  33. Actor Coby Chong
  34. Actress Tiffany Leong
  35. Actress Jane Chin
  36. Actress Candy Ice
  37. Actor Johnson Low
  38. Actress Miau Miau
  39. Actor Adrian Tan
  40. Actor Kyo Chen
  41. Actor Goh Wee Ping
  42. Actor Leslie Chai
  43. Actress Debbie Goh
  44. Actress Karena Teo
  45. Actor Alvin Wong
  46. Actor/Radio Announcer William San
  47. TV Host Johan Ariff
  48. TV Host Hani
  49. Newscaster Helmi Majid
  50. Newscaster Jasmine Abu Bakar
  51. Newscaster Praevitriana
  52. Newscaster Tan Ley Teng
  53. Newscaster Tiang Kah Chee
  54. Newscaster Yong Yu Xi
  55. Newscaster Peh Kien Min
  56. TV Host Lisa Wong
  57. TV Host Naz Rahman
  58. Artiste Kit Mah
  59. TV Host Mayjune Tan
  60. Radio Announcer Wayne Thong
  61. Radio Announcer Lee Yue Vonn
  62. Radio Announcer Nicholas Ong
  63. Radio Announcer Kyan Lim
  64. Radio Announcer Angeline Ooi
  65. Radio Announcer Jack Yap
  66. TV Host MeiSim
  67. Singer Ning Baizura
  68. Actress/Singer Yise Loo
  69. Singer Shiha
  70. Singer Adi
  71. Singer Will Ng
  72. Actress Intan Ladyana
  73. Singer Ong Shir Ching
  74. Singer Cheng Koon Si
  75. Artiste Hafidz
  76. Singer Thor Yin Wei
  77. Singer Atilia
  78. Actress Yasmin Hani
  79. Radio Announcer Chad Hot FM
  80. Artiste Acis
  81. TV Host/ Actress Julie Woon
  82. TV Host Joel

Feel Good Run Celebs2

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Zon Artis

Zon Artis


Sasha Sahkan Akan Bercerai Namun Enggan Dedahkan Punca

Posted: 28 Jun 2012 04:24 AM PDT

*Berita ini kami petik daripada Kosmo!

SASHA SAIDIN CERAI TANGGAL 25 Jun lalu, kehadiran pelakon dan penyanyi Sasha Mohamad Saidin, 35, bersama ibunya ke Mahkamah Syariah Gombak Timur telah menarik perhatian segelintir pihak media yang sedang membuat liputan satu kes khalwat seorang pelakon.

Ketika itu Sasha yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite dilihat berbaju kurung dan berselendang hitam telah memasuki kawasan yang menempatkan Jabatan Agama Islam daerah Gombak Timur sebelum masuk ke mahkamah rendah bersama ibunya.

Apabila ditanya oleh pihak media mengenai kehadirannya di situ, ternyata artis jelita kacukan Melayu-Inggeris itu agak terkejut. Namun, dia sekadar memberi alasan mempunyai urusan berkenaan hal keluarga.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo! semalam, kakak kepada pelakon Zain Saidin itu telah membuat pendedahan yang pastinya cukup mengejutkan ramai pihak terutamanya pengikut perkembangan dunia seni. Mari ikuti soal jawab antara wartawan Kosmo! dengan Sasha kat bawah ni:-

SASHA SAIDIN BERCERAI

Semalam beberapa orang wartawan melihat kehadiran Sasha dan ibu ke Mahkamah Syariah Gombak Timur. Apakah tujuan Sasha hadir ke mahkamah tersebut?

Sebenarnya tujuan saya hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai. Saya mengaku yang ketika ini saya memang mahu bercerai dengan suami saya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono.

Sebelum ini tiada sebarang cerita kontroversi yang membabitkan Sasha dan suami. Jadi, kenapa tiba-tiba mahu bercerai pula?

Buat masa sekarang, saya membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang kenyataan atau menceritakan mengenai perkara yang sebenar sehingga saya membuat keputusan untuk bercerai. Mungkin kalau sudah tiba masa yang sesuai nanti, barulah saya akan mendedahkan tentang permasalahan yang berlaku antara kami berdua. Namun, sekarang ini lebih baik saya berdiam diri sahaja terlebih dahulu.

Adakah Sasha akan membuat sidang akhbar khas dengan media untuk menceritakan permasalahan yang berlaku?

Saya tidaklah terfikir untuk membuat cara yang sebegitu. Cuma saya mahu segala yang berlaku dapat diselesaikan terlebih dahulu. Apa yang boleh saya nyatakan, keputusan untuk bercerai ini merupakan keputusan kami bersama.

Related Posts with Thumbnails

Ella Bakal Tamatkan Zaman Solo, Nikah Juruterbang 7 Julai Ini

Posted: 28 Jun 2012 03:27 AM PDT

Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara siapa lagi kalau bukan Ella disahkan akan menamatkan zaman solo'nya pada 7 Julai ini. Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin yang kini berusia 46 tahun, Ella bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor. Namanya, masih dirahsiakan.

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

Difahamkan, jejaka yang bakal menjadi suami Ella tu bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.

Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu. Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.

Related Posts with Thumbnails