Gosip Artis Malaysia |
- Awi Rafael Mengaku Ada Tattoo
- Zain Saidin Terpikat Dengan Kilafairy
- Iqbal Mazlan Tarik Diri Dari 'JJCM' - Takut Gemuk
Posted: 18 Jun 2012 10:33 PM PDT Kecoh beberapa minggu lepas apabila gambar seorang artis yang mempunyai tatto di lengan tanganya. Apabila ditanya pada tuan empunya badan adakah ianya benar, tuan badan hingga bersumpah mengatakan bukan. Rupanya memang dia, cumanya dia tak berani nak mengaku kesalahan lampaunya. Perkara macam ni tak boleh sorok, cuma janganlah buat statement sumpah2 yang tak baik... :) Dari fanpage Awi Rafael (link) Assalamualaikum semua, - --- |
Zain Saidin Terpikat Dengan Kilafairy Posted: 18 Jun 2012 08:23 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin mengakui terpikat dengan bakat nyanyian yang dimiliki bintang baru iaitu Kilafairy dan terbuka hati untuk bekerjasama dengan artis wanita itu. Zain, 28, berkata, dia berhasrat menyunting Kilafairy untuk berduet dalam lagu ciptaan beliau dalam album mininya nanti. "Kali pertama saya jumpa Kilafairy semasa kami muncul dalam program Jangan Tidur Lagi dan kami bersama-sama membuat persembahan dengan menyanyikan lagu daripada Eminem dan Rihanna berjudul Love The Way You Lie untuk program itu. "Keserasian kami di pentas membuatkan saya terpikat untuk mengundangnya berduet dalam salah sebuah lagu saya untuk album mini saya nanti," ujarnya. Bagaimanapun kata Zain, dia masih belum memberitahu hasratnya itu kepada Kilafairy dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Dalam pada itu, Zain berkata, dia yakin dapat diterima sebagai penyanyi apabila bakal muncul dengan single pertamanya berjudul Transformasi. Zain, berkata, popularitinya sebagai pelakon dilihat sebagai satu kelebihan buat untuk lebih mudah diterima sebagai penyanyi. "Insya-Allah lagu tersebut akan mula diputarkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat dan berharap penerimaan peminat terhadap lakonan saya akan memberikan kredit terhadap kerjaya nyanyian," ujarnya. Bagaimanapun kata Zain, itu tidak bererti dia boleh berpeluk tubuh dan mengakui banyak perkara yang perlu dilakukan untuk bergelar seorang penyanyi yang baik. Sementara itu, Zain berkata, bagi melancarkan karier nyanyiannya, dia akan menggunakan nama "Zain Da Pain" untuk kelihatan berbeza sesuai dengan genre lagu yang bakal dibawanya iaitu rap. Zain memberitahu, nama tersebut asalnya diberikan oleh kakaknya iaitu Sasha Saidin sewaktu dia kanak-kanak. "Sasha sering mengusik saya dengan nama itu dan ia sebenarnya sesuai untuk imej saya sebagai penyanyi rap selain dapat membezakan "Zain" seorang pelakon dan penyanyi," katanya. Bercakap lanjut mengenai singlenya itu, Zain berkata setakat ini dia telah menghasilkan beberapa buah lagu dengan kerjasama beberapa orang rakan dan abang iparnya iaitu Salyo Priyanto. "Saya dah siapkan beberapa buah lagu cuma tunggu masa sesuai untuk mengeluarkan sebuah album mini. Malah saya juga sudah mencipta sebuah lagu Hari Raya berjudul Oh Raya," katanya. - --- |
Iqbal Mazlan Tarik Diri Dari 'JJCM' - Takut Gemuk Posted: 18 Jun 2012 08:21 PM PDT PETALING JAYA: Aktor Iqbal Mazlan membuat keputusan untuk berundur daripada mengacarakan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) kerana rancangan itu telah membuatkan berat badannya bertambah. Iqbal atau nama sebenarnya Muhammad Iqbal Mazlan, 23, berkata tindakan itu diambil selepas dia mempertimbangkan keutamaannya adalah pada bidang lakonan berbanding bergelar seorang pengacara. "Saya sendiri yang mahu berundur daripada JJCM kerana pembabitan dalam program itu mengakibatkan berat badan saya bertambah kepada 78 kilogram berbanding 70 kilogram sebelum ini. "Bukan saya tidak hargai pengalaman dan peluang itu tetapi keutamaan saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi pelakon. Apabila berat badan meningkat sehingga memaksa saya menolak tawaran lakonan, maka lebih baik saya berundur dan tumpukan semula pada lakonan," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin. Selain Iqbal JJCM turut dikendalikan bersama Shiha (Mentor ) yang mana mereka telah melalui penggambaran sebanyak 17 episod. Kedua-duanya menggantikan pengacara Qi Razali. Program itu disiarkan pada setiap Ahad pukul 12 tengah hari di TV3. Iqbal menegaskan, pengundurannya daripada JJCM bukan disebabkan kritikan penonton yang mempertikaikan kemampuannya sebagai pengacara. "Saya akui bukan mudah menjadi pengacara program itu. Banyak perkara yang perlu saya pelajari seperti adab ketika menjamu selera dan etika mengacarakan program pemakanan agar tidak menyinggung penonton. "Walaupun prestasi saya mendapat kritikan di awal pembabitan JJCM tetapi pihak produksi berpuas hati dengan kerja saya sepanjang 17 episod program itu berlangsung. Jadi tidak timbul isu saya disingkirkan kerana gagal melaksanakan tugas pengacara seperti yang dikehendaki," katanya. Terbaru, Iqbal yang kembali berimej botak berkata dia kini sedang giat melakukan senaman di gimnasium bagi menurunkan berat badannya demi komitmen lakonan. "Kini saya sudah berjaya menurunkan berat badan kepada 76 kilogram sejak aktif membina otot di gimnasium atas tuntutan lakonan. "Selepas Hari Raya, saya akan masuk semula ke lokasi penggambaran drama Beret Hijau musim kedua. Sebab itu saya berkepala botak dan perlu dapatkan semula berat ideal iaitu 70 kilogram," katanya. Shiha Mahu Tumpu Pada Album Sementara itu, Shiha berkata dia tidak menyambung kontrak bersama JJCM kerana mahu memberi komitmen bagi mengisi masa dalam proses rakaman album pertamanya. "Saya tidak sambung kontrak JJCM bukan kerana kritikan atau prestasi yang tidak bagus tetapi memang sejak awal ketika menandatangani kontrak saya hanya mahu terlibat untuk 13 episod. Itu pun, pihak produksi minta saya sambung sehingga 17 episod. "Namun, ia hanya kerjaya sementara bagi mengisi masa sambil menyiapkan rakaman album saya. Kini komitmen dengan JJCM sudah tamat dan album saya pun akan dilancarkan pada bulan depan," katanya. GAM difahamkan, pelakon Iqram Dinzly bakal menggantikan pasangan itu sebagai pengacara bagi 'wajah baru' JJCM yang akan bermula pada 1 Julai depan. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |