OHBULAN! |
Isu Pembedahan Plastik Artis Korea Posted: 28 Jun 2012 11:12 PM PDT Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pembedahan plastik atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai plastic surgery, merupakan pembedahan yang dilakukan bagi membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa dengan melakukan pembedahan tisu, sama ada untuk tujuan rawatan serta memulihkan kecacatan bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menarik. Pada umumnya dalam kaedah rawatan, pembedahan plastik dijalankan bagi memulihkan atau membaiki anggota badan atau rupa paras yang rosak akibat kemalangan ataupun akibat kecacatan yang hakiki. Namun begitu, dewasa ini ramai individu yang menjalankan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan. Lazimnya pembedahan plastik untuk kaedah kosmetik sering dikaitkan dengan artis-artis Korea. Tetapi sejauh manakah kebenarannya? Girls Generation merupakan salah satu artis berkumpulan wanita yang didakwa melakukan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik. Di sini terdapat beberapa artis wanita dari kumpulan Girls Generation yang melakukan pembedahan plastik dan anda sendiri dapat melihat wajah mereka sebelum dan selepas melakukan pembedahan kosmetik. TiffanyJessicaSunnyHyo YeonYoonaKesemua artis-artis korea tersebut telah melakukan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan. Namun begitu, Islam melarang keras umatnya untuk mengubah sesuatu ciptaan yang telah dikurniakan. Jadi, bersyukur dengan segala kurniaan yang telah kita miliki, tidak perlu mengubah sesuatu kejadian yang sememangnya telah tersurat. Sumber : IDOLIZED OR DESPISED ME |
Posted: 28 Jun 2012 11:10 PM PDT Pada tanggal 1 Julai 2012 yang akan datang, seorang artis senior, Ziana Zain julung-julung kalinya akan memperkenalkan produk kecantikan miliknya yang dikenali sebagai B.Lift. Menurut Ziana Zain, B.Lift merupakan perkongsian kecantikan yang telah diamalkan olehnya lebih dari 20 tahun yang lalu dan produk ini merupakan produk pemakanan tambahan yang dapat memelihara kecantikan wajah dari dalam secara semulajadi. Pada dasarnya, B.Lift merupakan produk makanan tambahan yang diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan asli dan juga kolagen bermutu tinggi. Disamping itu, produk makanan tambahan yang berbentuk serbuk ini seratu peratus halal dan telah diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM. Selain itu, menurut Ziana Zain, B.Lift merupakan satu produk yang istimewa buatnya kerana khasiatnya diperakui dan ia telah menjalani proses pembuatan yang penuh terperinci sebelum produk ini dipasarkan secara meluas kepada pengguna. Merujuk kepada kaedah pemasaran produk B.Lift ini, Ziana Zain telah memilih untuk tidak memasarkannya secara langsung di kedai-kedai, tetapi beliau memilih untuk menggunakan alternatif pemasaran lain iaitu melalui medium pemasaran di internet seperti Twitter dan Facebook. Selain itu, beliau turut akan mengadakan ceramah kecantikan untuk produk B.Lift ini setelah produk ini selamat dilancarkan. Bagi individu yang berminat untuk mencuba produk B.Lift ini, anda boleh layari Facebook Ziana Zain di Ziana Zain Ventures atau di Twitter beliau iaitu @ZZventures. Selain itu, anda juga boleh mengirimkan email kepada beliau di zianazainventure@gmail.com. Sumber : Murai.com.my |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |