Zon Artis |
Sasha Sahkan Akan Bercerai Namun Enggan Dedahkan Punca Posted: 28 Jun 2012 04:24 AM PDT *Berita ini kami petik daripada Kosmo! TANGGAL 25 Jun lalu, kehadiran pelakon dan penyanyi Sasha Mohamad Saidin, 35, bersama ibunya ke Mahkamah Syariah Gombak Timur telah menarik perhatian segelintir pihak media yang sedang membuat liputan satu kes khalwat seorang pelakon. Ketika itu Sasha yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite dilihat berbaju kurung dan berselendang hitam telah memasuki kawasan yang menempatkan Jabatan Agama Islam daerah Gombak Timur sebelum masuk ke mahkamah rendah bersama ibunya. Apabila ditanya oleh pihak media mengenai kehadirannya di situ, ternyata artis jelita kacukan Melayu-Inggeris itu agak terkejut. Namun, dia sekadar memberi alasan mempunyai urusan berkenaan hal keluarga. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo! semalam, kakak kepada pelakon Zain Saidin itu telah membuat pendedahan yang pastinya cukup mengejutkan ramai pihak terutamanya pengikut perkembangan dunia seni. Mari ikuti soal jawab antara wartawan Kosmo! dengan Sasha kat bawah ni:- Semalam beberapa orang wartawan melihat kehadiran Sasha dan ibu ke Mahkamah Syariah Gombak Timur. Apakah tujuan Sasha hadir ke mahkamah tersebut?
Sebelum ini tiada sebarang cerita kontroversi yang membabitkan Sasha dan suami. Jadi, kenapa tiba-tiba mahu bercerai pula?
Adakah Sasha akan membuat sidang akhbar khas dengan media untuk menceritakan permasalahan yang berlaku?
|
Ella Bakal Tamatkan Zaman Solo, Nikah Juruterbang 7 Julai Ini Posted: 28 Jun 2012 03:27 AM PDT Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara siapa lagi kalau bukan Ella disahkan akan menamatkan zaman solo'nya pada 7 Julai ini. Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin yang kini berusia 46 tahun, Ella bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor. Namanya, masih dirahsiakan. Difahamkan, jejaka yang bakal menjadi suami Ella tu bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu. Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |