Adsense

Selasa, 19 Jun 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Awi Rafael Mengaku Ada Tattoo

Posted: 18 Jun 2012 10:33 PM PDT


Kecoh beberapa minggu lepas apabila gambar seorang artis yang mempunyai tatto di lengan tanganya. Apabila ditanya pada tuan empunya badan adakah ianya benar, tuan badan hingga bersumpah mengatakan bukan.

Rupanya memang dia, cumanya dia tak berani nak mengaku kesalahan lampaunya. Perkara macam ni tak boleh sorok, cuma janganlah buat statement sumpah2 yang tak baik... :)

Dari fanpage Awi Rafael (link)

Assalamualaikum semua,

Terharu hati awi membace kata2 positif sahabat semua, kata2 nasihat..awi bersyukur diberi dariNya teman2 yg ikhlas dgn diri awi, menerima awi seadanya dan tidak menghakimi awi atas kesilapan2 yg pernah awi buat pada suatu masa tahun2 dahulu; masa muda dan masih mentah fikiran awi masa itu. Awi rasa ia adil utk semua yg sokong Awi utk tahu yg sebenarnya, dari Awi sendiri, Inshallah.

Gambar2 yg diambil dan dimuatnaik ke dalam laman2 portal adalah diambil oleh seseorang sebelum Awi bergelar artis DAN hakikatnya Awi adalah seorang insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Awi minta maaf, Awi tidak sempurna. :( Ketika masih muda dan naif bertahun-tahun dahulu, berbagai perkara telah dicuba oleh seorang remaja muda seperti Awi biler umur Awi masih muda, skrng Awi sudah 26 tahun, lebih dewasa dan jauh lebih matang, alhamdulilah.

Sejak Awi taubat dan meninggalkan Australia, Awi benar2 menginsafi dan menyesali di atas segala perbuatan yg menyalahi hukum dan batasan agama. Kerana itu Awi pulang ke Malaysia, negara Islam dan bnyk teman2 Islam yg bole mengajar Awi sendiri, sambil mencari rezki halal. Awi berhajat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mulia di masa hadapan dan dicontohi oleh masyarakat terutamanya kepada peminat2 Awi. Awi bukan hendak menyorok atau hipokrit, tetapi dinasihati oleh ibu utk buat yg terbaik utk semua lapisan masyarakat, agar peminat2 MUDA semua tidak akan menyontohi kesilapan besar Awi dahulu. Awi pegang pd nasihat ibu, IAITU utk utamakan kawan2 yg sedia menyokong awi.

Dugaan itu akan sentiasa ada apabila seorang insan ingin coba kembali kpd jalan yg benar. Taubat awi sebelum awi dtg ke M"sia antara awi dgn Allah, dan kemaafan pertama adalah dari Ibu, dan syukur..Ibu, keluarga, sahabat rapat & kekasih hati Awi sudah lama maafkan Awi. Alhamdulilah.

Hikmah ada disemua yg terjadi, dan semua yg terjadi dtg dariNya. Maka itu, MAAFKANLAH insan2 yg pernah mengutuk,mencaci dan mempertikaikan semua tindakan awi. Maafkan mrk yg dengki dgn rezki awi, rezki yg dtg dari titik peluh kerja keras awi, hasil rezeki yg halal awi mencari melalui lagu2 awi. Dan maafkan mrk yg tegur dgn kasar, kerana itu baik sebenarnya, awi tahu hasrat hati mrk hanya utk ingin mempertahankan ajaran Islam..
Awi faham, it's okay. =)

Tapi... inshallah tidak dilupa juga bahwa Islam itu juga mengajarkan kemaafan dan bukan dgn tawa atau dengki pd seseorang yg sedang alami kesusahan.
Inshallah terbuka hati semua. Letakkan diri kamu di dlm situasi awi, harap itu akan lembutkan hati teman2.

Akhirnya,

Awi seru kpd adik2 kiter yg masih muda disini..biarlah ini menjadi satu pengajaran untuk semua ya.. jauhkan diri dari yg haram, dekatkan diri kpd Islam dan terutamanya Ibu.

Jadi,marilah kita terus maju kehadapan dlm hidup dan dengarkanlah lagu2 dalam album terbaru awi yg akan kluar tak lama lagi, dgrkanlah luahan hati awi dan inshallah dari situ dapat memahami perjalanan hidup Awi yg tak pernah Awi sesali. Semuanya ada hikmah sendiri,Awi percaya pada itu. :)

Dari segi karier Awi, alhamdulilah semakin bnyk show masih diterima, dan bnyk tawaran lagi diberi utk awi bernyanyi dan berlakon juga,(!) dan juga peluang utk menyebarkan lagu2 ciptaan Awi di Indonesia.

Utk #awiDDicteds semua, awi syg korg.Korg semualah jantungku, Kuatkan semangat dan positif selalu;) Akan awi update show2 yg akan dtg iyaa..=)

Wasalam semua, salam jumaat

Awi Rafael.


- ---

Zain Saidin Terpikat Dengan Kilafairy

Posted: 18 Jun 2012 08:23 PM PDT

Zain Saidin bakal muncul dengan single pertama berjudul Transformasi. - Foto SAM THAM. 
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin mengakui terpikat dengan bakat nyanyian yang dimiliki bintang baru iaitu Kilafairy dan terbuka hati untuk bekerjasama dengan artis wanita itu.
Zain, 28, berkata, dia berhasrat menyunting Kilafairy untuk berduet dalam lagu ciptaan beliau dalam album mininya nanti.
"Kali pertama saya jumpa Kilafairy semasa kami muncul dalam program Jangan Tidur Lagi dan kami bersama-sama membuat persembahan dengan menyanyikan lagu daripada Eminem dan Rihanna berjudul Love The Way You Lie untuk program itu.
"Keserasian kami di pentas membuatkan saya terpikat untuk mengundangnya berduet dalam salah sebuah lagu saya untuk album mini saya nanti," ujarnya.
Bagaimanapun kata Zain, dia masih belum memberitahu hasratnya itu kepada Kilafairy dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Zain berkata, dia yakin dapat diterima sebagai penyanyi apabila bakal muncul dengan single pertamanya berjudul Transformasi.
Kilafairy.
Zain, berkata, popularitinya sebagai pelakon dilihat sebagai satu kelebihan buat untuk lebih mudah diterima sebagai penyanyi.
"Insya-Allah lagu tersebut akan mula diputarkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat dan berharap penerimaan peminat terhadap lakonan saya akan memberikan kredit terhadap kerjaya nyanyian," ujarnya.
Bagaimanapun kata Zain, itu tidak bererti dia boleh berpeluk tubuh dan mengakui banyak perkara yang perlu dilakukan untuk bergelar seorang penyanyi yang baik.
Sementara itu, Zain berkata, bagi melancarkan karier nyanyiannya, dia akan menggunakan nama "Zain Da Pain" untuk kelihatan berbeza sesuai dengan genre lagu yang bakal dibawanya iaitu rap.
Zain memberitahu, nama tersebut asalnya diberikan oleh kakaknya iaitu Sasha Saidin sewaktu dia kanak-kanak.
"Sasha sering mengusik saya dengan nama itu dan ia sebenarnya sesuai untuk imej saya sebagai penyanyi rap selain dapat membezakan "Zain" seorang pelakon dan penyanyi," katanya.
Bercakap lanjut mengenai singlenya itu, Zain berkata setakat ini dia telah menghasilkan beberapa buah lagu dengan kerjasama beberapa orang rakan dan abang iparnya iaitu Salyo Priyanto.
"Saya dah siapkan beberapa buah lagu cuma tunggu masa sesuai untuk mengeluarkan sebuah album mini. Malah saya juga sudah mencipta sebuah lagu Hari Raya berjudul Oh Raya," katanya.

- ---

Iqbal Mazlan Tarik Diri Dari 'JJCM' - Takut Gemuk

Posted: 18 Jun 2012 08:21 PM PDT

Wajah terbaru Iqbal Mazlan
PETALING JAYA: Aktor Iqbal Mazlan membuat keputusan untuk berundur daripada mengacarakan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) kerana rancangan itu telah membuatkan berat badannya bertambah.
Iqbal atau nama sebenarnya Muhammad Iqbal Mazlan, 23, berkata tindakan itu diambil selepas dia mempertimbangkan keutamaannya adalah pada bidang lakonan berbanding bergelar seorang pengacara.
"Saya sendiri yang mahu berundur daripada JJCM kerana pembabitan dalam program itu mengakibatkan berat badan saya bertambah kepada 78 kilogram berbanding 70 kilogram sebelum ini.
"Bukan saya tidak hargai pengalaman dan peluang itu tetapi keutamaan saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi pelakon. Apabila berat badan meningkat sehingga memaksa saya menolak tawaran lakonan, maka lebih baik saya berundur dan tumpukan semula pada lakonan," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.
Selain Iqbal JJCM turut dikendalikan bersama Shiha (Mentor ) yang mana mereka telah melalui penggambaran sebanyak 17 episod.
Kedua-duanya menggantikan pengacara Qi Razali. Program itu disiarkan pada setiap Ahad pukul 12 tengah hari di TV3.
Iqbal menegaskan, pengundurannya daripada JJCM bukan disebabkan kritikan penonton yang mempertikaikan kemampuannya sebagai pengacara.
"Saya akui bukan mudah menjadi pengacara program itu. Banyak perkara yang perlu saya pelajari seperti adab ketika menjamu selera dan etika mengacarakan program pemakanan agar tidak menyinggung penonton.
"Walaupun prestasi saya mendapat kritikan di awal pembabitan JJCM tetapi pihak produksi berpuas hati dengan kerja saya sepanjang 17 episod program itu berlangsung. Jadi tidak timbul isu saya disingkirkan kerana gagal melaksanakan tugas pengacara seperti yang dikehendaki," katanya.
Terbaru, Iqbal yang kembali berimej botak berkata dia kini sedang giat melakukan senaman di gimnasium bagi menurunkan berat badannya demi komitmen lakonan.
"Kini saya sudah berjaya menurunkan berat badan kepada 76 kilogram sejak aktif membina otot di gimnasium atas tuntutan lakonan.
"Selepas Hari Raya, saya akan masuk semula ke lokasi penggambaran drama Beret Hijau musim kedua. Sebab itu saya berkepala botak dan perlu dapatkan semula berat ideal iaitu 70 kilogram," katanya.
Shiha (Mentor)
Shiha Mahu Tumpu Pada Album
Sementara itu, Shiha berkata dia tidak menyambung kontrak bersama JJCM kerana mahu memberi komitmen bagi mengisi masa dalam proses rakaman album pertamanya.
"Saya tidak sambung kontrak JJCM bukan kerana kritikan atau prestasi yang tidak bagus tetapi memang sejak awal ketika menandatangani kontrak saya hanya mahu terlibat untuk 13 episod. Itu pun, pihak produksi minta saya sambung sehingga 17 episod.
"Namun, ia hanya kerjaya sementara bagi mengisi masa sambil menyiapkan rakaman album saya. Kini komitmen dengan JJCM sudah tamat dan album saya pun akan dilancarkan pada bulan depan," katanya.
GAM difahamkan, pelakon Iqram Dinzly bakal menggantikan pasangan itu sebagai pengacara bagi 'wajah baru' JJCM yang akan bermula pada 1 Julai depan.

- ---

Celebrity News

Celebrity News


Iqbal Mazlan Dan Shiha Tidak Sambung Kontrak Jalan Cari Makan @ JJCM

Posted: 19 Jun 2012 09:02 AM PDT

Nampaknya peminat program Jalan Jalan Cari Makan akan ternanti-nanti siapakan pengacara yang menggantikan Iqbal dan shiha nanti.Menurut akhbar online Mstar malam ini, Zoom terbaca berita mengenai Iqbal yang menarik diri daripada program tersebut kerana risau berat badan beliau semakin naik ketika mengacara program tersebut.


Dan Shiha (mentor) pula ingin menumpukan perhatian kepada album pertama beliau, dan kedua-dua pengacara ini menafikan mereka prestasi dan kritikan diluar sana mengakibatkan mereka undur diri.


Berikut jawapan mereka apabila ditanya oleh wartawan :


IQBAL :
"Saya sendiri yang mahu berundur daripada JJCM kerana pembabitan dalam program itu mengakibatkan berat badan saya bertambah kepada 78 kilogram berbanding 70 kilogram sebelum ini. 
"Bukan saya tidak hargai pengalaman dan peluang itu tetapi keutamaan saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi pelakon. Apabila berat badan meningkat sehingga memaksa saya menolak tawaran lakonan, maka lebih baik saya berundur dan tumpukan semula pada lakonan,"
"Saya akui bukan mudah menjadi pengacara program itu. Banyak perkara yang perlu saya pelajari seperti adab ketika menjamu selera dan etika mengacarakan program pemakanan agar tidak menyinggung penonton. 
"Walaupun prestasi saya mendapat kritikan di awal pembabitan JJCM tetapi pihak produksi berpuas hati dengan kerja saya sepanjang 17 episod program itu berlangsung. Jadi tidak timbul isu saya disingkirkan kerana gagal melaksanakan tugas pengacara seperti yang dikehendaki," katanya.
SHIHA :
"Saya tidak sambung kontrak JJCM bukan kerana kritikan atau prestasi yang tidak bagus tetapi memang sejak awal ketika menandatangani kontrak saya hanya mahu terlibat untuk 13 episod. Itu pun, pihak produksi minta saya sambung sehingga 17 episod. 
"Namun, ia hanya kerjaya sementara bagi mengisi masa sambil menyiapkan rakaman album saya. Kini komitmen dengan JJCM sudah tamat dan album saya pun akan dilancarkan pada bulan depan," katanya.
ZoOM : Dan menurut info Iqram akan menggantikan pasangan ini sebagai pengacara program JJCM yang akan bermula pada bulan Julai 2012.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Adegan Panas Zarina Jamalullail Dalam Filem Aku,Kau Dan Dia | Video Filem Aku Kau Dan Dia

Posted: 19 Jun 2012 08:27 AM PDT

Sebelum Berhijrah

Boleh tahan juga gossip panas yang melanda pelakon baru yakni, Zarina Jamalullail dalam filem "Aku, Kau Dan Dia bersama pelakon Pekin selaku Hero filem berkenaan. Kisahnya bermula apabila beliau berhijrah selepas menjadi seorang isteri pada Disember tahun lalu.
Semasa penggambaran dilakukan beliau belum berkahwin dan tidak terikat dengan sesiapa, dan disebabkan beberapa adegan yang tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

Timbul gossip diluar sana yang mengatakan suami beliau (Zarina), yang dikatakan membayar sejumlah wang untuk memotong sedikit adegan romantik dalam filem berkenaan.
Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan :
"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre. 
"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung. 
Zarina Selepas Menjadi Seorang Isteri (Kini Mengandung 6 Bulan)
"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan.
 
"Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Se
mentara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

ZoOM doakan semoga Zarina dan keluarga akan bahagia hingga ke akhir hayat.

SUmber 

TRAILER Filem "Aku, Kau Dan Dia" :

Sinopsis Filem :

Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. 

Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. 

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. 

Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?

(Source: TAYANGAN UNGGUL)

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Artis Korea : Jung Ah Yul,Pelakon Korea Bunuh Diri Kerana Tekanan

Posted: 18 Jun 2012 11:59 PM PDT

Laman web Allkpop melaporkan pada 14 Jun bahawa Jung Ah-yul telah membunuh diri dan mayat ditemui di rumahnya. Walaupun dia dikejarkan ke hospital, dia tidak dapat diselamatkan.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa beberapa sumber yang rapat dengan Jung Ah-yul berkata bahawa dia mengalami tekanan perasaan yang mungkin telah menyebabkan dia bertindak membunuh diri.
Peminat-peminat artis yang berusia 25 tahun ini mula merasa ragu apabila pada 11 Jun, sehari sebelum kematiannya, Jung Ah-yul mengeluarkan status di Facebook yang menyatakan bahawa,"Tiada apa pun yang boleh memujukku".

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Panas : Gambar Seksi Nasha Aziz Di Majalan ENF

Posted: 18 Jun 2012 11:52 PM PDT

Satu lagi wajah eksklusif yang amat jarang kita lihat iaitu Nasha Aziz telah tampil sebagai covergirl untuk kulit depan majalah online ENF edisi ke-8. Gaya rambut mohawk dikenakan dengan dress merah pendek memberikan perspektif keteguhan personaliti pelakon ini yang seakan tidak dimamah usia.


Berkongsi serba sedikit mengenai penglibatannya dalam dunia seni, Nasha Aziz memberikan pandangan bahawa seni berupaya menaikkan taraf individu daripada biasa kepada luar biasa sehingga bisa mengagumkan orang luar. Jika anda ingin mengetahui apakah cerita disebalik dunia seni, layari majalah ENF ya!


Sumber : Berita-Saya


ZoOM: Wow...menakjubkan software ke atau realiti wajah dan tubuh Nasha Aziz kita ni. walaupun sudah lama berkecimpung dalam industri glamour namun beliau (Nasha) masih belum dimamah usia. Wajah yang cantik dan pakej yang lengkap sering menjadi perhatian mata masyarakat. 


Dan terbaru sebagai Cover didepan Majalan ENF ini.


Apa Komen ANda Mengenai Nasha Aziz kita ni !? 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Panas Datuk Aziz Sattar Dalam Proses Perceraian

Posted: 18 Jun 2012 11:32 PM PDT

Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, semalam.

Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika ditanya mengenai status perkahwinannya itu.

"Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.

"Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Aziz dan Hashimah melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2006 di Masjid Negeri Shah Alam. Perkenalan pasangan itu bermula di sebuah majlis anjuran Klasik FM di Taman Nirwana, Ampang pada 2005 menjadi titik tolak perhubungan mereka



Sumber : Sinar harian


ZoOM : Kesian dengan Datuk Aziz Sattar, perkahwinan yang dibina ada juga yang ingin memisahkan mereka. Semoga kisah ini tidak benar berlaku dan hanya omongan kosong si kaki cerita palsu.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Shah Rukh Khan Beli Kelab Dempo Daripada Liga India

Posted: 18 Jun 2012 09:48 PM PDT

Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan meluahkan keinginannya untuk membeli saham sebuah kelab bola sepak India, Dempo.

Beliau yang turut merupakan pemilik pasukan kriket, Kolkata Knight Riders (KKR ), dikatakan mahu memiliki 50 peratus saham pasukan bola sepak berpangkalan di Goa itu.


Banyak pihak berpendapat jika Shah Rukh membeli pasukan itu, Dempo akan menerima impak positif dalam industri bola sepak di India. Selain itu, inisiatif yang diambil Shah Rukh akan mendorong selebriti Bollywood lain mengikut jejak langkahnya.-MH-


ZoOM : Boleh tahan juga Datuk Shah Rukh Khan kita ni, kini beliau menjadi seorang selebriti yang mempunyai kepentingan dalam dunia sukan yang sudah pasti menjadi ikutan kepada artis diluar sana.

Menurut info mengenai kelab Dempo tersebut :


1.Juara 5 kali liga bola sepak India

2.SRK akan menjadi pemegang 50% saham Dempo

Apa komen anda?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Henti sengketa

Posted: 18 Jun 2012 03:41 PM PDT

Hip

DARI kiri, Anzalna, Tasha Shilla dan Neelofa.

DARI kiri, Anzalna, Tasha Shilla dan Neelofa.

Artis senior, peminat mahu tiga bintang muda selesai isu cara baik

ISU remeh, tidak perlu dibawa ke mahkamah dan selesai cara baik.

Begitulah reaksi peminat berhubung pertelingkahan tiga pelakon baru Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla yang hangat diperkatakan di media massa sejak tiga minggu lalu.

Zaman dulu bukan tidak ada artis yang bergaduh, tetapi mereka mengambil pendekatan dengan cara bersemuka. - Rosyam Nor

Ada peminat berpendapat, tiga bintang baru itu melakar 'sejarah' dalam industri seni tempatan tetapi bukan disebabkan pencapaian mereka yang boleh dibanggakan, sebaliknya kisah jelek yang hanya memalukan dunia artis.

Selain itu, ada peminat menyarankan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila bersua muka. Menurut peminat, biarpun peluang menjadi rakan baik mungkin tipis, namun sekurang-kurangnya, tiga bakat baru itu boleh bermaaf-maafan dan membuang perasaan dendam.

Malah, ada peminat menganggap dunia seni tidak seluas mana dan artis terbabit pasti dipertemukan dalam mana-mana produksi pada masa depan.

Komen peminat itu diterima HIP melalui laman sosial facebook, Anugerah Bintang Popular, semalam. Melalui laman sosial itu, HIP meminta pandangan peminat berhubung kemelut melanda Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila.
HIP mendapatkan pandangan dua penggiat industri iaitu Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan pelakon berpengalaman, Rosyam Nor berhubung kontroversi melanda tiga artis terbabit. Freddie dan Rosyam menganggap isu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila hanyalah isu kecil yang tidak sepatutnya dipanjangkan.

Freedie menasihatkan tiga pelakon itu menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah tanpa perlu membabitkan kes saman menyaman.

"Tindakan mereka ibarat membasuh kain di tempat awam yang pada pendapat saya, tidak perlu sebenarnya. Keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah hanyalah satu tindakan keterlaluan kerana masalah yang timbul antara mereka membabitkan isu kecil.

"Sekiranya merasakan masalah itu tidak boleh diselesaikan sendiri, gunakanlah orang tengah. Jika masalah ini berterusan, mereka boleh menjejaskan imej artis secara keseluruhan," kata Freddie.

Rosyam Nor yang sudah hampir tiga dekad bergelumang dalam industri hiburan pula menganggap, kemudahan laman sosial memberi kesan besar kepada masyarakat apabila segala isi hati diluahkan tanpa memikirkan impak.

Aktor yang mula menceburi dunia lakonan sejak 1985 menerusi filem Gila-Gila Remaja itu berkata, artis sepatutnya menggunakan laman sosial dengan bijak - bukan membiarkan 'kudis' mereka diketahui masyarakat.

"Bagi saya kes membabitkan kata mengata, aib-mengaib, pertikaman lidah tidak perlulah dibawa sehingga ke mahkamah. Mereka (mahkamah) mempunyai banyak kes yang perlu diselesaikan, kenapa kita hendak menambahkan beban mereka dengan perkara remeh temeh?

"Zaman dulu bukan tidak ada artis yang bergaduh, tetapi mereka mengambil pendekatan dengan cara bersemuka. Kes kecil tidak perlulah diheret hingga ke mahkamah kerana perkara itu boleh memalukan golongan artis. Nanti orang akan kata, artis tidak ada kerja lain, hal kecil pun hendak dibawa ke mahkamah," katanya.


Jiwa romantis Erma

Posted: 18 Jun 2012 03:39 PM PDT

Hip

ERMA bersama pelakon drama Dejavu di Kinabalu.

ERMA bersama pelakon drama Dejavu di Kinabalu.

ANDAI sebelum ini naskhah pengarah, Erma Fatima sering dilabel 'berat' seperti Tahajud Cinta atau Aku Bukan Maryam, kali ini buah tangan terbaru tulisan dan arahan insan seni ini lebih ringan bertemakan cinta.

Erma mengakui kali ini dia mahu meneroka dunia cinta dan tanpa disangka, dalam hati rupanya masih banyak kasih dan sayang yang tidak diluah malah dirasakan boleh menjadi bahan segar drama cinta.

"Kisah Dejavu di Kinabalu ini adalah sebuah drama yang ringkas dan penuh rasa cinta. Istimewanya drama 28 episod ini tidak berpandukan skrip sebaliknya hanya menggunakan treatment iaitu pelakon melontarkan dialog secara spontan.

Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. - Erma Fatima, Pengarah

"Saya tidaklah rasa tertekan menyediakan skrip ketika penggambaran kerana apa yang penting adalah jadual. Kami berada di kaki gunung itu selama dua hari dan satu hari saja untuk mengambil visual puncak gunung. Itu pun cuma lebih kurang empat jam saja kerana waktu cukup terbatas.

"Saya agak terkilan kerana banyak visual tidak dapat diambil. Malah beberapa orang penting produksi seperti jurugambar, pembantu pengarah, pengarah seni dan seorang pelakon tidak berdaya lagi naik ke atas membuatkan saya menggagahkan diri naik ke puncak," katanya.

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad mengakui pertama kali mendaki Gunung Kinabalu. Dia berjanji untuk kembali ke gunung tertinggi Asia itu bagi merakamkan lebih banyak visual menarik.

"Saya melihat kejayaan drama ini lebih kepada semangat produksi dan pelakon kerana tanpa mereka, ia akan menjadi drama yang gagal. Kami dapat daki Gunung Kinabalu pun disebabkan semangat untuk meneruskan perjuangan ini," katanya.
Erma berkata, dia jatuh cinta kepada hero dan heroin drama arahannya kali ini iaitu Aqasha dan Tiz Zaqyah.

"Mereka cukup serasi dan saya teruja melihat mereka mampu menjadi pasangan yang begitu selesa di set penggambaran," katanya.

Dejavu di Kinabalu mengisi slot Akasia. Drama bersiri ini menemui penonton setiap Isnin dan Khamis jam 7 malam, mulai malam tadi.

Naskhah terbaru Erma ini membariskan pelakon popular seperti Aqasha; Tiz Zaqyah; Nazim Othman; Aishah Ilias; Meor Ariff; Sharifah Nadia Yusnita; Rebecca Nur Islam dan Fadhilah Mansor.

Drama bersiri ini mengisahkan kehidupan Nadira selepas melalui proses pemindahan jantung dari seorang penderma organ. Kesan dari prosedur pemindahan jantung itu, tanpa disedari, Nadira menerima sebahagian daripada sifat penderma organ berkenaan.

Takdir kemudian menemukan Nadira dan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung terbabit. Pertemuan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah, membawa 1,001 kisah antara mereka berdua.

BIODATA: Erma Fatima

  • Nama: Fatimah Rahmad
  • Tarikh lahir : 14 Mac 1968
  • Status : Berkahwin
  • Suami : Badaruddin Azmi
  • Kerjaya: Pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis.
  • Anugerah :
    Festival Filem Malaysia ke 7 - Pelakon Pembantu Wanita terbaik (1987)
    Festival Filem Malaysia ke 9 - Pelakon wanita Terbaik (1991)
    Festival Filem Malaysia ke 10 - Pelakon Wanita Terbaik (Watak Pembantu) (1992)
    Festival Filem Malaysia ke 11 - Pelakon Wanita Terbaik (1994)
  • Filem (Lakonan) : Rozana Cinta 87; Kolej 56; Hantu Siang; Bintang Malam; Fantasia dan Hati Bukan Kristal.
  • Filem (Arahan) : Jimi Asmara; Perempuan Melayu Terakhir; Embun dan Diva Popular Drama TV/Telefilem (Lakonan) : Hello, Jangan, Sumaiyah, Haryati, Daerah Syafiqah
  • Drama TV/Telefilem (Arahan) : Aku Anak Siapa; Mat Pizza; Selamat Pengantin Baru Datuk; Cinta SMS; Antara; Hanya Dikau; Ratu Jamu dan Pengantin Popular.
  • Teater : Hulu Melaka, Lantai T Pinkie, Mencari Juita, Mambo Horse
  • Pencapaian : Pengarah Terbaik Festival Filem Pyongyang (2001) - Perempuan Melayu Terakhir, Pelakon Wanita Terbaik FFM11 (Femina) - 1994, Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular BH/RTM - 1993, Pelakon Pembantu Terbaik FFM10 - 1992, Pelakon Wanita Popular BH / RTM - 1991, Pelakon Wanita Terbaik FFM9 (Hati Bukan Kristal) - 1991 dan Pelakon Pembantu Wanita Popular BH/RTM - 1989, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM7 (Puteri) - 1987,

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Refleksi dunia fesyen

Posted: 18 Jun 2012 08:04 AM PDT

PUNYA suara lunak sebagaimana ibu mereka, namun kecenderungan dua bersaudara ini terarah kepada aliran yang berbeza cabang dengan skop kerjaya ibunda mereka sebagai penyanyi.

Rack, jenama butik diinspirasikan bintang filem Hoore! Hoore!, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 20, bersama kakaknya, Shakira Idora (Kira), 22, diusahakan dua beradik itu bukan sekadar menyokong 'trend' perusahaan butik oleh golongan muda.

Sebaliknya Kilafairy juga pemegang Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles manakala Kira, pemilik Diploma Rekaan Fesyen dari Universiti Lim Kok Wing, ingin mengembangkan ilmu yang ditimba mereka untuk menjadikan Rack sebagai jenama terkenal.

"Bagi saya perniagaan yang diusahakan Kila dan kakak ini tidak jauh bezanya dengan kerjaya mama sebagai penyanyi, kerana fesyen dan artis itu saling memerlukan dan melengkapi.


"Ada sebahagian rekaan pakaian yang terdapat dalam butik ini, dulunya pernah popular di zaman 70-an, 80-an dan 90-an, yang mama sendiri pernah memakai fesyen berkenaan ketika zaman remajanya termasuk digayakan ketika membuat persembahan.


"Justeru, perniagaan yang diusahakan ini boleh dikatakan datangnya daripada minat mama sendiri terhadap fesyen yang menurun kepada kami," katanya pada majlis pelancaran Rack, Rabu lalu.

Beroperasi di The 19 USJ City Mall sejak sebulan lepas, pemilihan lokasi itu sebagai memanfaatkan lot kedai yang dibeli ibunya beberapa tahun yang lalu.
Daripada terbiar tanpa diusahakan, mereka tertarik untuk mengusahakan butik.

Rack merangkumi produk-produk seperti hiasan aksesori, beg tangan, kasut tumit tinggi, skaf kepala, tali pinggang dan pakaian rekaan mereka sendiri seperti 'gaun koktel' dan pakaian sedia pakai untuk wanita.

Jenama berkenaan, turut menghasilkan kasut khusus untuk pelanggan yang gemarkan tapak tinggi.

"Susah sebelum ini nak cari kasut yang bertumit lebih daripada lima inci dan ini memberi idea kepada saya mereka sendiri kasut sebagai salah satu tarikan jenama Rack. Mana tahu, jika sambutan diberikan hangat, kami dapat membuka cawangan lain sekali gus memperkenalkan butik khas untuk lelaki," katanya.

Memilih 'Rack' sebagai jenama, ia punya kaitan dengan imaginasi dua beradik itu yang juga anak dara kepada penghibur terkenal Rohana Jalil, yang sukakan kehidupan penuh fantasi.

"Rack maksudnya adalah tanduk rusa. Kalau menonton filem fantasi, rusa sering digambarkan sebagai binatang yang ironi dengan dunia fantasi. Sebagaimana pakaian dan aksesori yang terdapat di dalam butik ini ia refleksi kepada imaginasi dan fantasi kami terhadap sesuatu fesyen.

"Semua rekaan pakaian yang terdapat di dalam butik ini dipilih dan direka secara peribadi oleh Kila dan kakak. Walaupun Kira orangnya agak rock dan gemar pada motif dan corak abstrak atau artistik, sementara saya pula menjurus gaya elegan namun citarasa kami seiring.

"Pendek kata, mereka yang membeli jenama Rack ini ibarat mereka sedang bergaya cara Kila dan Kira. Kami sukakan rekaan yang ringkas namun dalam setiap rekaannya itu haruslah memberi impak kepada si pemakai.

"Sasaran jualan adalah untuk kategori 'Yuppies' khusus buat remaja manakala 'Bums' untuk golongan dewasa. Keistimewaan label Rack ini terletak pada rekaannya yang eksklusif dan berbeza daripada butik sedia ada.

"Hampir semua pakaian yang terdapat di Rack adalah jenama antarabangsa antaranya dari Jepun, Eropah dan Amerika termasuk yang direka sendiri oleh Kira," katanya.

Gadis terkenal dengan jolokan Angelina Jolie Malaysia itu, menjelaskan pembukaan butik Rack adalah sebagai satu permulaan untuk masa depan yang lebih terjamin.

Untung nasib sebagai pelakon dan penyanyi belum pasti, justeru Kila optimis di usia semuda inilah mereka harus membuat persediaan untuk merancang masa depannya dengan mengaplikasi pengetahuan di universiti dalam kehidupan yang sebenar.

"Pun begitu, saya akan tetap aktif dalam bidang seni, cuma dengan ada butik ini saya harus memberikan tumpuan yang lebih. Kebetulan sampai sekarang saya belum menerima tawaran berlakon yang menepati citarasa saya.

"Tawaran yang diberi selalunya watak jahat dan perempuan gedik yang seksi. Saya rasa kurang selesa sebenarnya membawakan watak sedemikian kerana ia memberi persepsi negatif pada kehidupan harian saya di luar set penggambaran.

"Apapun, sekarang ini selain sibuk menguruskan butik, saya akan muncul dengan single terbaru selepas Roman iaitu Pasti. Ditulis dalam dua versi Inggeris dan Melayu, lagu itu dicipta Amylea AF3 juga penulis untuk lagu Roman.

"Saya suka bekerjasama dengan Amylea kerana dia faham konsep muzik yang saya inginkan. Berbeza Roman yang disampaikan secara duet bersama Tihany, Pasti adalah sebuah lagu solo balada istimewa daripada saya buat pendengar," ujar Kila.

Sementara itu, Kira yang menyambut ulang tahun ke-22 pada hari pelancaran butik berkenaan, memaklumkan, selepas ini dia mahu menghasilkan lebih banyak rekaan sendiri.

Keberangkatannya ke Australia bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti RMIT pada 2 Julai nanti, tidak menghalangnya untuk membantu Kila menguruskan Rack dari kejauhan.

"Saya akan berangkat ke Australia pada 2 Julai nanti. Sambil menumpukan perhatian pada pengajian, saya akan tetap membantu Kila dari segi stok pakaian juga rekaan terkini.

"Saya berharap dapat menghasilkan lebih banyak lagi rekaan, bermula daripada pakaian santai hinggalah ke majlis penganugerahan. Setakat ini beberapa gaun dan pakaian di sini saya hasilkan sendiri," katanya.


Emosi 2 Kalimah

Posted: 18 Jun 2012 07:51 AM PDT

MESKIPUN filem arahan pertamanya, Aku Terima Nikahnya belum ditayangkan di pawagam, namun keberanian wanita ini menyahut cabaran David Teo selaku penerbit dengan mengarahkan filem keduanya, 2 Kalimah dijadikan bukti wanita juga mampu menjadi seorang pengarah yang hebat.

Memulakan penggambaran semalam, filem terbitan Metrowelath (MIG) yang ke-80 itu mengambil sekali lagi Eyra Rahman sebagai pengarah dengan menggandingkan pelakon popular Shaheizy Sam dan Nora Danish sebagai watak utama.

Mengetengahkan genre Islamik, Eyra berkata, banyak mesej berkaitan percintaan ditonjolkan dalam filem ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perhubungan tanpa ikatan yang sah boleh mendatangkan mudarat dan memberi kesan kepada orang sekeliling.

Malah, setiap dosa besar yang dilakukan tidak perlu menunggu hari kiamat ketika masih di dunia lagi Tuhan sudah memberikan pembalasan.


"Tidak dinafikan filem ini hampir sama dengan filem bercorak Islamik yang lain, namun penyampaian dan mesej yang disampaikan adalah berlainan yang pastinya boleh menyentuh emosi.


"Saya diberi kepercayaan oleh David untuk menghasilkan genre filem mengikut cita rasa sendiri dan minat saya ialah mengarahkan filem bercorak seperti ini.
Selain itu, penerimaan masyarakat terhadap filem bercorak begini semakin meluas tambahan pula ia kini menjadi ikutan penerbitan mengarahkan drama atau filem berunsur kesedaran.

"Syukur segala idea yang saya curahkan turut mendapat sokongan penuh daripada ahli panel skrip malah gandingan dua pelakon hebat Sam dan Nora juga diharap mampu menarik penonton ke pawagam.

Memilih Sam dan Nora sebagai gandingan buat pertama kali pastinya dinantikan oleh peminat mereka, Sam yang semakin popular dan mempunyai kelompok peminatnya sentiasa muncul dengan projek terbaru manakala Nora pula semakin ligat menerima pelbagai tawaran drama dan filem.

Bercerita mengenai kedua-dua bintang itu, Eyra berkata, kerjasama yang pernah dilakukan dengan dua pelakon berkenaan meyakinkan dirinya mereka mampu memberikan lakonan yang hebat dan mantap.

"Saya baru saja selesai mengarahkan filem Aku Terima Nikahnya yang dilakonkan oleh Nora bersama Adi Putra, melihat kejujurannya dalam menghayati watak yang diberikan membuatkan saya yakin Nora boleh melakonkan watak Selena dalam filem ini dengan berkesan.

"Seperti Sam, melihat lakonan dan filemnya semua orang sudah tahu dia serba boleh. Walaupun terlalu banyak filem dan dramanya yang ditayangkan, saya yakin peminat tidak akan bosan malah akan sentiasa menantikan lakonan terbaru daripadanya.

"Ketika melakukan bacaan skrip, saya melihat sendiri bagaimana Sam dan Nora mencari keserasian bagi menghidupkan watak masing-masing dalam filem ini, justeru saya yakin kebolehan mereka tambahan pula kerjasama daripada semua krew, saya yakin akan berjaya," katanya.

Sementara itu, Nora yang pertama kali digandingkan bersama Sam merasa terharu dan gembira apabila dapat bersama-sama beraksi dengan pelakon hebat dan berkaliber seperti Sam.

"Siapa yang tidak mahu berlakon di samping Sam, puluhan drama dan filem sudah dilakonkan sehingga melayakkan dia memenangi beberapa anugerah.

"Pastinya pengalaman digandingkan bersama akan saya gunakan sebaiknya dan saya berharap keserasian dapat kami wujudkan sepanjang penggambaran filem ini demi menghidupkan perjalanan cerita.

"Saya juga teruja apabila seumur hidup sangat takut melihat mayat yang sudah berulat, tetapi untuk filem ini saya buang rasa takut dan fobia dengan menonton Youtube menyaksikan kejadian mayat berulat dan hancur bagi menghayati watak yang saya lakonkan," katanya.

Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.

Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Serlah kehebatan bermain alat muzik

Posted:

Serlah kehebatan bermain alat muzik

MAHER ZAIN menunjukkan skil bermain piano sebagai kejutan buat peminatnya di Malaysia.


SESEKALI, warna-warni industri muzik tanah air dihiasi dengan kedatangan penyanyi-penyanyi dari negara padang pasir.

Lagu-lagu berentak Arab dendangan artis-artis terkenal Timur Tengah seperti Pascal Mashalani dan Amr Diab pernah meniti di bibir rakyat Malaysia. Namun, bak angin yang berlalu pergi, mereka tidak pernah meninggalkan kesan yang nyata, sehinggalah tibanya nama Maher Zain.

Mula mencuri hati peminat-peminat tempatan sejak dua tahun lalu, penyanyi kelahiran Lebanon ini semakin komited dalam menyampaikan dakwah menerusi alunan muziknya.

Usaha murni beliau terpapar jelas dengan konsert kali keduanya, Maher Zain - Forgive Me Live in Malaysia yang berjaya menghimpunkan para pencinta muzik nasyid dari seluruh negara.

Konsert selama tiga jam yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur itu menyaksikan beliau begitu bertenaga menghiburkan peminatnya dengan 22 buah lagu yang disusun rapi komposisinya.

Ternyata penantian ribuan penonton yang membanjiri perkarangan stadium tersebut seawal pukul 5 petang terbalas apabila melihat raut wajah penyanyi tinggi lampai itu yang muncul sekitar jam 9.30 malam.

Lontaran vokalnya sewaktu mendendangkan lagu pertama, Sepanjang Hidup, disambut sorakan gemuruh penonton yang sebelum itu dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh dua artis jemputan iaitu Irfan Makki dan Raef.

Biarpun nama kedua-dua artis jemputan ini tidaklah semegah nama Maher Zain, kehebatan mereka dari sudut muzik tidak boleh disangkal terutamanya Raef yang berjaya menarik penonton untuk bersama-sama menyanyikan lagu Jumu'ah yang diadaptasikan daripada lagu Friday nyanyian Rebecca Black.



Bagi Irfan Makki pula, pengalaman melakukan persembahan pembukaan bagi Maher Zain digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan kebolehan vokalnya menerusi enam buah lagu termasuk lagu You Are Not Alone, lagu nyanyian asal Michael Jackson.

Tampil dengan sepersalinan hitam dan putih, Maher yang tidak lekang dengan topinya kelihatan begitu bergaya semasa menyanyikan lagu-lagu popular beliau seperti Freedom dan Assalamu Alayka sambil diiringi lambaian penonton.

"Apa khabar semua? Adakah anda semua sedang berseronok? Saya harap anda semua terhibur dengan persembahan saya," jeritnya kepada para penonton dalam bahasa Melayu.

Kefasihannya bertutur dalam bahasa tersebut ternyata mengagumkan para penonton yang tidak henti-henti bersorak sewaktu penyanyi itu menyelitkan frasa-frasa bahasa Melayu di dalam nyanyiannya.

Sekali-sekala, penyanyi yang sebelum ini pernah mencipta nama di Sweden itu turut memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan sambutan yang diterima daripada para penonton.

"Terima kasih kerana datang ke konsert ini, saya benar-benar menghargainya." ujarnya di pertengahan konsert bagi menaikkan semula suasana di stadium tersebut.

Kejutan

Demi memberikan persembahan terbaik kepada para peminatnya, beberapa kejutan telah dibuat oleh penyanyi tersebut sepanjang konsert tajaan Etiqa Takaful Bhd. dan One Drop Perfumes itu.

"Untuk persembahan seterusnya, saya akan menyanyikan sebuah lagu yang telah lama saya cipta. Ia merupakan ubahan muzik yang pertama saya tulis sepanjang karier sebagai penyanyi.

SELAIN mempunyai vokal yang baik, Maher Zain juga berkebolehan bermain beberapa jenis alat muzik.


"Anda semua merupakan orang yang pertama mendengar lagu ini," ujar Maher menunaikan janjinya untuk memberikan kejutan kepada para peminat.

Tidak dapat disangkal kejutan tersebut diterima baik apabila sebaik sahaja kru konsert terbabit muncul bersama sebuah piano, seluruh stadium tersebut bergema dengan sorakan para penonton.

Lebih istimewa, ia merupakan kali pertama bagi penyanyi tersebut bermain alat muzik secara langsung dalam konsertnya.

Sebaik sahaja beliau menekan nota pertama lagu Thank You Allah, keseluruhan pentas dimalapkan dengan limpahan lampu berwarna ungu, membangkitkan suasana yang begitu tenang.

Alunan suaranya yang dipacu rentak seruling, ditambah dengan kelincahan jari-jemarinya menari di atas piano membuatkan para penonton terbuai seketika.

Selain kemahirannya bermain piano, Maher turut memperlihatkan bakatnya dalam bermain alat muzik yang lain seperti gitar dan gendang.

Malah, sewaktu beliau memperkenalkan kumpulan muzik yang mengiringinya dalam konsert tersebut, beliau sempat beraksi dengan set gendang yang tersedia di atas pentas.

Melihat pemain-pemain muzik yang datang dari seluruh pelosok dunia seperti Belanda, Mesir, Sepanyol dan Malaysia, tidak hairanlah melihat pengaruh muzik yang pelbagai dalam karya tulisan Maher.

Peminat Michael Jackson

Sepanjang berlangsungnya konsert yang turut mendapat sokongan Tourism Malaysia itu, penyanyi yang meminati legenda pop terkenal, Michael Jackson, telah menyanyikan hampir kesemua lagu dalam album terbaharunya, Forgive Me.

Bagaimanapun, demi menunjukkan minat terhadap idolanya itu, Maher telah menyelitkan sebuah lagu popular artis tersebut, Man In The Mirror, dalam persembahannya.

"Saya akan menyanyikan sebuah lagu daripada Michael Jackson. Saya pasti anda semua akan terhibur dengan lagu ini. Beliau merupakan salah seorang daripada penyanyi kesukaan saya dan saya dedikasikan lagu ini kepada anda semua," ujarnya.

WALAUPUN sudah dua kali mengadakan konsert di Malaysia, Maher Zain tetap mendapat perhatian dan sambutan hangat daripada penonton.


Walaupun dipersembahkan di penghujung konsert, ternyata kebolehan vokal Maher serta kekuatan sedia ada lagu tersebut berjaya menghiburkan para penonton.

Maher juga harus dipuji atas kebolehannya berinteraksi di atas pentas.

"Saya ingin menguji anda semua. Anda perlu menyambung lirik yang saya nyanyikan," ujarnya bersemangat sebelum mengucapkan ayat You Know Who You Are?

'Ujian' itu disambut meriah oleh penonton yang kemudiannya menjerit beramai-ramai Number One For Me iaitu salah satu lagu paling popular milik penyanyi itu.

"Bagi persembahan terakhir saya, saya mahu anda semua ikut sama menyanyi," ujarnya ketika muzik pembukaan lagu terakhirnya malam itu, Baraka Allah Lakuma mula berkumandang.

Sejujurnya, jika dilihat daripada reaksi para penonton yang hadir, tidak mustahil kelibat Maher Zain akan muncul kembali dalam tempoh terdekat ini.

"Terima kasih saya ucapkan atas segala sokongan yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi," ucap Maher sejurus menamatkan persembahannya.

Amitabh bintang termahal

Posted:

Amitabh bintang termahal

KE tepi Shah Rukh Khan dan Salman Khan! Gelaran bintang termahal di Bollywood sebenarnya milik aktor veteran tersohor, Amitabh Bachchan. Amitabh juga telah mencatat sejarah apabila dia meraih kontrak bernilai puluhan juta ringgit yang disifatkan sebagai paling mahal pernah dicapai oleh pelakon di Bollywood.

Ia berikutan program TV yang dihoskan Amitabh, Kaun Banega Crorepati kini meraih populariti menggunung dalam kalangan penonton.

"Kaun Banega Crorepati adalah program TV yang sangat popular sekarang ini di India," ujar sumber kepada Daily Bhaskar.

Tambahnya: "Sebab itu, penerbit tidak teragak-agak untuk menawarkan kontrak baharu yang cukup lumayan."

Laporan tersebut menyebut Amitabh telah menandatangani kontrak untuk tiga musim baharu program yang menampilkan pertandingan kuiz itu.

Zain Saidin jadi rapper

Posted:

Zain Saidin jadi rapper

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ZAIN mengakui masih lagi berhubung dengan Rozita Che Wan.


Jika sekitar tahun 1990-an penyanyi dan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sasha Saidin pernah popular bersama kumpulan Elite, kini adiknya iaitu Zain Saidin yang merupakan seorang pelakon, bakal mengikut jejak langkahnya untuk bergelar penyanyi.

Sewaktu ditemui pada majlis pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Rozita Che Wan itu memberitahu dia bakal muncul dengan album sulung.

Menurut Zain, ketika ini proses rakaman berjalan dengan lancar dan berkemungkinan besar album sulungnya itu bakal menemui para peminat pada hujung tahun ini.

KOSMO!: Sebelum ini kakak Zain pernah dikenali ramai sebagai penyanyi. Adakah Zain tidak mahu mengikut jejak langkahnya?

ZAIN: Sebenarnya saya bakal melahirkan sebuah album tidak lama lagi yang berkonsepkan rap. Kini saya baru sahaja menyiapkan single pertama berjudul Transformasi dan saya sudah merancang untuk menghantarnya ke stesen-stesen radio.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebelum bergelar pelakon, saya memang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi dan meminati lagu-lagu rap. Malah, saya hampir bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman, tetapi tidak jadi atas beberapa sebab.

Boleh ceritakan sedikit mengenai proses penghasilan album berkenaan?

Setakat ini saya telah merakamkan sebanyak empat buah lagu iaitu Transformasi, Niat Khalifah, Cinta Jelita dan Oh Raya. Untuk album ini saya bekerjasama dengan abang ipar, Salyo Priyanto yang juga suami Sasha dan rakan saya iaitu DJ Anowl.

Mengikut perancangan, terdapat sebanyak enam atau tujuh buah lagu yang terkandung dalam album tersebut dan semua lagu dihasilkan oleh kami bertiga. Kalau tiada sebarang halangan, album sulung saya akan menemui peminat hujung tahun ini.

Kenapa anda memilih Transformasi sebagai single pertama?

Tranformasi menjadi pilihan saya kerana lagu ini menceritakan mengenai transformasi yang saya lalui iaitu daripada bergelar pelakon kepada seorang penyanyi. Saya percaya lagu ini akan menjadi kegemaran ramai.

Berkenaan dengan kerjaya lakonan, adakah anda pernah terfikir untuk mengembangkan karier di Indonesia memandangkan wajah kacukan seperti anda agak mudah untuk menembusi pasaran di sana seperti yang dilalui Ashraf Sinclair?

Saya memang ada terfikir untuk berbuat demikian, tetapi mungkin selepas saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon di Malaysia. Setakat ini tawaran lakonan yang diterima tidak putus-putus dan saya gembira untuk terus berlakon di negara sendiri.

Baru-baru ini timbul gosip mengenai hubungan Rozita Che Wan dan Beego. Apa komen anda mengenai gosip tersebut?

Kalau benar Rozita mempunyai hubungan dengan Beego, saya cuma boleh tumpang gembira. Malah, saya gembira kerana selepas ini saya tidak lagi dikaitkan dengannya, biarpun sudah banyak kali saya menjelaskan yang kami tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa sebelum ini.

Adakah anda masih lagi berhubung dengan Rozita?

Sehingga kini kami masih lagi berhubung, tetapi tidaklah terlalu kerap sangat kerana saya dan

Rozita sibuk dengan kerjaya masing-masing. Apa yang boleh saya katakan kami masih lagi berkawan seperti biasa.