OHBULAN! |
Foto Terbaru Marion Caunter Selepas 6 Bulan Bersalin Posted: 19 Jun 2012 11:16 PM PDT Sudah nama pun selebriti bertaraf antarabangsa, bagi Marion Caunter, mengekalkan imej itu mungkin sudah menjadi salah satu kewajipan. Selepas lebih 6 bulan sejak melahirkan anak perempuannya yang pertama, Leia Rose Caunter Nasarudin, kelibat Marion Caunter telah dilihat di majlis pelancaran rancangan baru Diva Universal, "Hot Guys Who Cooks". Dalam majlis itu, Marion kelihatan menarik dan langsing tidak seperti seorang ibu yang baru sahaja bersalin. Apa pun, OHBULAN! memang memuji tahap profesionaliti Marion dalam mengekalkan imejnya di kaca televisyen. Mari lihat beberapa keping foto yang diambil oleh jurugambar kami, Sherman Sim. Mungkin kita boleh dapatkan sedikit tips penjagaan badan dari Marion Caunter selepas ini, kan? Dalam pada itu, sebuah rancangan berjudul "Hot Guys Who Cook" bakal keudara pada 25 Jun ini di Diva Universal. Ia menampilkan 18 orang jejaka-jejaka kacak termasuklah Utt, Alex Yoong, George Young, Redza Minhat, Nat Ho dan beberapa orang lagi jejaka tampan dari seluruh Asia. Setiap minggu, ia akan menampilkan 3 orang jejaka dengan resipi masakan mereka yang didbuat dalam masa 7 minit serta berkongsi mengenai kehidupan dan juga resipi rahsia mereka. Bagi para wanita diluar sana, OHBULAN! pasti anda tidak mahu melepaskan peluang ini untuk melihat jejaka tampan. Apatah lagi mereka kelihatan lebih bergaya apabila memasak. Nantikan 25 Jun pada jam 9 Malam di Diva Universal. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Diva Universal Asia. |
Ibu Tiri Liyana Jasmay Failkan Cerai Posted: 19 Jun 2012 10:39 PM PDT Terkejut juga dengan laporan dari Utusan Malaysia semalam, dikatakan isteri kedua bapa Liyana Jasmay telah memfailkan permohonan cerai terhadap Jasmay Md. Shah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Ibu kedua Liyana Jasmay, Tengku Noraizah Sultan Abu Bakar telah memfailkan permohonan cerai mengikut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Negeri Selangor 2003. Tidak dapat dipastikan apakah punca Tengku Noraizah memfailkan cerai, kedua-dua mereka hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam masing-masing. Dalam prosiding itu, mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Julai ini. Untuk pengetahuan, bapa Liyana Jasmay adalah Pengarah Urusan syarikat perkhidmatan penyajian makanan, Besta Corporation Sdn. Bhd. Laporan asal oleh Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |