Zon Artis |
(Gambar & Video) Fasha Sandha & Jejai Selamat Disatukan Posted: 27 Apr 2012 08:24 AM PDT Setelah menempuhi pelbagai dugaan dalam hubungan percintaan mereka malah pernah melalui fasa perpisahan yang agak tragis, akhirnya Fasha Sandha dan Jejai bersatu juga dan dengan dua kali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur sebentar tadi. Fasha Sandha dan Jejai dinikahkan oleh bapa kandung Fasha sendiri, Hassan Mohaideen dengan mas kahwin yang nilainya agak cantik iaitu RM8,888.88. Pada majlis pernikahan tersebut, Fasha menerima, 7 dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskah Al-Quran dan telefon bimbit Galaxy Note. Manakala Jejai pula menerima 9 dulang hantaran antaranya coklat, sebentuk cincin, serta sebuah buku Terima Kasih Atas Cinta Ini. Kepada Fasha Sandha dan Jejai, tahniah kami ucapkan kerana sudah bergelar suami isteri. Selamat menempuhi alam rumahtangga dan selamat berbahagia. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |