Adsense

Selasa, 30 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pengarah Filem Budak Kelantan Ambil Cabaran Tattoo Gestapo

Posted: 30 Oct 2012 11:00 PM PDT

Pengarah filem Budak Kelantan Ambil Cabaran Tattoo Gestapo

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha' (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Wae kini akan memulakan pengarahan beliau bersama Rumah Anak Teater melalui pementasan Tattoo Getapo lakonan Benjy, Pekin Ibrahim, Azman Hassan dan pelakon baruhasil didikan Rumah Anak Teater, Doul.
Rumah Anak Teater memilih beliau untuk mengarah projek terbaru mereka, Tattoo Gestapo atas kewibawaan beliau selama ini dan telus dalam membawa sesuatu naskah itu.

Apabila bertanya mengenai penarikan pengarah asal Hariry Jalil, penerbit eksekutifnya, Faisal Mustaffa memberitahu bahawa Hariry sendiri yang memaklumkan kepadanya bahawa beliau menarik diri tanpa memberi sebarang alasan. Oleh yang demikian, Nam Ron yang bertindak sebagai Pengarah Artistik bagi pementasan itu telah mencadangkan Wae untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Selepas meneliti jalan cerita yang berkisar mengenai dilema banduan-banduan dalam penjara yang akan dijatuhkan hukuman mati, Wae menerimanya", jelas Faisal.
Faisal bersyukur dengan persetujuan tersebut dan mengaggap bahawa Wae amat bersesuaian dengan naskah ini. Pelantikan Wae sebagai pengarah Tattoo Gestapo ini juga telah diteima baik oleh seluruh tenaga produksi termasuk pelakon-pelakonnya yang diterajui oleh Benjy dan Pekin Ibrahim.

Atas pelantikan beliau juga telah memberi kepercayaan untuk exco Kebudayaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail untuk menaja separuh daripada kos pementasan tersebut dan seterusnya menjadi salah satu program kesedaran rakyat Negeri Selangor mengenai risiko pengedaran dadah dan hukuman mati.

Teater Asrar2 yang dipentaskan pada 2011 juga ditaja sepenuhnya oleh Kebudayaan Negeri Selangor dan Perbadanan Adat Melayu Selangor (PADAT).

Tattoo Gestapo akan dipentaskan di Free.Space@Kakiseni di SSTwo Mall, Petaling Jaya pada 22-25 November 2012. Tiket berharga RM20 boleh diperolehi dengan menghubungi 012-2356417.

Wan Azli Wan Jusoh

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Peraduan Jom Menonton Filem Istanbul Aku Datang di Budiey.com

Posted: 30 Oct 2012 10:44 PM PDT

Salam pembaca Sensasi Selebriti sekalian,

Nak menang hadiah tak? Jom sertai peraduan ini!

Filem Istanbul Aku Datang, arahan Bernard Chauly, adalah sebuah filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films dan akan membuka tirai di pawagam pada 8 November 2012 di seluruh negara. Filem ini dilakonkan oleh Lisa Surihani, Tomok, Beto Kusyairy dan Aizat Amdan.

Poster istanbul aku datang

SINOPSIS FILEM ISTANBUL AKU DATANG:

Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?

Trailer Filem Istanbul Aku Datang:

Saksikan babak-babak romantik komedi lakonan hebat Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairi dalam filem ini mulai 8 November ini di pawagam berhampiran anda!

  •  1 x beg tangan dari Radley bernilai RM700
  •  1 x travel tote bag dari LeSportsac bernilai RM500
  • 5 x cash voucher dari Secret Recipe bernilai RM50 setiap satu
  • 5 x pasang tiket in-season untuk menonton Istanbul Aku Datang di GSC / Cathay Cinemas, yang boleh digunakan 1 minggu selepas tayangan IAD bermula

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

Soalan 1:
Namakan 3 pelakon utama filem ini?

Soalan 2:
Namakan pengarah filem ini

Soalan 3:
Bilakah filem ini akan ditayangkan di pawagam?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya mahu menonton filem Istanbul Aku Datang kerana… (tidak lebih dari 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

18 November 2012

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Istanbul Aku Datang di Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Hadiah ditaja oleh Radley, LeSportsac dan Secret Recipe. Terima kasih juga buat Grand Brilliance.

Radley, LeSportsac dan Secret Recipe

Radley, LeSportsac dan Secret Recipe

Ini dia, kek Turkish Indulgence, kek terbaru dari Secret Recipe, yang diilhamkan oleh filem Istanbul Aku Datang. Yummeh!

Radley, LeSportsac dan Secret Recipe

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: