Adsense

Khamis, 28 Jun 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Sharifah Aini Baru Daftar Pemilih Setelah Berusia 60an

Posted: 27 Jun 2012 11:01 PM PDT

Sharifah Aini Baru Daftar Pemilih Setelah Berusia 60an
Semalam, Pejabat Pos Besar Shah Alam dikejutkan dengan kehadiran biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir kesana buat pertama kalinya mendaftar sebagai pemilih.. Agak terkejut juga kami apabila Datuk Sharifah Aini yang usianya sudah menjangkau 60 tahun itu belum pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi..

Walaupun agak terlewat, Kesedaran Datuk Sharifah Aini seharusnya menjadi contoh kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai pemilih lagi..

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi."

"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar." (Utusan Online)

Tambah Datuk Sharifah Aini lagi, dia menyeru kepada rakan seperjuangan dan sesiapa sahaja yang belum mendaftar agak mendaftar sebagai pemilih dengan segera.. Kerana setiap satu undi mampu merubah keputusan pilihan raya dan masa depan negara..

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang 7 Julai Ini

Posted: 27 Jun 2012 10:22 PM PDT

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang 7 Julai Ini
Setelah sekian lama, akhirnya ratu rock Ella akan menamatkan zaman bujangnya pada 7 Julai ini.. Jejaka bertuah yang berjaya menambat hati Ella ni dengarnya seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan swasta dan berasal dari Muar, Johor.. Mesti kacak abang pilot ni kan.. kalau tidak masakan Ella boleh terpikat dan jatuh hati padanya..

Difahamkan Ella dan abang pilot ni akan bernikah di rumah keluarga Ella sendiri di Klang, Selangor pada 7 Julai ini.. Tak sabar nak tengok Ella ni bersanding kan.. Apa-apa pun MyGosip ucapkan tahniah buat Ella dan bakal suaminya.. semoga segala perancangan mereka berdua yang nak mendirikan masjid ni berjalan dengan lancar hendaknya…