Adsense

Sabtu, 28 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Video Berita TV3 & Video Sebenar Kejadian Kereta Polis Diterbalikkan Berhampiran SOGO Perhimpunan Bersih 3.0

Posted: 28 Apr 2012 10:58 AM PDT

Kepala Pecah dilanggar kereta polis?
Sebuah kereta peronda milik pihak polis telah diterbalikkan oleh sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0 petang tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam empat petang. Kereta pegawai penyiasat polis itu dikatakan sedang melalui laluan berhadapan kompleks membeli belah SOGO. Peserta demonstrasi dikatakan membaling objek dan terkena anggota polis yang memandu kereta ini. Ia menyebabkan kereta ini terbabas.

Kumpulan peserta demonstrasi yang melihat kejadian kemudian mengerumuni kenderaan ini. Mereka seterusnya memecah dan menendang kereta ini sebelum menterbalikkannya. Difahamkan tindakan tersebut berlaku selepas didakwa melanggar penyokong Bersih 3.0 di situ. Kejadian tersebut telah menjadi isu, siapakah yang bersalah? Pemandu kereta ke atau penyokong bersih?

Dikatakan pula video yang ditayangkan di Berita TV3 telah diedit. Sama-samalah kita tengok video dibawah dan anda nilailah sendiri.

Video di Berita Utama TV3


Video Kejadian Sebenar Perhimpunan Bersih 3.0



Apa pandangan anda?

Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Sri Lanka (6-0) 28 April 2012 - Malaysia Menang

Posted: 28 Apr 2012 10:34 AM PDT

Berita Gembira Perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Sri Lanka telah berpihak kepada tuan rumah setelah berakhir malaysia mengalahkan Sri Lanka dengan keputusan 6-0. Perlawanan tersebut diadakahn di Stadium Shah Alam bermula jam 8.30 malam.

Skuad Negara telah menjanjikan persembahan terbaik pada malam itu dan berjaya menjinakkan Sri Lanka dimana ranking negara tersebut 186 didunia.

Ahmad Hazwan Bakri telah menjadi Hero pasukan malaysia dengan menjaringkan hat trick 3 gol pada perlawanan tersebut manakala 2 gol dari Wan Zack Haikal dan 1 gol diperolehi dari Azammuddin Akil. Kehebatan Ahmad Hazwan Bakri telah memberikan impak kepada Safie Salie dimana tiada menjaringkan sebarang gol pada perlawanan tersebut.


Saksikan Video Gol Malaysia vs Sri Lanka 28 April 2012 dibawah.

VIDEO GOL MALAYSIA VS SRI LANKA (6-0) 28 APRIL 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kejutan watak Ivan

Posted: 27 Apr 2012 04:54 PM PDT

Hip

Dindong Dantes akui teragak-agak terima tawaran berlakon Endless Love

MELANCARKAN karier lakonan lebih sedekad lalu, populariti yang ketika ini meluncur laju memberikan cabaran besar kepada Dindong Dantes dalam menentukan destinasi yang ingin dituju.

Permulaan karier jejaka berusia 31 tahun itu turut dibayangi oleh wajah kacaknya, malah aksi berani bergambar separa bogel menghiasi papan iklan menyukarkannya meyakinkan khalayak kepada bakat yang dimiliki.

Keintiman itu ada ketika mengganggu objektif sesuatu babak terutama apabila hal peribadi diutamakan berbanding kerja. - Dingdong Dantes

Dilahirkan sebagai Jose Sixto Dantes III, anak sulung empat beradik kepada pasangan ahli perniagaan, Sixto Dantes Jr dan Angeline Dantes yang membesar di Cubao ini seperti ditakdirkan untuk bergelar pelakon.

"Saya suka meniru sesuatu watak dan melakonkan babak dengan permainan," katanya yang mula didedahkan kepada dunia lakonan sejak usia tiga tahun.

Imbas Dantes, ketika dia masih kanak-kanak, keluarganya gemar ke pusat beli belah dan di situ, seorang ejen yang melihatnya menawarkan ruang untuk menjalani sesi uji bakat bagi iklan komersial, Carnation.

Pada era 1990-an, Dantes yang ketika itu menuntut di sekolah tinggi di Ateneo menyertai sebuah kumpulan dikenali sebagai Abztract Dancers selama setahun.
Perjalanan singkat itu tanpa disangka membawanya ke layar kaca apabila berpeluang menghiasi program remaja, Saturday Entertainment disusuli Eat Bulaga!.

Selesai persekolahan, Dantes memperoleh peluang yang merubah seluruh hidupnya. Seorang ejen komersial menawarkannya untuk program tengah hari di saluran, GMA-7.

"Ia menjadi titik permulaan kepada segala-galanya. Saya masih ingat program yang dijayakan itu adalah T.G.I.S (Thank God It's Sabado)," katanya yang berada di Kuala Lumpur, semalam.

Kerjayanya mendaki perlahan hingga memperoleh kepercayaan memainkan watak utama dalam beberapa projek besar drama berantai, selain filem.

Terbaru, Dantes beraksi dalam drama bersiri, My Beloved menemukannya kembali buat kali kelima dengan kekasihnya, Marian Rivera.

Mereka sebelum ini dipertemukan dalam drama bersiri popular seperti MariMar, Dyesebel, Ang Babaeng Hinugot Sa Aking Tadyang dan Endless Love (kini disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang).

Endless Love adalah adaptasi drama popular Korea, Autumn In My Heart diarahkan Mac Alejandre yang terlebih dulu menyatukan mereka dalam Ang Babaeng Hinugot Sa Aking Tadyang.

Bekerja dengan Rivera, katanya, ia memberikannya ruang cukup selesa apatah lagi keserasian antara mereka sudah tercipta sejak 2007.

"Sering kerjasama ini meninggalkan kesan lucu kerana daripada saling mencabar antara satu sama lain, ia berakhir dengan saya mengambil berat mengenainya di lokasi.

"Keintiman itu ada ketika mengganggu objektif sesuatu babak terutama apabila hal peribadi diutamakan berbanding kerja," katanya tidak menafikan, keserasian itu memudahkan dia dan Rivera mencari keseimbangan apabila di lokasi.

Di sebalik wajah kacak keanak-anakan, Dantes sebenarnya seorang yang serius apabila bekerja. Dia tidak mengambil ringan setiap watak yang dijayakannya dan kerja kerasnya itu menghadiahkan trofi Aktor Terbaik, Festival Filem Metro Manila 2011.

Dantes memperoleh trofi itu menerusi lakonannya sebagai pembunuh psiko bernama Ivan dalam filem seram, Segunda Mano yang menemukannya dengan Kris Aquino.

Dia tidak menafikan agak teragak-agak untuk menerima watak itu selepas membaca skrip dan mendalami segala tuntutan yang perlu dimainkan sebagai Ivan.

"Watak Ivan mengundang kejutan, bukan hanya kepada saya tetapi juga penonton. Namun saya mencabar diri dengan menerimanya kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza dalam karier," katanya.

Biarpun berjaya menggondol gelaran terbaik menerusi watak hitam itu, Dantes masih ingin memainkan watak romantik kerana sebahagian besar peminat menyukainya.

Namun seandainya diberi pilihan, peminat karya Christopher Nolan ini selesa berlakon dalam drama aksi meskipun secara peribadi, Dantes tertarik dengan genre komedi.

"Saya tidak mahu terkurung dalam kotak stereotaip dan terus selesa di situ," katanya yang bakal muncul dalam dua filem yang disasarkan untuk tayangan antarabangsa iaitu Dance of the Steel Bars dan Aswang Chronicles.

Kunci mulut soal perkahwinan

SEORANG yang optimis, Dantes agak tertutup apabila diajak berbicara mengenai kehidupan peribadinya meskipun kisah percintaannya sering menjadi bahan eksploitasi media.

Cinta pertamanya berputik dengan Antoinette Taus, namun gagal dipertahankan. Dantes seterusnya menjalin cinta dengan Karylle Tatlonghari tetapi berakhir pada 2008.

Dantes masih menjalin hubungan yang baik dengan Taus namun berbeza dengan Tatlonghari kerana sejak perpisahan itu, mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Percintaannya dengan Rivera pada awalnya dilihat sebagai gimik publisiti untuk menghangatkan drama lakonan mereka, namun ternyata cinta yang berputik itu semakin mekar biarpun terpaksa berdepan kesukaran setiap kali mahu keluar berdua.

"Kami sentiasa cuba mencari ruang untuk menghabiskan masa bersama. Masa kami terbatas tetapi setiap kali selesai penggambaran, kami akan merancang melakukan sesuatu seperti bercuti bersama.

"Tidak perlu lama, tiga hari sudah memadai untuk kami berehat dan melupakan soal kerja," katanya.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai perkahwinan, bibir yang tadi rancak meluncurkan kata-kata seolah-olah terkunci.

Perkahwinan baginya adalah sebuah ikatan suci dan kerana itu, baik Dantes mahu pun Rivera selesa menyimpan perkara itu untuk diri mereka.

"Ada perkara yang belum kami sedia berkongsi dengan umum dan hanya akan berbicara apabila tiba masa yang tepat nanti.

"Dia seorang yang mengambil berat, bukan hanya kepada diri saya tetapi juga mereka yang saya sayangi. Ia antara sebab yang membuat saya terlalu menyayanginya," katanya.

Info
TEMUI Dantes secara eksklusif di gerai Wanita Inspirasi di Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini dan esok yang memberi peluang kepada peminat Endless Love untuk bergambar, mendapatkan autograf dan beramah mesra dengan pelakon utamanya itu.

Fasha Sandha sah isteri Jejai

Posted: 27 Apr 2012 04:54 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PELAKON Fasha Sanda selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada jam 9.45 malam tadi di Hotel Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Pasangan dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Mohaiddin.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai

Posted: 27 Apr 2012 03:21 PM PDT

Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai
Tahniah MyGosip ucapkan buat pasangan yang penuh kontroversi, Jejai dan Fasha Sandha kerana mereka berdua telah selamat dinikahkan malam tadi.. Majlis pernikahan Jejai dan Fasha Sandha yang diadakan di tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara, ini berlansung dengan penuh meriah sekali dengan kehadiran lebih 250 orang tetamu.. Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Tomok dan isteri, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar.

Dalam suasana yang romantis, Fasha Sandha telah dinikahkan dengan Jejai tepat jam 9.45 malam tadi oleh bapak Fasha sendiri iaitu Hassan Umbichi Moideen.. Dengan dua kali lafaz barulah akad nikah ini disahkan oleh saksi.. dengarnya akad yang pertama tidak sah kerana Jejai terlupa menyebut perkataan sen..

Pada Majlis pernikahan yang bertemakan rona lavender ini, Fasha telah tampil anggun dengan persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini, manakala Jejai pula tampil dengan baju melayu putih lengkap bersampin..

Dalam majlis pernikahan ini, Fasha Sandha telah menerima RM8,888.88 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran pula dirahsiakan.. selain itu Fasha Sandha juga menerima tujuh dulang hantaran yang berupa sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note, coklat dan tepak sireh.

Manakala Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran yang berupa sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat, sebentuk cincin, dan sebuah buku berjudul Terima Kasih Atas Cinta Ini.

Sekarang selesai lah sudah majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai ni, Kira berakhirlah sudah kisah percintaan yang penuh dengan kontroversi sebelum ini.. selepas ini majlis resepsi pula akan menyusul yang akan di adakan di Perlis bagi pihak perempuan.. dengarnya Sebaik selesai majlis resepsi di Perlis tu nanti, mereka berdua bercadang ke Pulau Redang untuk berbulan madu… Mungkin selepas berbulan madu baru mereka berdua akan meraikan majlis resepsi yang akan diadakan di Bali, Indonesia tu nanti.. Apa-apa pun kita layan dulu gambar pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai kat bawah ni dulu…

Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai

fasha nikah

fasha dan jejai nikah

jejai dan fasha sandha nikah

Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai

jejai nikah dengan fasha

majlis nikah fasha

pernikahan fasha sandha

Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Saling melengkapi

Posted: 27 Apr 2012 07:29 AM PDT

JIKALAU sudah terpahat itulah jodoh dan ketentuan, tiada apa yang mampu meletakkan kata mustahil. Walaupun jauh terpisah, gigih merencanakan perjalanan masing-masing, namun sekiranya itu sudah dijanjikan, lari ke mana pun tetap akan bersatu jua.

Melewati tujuh tahun perkenalan termasuk tiga tahun terakhir menyemai cinta dan mencari titik keserasian, akhirnya aktres jelita, Fasha Sandha menerima lamaran daripada lelaki yang tidak lekang dikaitkan dengannya, Rizal Ashram Ramli.

Simbolik si pemilik senyuman manis yang terkenal sebagai pelakon bersama jiwa hatinya juga ahli perniagaan berjaya ini bagai penuh warna. Andaian dan teka-teki selama ini, pernikahan yang berlangsung malam tadi menjadi bukti yang meleraikan tanda tanya.

Usik Rizal yang tampak segak dengan persalinan putih yang tidak langsung mengalih pandangan kepada isteri tercinta yang manis dalam busana indah rekaan Rizman Ruzaini, inilah jodoh yang mengundang bahagia buatnya.


"Luar biasa perasaan ketika ini kerana akhirnya dia (Fasha) menjadi milik saya yang sah. Macam-macam detik yang kami lalui dan sepanjang itu juga, ia mengikat kasih sayang antara kami untuk terus mencintai dan percaya antara satu sama lain. Saya memang percayakan takdir dan jodoh, lantas keyakinan saya untuk impian membina hidup bersama berjaya direalisasikan.


"Alhamdulillah dan saya sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana mendengar apa yang kami hajati. Doakan kebahagiaan mengiringi perkahwinan kami hingga ke akhir hayat," katanya.

Rizal sah menjadi suami Fasha malam tadi dalam majlis tertutup di Windows On KL, Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.

Hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat dalam majlis ringkas namun penuh kemeriahan, baik Rizal mahupun Fasha menyifatkan saat itu peristiwa terindah buat mereka berdua.

Melihat isterinya sebagai pelengkap hidupnya, Rizal, 36, yang kagum dengan disiplin dan kesungguhan Fasha dalam bekerja percaya mereka mampu mencorak pelayaran rumah tangga dengan baik.

"Fasha wanita yang punya matlamat dan pendiriannya sendiri. Malah sejak awal mengenalinya, dia sememangnya memenuhi kriteria wanita pilihan saya kerana banyak minatnya yang sama dengan saya. Mungkin kerana kami bermula sebagai teman, kemudian rapat dan mula memahami baik atau kurang, saya melihat keserasian itu begitu kuat antara kami.

"Selepas ini saya tiada halangan untuknya bergerak aktif dalam lakonan kerana itulah minat dan kariernya sejak awal berkenalan dulu," katanya lagi.

Fasha yang baru saja menerima anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 buat kali keenam itu bagaimanapun lebih seronok berkongsi kisah perkenalan mereka serta rasa yakinnya terhadap Rizal.

Menyifatkan Rizal seorang yang penyayang, punya sifat kepemimpinan dan matang, Fasha percaya perkahwinan ini adalah satu keputusan terbaik untuk meraikan rasa cinta mereka.

"Kami bermula sebagai sahabat dan kemudian timbul rasa sayang sebelum menyemai perasaan cinta selepasnya. Justeru, kami memupuk keserasian itu perlahan-lahan dan mengenali hati budi dengan sedalam-dalamnya. Kami berkongsi banyak minat dan persamaan membuatkan rasa selesa itu wujud antara kami sejak awal berkawan lagi.

"Rizal seorang yang bijak dan sentiasa positif setiap kali berdepan kesukaran. Menjadi sahabat dan orang paling rapat dengan saya, dialah rujukan buat saya terutama apabila saya sudah semakin serius menjalankan perniagaan salun kecantikan, Chinta Salon ketika ini. Kami banyak berbincang dan berkongsi pendapat tidak sekadar soal peribadi, namun dalam pelbagai perkara.

"Paling penting, dia menerima setiap kekurangan dan kelebihan saya seadanya," katanya yang tidak pernah memikirkan soal status Rizal sebagai duda seorang anak, Putera Rayqal Ramli yang kini berusia tiga tahun.

Rizal pernah melamar Fasha pada pertengahan tahun lalu, namun ditolak dengan baik kerana ketika itu wanita jelita kelahiran Johor Bahru itu sedang sibuk mengukuhkan empayar perniagaannya.

Kali kedua tokoh usahawan berjaya itu sekali lagi meletakkan impian dengan melamar Fasha pada awal tahun ini dalam kereta selepas pulang makan malam dan ketika itu mengundang rasa yakin kepada Fasha untuk menerimanya.

Tambah bintang popular berusia 28 tahun ini lagi, apa yang penting ketika ini adalah keserasian dan persefahaman antara mereka untuk mencorak rumah tangga bersama nanti.

"Soal hilang populariti atau peminat akan mula meninggalkan saya selepas berkahwin adalah persepsi lama. Peminat sudah bijak dan tidak lagi menilai seseorang artis kegemaran mereka berdasarkan peribadi atau personaliti, sebaliknya hanya meletakkan bakat lakonan sebagai faktor utama. Saya percaya mereka akan setia menyokong dan turut berkongsi bahagia dengan kegembiraan saya ini.

"Alhamdulillah, Rizal seorang yang memahami dan sentiasa menyokong kerana dia tidak kisah untuk saya terus aktif berlakon. Cuma sebagai seorang isteri, saya akan lebih selektif memilih tawaran. Saya ingin menjadi pasangan hidup yang sentiasa punya masa dan ruang buat suami walaupun terikat dengan status selebriti.

"Cuma selepas ini saya akan pergi ke kursus memasak untuk menambah lagi ilmu dalam menyediakan makanan buat suami. Lagipun Rizal seorang yang kuat makan dan ingin jika kelapangan saya sendiri yang menyediakan juadah buatnya.

"Soal anak saya serahkan pada takdir dan rezeki. Jika kami diberikan awal, sudah tentu kami terima dengan penuh rasa syukur kerana Rizal mahukan anak secepat mungkin. Saya pula sudah sedia untuk menjadi seorang ibu dan melalui pengalaman mengandung itu.

"Mulai hari ini, semuanya berubah dan saya pasti akan menikmati setiap saat yang berlalu sebagai seorang isteri kepada cinta hati saya," katanya yang mengakui akan ke Pulau Redang untuk berbulan madu.

Pasangan yang akan mula tinggal bersama di kediaman baru Rizal di Ampang akan sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan sebelah pengantin perempuan pada 27 Mei depan di Taman Tasik Timah Tasoh, Kangar, Perlis.

Warga Harian Metro ingin mengucapkan tahniah kepada Fasha & Rizal, semoga bahagia ke akhir hayat.


‘Hasil keringat saya’

Posted: 27 Apr 2012 07:19 AM PDT

BAGAI sudah tersurat buatnya, sejak dari awal kakinya melangkah dengan kesungguhan menjadi anak seni, andaian kononnya ada lelaki kaya dan golongan VIP yang bersandar di belakangnya sudah sinonim dikaitkan.

Meskipun berkali-kali menafikan dan menjelaskan senario sebenar, namun kisah itu tidak pergi walau sesaat, sebaliknya persepsi dirinya ditaja dan hidup mewah dengan menjalin hubungan sulit dengan orang kenamaan terus melekat bagaikan suatu jenama buat dirinya.

Namun jauh di sudut hati berbisik, biarlah apa saja nak diperkata kerana apa yang penting keluarga dan diri sendiri percaya.

Zahida Rafik sudah tidak lagi menggambarkan wajah sugul kecewa dengan dakwaan seperti itu, namun selepas bertahun-tahun bergelumang dengan isu yang sama, ia sudah sedia dengan persalinan kalis peluru yang akhirnya mengundang senyuman.


"Jika saya terus fikir dan sibuk mengenangkan nasib, memang hidup saya tidak akan maju ke depan kerana terikat dengan pandangan serong orang sekeliling. Namun, jika dilihat dari perspektif yang lain, ia menguatkan semangat dan diri saya untuk terus berdiri walaupun tidak dinafikan ada kalanya timbul perasaan kecewa," katanya membuka bicara.


Ditanya perasaannya di sebalik senyuman yang terukir, jelas Zahida yang tenang dan sentiasa optimis berdepan segala kemelut, setiap kali adanya ruang bersedih dan terkilan, ia lekas diisi gelak tawa teman dan keluarga yang sentiasa berdiri di belakang.

"Memang dulu ketika awal menceburi lapangan ini saya mudah melatah dan cepat terasa setiap kali diperkatakan begitu. Maklumlah ketika itu saya belum lagi memahami permainan dunia hiburan. Namun, selepas makin lama mencipta nama, berlakon dan bergaul dengan ramai pelakon lain, saya mula sedar segala gosip dan spekulasi seperti ini adalah asam garam menjadi anak seni.

"Hakikatnya saya punya rangkaian perniagaan lain untuk menampung kehidupan. Alhamdulillah, ada saja rezeki dan peluang yang diberikan kepada saya terutama dalam menjalankan perniagaan. Sampai bila untuk saya bertahan menjadi seorang pelakon kerana ia tidak selama-lamanya kekal. Lantas sejak dulu lagi saya bersama keluarga sudah menjalankan perniagaan dan kebetulan ia adalah minat saya.

"Namun apabila kita senang sikit atau bergaya mewah, mula timbul kisah lain pula. Persepsi dan pandangan orang mula serong kerana selalu meletakkan hukum golongan artis ini dikaitkan dengan VIP sedangkan semuanya adalah usaha titik peluh saya. Lagipun sejak dulu saya memang seorang yang suka bergaya dan tidak ada kena mengena kerana ditaja.

"Sekarang saya memang tidak lagi aktif dalam dunia lakonan. Saya hanya meletakkan sepenuh fokus pada perniagaan yang dijalankan kerana ia lebih mencerminkan minat dan kesungguhan saya.

"Persoalannya, macam mana untuk saya menutup mulut orang daripada terus berkata atau membetulkan semula andaian mereka yang sememangnya melihat aspek negatif. Justeru, ada lebih baiknya saya berdiam diri dan terus memacu langkah ke depan tanpa perlu mengambil pusing kata-kata seperti itu," katanya.

Terbaru, pelakon jelita yang pernah membintangi filem Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta ini dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan pemimpin politik berpangkat menteri.

Kisahnya kian melarat hingga wujud pula pengakuan melalui surat terbuka yang didakwa ditulis Zahida sendiri bagi mempertahankan dirinya.

Peluang mendekati jiwanya pada majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di Ampang, petang Rabu lalu selepas hampir seminggu media memburunya, memberikan ruang untuk menjelaskan segala kekalutan.

Menyifatkan dirinya menjadi mangsa keadaan dan terus difitnah, Zahida yang enggan mengulas lanjut kerana dinasihatkan peguamnya bagaimanapun berkongsi sedikit pandangannya.

"Sebenarnya, semua yang kecoh diperkatakan ini adalah susulan daripada isu wang saya sebanyak RM200,000 yang dilarikan bekas pemandu peribadi saya, penghujung Februari lalu. Itu saja masalah yang timbul ketika itu hingga membuatkan saya melaporkannya kepada pihak polis. Itu adalah wang perniagaan yang saya jalankan, namun tiba-tiba ia dilesapkan bekas pemandu.

"Bagaimanapun, tiba-tiba selepas seminggu laporan saya dikeluarkan di dada akhbar, bekas pemandu saya pula yang tampil membuat laporan kepada polis dan mendedahkan perkara yang saya sifatkan tidak masuk akal. Dan kini saya terkejut apabila ada teman yang menghantarkan salinan surat terbuka yang kononnya pengakuan yang ditulis sendiri oleh saya.

"Saya jujurnya terkejut dan tidak langsung terfikir yang ia akan melarat sebegini hingga mengaitkan seorang menteri pula. Fokus dan tujuan asal saya hanya untuk menegakkan kebenaran dan memastikan bekas pemandu yang melarikan wang saya untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Itu saja dan tidak tahu pula ia bertambah rumit hingga begini.

"Namun, jika inginkan pandangan saya berkenaan menteri yang diperkatakan dan juga surat yang ditulis itu, saya tidak mampu mengulas lebih kerana pihak peguam tidak membenarkan saya berbuat demikian, bimbang ia akan disalah tafsir pula nanti. Saya hanya mengenali menteri yang dimaksudkan itu sebagai seorang pemimpin politik dan tidak pula mengenalinya secara peribadi.

"Soal surat itu adalah satu fitnah yang akan saya bawa ke tengah nanti. Saya tidak pernah menulis surat sebegitu dan kemudian mendedahkan ke Internet untuk tatapan umum.

"Apa yang berlaku adalah satu masalah yang begitu rumit dan saya di sini sebagai mangsa keadaan," katanya.

Selepas isu wang RM200,000, Zahida sekali lagi dikaitkan dengan seorang menteri yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengannya.

Menerusi surat terbuka yang tersebar di Internet, Zahida kononnya menafikan dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada seorang menteri sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Chow Kit pada mata Beto

Posted:

Chow Kit pada mata Beto

Chow Kit pada mata Beto

APABILA membicarakan tentang sebuah lokasi yang dikenali sebagai Chow Kit, sudah terbayang dalam minda segelintir masyarakat tentang kegiatan seperti pelacuran, kongsi gelap dan dadah.

Itulah sekelumit kisah yang cuba dipaparkan menerusi filem berjudul Chow Kit dengan menyingkap dua kisah yang berbeza dengan berlatar belakang realiti kehidupan yang dilalui segelintir masyarakat di kawasan tersebut.

Bakal ditayangkan pada 3 Mei ini di pawagam seluruh Malaysia, filem terbitan Lightbulb Pictures itu turut menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Namron, Dira Abu Zahar, Yasmin Hani dan Lana Nodin.

Salah seorang pelakon filem Chow Kit, Beto Kusyairy yang hadir pada sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini berkata, penampilannya dalam filem tersebut agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dibawakannya sebelum ini.

"Dalam filem ini saya membawakan watak sebagai Mojo, seorang lelaki yang dibebaskan daripada hukuman penjara dan berazam untuk memulakan kehidupan baharu bersama ibunya yang tinggal di Chow Kit.

"Bagaimanapun, Mojo masih terus melakukan kerja-kerja kotor seperti meragut dan menjadi orang tengah untuk mengedar dadah yang kemudiannya berada dalam keadaan dilema apabila tersepit antara dua kumpulan kongsi gelap semasa melakukan satu tugasan bersama rakan baiknya," ujarnya.

Kisah pertama dalam filem tersebut adalah mengenai sekumpulan remaja terbiar yang mengharungi kehidupan hitam di sebuah lorong Chow Kit. Apabila salah seorang rakan ahli kumpulan tersebut dirogol, mereka bersatu mencari keadilan untuk menuntut bela atas kejadian tersebut.

Sementara itu, kisah kedua pula berdasarkan tentang seorang ahli bekas kumpulan kongsi gelap di Chow Kit yang dibebaskan daripada hukuman penjara berada dalam keadaan dilema apabila terperangkap dalam situasi genting ketika melakukan satu tugasan terakhir.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai watak yang dibawakannya itu, Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan memberitahu, salah satu sebab dia menerima tawaran untuk berlakon dalam filem berkenaan kerana tertarik dengan karakter Mojo.

Jelasnya, meskipun watak Mojo digambarkan sebagai seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja jahat bersama rakan baiknya, tetapi apa yang dilakukan semata-mata mahu memberikan kehidupan yang lebih sempurna buat ibunya.


BETO banyak bergandingan dengan Sharifah Amani dalam drama-drama lakonannya.


"Pembabitan saya untuk filem ini lebih kepada kisah kedua yang menjurus kepada paparan mengenai permasalahan yang berlaku apabila kongsi gelap dan gengsterisme yang berlaku di Chow Kit.

"Di sebalik kegiatan negatif yang dilakukan, Mojo sebenarnya seorang lelaki yang sangat sayangkan ibunya setelah dia ditinggalkan oleh bapanya sejak kecil. Sejujurnya, saya cukup kagum dengan Mojo yang sanggup melakukan apa sahaja demi ibunya," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia risau sekiranya filem Chow Kit boleh menimbulkan kontroversi kerana memaparkan kisah hitam di kawasan yang paling menjadi tumpuan di ibu kota, pelakon berkenaan menyatakan banyak pengajaran yang boleh diperolehi menerusi filem tersebut.

"Saya rasa tidak akan timbul sebarang isu atau kontroversi dan saya percaya penonton sekarang sudah semakin bijak untuk menilai. Tidak dinafikan banyak juga pengajaran yang boleh didapati menerusi filem ini.

"Di sebalik tanggapan serong masyarakat terhadap Chow Kit, sebenarnya tempat tersebut cukup unik kerana di situlah dapat dilihat pelbagai kaum bekerjasama antara satu sama lain terutamanya menerusi kegiatan perniagaan yang dijalankan di situ," tutur pelakon berusia 32 tahun itu.

Namun begitu, Beto tetap berpandangan bahawa pihak berwajib sudah sewajarnya melakukan sesuatu supaya Chow Kit tidak terus dipandang sebagai sebuah kawasan hitam oleh masyarakat. Malah kata Beto, Chow Kit merupakan salah sebuah tempat yang paling menarik di Kuala Lumpur.

Gosip hubungan dengan Amani

Semenjak terbabit secara serius dalam bidang lakonan sejak tahun 2003, ternyata Beto yang sudah berumah tangga sangat jarang dikaitkan dengan cerita kontroversi yang membabitkan dirinya.

Apatah lagi kariernya sebagai pelakon telah diuruskan sendiri oleh isterinya iaitu Tisha Shahar dan menyatakan sangat selesa apabila mempunyai seorang isteri yang mampu menguruskan kerjayanya.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan bahawa pelakon berkenaan telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon wanita yang cukup popular iaitu Sharifah Amani.

Sewaktu ditanya mengenai dakwaan tersebut, ternyata pelakon yang ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran filem berjudul Bravo 5 itu meluahkan rasa terkejutnya terhadap dakwaan tersebut.

"Sebenarnya saya sangat terkejut kerana belum pernah lagi mendengar tentang perkara tersebut. Lagipun agak mustahil untuk saya menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita kerana isteri sentiasa berada bersama memandangkan dia juga merangkap pengurus saya.

"Jadi, saya anggap dakwaan ini sebagai mengarut dan tidak masuk akal langsung. Kalau boleh saya tidak mahu mengulas mengenainya dan mengenai hubungan saya dengan Amani pula tidak lebih sekadar seorang abang dan adik.

Menurut Beto, dakwaan mengenai hubungan istimewanya dengan Amani boleh timbul apabila mereka berdua dilihat selalu digandingkan dengan pelakon tersebut menerusi drama dan telefilem.

"Memang kami selalu berlakon bersama seperti drama Cita & Cinta, Kashaf Imani dan Sesungguhnya. Malah, saya tidak nafikan kami berdua merupakan pelakon yang serasi apabila digandingkan bersama-sama."

Selesa penampilan seksi

Sementara bagi pelakon Mazlina Hasan Nodin, 33, atau Lana Nodin, melakonkan watak sebagai seorang pelacur bernama Siah dirasakan paling mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon.


LANA berikrar akan terus kekal dengan imej seksi dirinya ini.


Namun, dia bersetuju melakonkan watak tersebut kerana tertarik dengan jalan cerita yang dihasilkan oleh penulis skrip, Shaharizal Hamzah dan Eenaz Mokhtar.

Jelasnya lagi, jika sebelum ini dia sudah sering melakonkan watak antagonis dan penggoda dalam drama dan telefilem, menerusi filem tersebut dia berpeluang untuk mencuba membawakan watak yang berlainan.

"Pembabitan saya dalam filem ini menerusi kisah yang pertama dan tiada kaitan dengan kisah yang kedua. Walaupun Siah merupakan seorang pelacur, namun naluri keibuannya sangat kuat dan dia tidak mahu anaknya, Tika mengalami nasib yang sama sepertinya.

"Setahu saya, apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku. Saya akui ketika membaca skrip yang diberikan, tiba-tiba saya menjadi sebak dan perasaan saya cukup tersentuh terutamanya babak anak Siah telah dirogol oleh pelanggannya sendiri," katanya.

Menceritakan pengalamannya sepanjang penggambaran filem tersebut sekitar awal tahun lalu, Lana memberitahu, dia dapat melihat sendiri situasi sebenar yang dilalui oleh penduduk di tempat tersebut.

"Jika mempunyai pilihan, saya percaya tidak ada wanita di dunia ini yang mahu menjadi seorang pelacur. Jadi saya berharap golongan sebegini tidak terus dipandang hina kerana ada dalam kalangan mereka yang sebenarnya tertindas dan menjadi mangsa keadaan," ungkapnya.

Sepanjang bergelar pelakon, nama Lana Nodin sememangnya sering menjadi sebutan ramai terutamanya penampilannya yang kelihat seksi pada pandangan mata sesetengah orang sehingga pernah digelar Pamela Anderson Malaysia.

Ujar Lana, dia menegaskan bahawa dia sama sekali tidak mengubah penampilannya itu kerana berasa selesa dan menganggap seksi adalah sesuatu perkara yang subjektif dan terpulang kepada penilaian masing-masing.

"Cara pemakaian adalah hak peribadi saya dan biasanya saya akan berpakaian mengikut keselesaan diri. Adakalanya, apabila saya tampil dengan memakai baju-T pun orang akan cakap saya seksi.

"Saya tidak mahu terlalu cepat melatah dengan isu-isu sebegini. Orang ramai berhak untuk menilai dan berkata apa sahaja, tetapi yang penting saya tidak menjejaskan nama baik keluarga dengan melakukan perkara-perkara terkutuk," tegasnya.

Jelasnya, dia lebih gemar sekiranya peminat memberi penilaian terhadap mutu dan gaya lakonan berbanding penampilannya. Malah, dia menegaskan akan terus kekal dengan imej dan penampilannya sekarang ini.

Berani Punya Budak tampilkan kelainan

Posted:

Berani Punya Budak tampilkan kelainan

Berani Punya Budak tampilkan kelainan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


PELAKON dan model terkenal Thailand, Supaksorn Chaimongkol turut memegang watak penting dalam filem Berani Punya Budak.


KEBANYAKAN filem genre aksi yang turut diselitkan dengan elemen komedi dilihat mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dalam kalangan penonton di negara ini.

Merujuk kepada penerimaan genre filem sedemikian yang diterima ramai, syarikat penerbitan dari Malaysia yang bekerjasama dengan syarikat dari Thailand iaitu Film Frame Production telah menerbitkan filem berjudul, Berani Punya Budak.

Bagaimanapun, filem tersebut sebenarnya merupakan adaptasi daripada filem berjudul Brave yang telah dihasilkan pada tahun 2007 dan cuma ditayangkan di Thailand.

Afdlin Shauki selaku pengarah Berani Punya Budak berkata, pihaknya berhasrat untuk menayangkan filem berkenaan di Malaysia pada tahun 2009, tetapi masalah cetak rompak yang berlaku menyebabkan hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

"Pada tahun 2010 saya telah merombak semula 30 peratus skrip asal filem Brave untuk menghasilkan filem ini. Rombakan yang dibuat bersesuaian dengan cita rasa dan budaya masyarakat di negara ini.

"Selain mengekalkan pelakon-pelakon asal seperti Awie, Sharifah Sofia, Supaksorn Chaimongkol, Pairote Boongerd dan saya sendiri, terdapat beberapa orang pelakon baharu yang turut serta iaitu Johan, Nabil, Adlin Aman Ramlie dan Riezman Khuzaimi," ujarnya pada majlis tayangan perdana filem itu yang diadakan baru-baru ini.

Berani Punya Budak mengisahkan mengenai Mike B (Pairote) dalam misi menyelamatkan abang iparnya, Tong (Afdlin Shauki) yang telah ditangkap satu kumpulan Mafia.

Dia terpaksa menceroboh sebuah syarikat kad kredit antarabangsa Bank Wealthy dan menawan penolong presiden syarikat itu, Lita (Supaksorn) untuk mendapatkan data maklumat pelanggan. Namun, usahanya sia-sia apabila kumpulan Mafia itu bertindak ingin membunuh Pairote dan Tong setelah mendapat data yang dicuri.

Menurut Afdlin, filem Brave sebenarnya lebih serius dan tidak memaparkan sebarang unsur komedi.

Bagaimanapun, setelah perubahan dilakukan dia mengambil keputusan untuk menerbitkannya dalam bentuk aksi komedi.

"Filem ini masih lagi memaparkan banyak aksi terutamanya yang membabitkan pergaduhan, tetapi elemen komedi yang diterapkan menerusi dialognya yang sangat kelakar setelah dialih suara ke bahasa Melayu.

"Kalau dalam filem Brave semua dialog menggunakan bahasa Thai, untuk filem ini pula 100 peratus menggunakan bahasa Melayu dan itulah kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini," ujarnya.

Menurut Afdlin, sekiranya Berani Punya Budak meraih sambutan yang sangat baik daripada penonton, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel filem tersebut.

Salah seorang pelakon, Awie yang ditemui pada majlis berkenaan berkata, dalam filem tersebut dia memegang watak sebagai John yang juga merupakan seorang pembunuh upahan.

Menurut Awie, watak John yang dibawakannya itu tidak banyak berdialog, seorang pengikut yang sangat taat dan setia serta mengikut segala arahan yang diberikan oleh ketuanya.

"Sebenarnya saya terbabit dalam babak-babak pergaduhan dan sebab itu dialog saya tidak terlalu banyak. Secara jujur saya sangat berpuas hati setelah melihat hasil filem arahan Afdlin ini.

"Paling menarik saya juga telah melakukan stunt sendiri dan banyak dibantu oleh rakan pelakon lain seperti Pairote. Namun, kalau diberi masa dua atau tiga bulan untuk membuat latihan, saya percaya dapat melakukan aksi stunt dengan lebih baik lagi," ujarnya.

Winnie K mahu buat suntikan botox

Posted:

Winnie K mahu buat suntikan botox

Winnie K mahu buat suntikan botox

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


WINNIE mahu melakukan suntikan botox pada bahagian pipinya selain melakukan pembedahan hidung.


PENYANYI berketurunan Cina yang popular menerusi lagu Kau Ada Di Mana, Winnie K merupakan antara penyanyi tempatan yang pernah mencuba nasib untuk mengembangkan karier nyanyian di Indonesia pada tahun 2008.

Selepas empat tahun berlalu, Winnie yang ditemui semasa majlis Selebriti Sokongan Riben Merah 2012 anjuran Majlis AIDS Malaysia (MAM) yang bertempat di Restoran Ecoba, Petaling Jaya pada minggu lalu memberitahu, kini dia masih berulang-alik ke negara tersebut setelah kehadirannya diterima ramai.

Bagaimanapun, ketika hadir pada majlis tersebut, seolah-olah terdapat perubahan pada penampilan dirinya dengan memiliki tubuh yang semakin kurus serta wajahnya yang kelihatan lebih cantik dan berseri-seri.

Menurut Winnie, meskipun ramai pihak yang memberikan pujian terhadap penampilannya itu, tetapi dia membuat pengakuan untuk melakukan sesuatu pada wajahnya itu.

Kosmo!: Adakah Winnie mengamalkan petua-petua tertentu sehingga kelihatan lebih menarik sekarang?

WINNIE K: Sebenarnya saya tidak melakukan sebarang petua rahsia, sebaliknya saya lebih kerap melakukan senaman dan akan ke gimnasium sebanyak lima kali seminggu. Bagi saya, sebagai seorang artis, penampilan diri sentiasa dijaga dan kita perlulah kelihatan cantik selalu.

Adakah Winnie telah melakukan sesuatu terhadap wajah?

Setakat ini saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan terhadap wajah, sebaliknya saya lebih banyak mengambil makanan tambahan. Namun, saya juga memang bercadang untuk membuat suntikan botox.

Apakah yang membuatkan Winnie mahu mendapatkan suntikan botox?

Selain menyanyi, saya juga sering kali menjadi pengacara dan wajah saya kerap keluar di televisyen. Apabila saya lihat wajah sendiri di kaca televisyen, ia kelihatan agak besar terutama pada bahagian pipi.

Kemudian saya bercadang untuk melakukan suntikan botox pada bahagian tersebut setelah disarankan beberapa orang rakan. Saya rasa itu bukan satu perbuatan yang salah, sekiranya ia mendatangkan kebaikan kepada diri saya sendiri.

Selain suntikan botox, apa lagi yang ingin Winnie lakukan terhadap wajah?

Pada masa terdekat ini mungkin saya akan melakukan pembedahan pada bahagian hidung pula. Namun, ia bukan atas sebab kecantikan. Sebenarnya hidung saya telah mengalami kecederaan apabila terjatuh semasa sedang melakukan latihan sebelum mengacarakan sebuah majlis korporat baru-baru ini.

Selepas kejadian tersebut pada masa-masa tertentu saya akan berhadapan dengan masalah pernafasan. Apabila membuat pemeriksaan doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan bagi mengelakkan kecederaan hidung saya bertambah parah.

Bagaimana pula dengan perjalanan karier nyanyian Winnie?

Pada tahun 2012 saya sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan album Melayu kedua selepas Kau Ada Di Mana yang diterbitkan empat tahun lalu. Lagipun sudah ramai peminat yang bertanyakan tentang bila saya akan menghasilkan album baharu.

Buat masa ini saya masih lagi sedang mencari lagu-lagu yang sesuai dan mungkin ada beberapa lagu yang akan diberikan oleh komposer luar. Misalnya, saya berkawan baik dengan gitaris kumpulan Ungu iaitu Onci dan dia ada meluahkan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada saya.

Apakah aktiviti yang Winnie lakukan selain menyanyi?

Sebenarnya saya mendapat tawaran untuk menjadi pengacara di majlis-majlis korporat. Pada bulan lalu saya telah ke China setelah ditawarkan menjadi hos untuk sebuah program televisyen di sana.

Jumaat, 27 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


40 Foto Pernikahan Fasha Sandha & Jejai Versi Hi-Res [Set 1]

Posted: 27 Apr 2012 08:30 AM PDT

Eksklusif untuk tatapan pembaca OHBULAN!, kami bawa kepada anda 40 foto sekitar majlis pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram, atau lebih dikenali sebagai Jejai, yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, pukul 8:30 malam tadi.

Kami pasti anda masih belum puas melihat suasana majlis pernikahan yang penuh eksklusif ini, hanya 300 tetamu sahaja dijemput termasuk para media. Kami akan paparkan set kedua foto pernikahan pasangan bahagia ini pada keesokan hari pula.

Tak lokek sekiranya anda kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan yang lain. Sharing is caring! :)

Hanya 2 Kali Lafaz, Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) Sah Bergelar Suami Isteri

Posted: 27 Apr 2012 07:04 AM PDT

Sebentar tadi, berlangsungnya majlis pernikahan antara pelakon, Fasha Sandha,28, dan juga Rizal Ashram, 36, (Jejai). Kedua-dua pasangan mempelai ini telah mengadakan majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.

Sumber : mStar Online & Mediahiburan

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar & Video) Fasha Sandha & Jejai Selamat Disatukan

Posted: 27 Apr 2012 08:24 AM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Setelah menempuhi pelbagai dugaan dalam hubungan percintaan mereka malah pernah melalui fasa perpisahan yang agak tragis, akhirnya Fasha Sandha dan Jejai bersatu juga dan dengan dua kali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Fasha Sandha dan Jejai dinikahkan oleh bapa kandung Fasha sendiri, Hassan Mohaideen dengan mas kahwin yang nilainya agak cantik iaitu RM8,888.88.

Pada majlis pernikahan tersebut, Fasha menerima, 7 dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskah Al-Quran dan telefon bimbit Galaxy Note. Manakala Jejai pula menerima 9 dulang hantaran antaranya coklat, sebentuk cincin, serta sebuah buku Terima Kasih Atas Cinta Ini.

GAMBAR PERNIKAHAN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Kepada Fasha Sandha dan Jejai, tahniah kami ucapkan kerana sudah bergelar suami isteri. Selamat menempuhi alam rumahtangga dan selamat berbahagia.

Related Posts with Thumbnails

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Awie Sebagai John Dalam Filem Berani Punya Budak

Posted: 27 Apr 2012 10:33 PM PDT

Salam pembaca semua, sudahkah anda ke pawagam untuk menonton filem BERANI PUNYA BUDAK? Ya, hari ini merupakan hari yang ketiga tayangan dan pada hari Sabtu yang cerah ini diharapkan tiada halangan untuk anda keluar ke pawagam.

Walaupun Budiey percaya ramai yang suka memilih untuk duduk diam di rumah ekoran demonstrasi jalanan Bersih 3.0 sedang berlangsung dengan rancak hari ini. Namun, anda ada pilihan untuk ke pawagam di luar KL untuk menonton wayang. Budiey pun merancang untuk keluar ke pawagam Wangsa Walk sekejap lagi.

Berani Punya Budak sebuah filem yang 'luar biasa' kerana ianya diolah dan diadaptasi dari filem berjudul BRAVE yang dibuat pada tahun 2007 dan filem ini tidak ditayangkan di Malaysia kerana ia untuk pasaran Thailand sahaja.

Namun begitu, filem BRAVE katanya telah masuk ke Malaysia secara haram (cetak rompak) yang sangat berleluasa ketika itu dan ada yang menonton filem yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan dari Malaysia yang bekerjasama dengan syarikat dari Thailand iaitu Film Frame Production ini. Jadi, tayangan Brave terpaksa dibatalkan oleh Afdlin Shauki.

Kerana itu, maka terhasillah BERANI PUNYA BUDAK yang diolah skripnya dengan sempoi dan gaya bersahaja oleh Afdlin Shauki. Sungguh kelakar dan sangat menghiburkan.

Vokalis kumpulan Wings, Awie juga turut berlakon dalam filem ini dan Budiey sempat berbual dengan beliau di majlis tayangan istimewa BERANI PUNYA BUDAK. Walaupun scene untuk Awie tak banyak, namun wataknya sebagai John pastinya diingati oleh penonton. Watak John tidak lain dan tidak bukan adalah seorang pembunuh upahan.

Tak banyak dialog untuk Awie, namun sikit sebanyak memberi cabaran juga untuk Awie kerana beliau dalam filem ini seorang seorang pengikut yang sangat taat dan setia serta mengikut segala arahan yang diberikan oleh ketuanya.

"Sebenarnya saya terbabit dalam babak-babak pergaduhan dan sebab itu dialog saya tidak terlalu banyak. Secara jujur saya sangat berpuas hati setelah melihat hasil filem arahan Afdlin ini. Paling menarik saya juga telah melakukan stunt sendiri dan banyak dibantu oleh rakan pelakon lain seperti Pairote. Namun, kalau diberi masa dua atau tiga bulan untuk membuat latihan, saya percaya dapat melakukan aksi stunt dengan lebih baik lagi."

Jadi, untuk peminat Awie ini masanya nak tonton filem lakonan beliau. Jom serang pawagam berdekatan anda untuk menonton BERANI PUNYA BUDAK. Memang puas hati sangat sebab ia menghiburkan, padat dengan aksi & komedi dan ianya sangat santai.

Gambar Awie di Majlis Tayangan BERANI PUNYA BUDAK

Awie Berani Punya Budak

Awie Berani Punya Budak

Awie Berani Punya Budak

Awie Berani Punya Budak

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Poster Filem Berani Punya Budak
  • Filem Berani Punya Budak
  • Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif BERANI PUNYA BUDAK
  • Gambar Awi Rafael di Anugerah Juara Lagu 26
  • Gambar Terbaru Arni Nazira Bekas Isteri Awie
  • Gambar Awie Pegang Watak Mak Nyah Dalam Apa Kata Hati
  • Gambar Hans Isaac di Red Karpet Anugerah Skrin 2007
  • Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini
  • Gambar Awie di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz
  • John Carter
  • Gambar Umie Aida Duta Jenama Marie France

    Posted: 27 Apr 2012 07:40 PM PDT

    Marie France melancarkan premium sehenti di Malaysia Timur

    Melakukan kecemerlangan di luar semenanjung, Marie France menawarkan perkhidmatan pelangsingan dan kecantikannya yang terkenal

    Perkembangan progresif Suria Sabah Shopping Centre bakal menyaksikan penambahan marquee dari Marie France di Malaysia Timur dengan pencapaian lebih dari dua dekad mentakrifkan semula bentuk badan yang menggiurkan.

    Dianggap sebagai pusat sehenti premium untuk keperluan pelangsingan dan kecantikan, 'Negeri di bawah bayu' ini kini boleh berbangga dengan perkhidmatan pelangsingan dan kecantikannya yang dapat memenuhi keperluan wanita yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

    SONY DSC

    Pelancaran dengan duta jenama Datin Paduka Umie Aida, pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia memberikan facade baru itu suatu wajah yang biasa dikenali. Memperkenalkan diri beliau dengan lawak jenaka dan stail yang bersahaja, Umie menceritakan kisah beliau berjuang mengatasi pertambahan berat badan. "Saya memang mempunyai masalah berat badan," kata beliau. "Tetapi dengan bantuan rakan-rakan di Marie France, saya kini gembira, sihat dan menjalani kehidupan dengan penuh semangat."

    Mengambil langkah daripada tradisi Marie France, beliau menjelaskan rawatan dan kemudahan yang terdapat di hab sehenti ini, sebelum Joanne Yeong, Pengarah Operasi Marie France berucap mengenai falsafah Marie France. "Perkhidmatan kami meningkatkan kesejahteraan dalaman dan luaran," beliau berkata. "Ianya merupakan pakej kesihatan yang menyeluruh yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Setiap wanita adalah unik dan berbeza. Umur, tabiat pemakanan, kerjaya dan tekanan peribadi merupakan faktor-faktor yang kami tentukan terlebih dahulu untuk mencipta suatu penyelesaian berdasarkan jangkaan yang realistik."

    Aktiviti-aktiviti pada petang itu termasuklah lawatan yang menampilkan pencapaian teknikal Marie France di dalam bidang pelangsingan dan kecantikan semenjak penubuhannya. Marie France menikmati akses istimewa kepada perkembangan kecantikan dan kolaborasi bersama institut-institut terkemuka yang telah dipupuk melalui rangkaian berlandaskan reputasi jenama terkemuka.

    Sebagai penerima guna pertama teknologi perintis, keberkesanan dan keselamatan setiap penemuan akan dinilai dengan teliti sebelum dimasukkan di dalam portfolio rawatan kami. Dari pengurusan pelangsingan badan, rawatan rambut dan rejim penjagaan kulit khusus untuk cuaca yang lembab, Malaysia Timur kini mempunyai gabungan pusat khas tanpa perlu berulang alik ke Kuala Lumpur.

    Pusat ini menampilkan tema sofistikated moden dengan panel putih berkilat namun mengekalkan suasana yang santai, digabungkan dengan personaliti bandar yang sibuk dan pesat berkembang yang bakal menyaksikan peningkatan di dalam permintaan perkhidmatan Marie France.

    Fasiliti yoga juga melengkapkan pusat ini dengan memberikan komponen interaksi untuk pelanggan dan individu yang berfikiran sama.

    "Kami percaya bahawa perbezaannya terdapat di dalam mengenalpasti keperluan setiap individu," kata Umie. "Setiap individu adalah unik; Marie France memahaminya dan menyesuaikan setiap perkhidmatan untuk pelanggan mereka. Dan kini, semuanya di bawah satu bumbung. Jadi, apa tunggu lagi, manjakanlah diri anda!"

    Untuk maklumat lanjut, sila layani laman web di mariefrance.com.my.

    SONY DSC

    SONY DSC

    SONY DSC

    SONY DSC

    SONY DSC

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Marie France's Suria Sabah Shopping Centre
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Umie Aida Bawa Watak Rohana dalam Teater Badai Semalam
  • Gambar A.Aida di Karpet Merah Anugerah Seri Angkasa
  • Gambar Erra Fazira Umie Aida Santai Main Badminton
  • Erra Fazira Janji Sokong Filem Hans Isaac
  • Gambar Diana Amir Bertudung di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Gambar Aida Gadis Melayu Bertunang Dengan Saiful Nizam
  • Nidji Bakal Dilantik Sebagai Duta Jenama Mister Potato