Adsense

Khamis, 6 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Iqram Dinzly Ingin Mencari Calon Isteri

Posted: 06 Jan 2011 07:00 AM PST

Pada 29 September 2010 genaplah umur Iqram Dinzly 30 tahun dan sebelum tarikh tersebut beliau ingin mencari seseorang untuk menjadi pasangan hidup. JIka gagal Iqram akan serahkan kepada keluarga untuk mencari pasangan untuknya.
Berikut "Statement" Iqram apabila ditanya oleh wartawan mengenai jodohnya ..
"Saya akan masuk umur yang ke 30 pada tahun ini dan sememangnya saya mahu kahwin. Jadi, saya dah beritahu ibu yang saya akan cari calon isteri pada tahun ini juga.

"Kalau ditakdirkan tak ada mana-mana wanita yang sesuai menjadi isteri saya, saya serahkan kepada ibu untuk membuat pilihan," katanya

Fauzi Tak Tahu Lisdawati Masuk Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru !!

Posted: 05 Jan 2011 06:49 PM PST


Untuk pengetahuan anda di ZoOmartis Lisdawati dimasukan ke hospital ekoran sakit usus yang dialami di hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru pada 4/1/2010.

Fauzi yang dikatakan sedang melakukan penggambaran di Kedah hanya mengetahui Lisdawati dimasukkan ke hospital apabila kembali ke KL. Namun semuanya kerana Lisdawati tak nak menganggu proses penggambaran Fauzi dengan merahsiakan beliau ditahan dihospital.


Baiknya Lisda ni....bertuah Fauzi dapat isteri macam dia..

Apa kata anda ?


Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Angkatan pemuzik baru Loque

Posted:

Angkatan pemuzik baru Loque

Angkatan pemuzik baru Loque

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


KUASA baru yang dicetuskan oleh A.P.I yang dianggotai oleh (dari kiri) Imran, Din, AJ dan Loque menerusi lagu Pelita.


MEMANG sudah lama menjadi impian Loque untuk menubuhkan sebuah supergroup yang dianggotai oleh bakat-bakat hebat dan pakar dalam muzik masing-masing.

Tanpa selindung, Loque mengakui niat itu sudah tertanam di lubuk hatinya ketika masih lagi menganggotai kumpulan Butterfingers yang telah membawa namanya ke mercu.

Namun, semuanya itu dipendamkan sahaja kerana dia mahu menumpukan fokus kepada muzik dan perjuangan Butterfingers yang sudah tertubuh hampir 15 tahun itu.

Sebaik sahaja Butterfingers mengumumkan 'persaraan' mereka, Loque tidak menunggu lama untuk meneruskan legasi seninya menerusi karakter baru ciptaannya, A.P.I.

Biarpun sibuk dengan jenama baru menerusi kumpulannya, Monoloque, namun untuk Loque, dia mahu memberikan santapan baru menerusi A.P.I yang telah meledak dengan lagu mereka, Pelita.

Menggabungkan bakat pemuzik handalan dari beberapa kumpulan indie ternama negara, Loque sememangnya cukup teruja dengan penubuhan A.P.I.

"Ini sesuatu yang sudah lama saya idamkan dan saya mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa industri seni tempatan sebenarnya mempunyai banyak bakat yang tanpa kita sedari.

"Sepanjang empat tahun saya ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Boston, Amerika Syarikat, saya sudah mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menganggotai supergroup ciptaan saya ini," kata Loque membuka bicaranya pada sesi fotografi yang berlangsung di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Mereka yang dimaksudkan Loque ialah pemain drum kumpulan One Buck Short iaitu Imran; pemain gitar Estranged, Din Hormatov serta AJ yang merupakan pemain bass dari kumpulan Pop Shuvit.

Tidak dilupakan, A.P.I. turut didokong oleh Loque yang memegang pelbagai portfolio iaitu gitaris, pemain piano, penyanyi latar, komposer serta penulis lirik.

Tidak cukup dengan nama-nama hebat itu, A.P.I juga dikuatkan lagi dengan gabungan mantap dua vokalis iaitu Noh dari kumpulan Hujan dan Azlan & The Typewriter yang menjadikan A.P.I memiliki keunikan tersendiri.

Kesemua hadir pada sesi fotografi yang telah diaturkan itu kecuali Noh dan Azlan & The Typewriter yang mempunyai urusan peribadi yang tidak mampu dielakkan.

Ternyata percubaan pertama Loque menerusi A.P.I memang bukan satu kerja yang sia-sia apabila lagu Pelita bukan sahaja menjadi siulan ramai anak muda.

Tetapi juga menjadi salah sebuah daripada 14 buah lagu yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) yang akan berlangsung Ahad ini (9 Januari).

Sehingga ke hari ini, Loque bagaikan terapung di awangan dengan kemaraan lagu Pelita ke pertandingan lagu yang dianggap sebagai cukup berprestij itu.

"Mungkin kedengaran agak klise, tetapi, sebagai komposer dan penulis lirik lagu ini, saya memang tidak kisah tentang soal menang atau kalah.

"Sebaliknya, untuk tersenarai sebagai salah seorang finalis merupakan satu rahmat besar dan kejayaan terbaik buat saya serta anggota A.P.I yang lain.

"Adat pertandingan pasti akan ada menang dan kalah. Seandainya lagu Pelita dijulang sebagai juara, saya benar-benar bersyukur dan akan meneruskan projek A.P.I yang sudah berada dalam minda saya ketika ini," katanya sambil menyimpul senyum penuh makna.

Bercerita ringkas tentang lagu Pelita, jelas Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annuar semuanya bermula ketika Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) memintanya untuk mencipta lagu tema bagi filem Hooperz.

Ketika itu, Butterfingers baru sahaja membawa haluan masing-masing dan sudah tertulis rezeki berpihak kepada Loque untuk menggalas tanggungjawab itu.

Subjektif

Idea untuk mencipta lagu itu timbul pada ketika dia sibuk dengan pengajiannya di Kolej Muzik Berklee, Boston, Amerika Syarikat sekitar empat tahun lalu.

"Dalam tempoh itu, saya mencipta melodi dan liriknya tetapi merasakan seperti sesuatu yang tidak kena seandainya saya yang menyanyikannya sendiri.

"Lalu, apabila projek A.P.I muncul, pada ketika itulah saya fikir lagu Pelita ini layak untuk dipersembahkan oleh kami. Alhamdulillah, ia diterima dengan baik dan ia cukup menggembirakan saya sebagai komposer serta penulis liriknya," cerita Loque yang berusia 32 tahun itu panjang lebar.

Saat diminta untuk menceritakan tentang keunikan lagu Pelita itu, jawapan Loque disulami dengan ketawa kecil.

Katanya, dia sendiri sukar untuk memberi jawapan kepada persoalan itu kerana baginya, kehebatan dan keistimewaan sesebuah lagu itu adalah subjektif.

Penilaian orang adalah berbeza dan bukan semua suka atau minat dengan lagu yang kita hasilkan. Kalau ditanya kepada saya, lagu Pelita merupakan sebuah lagu yang cukup ringkas tetapi pantas menangkap halwa telinga.

"Liriknya juga tidak kompleks dan rumit kerana jalan ceritanya cukup mudah difahami. Justeru, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai karya itu daripada kaca mata mereka sendiri," ujar Loque yang akan muncul dengan album pertama bersama Monoloque, Hikayat Halimunan Abad Ke-21 tidak berapa lama lagi.

Ketika diminta pandangannya terhadap AJL yang sudah memasuki usia suku abad, Loque memberitahu dia cukup kagum dengan penganjuran anugerah yang diwujudkan khusus untuk mengiktiraf komposer dan penulis lirik tempatan itu.

Pada hematnya, AJL telah memperlihatkan evolusi muzik yang sangat ketara dan apa yang dapat dilihat sekarang ini adalah kebangkitan anak-anak muda menerusi karya ciptaan mereka sendiri.

"Kalau diperhatikan, lagu-lagu ciptaan komposer terdahulu kebanyakannya dinyanyikan oleh penyanyi yang dipilih. Tetapi, sekarang kita sendiri dapat melihat transisi muzik tempatan apabila lagu itu dinyanyikan sendiri oleh komposer.

"Ia sekali gus memberikan gambaran yang cukup positif bahawa perkembangan industri muzik hari ini yang kian pesat membangun," ujarnya sambil menitipkan pesanan buat komposer muda agar jangan sesekali meminggirkan aspek kualiti.

Seperkara yang cukup menarik perhatian dan barangkali menjadi tandatanya ramai peminat muzik tempatan adalah maksud di sebalik akronim A.P.I itu yang sehingga kini tidak pernah terjelas.

Ada yang beranggapan A.P.I membawa maksud Angkatan Pemuzik Indie dan ketika ditanya kebenaran di sebaliknya, Loque enggan mengulas lanjut.

"Pada awalnya, saya mahu menamakan kumpulan ini sebagai Gangga Negara agar ia kedengaran klasik tetapi apabila difikirkan maksudnya, saya rasa ia tidak sesuai.

"Lalu, nama A.P.I timbul dan saya tidak akan menjelaskan maksudnya kerana inilah strategi saya untuk A.P.I. Biarlah orang ramai membuat andaian sendiri dan sampai satu ketika, mereka akan tahu maksudnya nanti," katanya lagi.

Sebagaimana artis dan komposer lain, Loque juga pernah memasang impian untuk beraksi di pentas AJL ketika menontonnya menerusi televisyen saban tahun.

Mengenai persembahan pada malam AJL25 nanti, Loque hanya memberitahu mereka akan tampil dengan sebuah persembahan menarik yang mampu memukau audiens kelak.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Juara Lagu milik siapa?

Posted:

Juara Lagu<i> Ke-25</i> milik siapa?

Juara Lagu Ke-25 milik siapa?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


LAGU Drama King persembahan Meet Uncle Hussain dan Black juga berpotensi untuk memenangi AJL25.


DEBARAN semakin kencang dan kehangatannya kian dirasai apabila hanya tinggal tiga hari sahaja lagi Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) akan menjadi medan pertempuran karyawan seni tanah air.

Tepat pukul 9 malam tanggal 9 Januari ini (Ahad), panggung Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dibuka dengan menyaksikan pertarungan sengit 14 buah lagu yang bertanding tahun ini.

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, AJL25 juga memperlihatkan saingan yang tidak kurang hebatnya menerusi 14 buah karya anak tempatan bagi merebut gelaran utama yakni Juara Lagu Ke-25.

Sudah menjadi resmi AJL setiap tahun, ramalan dan teka-teki pasti akan menjadi topik hangat pencinta muzik tempatan untuk melihat lagu manakah yang paling layak diangkat sebagai juara.

Hits juga tidak mahu ketinggalan menghangatkan sambutan AJL yang akan memulakan siarannya tidak kurang daripada 72 jam dari sekarang.

Ingin ditegaskan di sini, tulisan ini hanyalah sekadar ramalan dan tidak langsung akan mempengaruhi keputusan juri yang pastinya kini sedang pening kepala menilai sekali gus membuat keputusan muktamadnya.

Lagu berhantu

Tahun lalu memperlihatkan keunggulan gandingan komposer dan penulis lirik terkenal, Pete Teo dan Amran Omar dijulang sebagai juara menerusi lagu Pergi nyanyian Aizat.

Manakala naib juara pula menjadi milik lagu Dan Sebenarnya karya sepenuhnya oleh Yuna sementara gabungan Audi Mok dan Faizal Tahir pula memenangi tempat ketiga untuk lagu Bencinta.

Untuk tahun ini, karya manakah yang akan mengikut jejak langkah lagu Pergi dan 23 buah lagu lain yang pernah dinobatkan dengan gelaran Juara Lagu.

Nama yang paling hangat diperkatakan dan berpotensi besar untuk menjulang kejuaraan tahun ini adalah lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir.

Sedari awal lagi, lagu berhantu ini sudah dicanang dan menjadi calon utama untuk mengungguli AJL25. Bukan kerana populariti Faizal tetapi Selamat Malam merupakan sebuah lagu yang cukup segala rencah.

Melodi, lirik dan susunan muzik untuk lagu Selamat Malam yang cukup segar serta bertenaga memungkinkan ia untuk bergelar juara.

Jika rezeki tidak berpihak kepada Selamat Malam sekali pun, siapa tahu Faizal masih lagi boleh tersenyum puas seandainya pihak juri merasakan lagu Hanyut juga hasil karyanya bersama Audi layak untuk menduduki tangga teratas AJL25.

Namun, siapa tahu, rezeki berganda untuk Faizal dan Audi sekiranya lagu Selamat Malam dan Hanyut mampu menduduki dua posisi dalam tiga tempat yang disediakan.

Mustahil? Mengapa tidak kerana sejarah sudah pun membuktikan sebelum ini AJL yang pertama di mana dua buah lagu ciptaan Manan Ngah dipilih untuk menduduki posisi juara dan naib juara.

Dua lagu yang dipertandingkan pada tahun 1986 itu adalah Sekadar Di Pinggiran dan Aku Kehilanganmu kedua-duanya nyanyian Francissca Peter.

Jadi, tidak mustahil untuk Audi dan Faizal mengulangi kejayaan 24 tahun lalu. Seandainya itu berlaku, tidak perlulah membuat bising atau mencetuskan kontroversi kerana juri lebih bijak membuat keputusan.

Atau mungkinkah tahun ini akan menyaksikan kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussain (MUH) akan kembali menjulang kejuaraan menerusi lagu Drama King.

Memang tidak mustahil kalau Drama King dijulang sebagai juara kerana keunikan dan keistimewaan lagu itu yang cukup menarik perhatian.

Ditambah dengan kemantapan vokal Black yang menambahkan merit untuk lagu itu dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke-25.

Namun, usah dipandang enteng kepada lagu-lagu lain seperti Cinta Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Yuna, Ekstravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I) dan Mencari Konklusi (Hujan) yang mampu mencipta kejutan pada malam AJL25.

Keempat-empat lagu ini berdiri atas landasan yang tersendiri dan memiliki kekuatan serta keseimbangan komposisi serta liriknya.

Begitu juga dengan lagu-lagu yang mendapat perhatian meluas di corong radio seperti Noktah Cinta (Hafiz), Sofea Jane (Black) dan Ku Ada Kamu (Adira) juga mempunyai peluang untuk duduk dengan selesa di tiga tempat teratas.

Selain itu, kategori Vokal Terbaik juga tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Faizal, Black dan Hafiz merupakan mereka yang dilihat akan memberikan persembahan terbaik menerusi lagu yang disampaikan.

Tidak mustahil Black menjulang kategori ini untuk dua tahun berturut-turut kerana kehebatan vokalnya memang sudah terbukti satu dalam sejuta.

Kalau juri mencari kelainan tahun ini, mungkin kumpulan A.P.I menerusi gandingan vokal Azlan & The Typewriter dan vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mempunyai peluang memenangi Vokal Terbaik.

Mengapa tidak? Kerana sebelum ini pun paduan suara Jaclyn Victor dan Lah Ahmad juga pernah memenangi kategori Vokal Terbaik pada tahun 2007.

Kalau Adira memberikan persembahan terbaik dengan mengawal gaya nyanyiannya agar kedengaran lebih sedap didengar untuk lagu Ku Ada Kamu, gelaran Vokal Terbaik AJL25 juga boleh menjadi miliknya.

Mungkin juga gelaran itu akan berpindah milik kepada Yuna dan Ana Raffali yang memiliki gaya nyanyian tersendiri.

AJL25 yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar itu akan menyaksikan persembahan pembukaan oleh Francissca Peter, Nash dan M. Nasir yang pernah memenangi AJL sebelum ini.

Khusus untuk penonton setia mereka, TV3 akan menampilkan tiga penyanyi wanita unggul negara iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza menerusi sebuah persembahan istimewa untuk segmen interlud.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Gabungan klasik

Posted: 05 Jan 2011 02:49 PM PST

Hip

pix_gal0
Jamal, Ahmad Nawab lupakan sengketa 20 tahun untuk bergabung dalam konsert eksklusif di Istana Budaya

GANDINGAN mereka saling tak tumpah seperti irama dan lagu. Walaupun kedua-duanya pernah menghadapi sengketa lebih 20 tahun akibat perbezaan pandangan, kali ini mereka akan tampil dalam satu pentas dan melupakan kisah lama.

Ramai yang mengetahui, selepas menjuarai Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, terus melakar nama ke puncak persada seni dengan bantuan komposer terkenal, Datuk Dr Ahmad Nawab.

Konsert J2011 yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Januari ini di Panggung Sari Istana Budaya (IB) dianggap begitu eksklusif buat peminat terutama yang menantikan gandingan mereka berdua. Menurut Jamal, konsert kali lebih istimewa dengan kehadiran gurunya yang akan mengiringinya lebih daripada tujuh lagu.

"Saya dapat maklum balas yang banyak daripada peminat, mereka sangat menantikan gandingan saya dan Datuk Ahmad Nawab dan kali ini saya terpanggil untuk menjemputnya bagi menjayakan konsert ini yang dianggap eksklusif.

"Ramai yang menantikan gandingan ini dan saya pasti konsert ini tidak akan menghampakan semua peminat," katanya yang ditemui pada sesi latihan di IB baru-baru ini.

Di pentas yang gah bertaraf antarabangsa ini, Jamal pernah mengadakan konsert solonya dua kali sebelum ini iaitu One Nite Only Jamal Abdillah (2006) dan konsert Kembara Seniman (2009).
Setiap konsert, Jamal akan memastikan kelainan baik konsep yang diketengahkan mahupun pemilihan lagu yang berbeza.

"Saya sendiri akan memastikan setiap konsert yang saya buat akan memperoleh kepuasan sendiri dan fokus saya adalah untuk memuaskan mereka yang hadir.

"Saya tidak mahu setiap konsert itu ada persamaan daripada sebelum ini, dan memandangkan saya sudah banyak kali membuat konsert dan lagu saya selalunya sudah sering peminat dengar, kali ini saya cuba elakkan menyanyi lagu biasa tetapi tumpukan kepada lagu yang terdapat di dalam album saya yang kurang popular.

"Saya mempunyai lebih daripada 20 album dan lebih 200 lagu yang terkandung di dalamnya, jadi saya akui masih banyak lagu yang baik belum pernah didengar peminat.

"Pemilihan konsep pula kali ini, saya akan mempersembahkan konsep yang tidak pernah lagi di lakukan di negara kita iaitu konsep ala Michael Bubble yang akan menggunakan peralatan muzik hon (bertiup) dengan iringan 40 pemuzik," katanya yang masih menyimpan hajat yang besar untuk dilunaskan.

"Saya memang berhajat sangat untuk mengadakan konsert berskala besar dan memuaskan hati semua orang, kerana mana tahu apa yang saya lakukan ini akan meninggalkan sesuatu untuk generasi akan datang, namun apa yang saya luahkan ini masih belum tercapai.

"Masalahnya, untuk memberi kepuasan kepada peminat dengan konsert berskala besar adalah mendapatkan penajaan yang besar. Saya tidak kisah sesiapa saja yang sering menaja artis luar untuk membantu konsert saya yang akan datang.

"Saya bercadang untuk membuat konsert selepas ini di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan mengharapkan persembahan itu lebih eksklusif yang dihadiri hanya orang tertentu dan orang yang boleh membelanjakan duit untuk menikmati hiburan, berbeza dengan konsert di stadium yang hanya memfokus kepada kelompok bergenre rock," katanya yang tidak dinafikan IB juga banyak menyediakan kemudahan seperti tempat letak kereta, tiket dan kawasan yang selesa.

Menariknya kali ini, Jamal turut berhajat untuk mengundang tetamu istimewa bagi menghadiahkan rasa kegembiraannya mengembalikan maruah negara.

"Tetamu istimewa saya adalah wira-wira bola sepak kita yang mengharumkan nama negara dalam Piala Suzuki baru-baru ini. Memang hajat saya dan saya sudah menghubungi mereka, kini mereka sedang berada di Australia dan pada 8 Januari ini mereka akan pulang ke tanah air, mereka bersetuju untuk datang menyaksikan konsert saya.

"Saya juga teringin melihat mana-mana pemimpin negara yang sudi datang tetapi segala urusan jemputan akan diuruskan oleh pihak IB, mereka lebih arif mengenai protokol," katanya.

Lagu khas untuk Jamal

Sementara itu, antara insan yang bertanggungjawab menyinari nama Jamal Abdillah di persada Seni, Datuk Ahmad Nawab tidak mahu lagi menghampakan undangan Jamal kali ini.

"Bila Jamal memanggil saya untuk turut serta dalam konsert ini, saya tidak tolak dan seronok betul dapat mengiringinya kali ini. Sebelum ini memang ada Jamal memanggil saya pada satu konsert tetapi ia tidak jadi.

"Bagi saya, jika kita dapat bergabung dengan orang baik pada sesuatu persembahan, kita secara tidak langsung akan menjadi baik, sebab Jamal bagi saya seorang penyanyi yang memiliki suara bermutu tinggi, suara dia itu masih belum ada yang mampu menandinginya hingga hari ini, memang dia ini istimewa," katanya yang bukan kali pertama bergandingan bersama termasuklah pada konsert Melodi Emas di IB baru-baru ini.

Ahmad Nawab mengenali Jamal sejak 1979 dan pernah membuat albumnya pada masa itu sehingga melonjakkan nama Jamal dikenali seluruh masyarakat di negara ini.

Bermula dengan album pertamanya, Perpisahan Tanpa Relaku (1980), satu demi satu album Jamal yang diterbitkan komposer tersohor, Ahmad Nawab membantu menaikkan dan mengekalkan populariti penyanyi itu.

Selain itu, enam album diterbitkan antaranya Derita Cinta (1981), Hatiku Luka Kembali (1982), Sendiri (1984) dan Sepi Seorang Perindu (1989).

Pada konsert itu juga, Ahmad Nawab tidak ketinggalan menghasilkan satu lagu istimewa untuk Jamal sempena konsertnya itu.

"Lagu istimewa ini saya ciptakan khas untuk Jamal berjudul Suraya, ia mengisahkan seorang gadis yang dia jumpa di dalam mimpi, setiap kali dia tidur dia akan menjumpai gadis ini, dalam seni katanya dia minta biarlah dia tidur selalu agar dapat berjumpa dengan gadis itu," katanya.

"Saya akan mengiringi persembahan Jamal pada satu segmen saja bermula dengan dua persembahan instrumental dan bersama Jamal dalam tujuh atau lapan lagu, ia termasuk lagu P.Ramlee, lagu lain seperti Seniman Menangis, Jeritan Batinku, Rinduku Rindumu, Hati Yang Rindu," katanya yang hanya mengambil masa dua hari berlatih kerana sudah bersedia lebih awal sebelum ini.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Azura dibawa ke Paris, London

Posted: 05 Jan 2011 02:45 PM PST

Hip

Filem versi Aziz M Osman memulakan penggambaran 20 Januari

DUA bintang baru, Gambit Saifullah dan juara Dewi Remaja 2010, Neelofa Md Noor bakal menjadi Zack dan Azura untuk filem Azura versi baru yang akan memulakan penggambaran pada 20 Januari ini.

Filem yang akan diarahkan oleh Aziz M Osman itu bakal memulakan penggambaran pertamanya di London dan Paris selama 10 hari, sebelum di sambung kembali pada pertengahan Februari nanti bagi memberi laluan kepada Aziz menyelesaikan tugasnya dalam program Pilih Kasih terlebih dulu.

Filem pernah diterbitkan pada 1984 dan dibintangi dua bintang hebat, Jamal Abdillah serta Fauziah Datuk Ahmad Daud hingga mencetuskan fenomena tersendiri milik Sabah Film Productions itu, akan diterbitkan kembali oleh syarikat milik Aziz sendiri Ace Motion Sdn Bhd. Meskipun menyedari impak filem Azura ketika ditayangkan hampir 30 tahun lalu mampu mencatat kutipan sebanyak RM1 juta, satu jumlah yang boleh dikira banyak pada era itu, Aziz ternyata berani apabila memberi kepercayaan kepada dua bintang baru yang masih belum teruji bakat lakonan mereka.

"Biarlah penerbit lain ambil pelakon yang sudah dikenali tetapi sejarah saya sejak dulu lebih suka memberi peluang kepada muka baru. Saya pernah mengetengahkan Ramona Rahman yang ketika itu masih baru untuk membintangi filem Fenomena. Maya Karin untuk filem Seri Dewi Malam dan Sarimah Ibrahim untuk filem Puteri Impian 2. Alhamdulillah dengan hasil tangan saya, mereka berjaya mencipta nama.

"Pemilihan mereka pun bukan dibuat sebarangan. Saya luangkan masa berbual dengan mereka terlebih dulu sebelum uji bakat dilakukan. Perkara pertama yang saya tanya, sampai tahap mana seriusnya mereka dalam bidang seni. Jika mereka kata 85 peratus, saya tidak akan ambil. Saya mahu mereka yang mempunyai minat 100 peratus dalam bidang ini.

"Saya juga melihat sejauh mana IQ mereka, alhamdulillah kedua-dua mereka berjaya meyakinkan saya. Saya memilih Neelofa bukan sebab dia juara Dewi Remaja, pemilihan Neelofa sudah dibuat pada peringkat awal pertandingan itu lagi," kata Aziz.
Memilih London dan Paris sebagai lokasi penggambaran filem itu menurut Aziz mempunyai sebabnya.

Katanya dalam versi asal filem itu, Zack membawa Azura bertemu dengan keluarganya di Sabah. Namun untuk disesuaikan dengan zaman ini, London serta Paris menjadi pilihan bagi menampilkan babak pasangan itu berkahwin lari.
Biarpun sudah dirancang sejak 2008, namun baru kini hasrat Aziz menerbitkan filem itu dapat dilaksanakan. Kata Aziz, penangguhan itu berpunca daripada pencarian bahan filem itu.

Selepas berjaya mengumpul bahan yang dikehendaki, barulah dia berani membuat pinjaman dari bank untuk membikin filem dengan kos RM1.5 juta itu.
"Saya baru saja mendapat kelulusan pinjaman dari bank bulan lalu. Sebaik pinjaman diluluskan, barulah penggambaran dapat dimulakan.

Sandarkan Pada Kenangan dikekalkan

Untuk versi baru ini, saya kekalkan jalan cerita yang sama tetapi digarap dengan cara berbeza, tidak boleh lagi seperti dulu. Sebaliknya ia perlu lebih kontemporari supaya dapat disesuaikan dengan zaman sekarang.

"Saya cuma melakukan sedikit perubahan untuk menjadikan filem ini lebih baik lagi. Itu tidak bermakna Azura yang dulu tidak bagus tetapi jika sudut teknikal dan bajet dipertingkatkan lagi, tentunya filem ini akan menjadi lebih cantik lagi.

"Selain itu, lagu Sandarkan Pada Kenangan dan Azura juga akan dikekalkan dalam filem ini. Bagaimanapun kita akan mendapatkan khidmat M Nasir untuk menyusun semula lagu itu bagi disesuaikan dengan era kini, " kata Aziz.

Aziz yang hampir lima tahun tidak mengarah, begitu optimis Azura versi baru akan menjadi sebuah filem yang menarik dengan gabungan dua wajah baru serta beberapa pelakon lain. Dia juga tidak bimbang dituduh syok sendiri kerana seseorang penerbit seharusnya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

"Sebagai pengarah saya perlu syok sendiri dulu. Jika tiada keyakinan lebih baik tak usah buat filem. Insya Allah, dengan garapan yang saya buat, Azura akan menjadi sebuah filem yang menarik," katanya.

Filem Azura versi asal ditulis pengarah filem veteran Allahyarham M Amin. Filem itu pernah meraih anugerah Kategori Lagu Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke lima dan Anugerah Khas Juri kerana memaparkan kisah masyarakat semasa.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Cerita ditaja semua dusta - Shahir

Posted: 05 Jan 2011 04:06 PM PST


BEBERAPA bulan kebelakangan ini, memang heboh dan kecoh industri hiburan tanah air apabila juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir dikatakan sudah mula berani menunjukkan belangnya.

Shahir telah dilabel sebagai seorang artis yang tidak berdisiplin gara-gara kerap menghilangkan diri pada saat-saat akhir dalam mana-mana majlis yang membabitkan penyertaannya.

Tidak cukup dengan itu, anak jati Perak Darul Ridzuan ini juga mula buat hal dengan pihak media apabila didakwa gemar membatalkan temu janji pada saat akhir.

Tidak cukup dengan itu, Shahir juga kononnya bagaikan kaduk naik junjung apabila dikatakan sudah pandai meminta bayaran jika mahukan dirinya muncul dalam mana-mana penerbitan.

Memang tindakan Shahir itu cukup berani untuk artis yang tidak sampai setahun berkecimpung dalam lapangan seni. Sedangkan artis senior ternama tidak pernah berbuat demikian.

Apa sudah jadi sebenarnya dengan Shahir? Benarkah dia sudah menjadi seorang yang lupa daratan?

Bukan hanya kisah masalah disiplinnya yang dijaja di media massa sehingga menyebabkan peminat setianya tidak tenteram, tetapi ada lagi kisah

hangat yang diperkatakan tentang anak muda ini.

Bayangkan, tidak sampai setahun menjadi artis, Shahir sudah mampu memandu kereta mahal dan mewah serta mendiami rumah banglo yang dikatakan bernilai lebih RM1 juta.

Kalau fikir secara logik, mana mungkin dan memang mustahil untuk artis baru dan mentah seperti Shahir untuk memiliki kemewahan seperti itu.

Kalau ada yang mampu sekali pun, barangkali hanya akan dapat dimiliki oleh sesetengah artis popular mungkin dalam tempoh tiga hingga tujuh tahun menjadi anak seni.

Jadi, adakah benar Shahir dibela dan ditaja oleh seseorang sehingga mampu hidup dalam kemewahan sebegitu rupa?

Persoalan demi persoalan mula timbul dan untuk mendapatkan penjelasan dari mulut Shahir sendiri memang sukar dalam tempoh 'kehilangannya' beberapa bulan kebelakangan ini.

Menyedari dia tidak lagi mampu bersembunyi atau meyimpan rahsia yang dipendam itu, Shahir bingkas bangkit dan tampil ke depan untuk menjernihkan keadaan sebelum menjadi lebih keruh seperti Sungai Gombak.

Tidak berasas

Begitu juga dengan kisah hidupnya ditaja oleh seorang yang berpangkat VIP gara-gara memandu kereta mewah dan tinggal di banglo yang tersergam indah.

Tidak langsung meninggikan suaranya atau menunjukkan reaksi tidak selesa tatkala diajukan dengan soalan panas itu, Shahir memberikan justifikasi terhadap cerita yang disifatkannya tidak berasas itu.

Walhal kata Shahir, kereta dan banglo yang diperkatakan ramai itu sebenarnya milik keluarga angkatnya yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya di Kampar, Perak.

"Jujurnya, kisah saya ditaja itu tidak benar sama sekali. Saya tahu semuanya bermula selepas kereta saya mengalami kemalangan dan kemudiannya saya memandu pula kereta BMW.

"Jadi, semua itu adalah milik keluarga angkat saya. Kebetulan ketika kereta saya rosak teruk, ibu angkat saya membenarkan saya menggunakan kereta barunya itu kerana hadiah kereta sewaktu menang AF8 masih belum diterima.

"Begitu juga kisah tentang rumah banglo, semuanya dusta kerana di situlah tempat saya menumpang teduh. Keluarga saya di Perak memang tahu dan kenal rapat dengan keluarga angkat saya itu.

"Tiada lebih yang saya minta agar semua kisah dusta ini tidak lagi dibangkitkan kerana ia memang tidak benar sama sekali. Kini, saya sudah menggunakan kereta kemenangan saya sebagai Juara AF8 iaitu Peugeot 207," katanya sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi selepas membuka pendakap giginya pada November lalu.

Harapan

Dengan penuh harapan yang tinggi menggunung, Shahir mengharapkan tahun 2011 akan memberi sinar baru yang terus menerangi perjalanannya sepanjang tahun ini.

Malah, Shahir juga cukup sedar jika bukan kerana peminat dan pihak media, tidak mungkin dia terus berdiri teguh di persada seni tanah air untuk menjadi seorang penyanyi yang disegani ramai.

"Saya harap dengan penjelasan saya ini akan dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat apa sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan saya kebelakangan ini.

"Tiada apa yang merisaukan saya kerana hanya saya dan Allah SWT sahaja yang tahu apa yang berlaku. Saya juga sedar sampai bila harus saya mendiamkan diri kerana saya perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Istilah menyesal juga tidak ada dalam kamus hidup saya kerana saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Saya akan menyesal kalau tiada kerja untuk saya lakukan lagi selepas ini," ujar Shahir dalam nada yang cukup optimis.

Mahathir Rasa Janggal Ditemu Bual Siti Nurhaliza

Posted: 05 Jan 2011 03:58 PM PST


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, pada rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, di sini, Rabu.

Menurut Mahathir, kejanggalan itu disebabkan beliau sering menyaksikan persembahan nyanyian Siti dan apabila penyanyi itu menemu bualnya, beliau berasa sedikit pelik.

"Saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemu bual. Walaupun pertama kali menjadi pengacara, dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan.

"Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual," katanya selepas ditemu ramah oleh Siti pada rakaman program Siti.

Rancangan temu bual ini akan bersiaran bermula 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria, pukul 9 malam selama sejam. Ia terbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Mahathir juga memuji program itu selain berkeinginan memanggil beliau sebagai tetamu undangan yang dapat mendengar pengalaman hidupnya untuk dikongsi.

"Bagi saya, program ini merupakan salah satu cara untuk saya sebarkan pengalaman dan pada masa yang sama saya dapat menceritakan apa yang patut diberitahu kepada umum.


"Pendapat-pendapat yang diberikan itu mungkin berguna kepada mereka," katanya yang ingin hadir untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung hujung Januari ini.

Sementara itu jelas Siti pula, dia tidak sangka Mahathir sudi menerima jemputannya sebagai tetamu undangan untuk program itu.

Baginya, pengendalian program temu bual itu merupakan fasa baru buat dirinya sebagai seorang pengacara.

Tambah pula, program yang bukan sekadar hiburan semata-mata itu turut menguji dirinya menjadi seorang pengacara yang cekap dalam menyediakan soalan-soalan berbentuk ilmiah.

"Sebelum ini memang saya tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada.

"Pengendalian program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah saya turut turun padang untuk melakukan penggambaran.

"Rasa macam nak pecah kepala kerana saya perlu menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai ketika bercakap. Ada kalanya saya perlu formal dan ada kalanya santai.

"Memang agak penat mengendalikan program ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman," katanya yang menjadikan pengacara Hollywood popular, Oprah, sebagai inspirasinya.

Iqram Cari Calon Isteri Sehingga 29 September

Posted: 05 Jan 2011 03:56 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly (gambar), memberi tempoh kepada keluarganya sehingga 29 September ini untuk mencari seorang wanita sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 sebelum memutuskan untuk berumah tangga.

Jelas Iqram, jika sehingga tarikh itu dia tidak berjumpa dengan mana-mana wanita yang dimaksudkan, dia akan menyerahkan kepada ibu dan keluarganya untuk mencari calon pilihan mereka.

"Saya akan masuk umur yang ke 30 pada tahun ini dan sememangnya saya mahu kahwin. Jadi, saya dah beritahu ibu yang saya akan cari calon isteri pada tahun ini juga.

"Kalau ditakdirkan tak ada mana-mana wanita yang sesuai menjadi isteri saya, saya serahkan kepada ibu untuk membuat pilihan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Iqram berkata, dia percaya kepada doa dan juga restu ibu walaupun ada kemungkinan calon pilihan itu bukan ciri-ciri wanita yang diidamkannya.

Jelas Iqram lagi, ibunya sudah mempunyai calon iaitu anak kepada kenalan ahli keluarga mereka tetapi Iqram masih belum membuat keputusan mengenai cadangan itu.

"Ibu ada beritahu saya nak jodohkan saya dengan seseorang tetapi saya tak bagi lagi jawapan. Biarlah sehingga tiba pada tarikh ulang tahun hari lahir saya," katanya.

Tambah Iqram, ketika usia sedang menuju ke angka 30 tahun, dia mula merasakan sesuatu tentang masa depannya termasuk untuk mempunyai anak serta keluarga.

Tidak menafikan perasaan bimbang itu sadang menghantui diri, Iqram sedang bekerja kuat mengumpul kekayaan.

"Saya sedang memikirkan macam mana untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Takkan nak harapkan rezeki dalam bidang lakonan semata-mata? Jadi, buat masa ini saya juga merancang untuk membuka perniagaan," katanya,

Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Iqram memberitahu dia baru tamat penggambaran drama Wangian Firduasi iaitu kisah mengenai seorang pelajar cerdik yang mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan masalah.

Iqram juga sedang sibuk dengan penggambaran drama Jiman dan bergandingan dengan pelakon Fryusdi Ramli iaitu sebuah drama yang berkisah mengenai kehidupan orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu Iqram juga turut bercadang mengerjakan ibadat haji selepas dua kali mengerjakan umrah.

Ning Baizura Sudah Rasa Terpinggir

Posted: 05 Jan 2011 03:55 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Ning Baizura Sheikh Hamzah, 35, kecewa penyanyi yang berpengalaman sepertinya kurang diberi perhatian oleh sebahagian penganjur-penganjur konsert.

Menurut Ning, ramai penyanyi yang sudah lebih 15 tahun bertapak dalam industri nyanyian merungut apabila penyanyi-penyanyi baru diberi perhatian lebih dalam pemilihan artis bagi sesebuah acara hiburan.

"Memang diakui, penyanyi-penyanyi yang sudah berpengalaman akan merungut hal-hal seperti ini sedangkan mereka mampu memberikan mutu persembahan yang hebat.

"Begitu juga dengan saya yang sudah 17 tahun dalam industri muzik, saya kecewa bila publisiti lebih diberikan kepada penyanyi-penyanyi baru. Faktor-faktor ini membuatkan penyanyi seperti kami tiada penaja.

"Bagaimanapun saya tidak salahkan penyanyi-penyanyi baru kerana kebanyakan mereka juga berbakat," katanya pada selepas persembahan konsert mini Ning yang diadakan di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, baru-baru ini.

Tambah Ning, memandangkan industri muzik didominasi oleh golong anak muda, Ning mengambil langkah dengan mengubah sedikit konsep nyanyian soprano yang sering ditampilkan sebelum ini kepada muzik yang lebih sesuai pada masa kini.

"Walaupun kecewa kerana kurang diberi publisiti atau perhatian, saya tidak akan duduk diam. Sebaliknya saya akan mengolah semula konsep muzik yang ditonjolkan sebelum ini.


Ning tetap memiliki vokal yang mantap setiap kali membuat persembahan.
"Memang dari segi persembahan untuk majlis-majlis korporat saya tidak ada sebarang masalah, tapi saya juga mahu berhubungan dengan orang ramai menerusi konsert yang dianjurkan.

"Justeru itu saya akan tampil lebih muda untuk menarik peminat-peminat remaja pula dengan menampilkan sebuah album baru, Dewa, yang akan keluar di pasaran hujung bulan ini.

"Walau bagaimanapun, saya memerlukan sebuah strategi pemasaran yang bagus untuk memberi publisiti kepada diri serta album baru saya. Cuma masalahnya sekarang ialah untuk mendapatkan penaja," ujarnya yang akan mengadakan konsert jelajah mini tidak lama lagi sebelum sampai ke konsert kemuncaknya yang akan diadakan pada Julai ini di Istana Budaya.

Sementara itu, mengenai Dewa yang bermaksud 'cahaya' dalam bahasa sanskrit itu, ia diterbitkan oleh Ning bersama komposer Audi Mok menampilkan sebanyak lapan buah lagu dengan kos lebih daripada RM100,000.

Lagu-lagu yang berkonsep balada, pop, elektro dan dance itu merupakan perubahan ketara Ning sepanjang 17 tahun bergelar penyanyi.

Kata Ning, dia berharap agar peminat muzik tempatan dapat menerima album Dewa kerana keterampilan muzik nyanyian Ning yang tidak menggunakan suara sopranonya.

Antara lagu-lagu yang sudah pun dikeudarakan di radio ialah Mama Papa dan Raksasa.

Selain itu album Dewa turut menampilkan tujuh lagu lain seperti Sampai, Bila, Pencarian, Alhamdulillah, Supernova, Propagandamu dan Aku Bukan Dewa.

Suami Terkejut Lisdawati Masuk Hospital Akibat Jangkitan Usus

Posted: 05 Jan 2011 03:54 PM PST


PETALING JAYA: Aktor Fauzi Nawawi terkejut apabila isterinya Lisdawati merahsiakan tentang berita dimasukkan ke hospital ekoran jangkitan usus.

Kata Fauzi, dia hanya dimaklumkan oleh Lisdawati tentang perkara itu selepas isterinya ditahan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, malam Selasa.

Fauzi yang baru pulang dari Kedah kerana terlibat dengan penggambaran drama sebelum ini berkata, isterinya mengadu tentang sakit kepala dan pernah pitam sejak minggu lalu namun tidak menjangka keadaan itu akan melarat sehingga terpaksa ditahan di wad.

"Saya hanya dimaklumkan oleh Lisda pada malam semalam (Selasa) tentang perkara itu. Kebetulan pula saya berada di Kedah sehingga kelmarin kerana terlibat dengan penggambaran.

"Apabila pulang ke Kuala Lumpur, saya terkejut apabila dia memberitahu sudah ditahan di hospital kerana jangkitan usus," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu.

Tambah pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010 itu, Lisdawati sengaja merahsiakan berita kejadian berkenaan agar tidak mengganggu tumpuannya di lokasi penggambaran.

"Dia masuk hospital pada pukul 3 petang semalam dan tidak memberitahu saya kerana tidak mahu mengganggu jadual penggambaran saya.

"Memang Lisda ada mengadu tentang keadaannya yang kerap pitam dan hilang selera makan sejak minggu lalu tapi saya sangka keadaannya tidak serius.

"Namun, apabila keadaan itu berlanjutan sehingga minggu ini, dia pergi mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan terus ditahan sejak Selasa lalu," katanya.

Mengenai perkembangan terkini Lisdawati, Fauzi mengesahkan isterinya kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih lagi ditahan di hospital memandangkan doktor perlu memantau keadaannya.

"Menurut doktor, punca sebenar Lisda mendapat jangkitan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak seimbang atau keracunan makanan.

"Lisda sepatutnya dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini (Rabu) tetapi doktor masih menahannya bagi memantau perkembangan semasa.

"Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan stabil dan cuma memerlukan rehat yang secukupnya buat masa ini," kata aktor yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Yang Terpuji.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Ditangkap kerana jadikan rumah pusat pelacuran

Posted: 05 Jan 2011 12:00 PM PST

du 03.1 Ditangkap kerana jadikan rumah pusat pelacuran

LESLIE BALEHAM


LONDON – Seorang bekas akauntan berusia 64 tahun, Leslie Baleham dihukum penjara setahun selepas dia ditangkap polis Britain kerana menjadikan kediamannya sebagai sebuah pusat pelacuran, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis menyatakan, dia dicekup dalam keadaan bogel di atas katil bersama wanita simpanannya yang dikenali sebagai Ping Ping Li dengan dikelilingi sejumlah wang tunai.

Menurut polis, Baleham memperoleh hasil pelacuran sebanyak £57,000 (RM277,007) selepas lebih 400 pelanggan berkunjung ke rumahnya untuk mendapatkan khidmat seks di Radford, Nottingham, sejak tiga bulan lalu.

Li yang mengendalikan urusan harian rumah pelacuran itu sepanjang dua tahun ia beroperasi, bertindak melarikan diri selepas Baleham ditangkap.

"Dia merasakan dirinya ditipu wanita muda itu. Anak guam saya kini bercerai dengan isterinya," kata peguam Baleham, Harry Bowyer.

Baleham yang mengaku salah kerana menjadikan kediamannya sebagai rumah pelacuran dan melakukan penggubahan wang haram, dihukum penjara selama setahun oleh sebuah mahkamah tempatan. – Agensi

//kosmo///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Hafiz AF7 kemalangan jalan raya di Penchala Link

Posted: 05 Jan 2011 05:45 PM PST

Hafiz AF7 dengarnya mengalami kemalangan jalan raya pada hari Isnin yang lalu di Lebuh Raya Penchala selepas dia baru sahaja selesai dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL).. Hafiz AF7 bernasib baik kerana dia selamat dan hanya mengalami cedera ringan di bahagian kepala sahaja.. Buat peminat Hafiz AF7, anda jangan risau.. kerana Hafiz AF7 tetap akan berentap untuk final AJL tidak lama lagi ni..

Hafiz yang memandu kereta jenis Honda Accord telah menceritakan keadaan semasa kemalangan tu berlaku kepada media.. Jom kita baca apa yang terjadi sebenarnya…

"Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat lagu waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat. Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan."

"Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat. Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu."

Hafiz AF7 kemudianya dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara dan doktor mengatakan tiada kecederaan serius dialami cuma kecederaan dibahagian leher akibat hentakan yang kuat sahaja..

MyGosip harap selepas ini Hafiz AF7 lebih berhati-hati lagi dijalan raya.. Jangan kerana nak sampai ke rumah dengan cepat, kita sampai ke hospital pula.. Apa-apa pun MyGosip harap Hafiz AF7 berjaya dalam Final AJL yang akan berlangsung beberapa hari je lagi ni…

kereta hafiz af kemalangan

hafiz af selepas kemalangan


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Ingin lupa kisah lama

Posted: 05 Jan 2011 05:35 AM PST

MENDEKATI pelakon jelita, Julia Ziegler, persepsi ramai terhadap karakter hantu yang dibawanya sebelum ini cukup menebal.

Menerusi filem Jangan Tegur arahan Pierre Andre yang ditayangkan dua tahun lalu, lakonan Julia dalam filem itu menjadi bualan peminat hinggakan ada yang menganggap dia sememangnya sesuai dengan penampilan sebagai hantu.


Akui pelakon kacukan darah Jerman, Amerika, Melayu dan Jawa ini, dia tidak menafikan watak hantu begitu sinonim dengan kehadirannya dalam bidang lakonan.

Berbanding dua filem lakonan awalnya iaitu Kayangan dan Cicakman 2: Planet Hitam, dia mula dikenali selepas membintangi Jangan Tegur.

Nyata filem terbitan MIG Productions Sdn Bhd itu bukan saja memberi banyak pengalaman kepadanya mendalami lakonan, malah kontroversi turut terpalit dengan bekas kekasih, Pierre Andre.


Namun itu semua episod lama yang kepadanya tidak perlu diungkit semula. Sesuai dengan semangat 2011, Julia berazam terus maju dengan gagah.


Katanya, dia kini masih sibuk dengan penggambaran drama baru, Biar Rindu Berlalu arahan Feroz Khan yang turut dijayakan pelakon berpengalaman seperti Azhar Sulaiman, Nanu Baharudin dan Nabila Huda. Dia membawa watak Marlina dan penggambaran masih berjalan sejak November lalu.

"Menariknya, dalam drama ini saya membawakan karakter perempuan psiko yang obses terhadap tunang sendiri lakonan Elyas Abdullah. Apa yang berlaku, dia seolah terlalu cemburu dan sering mengikut ke mana saja tunangnya pergi.


"Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya membawa watak psiko. Sebelum ini, saya pernah melakonkan watak yang taksub terhadap kecantikan dan bersikap materialistik.

"Saya percaya ramai pelakon yang mahukan watak antagonis sebegini yang dikatakan memberi banyak cabaran. Berbanding pelakon lain, perjalanan karier lakon saya bermula sebaliknya.


"Saya mula berlakon dengan watak antagonis dulu sebelum diberi watak baik. Pada saya, membawa watak sebegini tidak bosan. Apa yang penting, saya harus bijak mempelbagaikan corak lakon agar penonton suka.

"Memberi cabaran, saya juga akan membawakan watak terencat akal dalam satu drama baru yang dijangka memulakan penggambaran pada Mac nanti.


"Sepanjang menjadi pelakon, saya berasakan pengalaman makin meluas apabila diberi peluang membawa watak berbeza termasuk pernah menjadi pesakit HIV dalam drama sebelum ini dan buta menerusi filem baru, Toyol Nakal arahan Zek Lokman," katanya.


Bercerita filem baru, Julia sebenarnya masih menunggu lima filem lakonannya ditayangkan termasuk Crazy Krazy Krezy, Bisikan Suaka, Ombak Rindu dan Dari Kerana Mata.


Menerusi Crazy Krazy Krezy yang menyaksikan kerjasama produksi tempatan, Astro Shaw dengan produksi Indonesia, filem ini yang menampilkan tiga hero dan tiga heroin sudah ditayangkan di sana tahun lalu.

Katanya, pengalaman yang ditimba cukup seronok dan berharga apabila terbabit dengan kelas lakon dan paling mencabar, melontar dialog bahasa Indonesia.

Filem ini dijayakan pelakon popular lain seperti Tora Sudiro, Vincent Rompies, Sigi Wimala, Sissy Priscillia dan Pierre Andre.


"Saya masih dalam perbincangan membintangi satu filem bercorak aksi yang dijangka penggambaran pada Jun nanti. Menerusi filem ini, saya boleh katakan saya bersedia menjadi pelakon aksi.

"Begitu juga, saya memainkan watak utama bersama Aaron Aziz menerusi filem Bisikan Suaka arahan Darmawati bersama Pierre. Filem seram ini memperlihatkan saya membawa watak yang ada kelebihan deria keenam, melihat benda halus.


"Dalam Toyol Nakal pula saya membawa watak pembantu manakala Ombak Rindu, saya melakonkan peranan perampas suami orang.


"Berbeza dengan filem komedi, Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila, saya tampil menjadi doktor sakit jiwa. Walaupun saya kerap dikaitkan dengan filem hantu, saya tidak boleh jangka kerana itu adalah rezeki.


"Sebolehnya, saya mahu mencuba pelbagai watak selain hantu selepas ini. Ini penting dalam mencabar diri dan mengembang pengalaman lebih luas," katanya.

Berdepan cabaran dan tekanan sebagai anak seni, Julia akui masalah peribadi mahupun kontroversi memang sukar dielakkan.

Pertengahan dua tahun lalu, Julia heboh jadi bualan ramai peminat apabila dikatakan membawa diri ke Georgia, Amerika Syarikat.


Katanya, dia ke sana selama lima bulan sebenarnya memang atas tujuan bercuti di rumah keluarganya dan secara kebetulan, terbabit dengan masalah peribadi membabitkan Pierre dengan produser, David Teo.


Namun Julia tidak mahu lagi membuka diari lama sebaliknya mahu terus melangkah ke depan.

Katanya, dia berazam menggandakan usaha untuk berjaya dalam kerjaya. Malah, dia juga mempunyai impian membabitkan diri dalam bidang perniagaan suatu hari nanti.


"Bagi saya, setiap hari adalah hari baru yang memberikan bermacam peluang dan kejayaan. Saya juga tidak mahu terlalu bergantung pada lakonan sebagai periuk nasi.


"Pelakon sepatutnya memberi fokus pada bidang lain yang difikirkan boleh mengubah kehidupan agar lebih berjaya. Mungkin siapa sangka, saya mampu menjadi ahli perniagaan yang berjaya.


"Buat masa ini, saya mahu memberi fokus pada karier dulu dan jika ada jodoh, saya tetap akan menamatkan zaman bujang," katanya.

>PROFIL
NAMA: Julia Bob Fauzi Ziegler
NAMA KOMERSIAL: Julia Ziegler
TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984
USIA: 26 tahun
ASAL: Ampang, Selangor
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon
PENDIDIKAN: Pengajian Asas Arkitek dari Savannah College of Art & Design, Georgia, Amerika Syarikat
FILEM: Kayangan, Cuci The Movie, Cicakman 2, Jangan Tegur, Crazy Krazy Krezy, Momok The Movie, Bisikan Suaka, Toyol Nakal, Crayon, Ombak Rindu dan Dari Kerana Mata
DRAMA: Noraishah, Aku Untuk Mu, Susuk, Bisikan Hati dan Cinta & Keadilan, Juanna, Fatimah Juling, Pelakon Ekstra, Pemandu Jelita, Tudung Ekspres, Oh Fatimah dan Biar Rindu Berlalu
PROGRAM: Ketuk Ketuk Ramadan (RTM) dan Kampung Prima: Babak 105 (Astro Prima)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

David Teo sasar RM10j

Posted: 05 Jan 2011 05:26 AM PST

ENAM hari tayangan di pawagam, filem seram Damping Malam arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.1 juta.

Malah, David Teo selaku penerbit filem itu nyata berpuas hati dengan kutipan diraih setakat ini.


David bersandarkan alasan sesi persekolahan sudah bermula memaklumkan jumlah kutipan sebanyak itu boleh diterimanya. Katanya kurang satu minggu, sudah capai kutipan RM1 juta, ia petanda yang baik dan mampu mencecah sasaran ditetapkan.

"Saya mensasarkan kutipan keseluruhan filem Damping Malam boleh mencecah lebih RM2 juta hingga RM3 juta. Ini kerana, saya yakin masih ada penonton akan ke pawagam menyaksikannya. Justeru, bagi saya ia bukan perkara yang mustahil.


"Selain itu, kutipan filem Aku Masih Dara pun tak kurang hebatnya apabila sebanyak RM2,3 juta sudah diraih. Bahkan, tayangannya masih ada lagi di pawagam. Begitu juga dengan filem Ngangkung yang sudah enam minggu tayangan di pawagam tempatan.


"Fenomena Ngangkung yang belum berakhir hingga kini sudah mencatat kutipan sebanyak RM8.4 juta. Justeru, saya sangat berpuas hati dengan pencapaian filem terbitan MIG Productions Sdn Bhd (MIG)," katanya yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Damping Malam mengetengahkan Ahmad Idham yang kembali semula ke pentas lakonan dengan watak Wadi bergandingan dengan Amy Mastura (Ku Khalira), Erynne Erynna (Nuraiza), Azizah Mahzan (Umi Siah) dan Eizlan Yusof.


Untuk sesi tayangan 2011, MIG akan membuka tirai dengan penayangan filem Kembar Siang lakonan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana yang diarahkan Profesor Hatta Azad Khan pada 24 Februari depan. Ia diikuti filem Kongsi.

Menurut David, ikutkan perancangannya beliau mahu dalam sebulan dua filem terbitan syarikatnya ditayangkan di pawagam. Namun, apa boleh buat kerana beliau tidak mendapat surat tarikh wajib tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


"Saya harus menghormati keputusan Finas itu. Saya tidak dapat tarikh tayangan kerana banyak filem menunggu giliran untuk masuk panggung. Apapun, saya teruja menunggu filem Kongsi lakonan Farid Kamil dan Shaheizy Sam tidak lama lagi.


"Bagi dua filem ini, saya mensasarkan Kembar Siang mengumpul sebanyak RM2 juta hingga RM3 juta. Manakala, filem Kongsi pula saya sangat yakin boleh mencapai kutipan pecah panggung sebanyak RM10 juta. Trailer Kongsi kini boleh ditonton di You Tube," katanya.


Tak gusar berhadapan saingan filem lain, David tetap dengan impiannya untuk menerbitkan 20 filem tahun ini. Bersandarkan kredibiliti dirinya dan kejayaan sudah diraih MIG setakat ini, matlamat David itu semestinya akan jadi kenyataan.


Sementara itu, produksi Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) menutup tirai 2010 dengan kejayaan cemerlang menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid yang berjaya mencipta kejutan dengan kutipan melebihi RM7 juta sehingga kelmarin.


Hantu Kak Limah Balik Rumah yang juga sekuel filem Zombie Kampung Pisang bergenre komedi seram dibintangi Awie sebagai Usin serta pelakon lain seperti Awie, Ummi Nazeera, Delimawati, Zami Ismail, Shy8, Johan Raja Lawak, Avaa Vanja dan Nadia Mustafar.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tak ulang kesilapan

Posted:

Tak ulang kesilapan

Tak ulang kesilapan


SHAHIR menyedari impak 'kehilangannya' memberi reputasi kurang baik kepada dirinya, namun dia berharap dengan penjelasan yang diberi, dirinya masih diberi peluang.


SUSUN katanya teratur. Kadang-kadang ada bicara yang tersekat pada rongga dan paling banyak yang dilakukan bekas juara Akademi Fantasia 8, Shahir, adalah tersenyum.

Diasak dengan pelbagai persoalan, dia masih tenang. Nada suaranya kendur dan sesekali nafasnya dihela panjang dalam sembunyi segaris senyuman. Namun bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya pada hujung 2010, dia tidak gentar berdepan realiti.

"Apa yang telah berlaku sekitar bulan Oktober tahun lalu adalah satu ujian yang penuh hikmah buat saya. Selepas diberitahu saya sakit, malah disyaki menghidap kanser hati, saya dalam dilema.

"Saya masih muda dan ia adalah soal hidup dan mati. Itu punca yang membuatkan saya menyepi sebentar," katanya berulang kali.

Realitinya, selepas menjalani pemeriksaan kali kedua, pemilik nama sebenar Ahmad Shahir Zawawi ini tidak menghidap kanser hati. Sebaliknya dia disahkan menghidap penyakit asid berlebihan dalam hati.

Katanya lagi sambil memohon maaf terhadap tindakan yang terpaksa diambil: "Sehingga sekarang, saya masih menjalani rawatan untuk penyakit tersebut. Mujur ia tidak begitu berbahaya dan membolehkan saya melakukan aktiviti terutama bekerja seperti biasa. Kini selepas kesihatan saya semakin baik, saya sudah kembali bekerja seperti biasa."

Baru berusia 22 tahun dan masih mentah sebagai artis, anak kelahiran Ipoh, Perak ini boleh dikatakan seperti tidak serius dengan bidang yang diceburi.

Boleh dikatakan juga dia seperti kurang komited, tidak berdisplin dan menumpahkan sepenuh jiwa terhadap dunia seni apabila mudah untuk mengambil keputusan 'ghaib' begitu sahaja.

Apabila diasak dengan persoalan seumpama itu, Shahir tersenyum sebelum memberitahu dia tidak pernah menyesal menjadi artis. Dia menghormati pihak lain dan bekerja dengan komited. Hanya bagi isu soal mati yang dibangkitkannya, dia terpaksa kalah dengan perlawanan hati sendiri.

"Saya tidak pernah menyesal menjadi artis. Tapi saya akan lebih menyesal kalau saya tidak diberi kerja apabila saya menjadi artis. Saya faham dunia artis macam roda, jadi saya berusaha keras untuk bekerja dengan lebih baik.

"Jika selepas ini mungkin ada yang takut untuk memanggil saya bekerja, saya berserah. Tapi saya percaya bahawa apabila kita ikhlas melakukan sesuatu, rezeki akan datang kepada kita," katanya yang kesal dengan tohmahan tidak berasas segelintir pihak terhadap masalah displin dan komitmen dirinya tanpa mengetahui punca sebenar.

Malah untuk 2011, dia bertekad untuk menjadi Shahir yang baru. Shahir yang lebih bersemangat dan masih mahu duduk lama dalam industri muzik. Dia mahu melupakan hal silam yang sekali lagi katanya, telah memberi pengajaran berguna buat dirinya.

Justeru untuk tahun ini, selain bakal muncul dengan single kedua, dia akan terlibat dalam sebuah filem milik KRU untuk bulan Mei nanti.

"Banyak agenda baru yang akan saya lakukan tahun ini, hanya buat masa sekarang, ia masih terlalu awal untuk saya umumkan. Cuma harapan saya, tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya dan saya akan terus belajar memperbaiki diri dalam bidang ini. Insya Allah juga insiden lalu tidak akan berulang lagi," katanya penuh optimis.

Ditaja

Shahir ketawa kecil apabila soalan tentang dirinya ditaja seseorang diajukan. Dia tahu hal tersebut timbul selepas insiden dia kemalangan dan memandu sebuah kereta mewah jenama BMW.

Tidak mahu khalayak terus mengaitkan dia dengan hal negatif seumpama itu, Shahir menerangkan, BMW tersebut merupakan kereta milik keluarga angkatnya. Dia juga menafikan dirinya ditaja seseorang.

Jelas Shahir: "Saya tidak terkejut dengan gosip saya ditaja. Saya anggap ia sebagai satu usikan. Sebenarnya BMW itu kereta milik keluarga angkat saya. Keluarga saya juga kenal dengan keluarga angkat saya ini.

"Selepas saya kemalangan, mereka menawarkan saya untuk meminjam kereta tersebut agar saya senang bergerak sementara saya tidak memiliki kereta. Kini, saya telah mendapat hadiah kereta yang saya menang sebagai juara AF, BMW tersebut telah saya kembalikan kepada pemiliknya semula."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Aisyaa utamakan bidang nyanyian

Posted:

Aisyaa utamakan bidang nyanyian

Aisyaa utamakan bidang nyanyian

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


TAMPIL dengan single berjudul Lagu Mahu Kamu, Aisyaa yakin dirinya mempunyai tempat dalam industri.


JIKA diperhatikan rupanya, pasti ramai yang tidak menyangka empunya nama Aisyaa Hasnaa Umaruddin atau nama komersialnya, Aisyaa Hasnaa baru mencecah umur 20 tahun.

Dia tampak matang daripada usia sebenar dan yakin dengan penglibatan perdananya dalam bidang seni.

Gadis sunti yang berzodiak Leo ini sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil dan pertama kali dia mempersembahkan bakatnya secara rasmi dalam pertunjukan amal BAKTI bagi acara anugerah GIFA yang bertempat di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Malah pada usia 16 tahun, dia juga telah terdedah dengan bidang lakonan.

Memegang watak Scaramouche dalam teater muzikal We Will Rock You terbitan Cempaka Muzikal Production, Aisyaa akui berlakon juga menjadi minatnya selain nyanyian.

Bagaimanapun, bicara pelajar tahun kedua Kolej Universiti Sunway yang mengambil jurusan seni pentas ini, kejayaan dalam bidang nyanyian mahu dicapainya dahulu sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

"Memang Aisyaa minat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan tetapi biarlah Aisyaa tumpukan sepenuhnya kepada nyanyian dahulu.

"Lagipun Aisyaa masih belajar. Takut tidak punya masa untuk melakukan kesemuanya," tutur Aisyaa yang juga adik kepada hos program masakan Icip-Icip, Anis Nabilah.

Dengan penuh yakin juga, Aisyaa merasakan vokalnya akan menjadi taruhan kerana kelainan yang ditampilkan selain genre yang dibawa iaitu pop.

"Aisyaa rasa vokal Aishaa mampu berikan kelainan kepada pendengar dan peminat muzik selain menyampaikan lagu yang berentak pop," ujar gadis kacukan Pakistan Melayu ini.

Aisyaa kini sedang bernaung di bawah produksi Wake The Baby Record milik penyanyi, komposer dan penulis lirik berkaliber, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas.

Taruhan single pertama Aisyaa yang bertajuk Lagu Mahu Kamu telah pun ke udara di corong radio MuzikFm. Lirik dan susunan lagu ini, kedua-duanya telah dicipta dan disusun oleh Ajai.

Bertutur mengenai genre lagu yang dihasilkan bagi single Lagu Mahu Kamu, kata Aisyaa, ia berentak rancak sesuai dengan umurnya yang masih remaja itu.

Antara lagu lain yang akan turut dimuatkan dalam album mininya kelak ialah Chenta, Dusta dan Graviti.

Bersiap sedia melawan gelombang dunia seni, kata si manis ini, cabaran adalah perkara biasa jika mahu berjaya.

"Saya hanya boleh bersedia tetapi jika saya punyai masalah atau jatuh dalam bidang ini, ia merupakan perkara yang baik juga kerana Aisyaa akan belajar dari pengalaman yang ditimba itu," ujar remaja yang juga pandai dan minat memasak. Optimis dengan langkah sulungnya dalam bidang seni, dia berkata, apapun yang datang kelak akan dilalui dengan tenang.

Bertanya kepadanya jika diberipeluang berduet dengan penyanyi senior satu hari kelak, pantas dia memberitahu mahu berganding dengan penyanyi jazz tersohor Malaysia, Datuk Sheila Majid.

Katanya: "Sheila Majid mempunyai karisma yang begitu tinggi dan ia memukau saya untuk berduet dengannya."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.