Adsense

Rabu, 31 Oktober 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Muzik-Muzik 27 - Yana terpaksa ikut kehendak Sam

Posted: 31 Oct 2012 06:53 PM PDT


LAGU duet dua pelakon terkenal, Shaheizy Sam dan Yana Samsuddin, yang berjudul Begini Caranya, bukan sahaja popular menerusi radio. Malah lagu itu juga meraih undi untuk layak bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-27 yang akan diadakan pada 11 November ini.
Bagaimanapun, timbul isu pada sidang akhbar semasa mengumumkan senarai lagu yang berjaya masuk ke peringkat separuh akhir program tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pihak TV3 selaku penerbitnya telah mengumumkan bahawaBegini Caranya tidak akan dinyanyikan oleh Sam dan Yana.
Sebaliknya, di atas pentas separuh akhir program itu nanti, lagu tersebut akan didendangkan oleh Ajai dan Marsha Milan Londoh.
Menurut kenyataan TV3, Sam dan Yana tidak dapat menyampaikan lagu tersebut kerana gagal mendapat pelepasan daripada syarikat produksi lakonan mereka iaitu Metrowealth Movies Production (Metrowealth).
Bagi mendapatkan kepastian tentang perkara itu, Kosmo! telah menghubungi Sam baru-baru ini.
GAM: Benarkah Metrowealth tidak memberikan pelepasan kepada Sam dan Yana untuk mendendangkan lagu, Begini Caranya pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-27?
SAM: Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Jadi, saya merasakan tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut. Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman.
Peminat pasti kecewa kerana sebelum ini mereka mengundi Sam dan Yana. Boleh komen?
Ya, betul. Pada hakikatnya memang agak berat bagi saya untuk membuat keputusan ini. Namun, setelah berfikir panjang, saya terpaksa menarik diri kerana ia memerlukan banyak latihan. Dengan jadual lakonan yang sibuk, saya rasa saya tidak dapat berikan komitmen terhadap latihan nyanyian.
Jadi, ini memang keputusan Sam dan Yana sendiri?
Ini memang keputusan kami berdua.

GAM : ke sebab suara tu dalam lagu hanya kesan effek je? :)
- ---

Azhar Sulaiman Bijak Simpan Rahsia Rumah Tangga

Posted: 31 Oct 2012 05:44 PM PDT

Azhar menjelaskan sebagai seorang selebriti dia perlu bijak menyimpan hal-hal peribadi mengenai rumah tangganya supaya ia tidak menjadi permainan di media massa.
PETALING JAYA: Pelakon Azhar Sulaiman lebih senang tidak berkongsi mengenai kisah rumah tangganya sama ada yang baik atau pun buruk sebagai cara menjaga keharmonian perkahwinan yang dibina dengan Chempaka Emalin Pahamin sejak 16 tahun lalu.
Azhar, 41, berkata, sebagai seorang selebriti dia perlu bijak menyimpan hal-hal peribadi mengenai rumah tangganya supaya ia tidak menjadi permainan di media massa.
"Rumah tangga siapa yang tiada masalah dan begitu juga saya tetapi sebagai seorang selebriti kita harus bijak menyimpan cerita terutama yang buruk daripada diketahui umum.
"Apa juga perihal di rumah jangan dibawa keluar dan bercerita kepada orang lain kerana ia akan mengundang masalah lain," ujarnya.
Hasil perkahwinan Azhar dan Chempaka mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 13, serta si kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang masing-masing berusia 10 tahun.
Dalam pada itu, Azhar berkata, ada segelintir artis yang gemar bercerita mengenai perihal rumah tangga kepada krew produksi atau pun jurusolek yang sebenarnya mengundang padah kepada mereka sendiri.
Kata Azhar, walaupun mereka tidak mahu kisah peribadi diketahui umum tetapi secara dasarnya mereka sendiri telah menyebarkan perkara tersebut kepada pihak ketiga.
"Saya pernah jumpa segelintir artis yang kononnya tidak mahu pihak media menghidu kisah rumah tangga mereka yang bermasalah tetapi dia bercerita dengan orang sekeliling semasa di set penggambaran.
"Daripada situ cerita ini akan tersebar sehingga ia dapat dihidu oleh pihak media. Bagi saya mereka tidak boleh menyalahkan wartawan yang mahu menulis cerita tersebut kerana golongan berkenaan hanya menjalankan tugas," ujarnya.
Sementara itu, Azhar bersyukur apabila khidmatnya sebagai seorang pelakon masih diperlukan dan memberitahu akan terus berlakon walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang seni bina.
Malah kata Azhar, rezekinya dalam bidang lakonan pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan pelbagai tawaran diterima.
"Tahun ini sangat baik untuk saya dan berharap 2013 akan menjanjikan perkara-perkara yang lebih teruja," katanya.
Azhar bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Persona Sukma arahan Hazali Ramli di samping pelakon seperti Ruzana Ibrahim, Julia Zigler, Erry Putra dan Amanda Misbun.
Drama bersiri 26 episod itu terbitan Bright Networks Sdn. Bhd.
Ia akan disiarkan bermula Sabtu dan Ahad ini pada setiap pukul 7 malam di TV1.
- ---

Milea Aimilia Sedia Bermadu

Posted: 31 Oct 2012 05:41 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Milea Aimilia mengakui tertarik dengan lelaki tua dan tidak menjadi halangan baginya jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan individu berusia 10 atau 20 tahun lebih tua daripadanya.
Milea atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata, dia juga tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang sudah berumah tangga dan bersedia untuk hidup berpoligami.
"Entah kenapa saya memang cukup tertarik dengan lelaki yang lebih berusia. Bagi saya mereka sangat maskulin, seksi dan matang. Antara contoh terdekat ialah tokoh politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Malah saya sedia hidup bermadu seandainya takdir ditulis begitu. Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik saya hidup berpoligami.
"Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung. Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah," katanya.
Milea ditemui pada sesi fotografi bagi rancangan 'game show' terbaru saluran ntv7 Panik, di Sri Pentas Bandar Utama, dekat sini, Rabu.
Melia akan menentang kumpulan saingan yang dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri dalam 'Panik'.
Bagaimanapun tambah pelakon itu, walaupun tidak kisah dengan cara hidup berpoligami, namun dia sering menasihati dirinya supaya tidak mengganggu lelaki yang sudah berumah tangga.
"Ibu saya selalu berpesan, walaupun dia tidak kisah dengan siapa jodoh saya nanti tidak kiralah lelaki bujang, duda atau isteri orang, tetapi dia memberi amaran supaya tidak menggatal dengan orang.
"Malah, saya sendiri cuba elak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin, walaupun terdapat empat hingga lima lelaki yang berstatus Datuk cuba memikat saya," tuturnya.
Sementara itu, pelakon filem Karipap Karipap Cinta ini mengakui sejak namanya menjadi perhatian gara-gara kontroversi video bogel, dia agak sukar untuk menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi namun bersyukur apabila diterima oleh Primeworks Sdn Bhd.
"Sebenarnya, saya bersyukur kerana Primeworks tidak pernah memandang rendah saya kerana kontroversi yang tercetus. Mereka mengambil saya berlakon untuk beberapa episod sitkom dan drama Senario serta yang terbaru, Panik," katanya.
Dalam rancangan Panik, Melia bergabung tenaga dengan Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff dalam satu kumpulan untuk menentang kumpulan saingan yang dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri.
Rancangan yang diterbitkan sebanyak enam episod ini akan ditayangkan setiap Rabu bermula 5 Disember depan ini, 8.30 malam di ntv7.
- ---

Ribut Sandy - Liyana Jasmay, ibu terpaksa berkurung dalam rumah

Posted: 31 Oct 2012 05:36 PM PDT

LIYANA bersama ibunya dalam gambar yang dirakam di New York baru-baru ini.
NEW YORK - Pelakon terkenal, Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy.
Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York.
Usaha untuk menghubungi pelakon itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya itu terputus bekalan elektrik sejak Isnin lalu.
Berita mengenai Liyana itu disampaikan oleh kakaknya, Adriana Jasmay, 28, menerusi akaun Twitter.
"Mereka (Liyana dan ibunya) duduk di rumah. Tidak pergi mana-mana. Kali terakhir bercakap dengan mama ialah 12 jam yang lalu. Sekarang, tidak tahu bagaimana keadaan mereka," ujar Adriana dalam akaun Twitternya pada pukul 11 malam kelmarin.
- ---

Chef Riz Akui Rumah Tangganya Sedang Bergolak

Posted: 30 Oct 2012 10:04 PM PDT

Chef Riz dan Ana melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember tahun lalu.
PETALING JAYA: Chef selebriti, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengakui perkahwinannya dengan aktres jelita, Ana Dahlia yang belum mencapai usia setahun kini sedang bergolak.
Chef Riz dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo! pada Rabu bagaimanapun enggan mengulas tentang dakwaan kononnya mereka berdua telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor baru-baru ini.
"Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.
"Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.
Menurut Chef Riz, beliau sebaik-baiknya tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai kisah rumah tangga mereka kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan.
Sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan bergolak apabila Ana dikatakan telah berbaik dengan bekas teman lelakinya pada pertengahan Oktober lalu.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Ana yang menganggap ia sebagai kontroversi yang tidak dapat dielakkan dalam dunia hiburan.
Chef Riz, bernikah dengan Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, pada 11 Disember 2011.
Sebelum berkahwin dengan Chef Riz, Ana merupakan seorang janda.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Detik indah Irma

Posted: 30 Oct 2012 02:56 PM PDT

Hamil beri pengalaman baru walaupun aktiviti seni berkurangan

SEJAK statusnya berubah menjadi isteri orang, kerjaya seni Irma Hasmie Ibrahim, 30, bergerak sedikit perlahan. Ini diakui sendiri wanita yang sedang hamil empat bulan itu.

Selepas bergelar isteri kepada Redza Syah Azmeer, 31, mereka terus dikurniakan rezeki yang menjadi idaman setiap pasangan berkahwin. Pada awal trimester pertama, seperti wanita lain, Irma mengalami alahan terutama pada waktu pagi.

Adik ipar tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung ini, malah menawarkan diri untuk menjaga bayi saya nanti," - Irma Hasmie Ibrahim, Pelakon


Justeru, Irma terpaksa memperlahankan sedikit aktiviti seni dengan hanya memberi tumpuan kepada tugas sebagai pengacara program Assalamualaikum di saluran TV Alhijrah selain menjadi duta sebuah produk hijab.

"Jujur Aku Dayus adalah drama terakhir yang saya terima sebelum berkahwin. Selepas itu, saya mula sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan diikuti pernikahan kerana jarak waktu antaranya singkat.

"Ini menyebabkan saya terpaksa menolak tawaran berlakon. Selepas berkahwin, rezeki menimang cahaya mata dipermudahkan. Apabila berbadan dua pula, saya tidak larat hendak berlakon walaupun ada watak sesuai ditawarkan.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, saya mudah mengah," katanya yang cukup gembira dengan kehidupan baru sebagai isteri Redza Syah.
Berat badan meningkat 10 kilogram

Dedah wanita kelahiran Kuala Lumpur ini, dia sedang meniti fasa hidup yang membahagiakan. Hidupnya hampir sempurna kerana dikurniakan suami penyayang serta bakal bergelar ibu, tidak lama lagi.

"Kehidupan ini benar-benar baru buat saya, tidak pernah saya bayangkan seindah ini kebahagiaan yang Allah berikan. Saya benar-benar bersyukur dengan kehidupan yang hampir sempurna ini.

"Saya tidak boleh katakan hidup saya sudah cukup sempurna kerana tiada insan yang sempurna di dunia ini. Alhamdulillah, saya juga amat bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sudah seperti keluarga sendiri," katanya ketika ditemui di Majlis Qurban Perdana Islamic Relief Malaysia (IRM) di Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu.

Irma berkata, keluarga mentua melayannya cukup baik.

"Adik ipar tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung ini, malah menawarkan diri untuk menjaga bayi saya nanti," katanya.

Ditemani ibu mentua dan adik ipar, pelakon yang makin berisi akibat penambahan berat badan hampir 10 kilogram sejak mengandung, masih belum mempunyai sebarang perancangan mengenai kerjaya seni selepas melahirkan anak.

Irma yang pernah membintangi drama Kasih Alia ini berkata, dia juga masih belum memutuskan siapa bakal menjaga bayinya. Malah, tidak pasti sama ada mahu mengambil pembantu rumah bagi meringankan tugas harian.

"Setakat ini, saya belum memikirkan siapa bakal menjaga anak kami. Saya juga belum terfikir mengambil pembantu rumah. Lagipun mendengar pelbagai masalah membabitkan pembantu rumah membuatkan hati saya jadi risau.

"Keluarga kami berdekatan, jadi rasanya tiada masalah jika saya mahupun suami sibuk dengan kerja. Suami pula bekerja sendiri, jadi dia tidak terikat dengan waktu pejabat," katanya.

KARYAWAN sokong FINAS anjur FFM25

Posted: 30 Oct 2012 02:54 PM PDT

Kelmarin, pejabat Cik Normah menerima kenyataan daripada Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mengenai penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25, yang dijadualkan berlangsung 30 Disember depan. Persatuan itu menyokong tindakan FINAS mengambil alih penganjurannya.

Dalam kenyataan itu, Pengerusi Kehormatnya, Datuk Sarimah Ahmad, menyatakan FINAS ialah badan paling tepat untuk menganjurkan festival berkenaan berikutan merekalah pihak bertanggungjawab memberikan peruntukan untuk FFM.

"Kami sokong langkah ini. Selain itu kami rasa amat wajar sekali ia dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penerbit Filem (PFM), pihak yang mengambil risiko tinggi untuk melaburkan sejumlah wang yang begitu banyak untuk menghasilkan filem dan menjana pembangunan industri perfileman tanah air," kata Sarimah.

Dia turut berharap FINAS akan tegas dengan keputusan mereka sebagai langkah mengelakkan berulangnya masalah pada FFM tahun lalu.

Cik Normah sekadar bertindak sebagai pemerhati kepada drama yang berlaku sejak beberapa hari lalu. Siapalah Cik Normah hendak masuk campur kan? Cik Normah juga tidak kisah siapa pun yang menganjurkan FFM, asalkan ia dapat diadakan dengan sebaik-baiknya, dengan keputusan yang seadil-adilnya, menerusi penjurian yang setelus-telusnya.

Bukan apa, tak seronoklah nanti kalau keputusannya ala-ala untuk memuaskan hati sesetengah pihak yang bertanding saja. Kalau filem itu dirasakan tidak layak menang, tak payahlah bagi trofi.

Oh ya, kalau dilihat kembali kepada tarikh malam kemuncaknya, iaitu pada 30 Disember, Cik Normah rasa waktu itu tumpuan orang ramai adalah kepada aktiviti bercuti. Jadi, kala FFM diadakan pada tarikh berkenaan, tidak ke nanti FINAS bimbang kalau tiada siapa pun yang peduli? Lagi satu, dengarnya pihak stesen TV pun sudah penuh dengan program khas masing-masing pada tarikh terbabit. Jadi, macam mana hendak disiarkan FFM25 secara langsung?

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Sharifah Sakinah versi serius

Posted:

Sharifah Sakinah versi serius

TIDAK dinafikan wataknya sebagai Kinah menerusi Biar Mimpi Sampai Ke Bintang telah memberi impak yang tersendiri buat pelakon Sharifah Nurul Sakinah Al-Khaired Syed Abu Bakar.

Berlakon di samping Elfira Loy dan Randy Pangalila dalam telefilem tersebut, karakter Sakinah yang membawakan watak anak orang kaya yang kebodohan ternyata berhasil mencuit hati penonton.

Biarpun namanya semakin dikenali ramai selepas itu, ternyata Sakinah tidak mampu lari daripada berhadapan dengan beberapa kisah kontroversi yang melanda dirinya.

Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, Sakinah pernah berselisih faham dengan pelakon Julia Ziegler dan Gambit Saifullah.

Kemudian pelakon berusia 23 tahun itu juga pernah dilabel sebagai seorang artis sombong gara-gara kerap menolak permintaan pihak media yang ingin mengadakan sesi fotografi dengannya.

Berkesempatan menemuinya semasa siri jelajah Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini, pelakon berkenaan menafikan dia seorang yang suka mencipta kontroversi.

"Seboleh-bolehnya saya mahu menjadi seorang individu yang lebih matang dan tidak mahu mengingati lagi semua kontroversi yang pernah melanda diri saya dahulu.

"Sekarang ini saya enggan menoleh ke belakang lagi dan ingin dikenali sebagai seorang pelakon yang berbakat, bukannya pelakon yang sarat dengan kontroversi," jelasnya.

Menurut Sakinah, memandangkan minat yang begitu mendalam dalam bidang seni, dia pernah berhadapan dengan dilema sama ada memilih untuk bergelar pelakon atau memberikan fokus kepada pelajarannya.

Sebelum ini dia pernah menuntut di Kolej Universiti HELP di Damansara, Selangor dalam bidang pengajian undang-undang, tetapi hanya belajar separuh jalan dan kemudian mengambil keputusan untuk berhenti.

"Pada mulanya saya memang pernah bercita-cita mahu menjadi seorang peguam, namun akhirnya saya sedar bidang tersebut tidak sesuai dengan diri saya. Ternyata, jiwa saya lebih kepada bidang lakonan," ujarnya.

Berkenaan dengan gelaran artis sombong yang pernah dilabelkan pihak media sebelum ini terhadap dirinya, Sakinah memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang masalah atau enggan memberikan kerjasama.


FIGURA ini berusaha sendiri untuk meraih peluang dalam bidang lakonan.


Ujarnya, dia bukan sengaja menolak tawaran untuk mengadakan sesi fotografi yang diaturkan media, tetapi dia sebenarnya seorang individu yang kurang gemar bersolek.

"Dulu saya tidak serius untuk bergelar pelakon. Saya terbabit dalam dunia lakonan pun sekadar suka-suka sahaja dan tidak terlampau mengejar populariti sangat serta tidak kisah kalau cerita mengenai diri saya kurang didedahkan dalam media.

"Bagaimanapun, lakonan sudah menjadi keutamaan saya sekarang dan sedar populariti itu memang penting jika hendak pergi lebih jauh. Kini, saya bersedia memberikan kerjasama terutamanya untuk mengadakan sesi fotografi dengan mana-mana media," ujarnya.

Rakan baik

Sejak namanya menjadi sebutan ramai selepas membintangi Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ternyata Sakinah dilihat banyak terbabit dengan drama dan telefilem arahan Michael Ang dan syarikat penerbitan Cube Film sehinggakan dia dilabel sebagai anak emas pengarah popular tersebut.

Mengakui pengarah itu merupakan antara individu yang memainkan peranan menaikkan namanya dalam bidang lakonan, namun dia menafikan dirinya merupakan pelakon kegemaran Michael.

"Saya tidak pernah melihat diri saya ini merupakan anak emas atau pelakon kegemaran Michael. Lagipun, banyak lagi pelakon-pelakon lain yang selalu berlakon di bawah arahannya seperti Elfira Loy, Didie Alias dan Marsha Milan Londoh.

"Mengenai hubungan dengan Michael saya bukan sekadar menganggapnya sebagai pengarah, malah dia merupakan rakan baik yang banyak membantu sehingga nama saya dikenali ramai seperti sekarang," jelasnya.

Sakinah turut memberitahu, dia langsung tidak pernah terikat untuk berlakon di bawah syarikat Cube Film sahaja dan turut diberi kebebasan berlakon dengan produksi atau pengarah lain.

"Mungkin ramai tidak sedar yang saya juga sudah banyak terbabit dengan produksi lain, misalnya seperti Zeel Production yang memang banyak memberikan tawaran lakonan kepada saya.

"Terbaharu, saya juga berpeluang berlakon di bawah arahan pengarah tersohor iaitu Erma Fatima menerusi drama bersiri 13 episod berjudul Aku Bukan Untukmu," ujarnya sambil mengakui tidak terlalu selektif dalam memilih setiap tawaran berlakon yang diterimanya.

Berdikari

Pastinya ramai yang sudah tahu tentang status Sakinah yang merupakan adik kepada Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahirah, dua orang pelakon yang terlebih dahulu mencipta nama dalam dunia lakonan.

Walaupun kedua-dua orang kakaknya itu sudah lama bergelar pelakon, Sakinah menyatakan dia tidak mengambil kesempatan menggunakan nama mereka untuk mendapatkan tawaran berlakon.


SAKINAH menolak tanggapan bahawa dia merupakan anak emas pengarah, Michael Ang.


"Memang tidak dinafikan, mereka merupakan sumber inspirasi yang membuatkan saya menjadi minat dan jatuh cinta kepada lakonan, malah mereka juga banyak memberikan galakan kepada saya untuk serius dalam bidang ini.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya akan mengambil kesempatan dengan menjaja status saya sebagai adik kepada Norhaslinda dan Shahirah, sebaliknya saya lebih gemar berdikari dan mencari sendiri peluang lakonan tanpa mengharapkan bantuan mereka," tegasnya.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia berlakon bersama-sama kakaknya, terutama Shahirah yang masih lagi aktif berlakon, Sakinah menyatakan dia menerima seadanya tentang hal tersebut.

Ini memandangkan memang ramai peminat yang ingin melihat gandingan mereka berdua sama ada dalam drama atau telefilem.

Lisa turun berat badan

Posted:

Lisa turun berat badan

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


LANGSING. Berat badan Lisa pernah mencecah 58 kilogram sebelum mengamalkan diet pemakanan.


PELAKON wanita yang bakal menggalas watak isteri mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ketika muda dalam teater Tun Siti Hasmah tidak lama lagi ini telah susut berat badannya.

Bukan disebabkan tertekan dengan latihan teater berkenaan atau kerana sudah berbadan dua, Lisa sebaliknya ingin menurunkan berat badannya yang dikatakan agak berisi selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim.

Lisa yang kini kelihatan sangat langsing baru sahaja dilantik menjadi duta tempatan pertama untuk kanta lekap FreshLook, keluaran syarikat Alcon yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini antara selebriti luar negara yang pernah menjadi duta kanta lekap jenama tersebut ialah penyanyi Taiwan, Rainie Yang dan anggota kumpulan Girls Generation dari Korea Selatan, Im Yoona.

Lisa dan Yusri khabarnya bersepakat mahu menurunkan berat badan masing-masing dan untuk itu, mereka saling menyokong antara satu sama lain untuk mengurangkan makan nasi dan hanya makan makanan berkhasiat.

Ternyata, usaha tersebut memberikan impak terhadap Lisa. Ketika ditemui pada majlis pengumuman dirinya sebagai duta FreshLook di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor, kelmarin, Lisa mendedahkan rahsia dan petua yang diamalkan untuk menurunkan berat badannya.

Kosmo!: Lisa kelihatan langsing dan kurus berbanding sebelum ini, apakah rahsianya?

LISA SURIHANI: Rahsia berat badan saya sudah turun empat kilogram sebab banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kenapa Lisa ambil keputusan untuk menurunkan berat badan?

Selepas penggambaran filem Istanbul Aku Datang memang saya tidak boleh kawal makan. Saya nampak lebih berisi selepas kahwin, jadi sebelum kena penyakit baik saya diet.

Berapa berat badan Lisa sebelum ini?

Berat badan saya 54 kilogram (kg), dan ia naik empat kg selepas itu. Ia (turunkan berat badan) atas kesedaran sendiri bukan sebab kritikan pihak media kata saya sudah berisi.

Apa lagi yang Lisa lakukan dalam tempoh berdiet itu?

Saya jarang bersenam tetapi kurangkan makan nasi. Bukan tidak makan langsung, cuma makan sedikit. Kalau langsung tidak makan nasi, nanti perut akan terkejut sebab sudah makan nasi sejak kecil lagi. Selain itu saya banyak makan salad, minum yogurt dan air jus buah-buahan segar.

Lisa mahu turunkan berat badan sampai berapa kilogram?

Saya tidak mahu kurus sangat, janji saya nampak sihat itu sudah cukup.

Selepas pementasan teater Tun Siti Hasmah, apakah projek terbaharu Lisa?

Saya akan muncul dalam sebuah rancangan televisyen tetapi tidak boleh didedahkan di sini (buat masa ini). Saya juga terbabit dengan sebuah lagi program untuk siaran di internet iaitu Maskara.

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya

Posted:

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya

MENDIANG Elizabeth Taylor dan Michael Jackson merupakan dua selebriti yang telah meninggal dunia tetapi masih meraih pendapatan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.


BINTANG legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.

Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan lukisan.

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.

Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra.

Ini kerana Taylor yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia 79 tahun sebenarnya, berkongsi 10 peratus hasil pendapatan daripada tayangan setiap filem-filem lakonannya.

Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah RM464 juta, manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas berjaya mengumpul RM176 juta - jumlah sama yang dikumpul pada tahun sebelumnya.

Kartunis selebriti, Charles Schulz, pencipta karya kartun popular Peanuts pula di tempat keempat dengan mengumpul sejumlah RM118 juta.

Antara selebriti yang masuk dalam senarai baharu Top 10 Selebriti Mati Terkaya itu termasuklah dua bintang legenda Hollywood, mendiang Marilyn Monroe dan Steve McQueen.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tak serik kena terajang

Posted: 30 Oct 2012 07:11 AM PDT

KALAU sebelum ini filem aksi seperti KL Gangster, Jiwa Taiko, Kongsi dan Pe3 mengisi pawagam, akan muncul pula kisah mengenai budak-budak nakal menerusi Budak Pailang.

Budak Pailang atau dalam bahasa Hokkien bermaksud budak nakal dilakonkan barisan pelakon muda seperti Aeril Zafrel, Niezam Zaidi dan Wawa Zainal. Ia arahan Hashim Rejab yang sebelum ini pernah mengarah filem Halim Munan dan Sekali Lagi.

Bagi Aeril, filem yang akan memulakan tayangan pada 1 November ini menonjolkan sisi berbeza kerana sebelum ini dia lebih lebih sinonim dengan watak romantik.
Kali ini, Aeril bawa watak Badrul (Bad) yang juga seorang budak samseng lepasan sekolah.

Secara peribadi, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 24, akui tertarik dengan watak Badrul kerana ia ada kelainan daripada yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Badrul berasal daripada keluarga miskin. Akibat tidak tahan hidup dalam kemiskinan, dia mula membabitkan diri dalam dunia kongsi gelap. Kehidupannya berubah menjadi mewah kerana kerja haram sehinggalah Badrul ditangkap dan dimasukkan ke sekolah Juvana sekali gus insaf atas perbuatannya itu.

"Apa yang mencabar, 60 peratus daripada filem ini membabitkan aksi pergaduhan yang memerlukan kekuatan dari segi fizikal. Saya tidak ada masalah menjayakan babak pergaduhan kerana kebanyakan lelaki memang ada asas 'street fighting'.

"Selain itu, saya juga ada belajar seni mempertahankan diri Muay Thai tidak lama dulu serta bimbingan daripada pengarah aksi di lokasi penggambaran," katanya. Ditanya gandingannya dengan Wawa, kata Aeril dia tiada masalah mendapatkan keserasian.

"Kami pernah digandingkan dalam drama Klik untuk saluran Astro Ceria sebelum ini. Penonton juga akan dapat melihat Wawa bawa watak antagonis yang belum pernah dilakonkannya sebelum ini. Ia menampilkan sesuatu yang baru dalam lakonannya," katanya.

Mengenai kerjasamanya dengan Hashim pula, kata Aeril, dia pernah bekerja dengan pengarah itu dalam drama Klik 1 dan Klik 2.

"Saya tidak ada masalah bekerja dengan Hashim kerana sudah tahu cara dan rentak dia bekerja. Satu kelebihan Hashim ialah dia sentiasa memberi semangat kepada pelakon untuk melakonkan babak diserahkan dengan baik.

"Bagi saya, tekanan yang diberikan pengarah pada seseorang pelakon itu akan membuatkan pelakon itu lebih bersedia. Sedikit sebanyak, memang kita berasa tertekan untuk melakonkan babak seperti dikehendaki pengarah itu tetapi kita akan berasa puas apabila melihat hasilnya," katanya.

Sementara itu Aeril akui jiwanya lebih tenang dan damai sejak mendalami ilmu agama dan perubatan alternatif Islam, hampir setahun lalu. Sudah lapan bulan, aktor muda meningkat naik, Aeril Zafrel ini menyepi dan tidak berlakon drama atau filem sedangkan namanya di puncak populariti ketika ini.

Terus terang, anak kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor ini belum terfikir untuk bersara daripada bidang lakonan mahupun membataskan watak pada filem bercorak Islamik semata-mata seperti tanggapan masyarakat.

"Cuma buat masa ini, saya belum bersedia untuk berlakon dalam mana-mana projek drama atau filem baru dalam tempoh terdekat ini kerana ingin memberi fokus kepada ilmu agama dan perubatan Islam yang baru dipelajari ini.

"Saya berminat menceburi perubatan Islam ini pun selepas terkena penyakit misteri, sebelum ini. Alhamdulillah, penyakit misteri itu sudah pun pulih. Pada masa sama, saya putuskan untuk berehat seketika dari bidang seni bagi mengkaji kelemahan dalam aspek lakonan kerana saya sangat pentingkan kualiti dihasilkan," katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang dikenali dalam filem seperti Tujuh Petala Cinta, Cinta Kura-Kura, HACKS (Hanya Aku Cinta kau Seorang) dan Aku Tak Bodoh ini sempat beraksi dalam filem genre aksi, Budak Pailang (budak nakal) terbitan Metrowealth (MIG) yang menjalani penggambaran pada tahun lalu. Selain Budak Pailang, dia turut berlakon dalam filem 99 Kali Rindu.

Berbanding Aeril, pendatang baru di persada hiburan tanah air, Niezam Zaidi pula bermula dari bawah sebelum diberi kepercayaan bawa watak pembantu dalam drama dan filem.

Pemilik nama sebenar Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 20, dari Ipoh, Perak ini pernah berlakon dalam filem 99 Kali Rindu, Pada Suatu Cinta Dahulu, Khalimah dan Adnan Sempit 3. Manakala, drama lakonannya pula ialah Takdir Qismah, Bini-Bini Perkasa dan Diari Platun dan telefilem Cikgu Kamala.

Pemegang sijil Bengkel Lakonan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (2011) ini juga julung kalinya di beri kepercayaan memegang watak penting iaitu sebagai budak jahat bernama Rodi dalam filem Budak Pailang.

"Jiwa saya memang pada watak antagonis dan watak budak jahat seperti Rudy memang sesuai dengan diri saya. Sebelum penggambaran, kami perlu menghadiri kelas lakonan selama empat hari untuk menjiwai karakter diserahkan.

"Apapun, saya tidak serik atau takut walaupun badan saya lebam-lebam kerana disepak terajang serta mengalami kecederaan di bawah mata ketika menjiwai aksi pergaduhan dalam cerita ini. Bayangkan, saya juga pengsan sekejap ketika ada benda tiba-tiba terjatuh atas kepala. Mujur, kecederaan tidak serius," katanya.

Sebagai orang baru, Niezam mengakui perlu menyesuaikan diri dengan pengarah dan barisan pelakon dalam filem itu.

"Setakat ini, semua berjalan lancar. Pada pandangan saya, Hashim seorang pengarah yang tegas dan sebagai pelakon, saya perlu berasa hormat padanya.

"Pelakon yang sudah ada nama seperti Ariel dan Wawa juga memberikan kerjasama yang baik pada saya ketika di lokasi," katanya.

Filem yang bakal menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 1 November ini turut dibantu barisan pelakon lain seperti Zul Handy Black, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Man Rahman, Arien Yunus dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/30


Usah buat lawak tikam belakang

Posted: 30 Oct 2012 06:20 AM PDT

SELEPAS kumpulan Osbon diangkat sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2011 (MLM), musim kedua program realiti yang mencetuskan fenomena tersendiri tahun lalu ini dijangka lebih sengit dengan menyaksikan 10 barisan pelawak dan pelakon komedi tersohor membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia bakal berentap di gelanggang MLM 2012 bermula 16 November ini di saluran Astro Warna.

10 kumpulan yang bakal berentap pada musim ini ialah Boboi (Afdlin/Harun/Nabil, Pimai (Imuda/Mat Over), Jozan (Johan/Zizan Raja Lawak), Sabon (Abon/Sathia), Jambu (Taukeh/Yus), R2 (Rahim/Wan Lopez), Shiro (Shahrol/Ajak), Mamu (Abu/Ajo).

Dua lagi kumpulan dari Indonesia iaitu The Bandung Jokers (Dodon/Amin Bawel/Aman) dan Saywho (Eko/Bocil/Vicha) turut berentap. Tidak ketinggalan, penyertaan dari Singapura iaitu 2IN1 (Bobo/Arif Sudin) yang bergabung dengan artis veteran AR Badul.

Manakala, tiga lagi kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu pula bakal bersaing dalam Kerusi Panas MLM kerana hanya satu saja kumpulan yang akan terpilih untuk bersaing dalam MLM 2012.


Kumpulan yang memberi cabaran paling sengit pada MLM 2012 sudah pasti Boboi yang dianggotai pelakon dan pengarah berkaliber, Afdlin Shauki dan pasangannya, pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik yang pernah menjadi Naib Juara MLM 2011.


Ikuti temubual Wartawan RAP, Ramlah Zainal (roses@hmetro.com.my) bersama Afdlin mengenai penyertaan dan peluang kumpulan Boboi dalam musim kedua, sekali gus berkongsi pandangan mengenai MLM 2012 yang turut menawarkan hadiah wang tunai mencecah RM500,000 kali ini.

RAP: Misi utama kumpulan Boboi berentap dalam MLM 2012?

AFDLIN: Kami cuba untuk mengukuhkan lagi jenama Boboi, produk, komik, animasi, Opera Sabun Boboi dan sebagainya lagi. Apa yang penting, kami jayakan program ini sebab nak buat orang gembira dan terhibur.

RAP: Kenapa Boboi tidak kekal berdua saja untuk MLM 2012? Adakah kehadiran Nabil untuk memantapkan lagi kumpulan ini?

AFDLIN: Kami ingin tampilkan tiga kombinasi generasi Boboi dalam MLM 2012.
Pada masa sama, saya dan abang Harun bersandarkan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang seni. Abang Harun adalah pelawak Otai, saya (pelawak senior) dan Nabil pula pelawak pelapis. Penampilan Nabil diharap dapat menarik perhatian peminat di kalangan remaja dan generasi muda untuk menyokong Boboi.

RAP: Boleh berkongsi perancangan dan strategi Boboi untuk berentap dalam gelanggang MLM 2012?

AFDLIN: Saya akui memang kami bertiga 'pecah kepala' dibuatnya untuk tampil dengan idea yang lebih menarik musim ini. Maklumlah, budaya kerja kumpulan Boboi memang sentiasa beri yang terbaik pada setiap persembahan, sejak dulu.
Selain itu, kami juga memilih untuk tampilkan daripada segi idea dan pendekatan lebih dewasa pada persembahan musim kedua ini.

RAP: Ada pihak yang mempertikaikan kenapa kumpulan yang sama bersaing pada musim kedua ini?

AFDLIN: Kami menyertai persaingan musim kedua program realiti MLM kerana diundang sekali lagi oleh pihak Astro Warna untuk sama-sama menghangatkan lagi pertandingan ini. Terus terang, Boboi melihat MLM 2012 bukan sebagai satu pertandingan sebaliknya ruang untuk kami bertemu semula kawan-kawan dan pada masa sama menghiburkan orang.

RAP: Kumpulan yang beri saingan paling sengit pada Boboi?

AFDLIN: Kumpulan Boboi sendiri. Kami masuk bukan untuk menang tapi yang penting adalah buat yang terbaik. Boboi hanya buat yang terbaik yang kita boleh buat. Kita melihat persaingan dari sudut yang sihat dan positif. Kalau orang lain buat bagus pun kami tetap akan sokong.

RAP: Tidak bimbang jika ada pihak yang cuba melaga-lagakan Boboi dengan kumpulan lain?

AFDLIN: Kami tidak akan masuk dalam pertandingan ini jika kami tahu ada orang melanggar etika kerja atau suka menikam dari belakang atau menjatuhkan orang lain. Setiap lawak yang kita buat juga kita pastikan tidak menjejaskan sensitiviti orang lain. Kita juga menjaga bahasa yang digunakan supaya tidak menyinggung perasaan atau mempersendakan orang lain. Banyak benda di sekeliling yang kita boleh buat bahan sketsa lawak.

RAP: Pandangan Boboi pada 13 kumpulan termasuk dalam senarai kerusi panas yang layak berentap untuk musim kedua ini?

AFDLIN: Saya hormati semua pelawak baru dan lama yang dapat masuk dalam pertandingan ini. Saya lihat mereka juga 'struggle' untuk masuk dalam musim baru ini. Menempa nama ke peringkat awal pun mereka sudah bagus. Saya bangga dapat duduk dengan pelawak yang bagus.

RAP: Apakah Boboi menaruh harapan tinggi untuk bergelar juara MLM 2012?

AFDLIN: Terus terang, kami masuk MLM 2012 bukan untuk menang. Bagi kami, soal kalah atau menang, jatuh nombor dua. Kalau nak menang atau untuk popular tidak perlulah kami masuk program ini kerana kami sudah menang pun sebelum ini.
Kalau untuk popular, kami sudah pun popular dengan projek lain.

RAP: Adakah Boboi berasa teruja dengan hadiah wang tunai setengah juta ringgit yang ditawarkan untuk juara musim kedua ini?

AFDLIN: Kalau hadiah RM500,000 sekalipun tapi kalau isi lawak yang ditampilkan kosong pun tak ada gunanya. Jangan masuk program ini sebab untuk dapat hadiah. Apa yang penting buat yang terbaik kerana itu budaya kerja Boboi, sejak dulu. Kami pernah berdepan dengan tekanan yang lebih tinggi bila buat pementasan Lawak Ke Der? yang dipentaskan di pentas Istana Budaya, sebelum ini.
Bayangkan kita nak hiburkan orang dalam masa setengah jam dengan tiket yang dibayar hingga RM100 seorang.

RAP: Jika Boboi muncul juara MLM 2012, apa anda akan buat dengan wang kemenangan itu?

AFDLIN: Maaflah, buat masa ini, kami tidak terfikir pun soal untuk menang wang tunai yang ditawarkan dalam MLM 2012. Seperti pepatah, 'Don't count the chicken before it hatches'.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/30


Selasa, 30 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Anak Rosyam Noor, Arniesha Azureen Sudah Bertunang

Posted: 30 Oct 2012 09:07 PM PDT

Kalau sudah namanya anak kepada selebriti terkenal, tak mustahil tempias populariti itu akan turut terkena pada keluarga, lagi-lagi anak sendiri.

Terbaru, pada 28 Oktober lepas (Ahad), anak perempuan Rosyam Noor telah selamat bertunang dengan lelaki pilihan bernama Hafiz. Arniesha Azureen, 23, kelihatan cantik dimajlis pertunangannya, namun kelibat Rosyam Noor tidak kelihatan diantara gambar-gambar yang dimuatnaik ke laman Twitter-nya.

Mari kita lihat foto-foto disekitar majlis pertunangan Arniesha Azureen dan Hafiz selepas ini ya.

Sumber gambar : @ArnieshaAzureen

Yuna & Juliana Evans Selamat, Tempat Liyana Jasmay Bakal Dilanda Taufan Sandy

Posted: 30 Oct 2012 08:42 PM PDT

 

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Berikutan bencana tersebut, semua pengangkutan awam di Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik dan kejadian itu dilaporkan sebagai bencana alam paling teruk yang melanda kota metropolitan itu.

Meskipun begitu, media tempatan melaporkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan selamat, termasuklah tiga artis kita yang kini menetap di sana iaitu Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Yuna Zarai.

Menurut Yuna dan Juliana Evans, tempat mereka yang masing-masing terletak di kawasan Malibu dan Michigan berada dalam keadaan selamat dan tidak dilanda Taufan Sandy.

Kawasan yang didiami oleh Liyana Jasmay bagaimanapun menghadapi sedikit gangguan bekalan elektrik, tetapi masih berada dalam zon selamat.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pengarah Filem Budak Kelantan Ambil Cabaran Tattoo Gestapo

Posted: 30 Oct 2012 11:00 PM PDT

Pengarah filem Budak Kelantan Ambil Cabaran Tattoo Gestapo

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha' (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Wae kini akan memulakan pengarahan beliau bersama Rumah Anak Teater melalui pementasan Tattoo Getapo lakonan Benjy, Pekin Ibrahim, Azman Hassan dan pelakon baruhasil didikan Rumah Anak Teater, Doul.
Rumah Anak Teater memilih beliau untuk mengarah projek terbaru mereka, Tattoo Gestapo atas kewibawaan beliau selama ini dan telus dalam membawa sesuatu naskah itu.

Apabila bertanya mengenai penarikan pengarah asal Hariry Jalil, penerbit eksekutifnya, Faisal Mustaffa memberitahu bahawa Hariry sendiri yang memaklumkan kepadanya bahawa beliau menarik diri tanpa memberi sebarang alasan. Oleh yang demikian, Nam Ron yang bertindak sebagai Pengarah Artistik bagi pementasan itu telah mencadangkan Wae untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Selepas meneliti jalan cerita yang berkisar mengenai dilema banduan-banduan dalam penjara yang akan dijatuhkan hukuman mati, Wae menerimanya", jelas Faisal.
Faisal bersyukur dengan persetujuan tersebut dan mengaggap bahawa Wae amat bersesuaian dengan naskah ini. Pelantikan Wae sebagai pengarah Tattoo Gestapo ini juga telah diteima baik oleh seluruh tenaga produksi termasuk pelakon-pelakonnya yang diterajui oleh Benjy dan Pekin Ibrahim.

Atas pelantikan beliau juga telah memberi kepercayaan untuk exco Kebudayaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail untuk menaja separuh daripada kos pementasan tersebut dan seterusnya menjadi salah satu program kesedaran rakyat Negeri Selangor mengenai risiko pengedaran dadah dan hukuman mati.

Teater Asrar2 yang dipentaskan pada 2011 juga ditaja sepenuhnya oleh Kebudayaan Negeri Selangor dan Perbadanan Adat Melayu Selangor (PADAT).

Tattoo Gestapo akan dipentaskan di Free.Space@Kakiseni di SSTwo Mall, Petaling Jaya pada 22-25 November 2012. Tiket berharga RM20 boleh diperolehi dengan menghubungi 012-2356417.

Wan Azli Wan Jusoh

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Peraduan Jom Menonton Filem Istanbul Aku Datang di Budiey.com

Posted: 30 Oct 2012 10:44 PM PDT

Salam pembaca Sensasi Selebriti sekalian,

Nak menang hadiah tak? Jom sertai peraduan ini!

Filem Istanbul Aku Datang, arahan Bernard Chauly, adalah sebuah filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films dan akan membuka tirai di pawagam pada 8 November 2012 di seluruh negara. Filem ini dilakonkan oleh Lisa Surihani, Tomok, Beto Kusyairy dan Aizat Amdan.

Poster istanbul aku datang

SINOPSIS FILEM ISTANBUL AKU DATANG:

Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?

Trailer Filem Istanbul Aku Datang:

Saksikan babak-babak romantik komedi lakonan hebat Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairi dalam filem ini mulai 8 November ini di pawagam berhampiran anda!

  •  1 x beg tangan dari Radley bernilai RM700
  •  1 x travel tote bag dari LeSportsac bernilai RM500
  • 5 x cash voucher dari Secret Recipe bernilai RM50 setiap satu
  • 5 x pasang tiket in-season untuk menonton Istanbul Aku Datang di GSC / Cathay Cinemas, yang boleh digunakan 1 minggu selepas tayangan IAD bermula

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

Soalan 1:
Namakan 3 pelakon utama filem ini?

Soalan 2:
Namakan pengarah filem ini

Soalan 3:
Bilakah filem ini akan ditayangkan di pawagam?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya mahu menonton filem Istanbul Aku Datang kerana… (tidak lebih dari 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

18 November 2012

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Istanbul Aku Datang di Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Hadiah ditaja oleh Radley, LeSportsac dan Secret Recipe. Terima kasih juga buat Grand Brilliance.

Radley, LeSportsac dan Secret Recipe

Radley, LeSportsac dan Secret Recipe

Ini dia, kek Turkish Indulgence, kek terbaru dari Secret Recipe, yang diilhamkan oleh filem Istanbul Aku Datang. Yummeh!

Radley, LeSportsac dan Secret Recipe

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: