Adsense

Jumaat, 1 Jun 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


ZIZAN JUARA SUPER SPONTAN 2012

Posted: 01 Jun 2012 10:05 AM PDT

Juara Super Spontan telah diketahui sebentar tadi secara lansung dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara.

Kemenangan ini seolah oleh telah dapat diduga dimana tempat pertama dan kedua akan dimiliki oleh Zizan mahupun Johan.

Dugaan tersebut telah dapat disahihkan pada malam ini dimana kemenangan tersebut telah dimiliki oleh Zizan dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.

Tahniah buat mereka yang menang. Wah nampaknya Zizan tahun ini rezekinya mencurah curah... Tahniah..

Nabila Huda digelar Bohsia - Minta Jalan Kembali?

Posted: 01 Jun 2012 01:43 AM PDT



Terkedu bila dapat tahu isu ini, pastinya ramai yang ingin ketahui lebih lanjut apakah yang dimaksudkan tajuk diatas. Kata Nabila Huda lagi masuklah dan lihat di video ini anda pasti akan ingat untuk Jalan Kembali ke landasan yang sebenarnya, Janganlah anda berpikiran negatif sebelum melihatnya sendiri.

Jom layan video ini maklumat lanjut.




Katanya lagi nantikan kemunculannya didalam Filem Bohsia 2 - Jalan Kembali pada 7 Jun 2012 .. -buahmulut.com-

G.A.M Jgn marah yea berkenaan tajuk tu.

Amy Search, Mus May Dan Ibnor Riza Masuk UMNO Didedahkan - PAS ada Artis?

Posted: 01 Jun 2012 01:16 AM PDT


Zaman sekarang telah berubah, dahulu artis artis masuk ke pihak pembangkang mahupun kerajaan pastinya akan merahsiakan parti mereka.

Kini selebriti terkenal dan gah namanya seperti, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza hari ini menyerahkan borang penyertaan keahlian UMNO hari ini. Untuk makluman, antara artis lain yang sudah pun memasuki UMNO sebelum ini ialah Tan Sri Jins Shamsuddin dan Jamal Abdillah.

Antara kata-kata Amy Search ketika sidang media kemasukannya ke UMNO ialah:-

    Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya. Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja.

    Mus, 44tahun memberitahu beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.


G.A.M menganggap ini adalah salah satu langkah untuk remaja remaja menjadi sebahagian ahli belia daripada melepak tak tentu pasal. Walaubagaimanapun G.A.M khuatir sekiranya ada segelintir pihak, UMNO tidak mempunyai modal untuk mengheret anak anak muda menyertai UMNO.

Apa pun jutaan tahniah kepada UMNO kerana kini sudah mempunyai lagenda rock Malaysia sebagai salah seorang ahli mereka.-BERNAMA-

Persembahan Artis K-Pop di Hari Belia Negara 2012 Berharga 2 Juta?

Posted: 31 May 2012 07:51 PM PDT


Persembahan tidak senonoh dipaparkan pada Hari Belia Negara baru baru ini, benar benar mendapat tentangan dari sesetengah pihak, dimana persembahan mereka betul betul menonjol dan terjojol mata nampak spender sana sini, golongan yang melihat bukan sahaja remaja tetapi ibubapa juga, Adakah persembahan ini sudah menjadi trend di Hari Belia Negara.

Mungkin kerana akur dengan teguran dan kritikan pedas pelbagai pihak terhadap KBS, menteri nya pada hari ini iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf nya boleh di ikuti kat bawah.


PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.


"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan," katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.


Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.


Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. "Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.


Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.


Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.


Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.


"Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.


"Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi," katanya.


Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.


Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton.


Kerajaan Bayar RM 2 Juta? Persembahan Seksi?

Kita mengucapkan syabas kerana akhirnya menteri berlapang dada menerima teguran2 dari kita. Dan kita berharap pada masa akan datang, acara yang tidak berfaedah tidak akan diteruskan lagi. Jika benar2 ada keperluan membawa masuk artis luar negara, diminta agar mereka semua berpakaian sopan dan menari dengan rentak tari yang tidak keterlaluan.




Dalam pada itu kita berharap KBS juga boleh menjawab mengenai isu persembahan artis KPOP dibayar sebanyak RM 2 JUTA  baru-baru ini pada Perhimpunan Jutaan belia 2012.


Persoalannya pernahkah artis malaysia menerima bayaran seperti ini?

Keputusan Malaysia vs Filipina Perlawanan Persahabatan 2012

Posted: 31 May 2012 07:22 PM PDT


Perlawanan MALAYSIA VS FILIPINA 1 JUN 2012 – PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA | pastinya akan mendapat sambutan yang hangat dimana Skuad Malaysia bakal bertemu pasukan Filipina Jumaat ini, 1 Jun  2012. Walaupun pasukan Filipina masih bermain pada keupayaan amatur dan kebanyakkan pemain masukan negara mereka beraksi di liga luar, mereka tetap merupakan ancaman pasukan Malaysia kerana kedudukan ranking dunia mereka mengatasi Malaysia.

Nantikan siaran langsung secara live streaming Malaysia vs Filipina yang akan diupdate disini.

Keputusan penuh Malaysia vs Filipina akan diupdate dari masa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyokong pasukan Malaysia dalam pertemuan perlawanan persahabatan Antarabangsa Malaysia vs Filipina 1 Jun 2012 nanti. Malaysia Boleh! di Stadium Shah Alam. Perlawanan persahabatan ini adalah perlawanan kelas A.

KEPUTUSAN PENUH

                         MALAYSIA  (0)  VS    FILIPINA   (0)

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Mangsa boikot?

Posted: 31 May 2012 01:51 PM PDT

Hip

KETIKA dirinya lebih selesa duduk di rumah jika tidak terbabit dengan sebarang penggambaran, aktres remaja, Diana Danielle, terus menjadi mangsa cerita sensasi yang sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya.

Selepas didakwa lari dari rumah gara-gara cinta yang tidak direstui keluarga, terbaru pelakon berdarah kacukan Inggeris ini dikatakan diboikot jurusolek.

Desas-desus itu timbul apabila ada pihak mendakwa, sukar untuk mereka mendapatkan khidmat jurusolek bagi mendandan buah hati pelakon Farid Kamil ini. Beberapa kali juga jika nama Diana yang disebut sebagai artis yang perlu disolek, jurumekap yang ditanya akan mengelak dengan memberikan pelbagai alasan. Jika seorang dua yang menolak, mungkin mereka benarbenar tidak dapat memberikan kerjasama kerana terikat dengan komitmen lain. Namun jika ramai yang memberikan alasan serupa, terasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Apakah Diana pernah berbuat sesuatu sehingga menyebabkan jurusolek terasa hati?

Bertemu Diana sewaktu menghadiri tayangan perdana filem Jiwa Taiko lakonannya, di e@ Curve, Mutiara Damansara, malam kelmarin, soalan panas itu antara yang diajukan kepadanya.

Sambil mengakui pernah berlaku insiden yang mungkin menjadi pencetus kepada kontroversi berkenaan, namun tegasnya, semua itu dilakukannya dengan alasan kukuh, bukan sengaja mahu menyakitkan hati sesiapa.

"Saya akui memang pernah berlaku kejadian saya memadam solekan. Tapi saya buat begitu bukannya dengan sengaja. Sebaliknya kerana kulit saya sangat sensitif dengan satu jenama alat solek yang mereka guna.
Setiap kali jenama itu digunakan, kulit muka saya akan rosak.

"Mungkin jurusolek menganggap perbuatan saya itu seperti tidak menghormati tugas mereka.

Bagaimana saya mahu berkompromi jika ia merosakkan kulit wajah? Tapi, sebelum saya bertindak sedemikian, saya ada terangkan pada mereka secara baik dan meminta maaf jika perbuatan saya mengguris perasaan mereka," terang Diana sambil mempertahankan tindakannya.

Ditanya apakah benar garagara perbuatan itu dia kini menjadi mangsa boikot jurusolek, Diana berkata, dia enggan terlalu memikirkan soal itu kerana ia berada di luar bidang kuasanya.

"Jika benar ada jurusolek yang mahu memboikot saya, saya tak boleh nak kata apa-apa.

Tapi setakat ini, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa," tegasnya.


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Tiz Zaqyah Berjaya Menawan Puncak Gunung Kinabalu

Posted: 31 May 2012 11:05 PM PDT

Tiz Zaqyah Berjaya Menawan Puncak Gunung Kinabalu
Rasanya sudah lama MyGosip tak update mengenai Tiz Zaqyah, Dengarnya sekarang Tiz Zaqyah sedang sibuk dengan pengambaran drama bersiri untuk slot Akasia yang bertajuk Dejavu Di Kinabalu.. Dan pastinya sekarang Tiz Zaqyah sedang berada di Sabah. Apa yang lebih menariknya Tiz Zaqyah dan Aqasha serta beberapa krew untuk drama itu telah berjaya menawan Gunung Kinabalu semalam..

Ramai yang tak sangka Tiz Zaqyah yang comel molek sopan santun ni mampu mendaki Gunung Kinabalu yang juga gunung tertinggi di Malaysia tu, namun Tiz Zaqyah telah membuktikannya demi cinta beliau kepada seni…

"Alhamdulillah. Ramai tidak menyangka yang kami akan sampai ke puncak gunung Kinabalu. Ramai mempersoalkan tahap kekuatan mental dan fizikal kami, tanpa sebarang latihan untuk mendaki gunung ini.Jujur, kalau bukan kerana cinta dan pengorbanan kami untuk seni, takkan kami sampai di sana." (Tiz Zaqyah Zak)

MyGosip tabik spring la dekat Tiz Zaqyah, Kami yang berkali-kali ke Sabah pun tak sampai hati nak daki Gunung Kinabalu tu.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar Tiz Zaqyah yang berjaya menawan Gunung Kinabalu kat bawah ni…

Tiz Zaqyah dan krew drama dejavu di kinabalu

gunung kinabalu

gunung kinabalu dan kasut Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah di gunung kinabalu

Tiz Zaqyah Berjaya Menawan Puncak Gunung Kinabalu

Cincin Di Jari, Diana Danielle Nafi Di Risik Farid Kamil

Posted: 31 May 2012 08:08 PM PDT

cincin diana danielle pemberian farid kamil
Pada Majlis Malam Gala Tayangan Media Filem 'Jiwa Taiko' yang lalu, pihak media terlihat Diana Danielle memakai cincin di jari manisnya lantas menimbulkan tanda tanya adakah Diana Danielle telah dirisik oleh keluarga Farid Kamil sebelum ini?..

Untuk mendapatkan kepastian, Pihak media telah mengajukan soalan tersebut kepadanya dan Diana Danielle menafikan cincin itu adalah cincin merisik daripada Farid Kamil namun mengaku cincin itu pemberian Farid Kamil sempena ulangtahun ketiga percintaan mereka berdua..

Wah! dalam diam sudah 3 tahun mereka berdua ni bercinta kan?.. Tambah Diana Danielle lagi hubungan percintaan mereka berdua sedang di dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan namun masih belum dipastikan lagi sama ada dalam tahun ini ataupun tahun hadapan.. MyGosip harap segala perancangan Diana Danielle dan Farid Kamil untuk berkahwin akan berjalan dengan lancar hendaknya.. Lagi cepat lagi bagus kan..

cincin diana danielle

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pertahan kubu

Posted:

Pertahan kubu

Pertahan kubu

BERDIRI dari kiri: Anas (Go Gerila!, Adi (6ixth Sense), Dimas (Hujan) duduk dari kanan, Zimi (Sofazr) dan Taja (Black & Parallax berusaha keras mencurahkan kreativiti terakhir mereka untuk mempertahankan kubu sekali gus muncul sebagai juara sulung Versus pada malam ini.


MEREKA tidak pernah menyangka diberi kebebasan bereksperimentasi dengan muzik dan bersaing dalam satu pentas yang sama. Program realiti Versus di TV9 menjadi platform kepada lima band hebat iaitu Hujan, Sofazr, 6ixth Sense, Black & Parallax dan Go Gerila! untuk mencabar diri mengubah muzik malar segar menjadi muzik baharu buat peminat Malaysia.

Selama lapan minggu bertempur tanpa sebarang penyingkiran, malam ini adalah penentuan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara program realiti Versus sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000.

Tepat pukul 9 malam di TV9, 6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila!, Hujan dan Sofazr bakal mengegarkan Space U8, Shah Alam, Selangor dengan konfrontasi terakhir mereka.

Jika setiap minggu mereka diberi cabaran untuk mengubah dua buah lagu lama menjadi baharu, tetapi untuk malam final, mereka diberi tugasan menggubah empat buah lagu yang bakal memicu adrenalin peminat Malaysia.

Hujan mahu cuti

Berdepan dengan cabaran yang getir, Dimas yang mewakili kumpulan Hujan mengakui terpaksa mengenepikan semua urusan lain untuk praktis dan mengubah empat buah lagu lama menjadi baharu pada malam final ini.

"Memang mencabar dan tidak cukup masa. Selain fokus untuk Versus, kami juga sedang menyiapkan album baharu Hujan. Jika sebelum ini kami memperuntukkan empat atau lima hari untuk program ini dan selebihnya untuk album baharu Hujan, tetapi untuk malam final, kami terpaksa mengambil masa seminggu semata-mata menggubah empat buah lagu," ujarnya mengenai kumpulan Hujan yang bakal tampil dengan satu kejutan pada malam itu nanti.

Hujan bakal membawakan sebuah lagu baharu iaitu Ke Selatan dan dua buah lagu medley iaitu Lamunan Terhenti serta Dan Bila Esok pada malam final. Tidak cukup dengan itu, Hujan dan juga empat kumpulan lain juga perlu bersedia dengan sebuah lagu untuk final battle Versus.

Ditanya mengenai penampilan Hujan dengan muzik joget dalam persembahan sebelum ini, ungkap Dimas, kumpulan Hujan mahu peminat tahu sisi lain yang terdapat pada Hujan.

"Kami menyertai Versus kerana ia merupakan platform yang bagus untuk kami muncul mengadakan persembahan buat peminat setiap minggu di kaca TV. Bukan itu sahaja, kami juga mahu peminat tahu sisi lain yang terdapat pada Hujan yang mereka tidak tahu selama ini.

"Hujan juga teruja berkongsi pentas yang sama dengan empat kumpulan hebat lain untuk mengubah lagu," ujarnya ketika ditemui di Hardware Cafe, Space U8.

Mengakui peluang kemenangan boleh berpihak kepada salah sebuah daripada lima kumpulan yang bertanding, tutur Dimas, paling utama Hujan berharap dapat terpilih untuk membuat persembahan pada battle final nanti.

"Memang kami berharap untuk menang, tetapi semua kumpulan ada peluang kerana masing-masing ada kelebihan. Cuma, Hujan paling berharap dapat pergi sampai ke battle terakhir," jelasnya.



Ditebak dengan soalan, jika menang, apa yang bakal mereka lakukan dengan duit sebanyak RM200,000, kongsi Dimas, paling utama mereka akan pergi bercuti, kerana sudah berhempas-pulas bekerja untuk Versus dan menyiapkan album baharu Hujan.

"Ya, kami mahu bercuti. Dalam tahun ini sahaja, hidup kami begitu tertekan. Hujan bukan sahaja muncul dengan konsert akustik tetapi juga terlibat dengan Versus dan album baharu. Selain bercuti kami juga akan peruntukkan duit itu untuk studio rakaman dan perniagaan baju Hujan dalam talian," katanya lagi.

Jika Hujan dengan agenda mereka, bagi band Go Gerila! pula, mereka belum menentukan sama ada bakal kekal dengan kumpulan Go Gerila! selepas tamat Versus.

Go Gerila! tak gentar

"Kami tidak buat keputusan lagi. Sebabnya, selepas ini saya dan Aizat ada projek muzik sendiri. Amir pula ada album solo, tetapi, Insya-Allah kalau tiada aral melintang mungkin Go Gerila! akan keluar dengan single dulu," ujar Anas yang merupakan mastermind dalam pembentukan semula lagu-lagu pertandingan pada setiap minggu.

Berkongsi perasaan menyertai Versus, ujar Anas, Go Gerila! tidak menyangka mampu menarik peminat yang ramai meskipun mereka adalah kumpulan yang baru ditubuhkan semata-mata untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Sebelum ini kami tidak pernah berharap dapat masuk battle sebab tahu ia adalah 100 peratus daripada undian peminat. Tapi, tak sangka pula kami berjaya masuk battle sebanyak empat kali. Alhamdulliah, peminat dapat terima muzik yang Go Gerila! bawa dalam program ini," ujarnya.

Mengakui idea menubuhkan Go Gerila! datang daripada dirinya, Anas memberitahu, mereka tidak gentar untuk bermain dengan muzik yang tidak pernah dicuba selama ini.

"Kami mahu suntik sesuatu yang baharu untuk peminat muzik Malaysia. Versus memang merupakan platfom yang baik untuk kami memuntahkan semua kreativiti yang ada," jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangan pula, ujar Anas, jika Go Gerila! menang, mereka akan memperuntukkan duit kemenangan itu untuk pembinaan studio dan mungkin merancang perjalanan yang lebih jauh untuk kumpulan Go Gerila!.

Eksperimen 6ixth Sense

Bagi kumpulan 6ixth Sense pula, walaupun menyedari mempunyai peminat yang ramai, mereka tidak pernah meletakkan harapan boleh menang dalam pertandingan Versus.



Akui ketua kumpulan 6ixth Sense, Adi, walaupun Go Gerila! kumpulan yang baharu mereka mampu memberi muzik yang begitu maju, berkualiti dan bagus.

"Kami masuk Versus sebab kami suka bermain dengan pelbagai jenis muzik. Kalau ikutkan, kami mahu buat muzik yang variati untuk album 6ixth Sense, tetapi terpaksa akur dengan pengurusan yang mahukan kami buat sesuatu yang pendengar suka. Versus merupakan platform untuk kami bereksperimen dengan muzik," ujarnya mengenai 6ixth Sense yang bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Hossi untuk malam final nanti.

Keseimbangan Sofazr

Bagi Zimi dari band Sofazr pula, dia mengakui, Sofazr pada mulanya agak gentar untuk bereksperimen dengan muzik dan terlalu berhati-hati dalam mengubah lagu lama menjadi lagu baharu.

Malah, mereka terpaksa mengimbangi selera juri dengan selera peminat.

"Juri mahu kami tampil dengan muzik yang lebih berbeza, manakala penonton juga mempunyai pandangan tersendiri. Mereka lebih suka mendengar muzik yang sedap. Kami cuba seimbangkan kehendak juri dan penonton. Sebab itu, dalam persembahan Sofazr setiap minggu ada bahagian-bahagian muzik yang kami tidak ubah demi peminat," ujarnya.

Mengakui berada dalam tekanan lebih-lebih lagi untuk malam final, apa yang mampu dilakukan Sofazr adalah mereka akan tampil dengan kelainan dan memberi yang terbaik pada malam ini.

"Kami sedar kami berada dalam kedudukan paling bawah dalam senarai undian peminat. Tetapi, kami berharap lagu baharu Sofazr iaitu Berakhir dan dua lagu medley iaitu Basikal Tua daripada Allahyarham Sudirman dan Inilah Nasibku daripada kumpulan Nico dapat memuaskan hati juri dan peminat pada malam nanti," katanya yang berharap untuk muncul sebagai juara.

Jika Sofazr pernah muncul dua kali dalam persembahan battle, Black & Parallax pula sekadar mampu membuat persembahan battle sekali sahaja.

Ujian Black & Parallax

Menurut Taja yang merupakan 'kepala' kumpulan Black & Parallax, dia mengakui berasa sedikit kecewa kerana berpeluang hanya sekali sahaja muncul dalam persembahan battle.



Sedar setiap persembahan battle yang dipilih adalah menerusi undian peminat, jelas Taja, mungkin persembahan yang ditonjolkan Black & Parallax tidak cukup padu bagi peminat.

"Memang ada rasa kecewa sebab battle ini penting untuk kami sebagai kumpulan muzik membuktikan tahap kreativiti kami mengubah muzik sampai ke tahap mana. Tetapi, kami juga bersyukur kerana dapat menyertai battle sekali pada minggu ketiga dan menang menentang kumpulan 6ixth Sense pada malam itu," jelasnya.

Bakal muncul dengan lagu baharu yang tajuknya masih lagi dalam perbincangan untuk final Versus, Taja memberitahu, lagu tersebut merupakan lagu yang benar-benar akan menguji tahap vokal Black.

Malah, lagu itu lebih sukar dinyanyikan daripada lagu Drama King yang pernah Black bawa sebelum ini.

"Selain itu, Black & Parallax juga akan menyanyikan dua lagu medley iaitu Sekadar Di Pinggiran dan Merisik Khabar," ujarnya.

Menyentuh tentang perjalanan karier kumpulan itu selepas tamat Versus, ujar Taja, mereka belum membuat sebarang keputusan sama ada Black dan Meet Uncle Hussien (MUH) akan bersatu atau tidak.

"Kami adalah dua entiti yang berbeza. Baik Black mahupun MUH masih lagi tidak buat keputusan untuk bersatu sebagai Black & Parallax selepas tamat Versus. Memang ramai peminat mahu lihat kami bersatu. Kemungkinan, kami cuma akan buat projek khas Black & Parallax sahaja," ujarnya lagi.

Simpson dedah wajah anak

Posted:

Simpson dedah wajah anak

Simpson dedah wajah anak

JESSICA SIMPSON mendedahkan wajah anaknya, Maxwell Drew Johnson buat pertama kali kepada umum.


JESSICA SIMPSON baru melahirkan anak pertamanya sekitar sebulan yang lalu. Namun, selama sebulan selepas dilahirkan, penyanyi itu tidak mendedahkan wajah anaknya yang diberi nama Maxwell Drew Johnson kepada umum.

Namun, Simpson akhirnya mendedahkan wajah anaknya menerusi kulit muka depan majalah People sebagai perjanjian eksklusif beliau dengan majalah tersebut yang dilaporkan bernilai lebih RM5 juta.

Simpson yang kini bertukar kerjaya sebagai seorang pereka busana dilihat mendokong Maxwell dalam sesi fotografi tersebut.

Misi Imam Muda 3

Posted:

Misi Imam Muda 3

Misi Imam Muda 3

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


KESEMUA 10 orang peserta program realiti Imam Muda 3 bersedia memulakan cabaran untuk merebut gelaran juara Imam Muda yang baharu.


Sepanjang dua musim diterbitkan, program realiti Imam Muda yang mencungkil bakat dalam misi pencarian pendakwah muda telah menjadi sebuah program berbentuk keagamaan yang turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Setelah melahirkan Imam Muda Asyraf dan Hassan selaku juara pada musim pertama dan kedua, kali ini program tersebut kembali menemui peminat apabila 10 orang peserta bakal bersaing bagi merebut gelaran juara Imam Muda 3.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, program tersebut semakin mendapat sambutan yang menggalakkan berdasarkan jumlah penyertaan yang diterima pada sesi uji bakat.

"Pada musim ini, seramai 927 orang yang telah menyertai uji bakat pencarian Imam Muda 3 dan ia mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding penyertaan musim lalu.

"Selain itu, buat pertama kali Astro Oasis turut menjalankan uji bakat secara dalam talian. Menariknya, tiga peserta yang melakukan uji bakat secara dalam talian ini layak bersaing ke peringkat akhir," ujarnya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

Kesemua 10 calon yang bertanding ialah Mohammad Ramadhan Subky (Kuala Lumpur), 25, Fakhrulrazi Ibrahim (Pulau Pinang), 25, Omar Mohd. Mokhtar (Pahang), 21, Syed Mohd. Faris Syed Roslan (Perak), 26, Mohammad Hafiz Abdul Kadir (Kuala Lumpur), 27, Abdul Jabbar Mohammed Kahar (Selangor), 28, Megat Mohd. Zaid Megat Azmuddin (Perak), 26, Mohd. Azri Nami Mohd. Kamal (Johor), 21, Muhammad Nasir M. Yakub Ismail (Indonesia), 26, dan Abdul Rahman Naufal Mohd. Hatta (Johor), 21.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000, manakala naib juara akan meraih RM35,000 dan peserta yang mendapat tempat ketiga pula membawa pulang RM15,000.

Menurut Izelan, pembaharuan yang turut dilakukan untuk musim terbaharu ini adalah pelantikan Imam Muda Asyraf dan Hizbur sebagai murshid (mentor) dan akan dibantu oleh barisan naqib (tenaga pengajar) yang bertanggungjawab membimbing para peserta.

Ujarnya, pihak Astro Oasis juga turut memperkenalkan konsep mentor-mentee yang bermakna setiap peserta yang bersaing akan dibimbing oleh seorang mentor yang terdiri daripada bekas peserta Imam Muda dua musim lalu.

Peserta tunggal

Jika pada musim lalu dua orang peserta luar negara iaitu dari Brunei dan Singapura bersaing dalam program Imam Muda 2, saingan kali ini menyaksikan hanya seorang peserta luar negara yang bertanding.

Peserta tunggal tersebut ialah Muhammad Nasir M. Yakub Ismail atau lebih dikenali sebagai M. Nasir, seorang guru mengaji yang berasal dari Pengakalan Susu, Sumatera Utara, Indonesia.

Menurut M. Nasir, dia langsung tidak menyangka dapat layak sehingga ke peringkat akhir dan akan menggunakan peluang yang diperoleh dengan sebaik-baiknya serta mahu mendapatkan lebih banyak pengalaman.

"Apabila berjaya menyertai program ini, kemenangan bukanlah menjadi sasaran utama. Bagi saya, apa yang lebih penting setiap ilmu yang diperoleh itu akan digunakan sebaik-baiknya untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah," ujarnya.

Bakal memulakan siaran pada 1 Jun ini di Astro Oasis (saluran 106) setiap hari Jumaat pukul 9 malam, para penonton juga dapat menyaksikan program Imam Muda 3 di Astro Mustika HD (saluran 134).

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Lakonan kini nombor 2

Posted: 31 May 2012 07:40 AM PDT

MELANGKAH masuk ke butik elegan House of Doll (HOD) yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar dan melihat ratusan pakaian digantung rapi memenuhi rak, ia terus mengingatkan penulis kepada gaya peragaan yang sinonim dengan pemiliknya, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz.

Memang tidak menghairankan kerana HOD sememangnya jenama keluaran pelakon jelita itu yang sudah bersedia menawan penggemar fesyen tempatan selepas lapan tahun berjaya menjadi pelakon dan pengacara.

Apabila berbicara mengenai wanita ini, berputar soal tiga perkara yang cukup sinonim dengannya iaitu kecantikan, bakat lakonan serta gaya fesyen. Justeru, pemilihan untuk mengusahakan butik sendiri adalah satu keputusan yang sangat tepat.

"Daripada sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan 'haute couture' atau adi busana, semuanya diilhamkan daripada cita rasa dan rekaan Faz sendiri.

Bukan itu saja, HOD juga menyediakan pakaian untuk siang hari dan malam termasuk gaun ke majlis atau keramaian.

"Faz turut bergabung idea dengan pereka fesyen terkenal, Rizman-Ruzaini untuk koleksi eksklusif. Kenapa Faz pilih Rizman-Ruzaini? Ia kerana kami sudah bersahabat sekian lama. Malah mereka berdua memahami cita rasa selain tahu apa yang Faz mahukan.

"Misalnya, setiap kali Faz perlukan baju, Faz cuma hubungi mereka dan setiap kali mereka serahkan kepada Faz, Faz terus suka. Setakat ini mereka belum pernah menghampakan selera Faz.

"Bagi Faz, Rizman-Ruzaini dua gandingan yang sangat hebat. Mereka bukan saja pereka muda yang penuh daya kreatif tapi juga dihormati ramai kerana berjaya menghasilkan koleksi menarik dan unik," ujarnya.

Berasal dari Pekan, Pahang, wanita yang diperkenalkan menerusi filem Bicara Hati pada 2004 ini berkata, idea merealisasikan premis perniagaan itu tercetus apabila sering dihujani pertanyaan ramai peminat yang ingin tahu dari mana dia membeli pakaiannya.

"Sebagai artis, Faz faham bukan hanya hasil kerja kita saja yang menjadi perhatian, malah penampilan diri turut jadi tumpuan umum. Alhamdulillah, Faz amat bersyukur kerana setakat ini ramai peminat menyenangi penampilan Faz.

"Ada yang bertanya dari mana Faz beli pakaian dan mereka juga berminat untuk berpakaian macam Faz. Selalu Faz ditanya soalan seperti itu membuatkan Faz terpanggil untuk jual label sendiri supaya Faz boleh berkongsi koleksi pakaian kegemaran Faz dengan peminat.

"Biasanya penampilan Faz untuk majlis penganugerahan dan keramaian dengan bantuan khidmat pereka fesyen antaranya daripada Rizman-Ruzaini. Namun pakaian untuk ke acara anugerah biasanya berharga ribuan ringgit dan mungkin ia membebankan peminat Faz untuk membelinya.

"Justeru, dengan adanya House of Doll, Faz boleh berkongsi fesyen kegemaran Faz dengan peminat dengan harga yang lebih berpatutan. Ada banyak pilihan dan harga yang dijual mampu dibeli semua orang," katanya.

Dua tahun merancang secara berperingkat, Ahad lalu, perasmian HOD berjaya dilaksanakan dalam suasana ringkas tetapi meriah. Selain jenama HOD, baju yang terdapat dalam butik itu direka khas sendiri sebelum dihantar ke China untuk tujuan pembuatan. Selain itu, ada sebahagian kecil pakaian dibeli Faz ketika bercuti di luar negara.

Disebabkan jenama HOD menggunakan khidmat pengilang, maka kosnya juga lebih tinggi. Bagaimanapun, Faz enggan mendedahkan jumlah sebenar wang yang sudah dilaburkannya yang dirasakan mencecah ratusan ribu ringgit.

Malah menilai kos yang terlalu tinggi itu juga menyebabkan Faz hampir-hampir melupakan hasratnya untuk membuka HOD.

"Kos butik ini hanya dibiayai Faz seorang saja. Sebab itulah Faz ambil masa sampai dua tahun untuk memulakan perniagaan ini.

Salah satu sebabnya bukan saja kerana mengumpul wang tapi juga masalah lokasi.
Mujurlah Faz berjaya dapatkan lot di sini.

"Faz pilih menjalankan perniagaan di Bangsar kerana di sini ada banyak butik fesyen dan bagi yang sukakan fesyen, Bangsar adalah lokasi terbaik untuk mereka dapatkan pelbagai rekaan baru lagi eksklusif dengan pelbagai pilihan.

"Apapun Faz ingin tegaskan di sini bahawa Faz tidak pernah ditaja untuk mengusahakan butik ini. Untuk membuka butik ini, Faz memang berhabisan dengan menggunakan wang hasil titik peluh berlakon, mengacara dan menjadi duta produk.

"Bagi Faz semua orang boleh mengusahakan perniagaan ini kerana ia tidaklah sampai menelan belanja jutaan ringgit," jelasnya.

Selain jenama HOD, ada juga beberapa jenama dari luar negara yang dibeli Faz secara pukal sewaktu mengunjungi Eropah tidak lama dulu.

Berhubung jenama HOD, Faz berkata, ia sinonim dengan wanita yang ingin kelihatan comel dan cantik seperti anak patung.

"Perniagaan ini adalah keutamaan Faz sekarang sementara lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah, Faz berusaha untuk merealisasikan impian ini dan berharap ia dapat dikembangkan sebagai label yang popular," katanya.

Menyorot dunia lakonannya yang kurang berkembang kebelakangan ini, Fazura akui dia sendiri yang mengambil keputusan untuk mengehadkan pembabitan dalam bidang lakonan.

"Faz masih berlakon cuma tidak mengambil sebarangan watak. Sepatutnya Faz menjayakan drama Kau Terindah arahan Erma Fatima tetapi terpaksa menolaknya kerana ada beberapa babak yang melanggar prinsip Faz.

"Tidak lama selepas itu, Kak Erma sekali lagi menawarkan Faz berlakon dalam drama Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah namun Faz belum membuat keputusan kerana bimbang bertelagah dengan jadual penggambaran filem yang sudah diterima awal.

"Faz rasa teruja sebenarnya kerana tahun ini banyak watak yang ditawarkan kepada Faz sangat menarik tetapi ada yang menghalang pembabitan Faz apabila watak yang diberikan itu memerlukan Faz menjadi mangsa rogol, pelacur dan beralso atas katil.

"Sebenarnya sejak tahun lalu Faz sudah tetapkan syarat ini kerana Faz mahu menjaga hati Mama Faz yang sebenarnya tidak suka Faz berlakon. Namun mama masih menghormati keputusan Faz kerana faham Faz sangat meminati bidang ini.

"Justeru, Faz merasakan apa salahnya Faz memilih watak yang tidak menyinggung hati Mama yang juga penonton. Tambahan pula, tahun depan Faz dah nak masuk 30 tahun dan Faz mula rasa segan dan kurang selesa melakukan aksi keterlaluan," jelasnya.




Amour ulangi kejayaan Haneke

Posted: 31 May 2012 07:26 AM PDT

DUA kali mencapai kejayaan dalam anugerah perfileman yang cukup berprestij meletakkan pengarah veteran kelahiran Munich, Michael Haneke sebagai karyawan seni disegani.

Buat kali kedua selepas 2009, karya terbaru Haneke berjudul Amour diumumkan sebagai pemenang trofi paling unggul, Palme d'Or pada majlis gilang gemilang Festival Filem Cannes ke-65 yang baru melabuhkan tirai di Perancis pada 27 Mei lalu.

Sebelum ini, Haneke, 70, yang kini warga Austria, pernah menang anugerah itu menerusi filem The White Ribbon. Filem itu juga memang Filem Asing Terbaik pada Anugerah Golden Globe 2010.

Uniknya, Amour yang bermaksud cinta, menampilkan gandingan dua pelakon veteran popular Perancis, Emmanuelle Riva, 85, dan Jean-Louis Trintignant, 81.


Ia mengisahkan pasangan suami isteri yang berjuang meneruskan kehidupan selepas salah seorang daripada mereka menghadapi masalah kesihatan yang begitu kronik.


Salah seorang juri, pereka fesyen handalan, Jean-Paul Gaultier memuji persembahan dua pelakon veteran itu yang berjaya menunjukkan lakonan cukup mengagumkan dalam membintangi filem cinta warga emas itu.

Haneke sendiri berkata, beliau menghasilkan filem yang berkongsi pengalamannya dalam kehidupan keluarga sendiri yang cukup menyentuh perasaan.

Kemenangan pengarah yang fasih berbahasa Perancis itu memberi kejutan kepada segelintir penonton yang melihat karyanya bertemakan kasih sayang dan kemanusiaan kali ini berbanding karya yang bersifat keganasan.

"Wartawan sering meletakkan label kepada pengarah. Memang betul, sejak bertahun lamanya saya menumpukan kepada subjek keganasan, tetapi filem ini (Amour) pula membawakan tema cinta," katanya.

Haneke sudah membawa 10 filemnya ke acara anugerah ini sebelum ini termasuk Funny Games dan Hidden. Beliau antara tujuh pengarah handalan yang pernah menang anugerah sama sebanyak dua kali.

Anugerah Grand Prix atau tempat kedua diberikan untuk karya Reality arahan Matteo Garrone manakala pengarah Ken Loach menampilkan genre komedi menerusi The Angels Share yang menang tempat ketiga anugerah juri.

Pengarah Mexico, Carlos Reygadas pula diumumkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem bertemakan kekeluargaan iaitu Post Tenebras Lux.

Kenangan manis juga dikongsi bersama Mads Mikkelsen yang membintangi The Hunt yang meraih trofi Aktor Terbaik. Sebelum ini, dia pernah membintangi filem Clash of the Titans dan Casino Royale.

Juri iaitu aktor Ewan McGregor memuji lakonan Mikkelsen yang membawa karakter lelaki dipulaukan masyarakat dalam satu pekan kecil akibat dituduh mendera kanak-kanak. Ia disifatkan satu lakonan cemerlang.

Berkongsi kejayaan terlihat pada kategori Aktres Terbaik apabila disandang pelakon Cristina Flutur dan Cosmina Stratan yang melakonkan watak sahabat menerusi filem Beyond the Hills arahan Cristian Mungiu. Filem genre cinta dalam bahasa Romania ini turut membolot kategori Lakon Layar Terbaik.

Acara berlangsung selama 12 hari itu menyaksikan ramai selebriti popular termasuk dari Hollywood hadir pada acara permaidani merah seperti Brad Pitt, Nicole Kidman, Robert Pattinson dan Kristen Stewart. Tidak ketinggalan, bintang Bollywood, Aishwarya Rai.

Pemenang anugerah kali ini dipilih daripada 22 calon yang diadili juri terdiri daripada pengarah Itali, Nanni Moretti sebagai ketua juri dibantu aktor Ewan McGregor, Diane Kruger, pengarah Alexander Payne dan Jean-Paul Gaultier.

Turut mencuri tumpuan, pengarah Benh Zeitlin yang menang anugerah Camera d'Or untuk filem Beasts of the Southern Wild.




Khamis, 31 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


KRU Music Lancar Lagu Runut Filem 29 Februari

Posted: 31 May 2012 08:42 PM PDT

Selepas mencipta pelbagai kejayaan melalui penerbitan lagu tema bagi filem, antaranya "Penyembuh Rindu" Mawi dan Diana Danielle (Magika) dan "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain (Hikayat Merong Mahawangsa), KRU Music sekali lagi meneruskan tradisi dengan menerbitkan keseluruhannya 4 buah lagu untuk filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul "29 Februari" terbitan KRU Studios.

Walaubagaimanapun, hanya 3 lagu utama dipilih untuk dikeluarkan secara "single" untuk siaran radio iaitu "Kelip-kelip" nyanyian Remy Ishak, "Jagalah Diri" nyanyian Jaclyn Victor dan "Seperti Dulu" nyanyian Forteen yang mendapat sentuhan magis Edry Abdul Halim, pencipta dan penulis lirik yang juga merupakan pengarah bagi filem ini.

29 Februari

Dari Kiri Ameerais (Forteen), Edry Abdul Halim, Remy Ishak, Jaclyn Victor, One (Forteen), Ariz (Forteen), Michael Yong (Ketua Pegawai Operasi Red Box), dan Norman Abdul Halim (Presiden Eksekutif KRU Studios)

"29 Februari adalah sebuah filem yang amat kami nanti-nantikan di KRU Studios. Bagi menyemarakkan lagi promosi filem ini 3 buah lagu telah pun dipilih untuk dikeluarkan secara berperingkat untuk siaran radio khususnya untuk langganan nada dering bagi peminat-peminat muzik di Malaysia. 3 lagu daripada 3 penyanyi yang mempunyai latarbelakang yang berbeza serta masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri" kata KC Ismail, Timbalan Presiden KRU Music.

29 Februari

"Kelip-kelip" dari suara Remy Ishak
Sebagai pelakon utama filem "29 Februari", Remy Ishak dituntut untuk menyanyi di dalam filem muzikal ini. Bertitik-tolak dari situ, beliau turut menyumbang suara untuk lagu "Kelip-Kelip". Ini merupakan percubaan pertama Remy dan ternyata tidak menghampakan. "Kelip-Kelip" menceritakan tentang bagaimana seseorang itu dapat memberikan harapan kepada yang lain dengan keikhlasannya "menyinar bagai kelip-kelip" ketika di dalam kegelapan. Bersesuaian dengan Remy, lagu ini bakal sinonim dengan watak Budi di dalam filem "29 Februari".

"Jagalah Diri", Jaclyn Victor
"Jagalah Diri" yang berkonsepkan ballad amat sinonim dengan kekuatan vokal yang dimiliki Jaclyn Victor. Lagu ini menceritakan apabila kehilangan orang tersayang, tangisan dan kesedihan tidak akan mengubah keadaan. Lagu ini bersifat 'keakuran' dengan ujian takdir bagi mereka yang terpisah selamanya-lamanya. Dengan kemampuan vokal mantap Jac dan berbekalkan lagu yang berskala besar, ianya dilihat amat berpotensi dan mampu meneruskan kejayaan seperti yang pernah diraih oleh "Sedetik Lebih".

29 Februari

One, Ariz, dan Ameerais (Kumpulan Forteen)

Berlandaskan impak positif daripada aura "Berdua Bersatu", kehebatan Forteen selaku sebuah band yang berkonsepkan vokal berkumpulan sudah diketahui ramai. Sehubungan dengan itu, lantas Edry memberi kepercayaan kepada Forteen untuk membawakan "Seperti Dulu" memandangkan konsep lagu ini amat bersesuaian dengan kumpulan tersebut. "Seperti Dulu" menggambarkan harapan sekeping hati yang masih membayangkan impian untuk kembali bersama kekasih yang sudah terpisah. Apakah keaadaan akan sama jika bertemu kembali? Apakah keadaan masih "Seperti Dulu"?

"29 Februari" merupakan sebuah filem bergenre "biografi fantasi" di bawah arahan Edry Abdul Halim – pemenang Pengarah Harapan FFM23 pada tahun 2010 serta pemenang Filem Terbaik FFM23 melalui filem "Magika". "29 Februari" dipenuhi lakonan mantap Remy Ishak yang memegang watak Budi yang hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali dan berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British, penaklukan Jepun sehinggalah ke tahun 2012.

Dengarkan "Kelip-kelip" (Remy Ishak), "Jagalah Diri" (Jaclyn Victor), " dan "Seperti Dulu" (Forteen) yang bakal ke udara di seluruh stesyen radio tanah air dan saksikan klip video lagu tersebut yang bakal menemui anda pada bulan Jun 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com, Facebook www.facebook.com/29februari atau rangkaian "krustudios" di You Tube.

29 Februari

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Joe Flizzow Lancar Album Baru The President
  • Lagu Aspalela, Yahoo & Hampir Ke Situ dalam Soundtrack Filem Duyung
  • Album Solo Terbaru Irwansyah SOLITER
  • Original Soundtrack Dunia Baru The Movie
  • OST Album Soundtrack Ketika Cinta Bertasbih
  • Alibi Music Lancar Facebook dan Lagu Percuma
  • Aspalela: Lagu Paling Kontroversi Untuk Tahun 2007
  • Sabhi Saddi
  • IZ OIAM Berjaya Ke Konsert Jelajah Promosi Filem Antarabangsa
  • Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban
  • Drama WARIS Lakonan Umie Aida & Fizz Fairuz

    Posted: 31 May 2012 08:21 PM PDT

    Menyusuli AMUKAN POCONG, drama bersiri terbaru arahan Kabir Bathia, WARIS bakal menemui penonton TV3 pada 14 Jun 2012, setiap hari Khamis, 10.00malam.

    WARIS

    WARIS merupakan sekuel kepada KEKASIHKU SERU yang masih mengekalkan barisan pelakon asal seperti Datin Paduka Umie Aida, Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman dan Kuza.

    Mengisahkan kehidupan Marisa dan Rashad selepas 10 tahun, mereka kembali dihantui Waris apabila anak mereka, Amar berubah selepas kembali bercuti dari Terengganu.

    Berjayakah Mas Suri, Rashad dan Marisa menumpaskan Waris sekali lagi?

    Jangan lupa tonton mulai 14 Jun ini di TV3.

    WARIS
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto Blue Carpet AJL26 Fizz Fairuz
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Sekitar Pelancaran Drama Kekasihku Seru Lakonan Hairi Othman, Rose Iskandar
  • Umie Aida Bawa Watak Rohana dalam Teater Badai Semalam
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Akukah Tanggang & Mahsuri Bakal Ditayangkan di TV3
  • Drama Kerana Cintaku Saerah Sudah Bermula, Apa Pendapat Anda?
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Slot Lagenda Perkenalkan Drama Anak Betong
  • Zon Artis

    Zon Artis


    Faizal Tahir Akan Mengadakan Konsert Solo

    Posted: 31 May 2012 08:21 PM PDT

    FAIZAL TAHIR

    GOOD NEWS! Pada 1 Julai ini, Faizal Tahir akan kembali menghiburkan para peminat yang sudah merindui kelantangan suaranya menerusi konsert penuh solo pertama. Ianya akan berlangsung di KL Live.

    Konsert yang dijadualkan berlangsung selama satu jam itu dikhabarkan lebih menumpukan kepada kreativiti dalam susunan muzik berbanding aspek visual dan gimik persembahan. Seperti kata Faizal Tahir:-

    "Saya ingin memberikan muzik yang bagus kepada peminat. Saya percaya gimik persembahan lebih sesuai untuk program TV"

    Dianjurkan oleh syarikat Zackkoolg dengan kerjasama The 8 Unit, Faizal menganggap konsert kali ini sebagai kayu pengukur dalam kerjayanya dimana dianggarkan seramai 2,000 orang akan hadir.

    "Saya masih baru dalam industri hiburan dan konsert ini diadakan untuk menilai pencapaian saya dalam industri ini"

    "Akhir-akhir ini, ramai artis antarabangsa yang datang ke Malaysia. Jujur, saya risau konsert ini tidak mendapat sambutan selain kebarangkalian berlakunya masalah teknikal dan sebagainya. Tapi saya akan tetap memberikan yang terbaik"

    Sedikit info, konsert ini diadakan seiring dengan perlancaran album ketiga Faizal dan pada konsert itu nanti, Faizal akan menyanyikan 10 buah lagu termasuk lagu-lagu popularnya dan juga 'cover songs' dengan cara tersendiri.

    Zon Artis: See you there~

    Related Posts with Thumbnails

    Hazama Cuba Nasib Jadi Pelakon

    Posted: 31 May 2012 07:24 PM PDT

    HAZAMA BERLAKON FILEM CINTA ATAS TAR

    Setelah enam tahun bergelar penyanyi, juara Akademi Fantasia musim ke-9 iaitu Hazama akhirnya mengambil keputusan untuk mengembangkan bakatnya sebagai pelakon pula. Dilamar menjadi pelakon dalam filem Cinta Atas Tar arahan Ahmad Idham, menjadi medan dia mempertaruhkan bakatnya sebagai pelakon.

    Seperti kata Hazama yang kami petik daripada mStar:-

    "Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.

    "Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam 'Cinta Atas Tar',"

    Memandangkan baru pertama kali berlakon untuk sebuah filem, Hazama mengaku yang dia agak gementar berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham itu walaupun penggambarannya telah selesai pada Mac lalu. Hazama turut meluahkan rasa risau'nya jika lakonan'nya gagal memikat hati penonton.

    "Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak,"

    Mengenai perkembangan nyanyian pula, single lagu terbaru Hazama berjudul Majnun yang berkonsepkan balada sudah dimainkan di kebanyakkan radio dan mendapat sambutan yang bagus daripada para pendengar.

    Psstt: Nanti nak buat rumah daripada kontainer terpakai jugak la~

    Related Posts with Thumbnails

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Cara Halang Bintik Hitam

    Posted: 31 May 2012 09:50 PM PDT

    Selain jerawat, bintik-bintik pada muka anda boleh mencacatkan penampilan dan menghilangkan keyakinan anda. Pasti ramai yang mengalami masalah bintik hitam di bahagian muka anda. Sudah tentu bagi anda yang mengalami masalah sebegini telah cuba pelbagai cara untuk menghilangkannya.

    Ada kemungkinan anda juga telah cuba pelbagai produk untuk membaiki masalah yang timbul pada wajah anda ini. Mungkin produk-produk yang anda guna belum memberi kesan yang baik pada wajah anda dan mungkin juga produk tersebut tidak bersebuai dengan muka anda.Oleh itu apa kata anda cuba tips yang pihak OHBULAN! beri ini.

      

    1. Ubat Gigi 

    Ubat gigi antara 'ubat' paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

    2. Madu

    Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

    3. Susu Segar

    Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.

    Cubalah salah satu daripada tiga cara ini. Tetapi jika bintik hitam masih terus kekal bermakna anda sedang menghadapi masalah serius. Anda haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kulit mengenai masalah ini sekiranya kulit muka anda mengalami masalah bintik hitam yang serius.

    6 Kesalahan Fesyen Perlu Di Elakkan

    Posted: 31 May 2012 09:45 PM PDT

    Seringkali kita melihat masih ada orang yang berfesyen tetapi masih kelihatan tidak sesuai digayakannya. Ada juga yang kadang-kadang menjadi mangsa fesyen. Pihak OHBULAN! ada membuat sedikit kaji selidik tentang kesalahan dalam berfesyen untuk kaum lelaki. Kami harap tips ini dapat membantu anda.

    1. Memakai stoking Dengan Sandal
    Padanan ini cukup tidak kena langsung lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Jika anda kesejukan sekalipun, pakailah stoking bersama kasut kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.

    2. Jangan suai padan pakaian yang pelik-pelik
    Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, Turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan.

    3. Pakai untuk menunjuk-nunjuk
    Anda harus ingat dalam berfesyen " less is more " . Elakkan menunjuk-nunjuk label atau jenama pakaian anda. Sudahnya nanti ada yang menggelarkan papan iklan bergerak pula.  Pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana kerana itu lebih baik.

    4. Elakkan memakai sut pejabat tetapi mengenakan beg sandang
    Anda nampak tampan dalam sut pejabat anda, tetapi mengapa perlu menyandang beg? itu sudah silap. Sebagai lelaki berkarier, tidak ada salahnya anda berbelanja sedikit membeli beg pejabat, tentu penampilan anda lebih menawan bukan.

    5. Bergaya tidak kena tempat.
    Sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis. Tidak salah jika anda bertanyakan tema atau dress code untuk majlis tersebut. Jangan hentam keromo nanti anda juga yang malu. Jika ingin keluar makan malam dengan teman-teman cukup sekadar mengenakan kemeja-T, Seluar Jeans dan kasut yang sepadan. Tidak perlu berlebih-lebihan

    6. Pilih Baju ikut saiz badan
    Elak mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga 'melekat' di badan. Pilihlah saiz pakaian yang benar-benar sesuai dengan tubuh anda agar apa yang dipakai nampak elok dan menarik.