Adsense

Isnin, 21 Mei 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gempar : Kepala Artis Melakat Pada Sejadah !!

Posted: 20 May 2012 09:20 PM PDT

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan
aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat." Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mahu tak mahu, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu."Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung." Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Artis Malaysia : Komen Nabila Huda Menjadi Ibu Tunggal

Posted: 20 May 2012 09:10 PM PDT

ZoOM : Bagi ZoOm menjadi ibu tunggal memang perit dan susah jika tidak mampu mengawal dan merancangnya. Namun anak kepada legenda rock Malaysia (Amy Search) menyatakan status ibu tunggal tidak menggangu emosinya malah lebih selesa berstatus sedemikian. Dan berikut komen beliau apabila ditanya oleh wartawan :

"Saya gembira dan bahagia dengan kehidupan sebagai ibu tunggal. Walaupun ada ketikanya, perasaan sedih itu datang tetapi saya dapat atasi kerana kesibukan kerja dan anak saya yang sentiasa bersama.

"Pada fasa ini, saya semakin sukar untuk berenggang dengan Keisha kerana mudah rindu padanya. Setakat ini, saya akan bawa dia bersama ke lokasi penggambaran walau di mana sekali pun," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Nabila memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin ekoran tiada persefahaman.

Ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti, Nabila berkata pada peringkat ini keutamaannya adalah pada kerjaya dan anak.

"Bukan saya trauma atau serik dengan kegagalan perkahwinan tetapi mencari pengganti bukanlah misi utama saya pada waktu ini.

"Saya tidak mudah untuk jatuh hati dan belum terfikir untuk mencari teman lelaki pun. Malah, saya tiada teman istimewa kerana jarang berpeluang untuk bersosial kerana setiap hari sibuk dengan penggambaran dan urusan anak," jelasnya.

Sempat diusik mengenai gosip hubungannya dengan aktor baru Johan As'ari, Nabila memohon agar spekulasi tersebut dihentikan kerana dia khuatir ia boleh menjejaskan perkembangan karier aktor itu.

"Kami hanya kawan rapat dan saya percaya peminat juga sudah letih mendengar gosip sebegini. Saya berharap spekulasi ini dihentikan kerana tidak mahu ia menjejaskan perjalanan karier Johan yang baru bertapak.

"Mungkin gosip begini tidak begitu mengganggu saya yang sudah berada pada zon yang selesa tetapi kasihanlah pada dia yang baru bermula," ujarnya.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Mentor 6 : KJ atau Abd Kadir Unding Protoge Adam Tersingkir

Posted: 20 May 2012 08:59 PM PDT

Kerana kesilapan memilih genre muzik tari dalam pertandingan Mentor musim ke 6, Adam mengakui ia menyebabkan Protogenya tersingkir semalam (Ahad). Daripada pemerhatian ZoOm semasa program Mentor 6 berlangsung semalam, anda dan penonton diluar sana sudah mengetahui siapakah yang akan tersingkir.

Persembahan mantap oleh Zatul dan Caroline dalam Kumpulan B semalam sudah cukup untuk mengambarkan bertapa jauhnya tahap yang ditonjolkan oleh kedua-dua mentor tersebut.

Dan berikut komen daripada Mentor KJ (Adam) berkenaan persembahan Protogenya :

"Kesilapan pada persembahan saya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Saya akui gementar selepas melihat Caroline dan Zatul mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

"Namun, saya sudah melakukan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu Ramli MS menganggap kesemua peserta sudah berusaha dengan baik melainkan KJ yang banyak melakukan kesilapan.

"Bagi saya, semua peserta sudah berusaha kecuali KJ melakukan yang banyak buat silap dalam persembahannya," kata beliau.

Datuk Sharifah Aini pula mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh Zatul dan persembahan Caroline yang dianggapnya bertaraf seperti penghibur.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Artis Malaysia : Adi Putra Batal Hasrat Untuk Cerai Isteri

Posted: 20 May 2012 08:31 PM PDT

Alhamdulillah..ini yang ZoOM baca hari ini mengenai Adi Putra yang sebelum ini memfailkan kes penceraian di Mahkamah Syariah kini mengambil keputusan untuk menarik balik kes berkenaan.

Beliau enggan menjawap isu penceraian apabila ditanya oleh wartawan tetapi tampil dengan jawapan berikut :

"Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini," katanya.

Adi dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Hollywood : Penyanyi Bee Gees, Robin Gibb Meninggal Dunia

Posted: 20 May 2012 08:23 PM PDT



LONDON: Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb yang dilaporkan koma sebelum ini meninggal dunia pada usia 62 tahun, pagi Isnin.

Beliau meninggal dunia akibat selepas sekian lama bergelut dengan penyakit barah hati dan kolon.

Kematian Gibb disahkan oleh ahli keluarganya.

"Keluarga Robin Gibb, ahli kumpulan Bee Gees mengumumkan dengan rasa begitu sedih bahawa Robin meninggal dunia hari ini (pagi Isnin) selepas bertarung dengan kanser dan beberapa pembedahan.

"Kami memohon supaya tidak diganggu pada saat ini," kata keluarga penyanyi itu dalam kenyataan.


Barry, Maurice dan Robin Gibb mencipta nama dalam dunia pop pada 1970-an dengan lagu-lagu popular termasuk "How Deep Is Your Love", "Stayin' Alive", dan "Night Fever".

Kumpulan tersebut meraih penjualan album sebanyak 200 juta salinan, meletakkan mereka sebaris dengan kumpulan Rolling Stones dan Pink Floyd.

Sumber : Mstar


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Zuckerberg Pengasas Facebook Berkahwin Dengan Priscilla

Posted: 20 May 2012 07:28 PM PDT





Walaupun duit ada berbilion-bilion tetapi pasangan ini meraikan majlis perkahwinan mereka dengan penuh sederhana tanpa menghebahkan kepada media ataupun rangkaian sosialnya. Selepas perkahwinan mereka barulah status "Married" muncul menyebabkan ramai yang kini mencari-cari gambar perkahwinan pasangan ini.

Dan ini adalah gambar yang boleh ZoOM kongsi bersama dengan pembaca di ZoOMartis :

Status Facebook Mark Zuckerberg bertukar kepada married


Pasangan yang ideal..setelah 9 tahun berkenalan dan bercinta akhirnya mereka memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar DJ Radio Dibogelkan Semasa On Air - Panas!! Panas!!

Posted: 21 May 2012 06:05 AM PDT


(SX) Selalu kita mendengar kata kata double meaning di konti dan sudah semestinya anda tidak ketahui apakah yang sedang berlaku ketika penyampai radio berdua-duaan terutama pada lewat malam.

DJ Radio ini tidak dapat disahirkan adakah penyampai radio ini dari radio tempatan atau luar tempatan. Tetapi gadis didalam gambar ini ternyata telah berbogel didalam konti stesen radio. Motif sebenar wanita tersebut menanggalkan pakaiannya tidak diketahui, dan apakah motifnya.

Sekiranya anda perhatikan pada tagline pada cemin di belakang gadis tersebut ialah "Today's Best Music". Memang ada radio tempatan yang menggunakan tagline tersebut tapi bagaimanapun agak terlalu awal tuk mengesahkannya.

Jom layan gambar tersebut dan sahirkan adakah ini DJ Radio Stesen Tempatan

Dijamin semua akan terkejut dan mata anda pasti terkeluar dengan ganas!


Skandal PKFZ - Chan Kong Choy didakwa tipu bekas PM

Posted: 21 May 2012 05:23 AM PDT

Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melibatkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Rasakan, kencing aku lagi... Bersalah layan lah hang nasi dalam penjara

Walaubagaimanapun hari ini ditangguhkan bagi kali ketiga dan akan disambung semula pada 31 Oktober. Liatnya ahli politik nak dikenakan hukuman.

Chan's lead lawyer Datuk Tan Hock Chuan said he had no objections to the application.

Justice Zamani Abdul Rahim, who now based in Penang, said it was the third time he had to travel to the capital city to hear the case.

"I did not come down to 'makan angin' (sight-seeing)," the trial judge told the court, adding, "I am ready to proceed with the case at any time."

Chan was charged in the Sessions Court in Putrajaya on February 28 last year with three counts of cheating then-Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi of a whopping RM1.9 billion over the trans-shipment project between 2004 and 2006.

He faces up to five years' jail on each count.

The project was initially tagged at RM1.1 billion after it was mooted by Dr Ling in 1997, but more than quadrupled to RM4.6 billion by 2007.

A position review by top accounting firm PricewaterhouseCoopers revealed in 2009 that the total cost including interest from debt repayments could reach RM12.5 billion.

Nampaknya kita kena tunggu lagi hari perbicaraan berikut dan hasil perbicaraan tersebut pastinya kepada blogger akan mengetahui siapakah ahli ahli VVIP yang terlibat.


Gambar Aksi Seksi Neelofa Berkemban

Posted: 20 May 2012 11:51 PM PDT



Gambar Aksi Neelofa Berkemban sudah mula tersebar, cukup popular artis ini, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan mendapat liputan, tidak kira aksi tersebut hanya atas urusan kerja mahupun koleksi peribadinya. Kali ini Neelofa muncul di dalam video klip terbaru kumpulan Tilu, konsepnya ala indie.






Video klip kumpulan ini adalah hasil sentuhan pengarah CGI terkenal, Yusry KRU. Video klip fantasi ini juga menampilkan Neelofa yang super hot!




Tugasnya, muncul sebagai aktor seseksi yang mungkin kerana kehendak penulis skrip, katanya. Mungkin aksi seksi ini tidak menjadi sukar buat artis ini kerana sebelum ini latarbelakangnya adalah model. Kali ini beliau mengenakan pakaian ala-ala Playboy Bunny Girl, cuma topi aja di pakainya topi macam jururawat pulak. Sekali sekala tengok dah macam tayangan video tut.... kena sensored sikit wording tu.

Fizz Fairuz Muka Tebal Jawab Isu Percintaan Almy Nadia

Posted: 20 May 2012 10:42 PM PDT

Pelbagai reaksi lisan yang didengari dari peminat berkenaan percintaan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Muka Tebal, Makan Diri, Muka Tak Malu itu lah yang harus ditelan oleh Fizz Fairuz apabila mengejutkan Almy Nadia bahawa dia akan berkahwin dengan kekasihnya akhir tahun ini.

Baru-baru ini Mstar telah menghubungi artis tersebut berhubung kenyataan itu dan jawabnya

Saya tak nak komen apa-apa. Harap faham, katanya ringkas lalu menamatkan panggilan telefon serta-merta.

Isu terkini, Fizz Fairuz secara tiba tiba membuat kenyattan kali kedua dan mengejutkan bahawahubungan mereka kini di ambang keretakan.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Berita Minggu pada Ahad, Almy berkata hubungan mereka boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.


Berikut adalah maklum balas dari Almy Nadia berhubungan kenyataan Fizz Fairuz

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, juga dilaporkan sebagai berkata, aktor itu sekadar bercakap tanpa berfikir panjang.

Dia turut menyifatkan ia sebagai gurauan semata-mata mengenai hasrat untuk berkahwin kerana hubungan mereka kini berada di ambang perpisahan.

Almy dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 9 Mei lalu, mengakui sangat terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya itu berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.

Bagaimanapun, aktres berusia 26 tahun itu tidak dapat memberi sebarang reaksi kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai hasrat Fizz.

Dalam pada itu, Almy yang dihubungi pula tidak mahu memberikan sebarang kenyataan.

"Tak nak komen... Saya tak nak komen apa-apa, boleh tak? Minta maaf sangat-sangat," jawab Almy.


G.A.M harap perkara ini eloklah diselesaikan dengan cara orang matang, jangan seperti kebudak-budakkan yea, kedua dua nya dah besar panjang tu.

Jr Smith Kekasih Baru Rihanna

Posted: 20 May 2012 08:55 PM PDT

Pastinya ramai yang telah mengetahui bahawa pelakon Battleship ini telah lama hatinya telah terluka bersama penyanyi rap, Chris Brown. Apapun Rihanna telah membuat pengakuan bahawa hatinya masih terbuka untuk menerima cinta daripada lelaki lain.

Rihanna pernah mengeluh tentang kehidupan sosialnya yang begitu kesepian tanpa kehadiran kekasih didalam hidupnya.

Terkini, Rihanna dikhabarkan telah menjalinkan hubungan cinta bersama atlet bola keranjang, Jr Smith. Kemesraan jelas terpancar di wajah Rihanna ketika menghabiskan masa bersama di kota New York baru-baru ini.




Mereka berdua dapat dilihat mengunjungi kelab malam bersama sambil berpegangan tangan.






Dalam pada itu, Smith yang merupakan ahli kumpulan New York Knicks juga sering dikenali sebagai bintang kontroversi dan baru-baru ini dia didenda sebanyak RM75 ribu (USD25 ribu) kerana memasukkan gambar porno dalam akaun Twitter miliknya.

Mengikut sumber, Rihanna mula terpikat dengan Smith apabila lelaki itu telah dikenakan hukuman akibat penyebaran gambar bogelnya di Twitter. Huh Syoknya. Memula terima Hukuman kemudian menjalinkan hubungan dengan orang yang diaibkan itu. Walaubagaimanapun, khabar tersebut masih belum dapat dipenjelaskan daripada Rihanna.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Malam Zatul, Ogy

Posted: 20 May 2012 03:36 PM PDT

Hip

DATUK SHAKE memberikan kata perangsang kepada peserta kumpulan B.

DATUK SHAKE memberikan kata perangsang kepada peserta kumpulan B.

Protege Adam tinggalkan Mentor

MALAM tadi, impian KJ untuk menggenggam kejayaan sebagai juara Mentor musim keenam hancur berkecai apabila dia menjadi peserta kedua meninggalkan program realiti itu selepas protege Ramlah Ram, Ana Syuhada, tersingkir pada minggu lalu.

Nyata, persembahan kurang konsisten daripada protege Adam itu gagal menarik perhatian peminat dan juri, yang lebih terpikat dengan nyanyian protege Ella, Caroline, dan anak didik Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Zatul, yang juga muncul pemenang bagi pusingan keempat dengan 71 markah.

Zatul mempertaruhkan lagu daripada kumpulan 6ixth Sense berjudul Tak Bisa Memilihmu dan Lagu Untukmu daripada kumpulan Meet Uncle Hussain. Amat difahami, Ogy membuat percaturan sebegitu bagi membolehkan juri serta peminat menilai keupayaan sebenar vokal peserta berusia 23 tahun dari Kedah ini.

Peserta pilihan, Caroline memperoleh 60 markah dan KJ 48 markah.

Dengan penyingkiran KJ atau nama sebenarnya Abdul Kadir Unding Lana, 24, membolehkan Caroline dan Zatul menyertai dua lagi peserta, Anas, yang juga protege Faizal Tahir dan Tisha (protege Ferhad) untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Selepas tamat pusingan keempat, KJ meninggalkan program berkenaan dengan 216 markah keseluruhan berbanding Caroline, 256 markah dan Zatul, 241 markah.

Sebelum itu, membuka konsert malam tadi, ketiga-tiga protege daripada kumpulan B menyampaikan rangkaian lagu hits Datuk Shake seperti Anugerah Dari Kegagalan, Umi dan Lina.
Malah, Shake yang hadir memberikan sokongan kepada peserta bertanding, turut menerima kejutan sambutan hari lahirnya.

Seperti biasa, tumpuan pada malam tadi lebih terarah kepada persembahan Caroline dan mentornya, Ella. Wanita muda dari Tanah Merah, Kelantan itu sering tampil dengan gaya persembahan bertenaga di samping vokalnya yang meyakinkan.

Dengan lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian asal Rossa serta Elang dendangan Dewa, persembahan gadis berusia 20 tahun itu mendapat sorakan gemuruh penonton serta komen positif daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Caroline jelas selesa ketika menguasai pentas sewaktu menyampaikan lagu Elang. Irama rancak sememangnya tampak serasi dengan bakat baru ini, apatah lagi dia sendiri mengaku lebih menggemari irama sedemikian.

Sharifah Aini mengumpamakan persembahannya sebagai sebuah showcase, manakala tahap keyakinan peserta itu juga dilihat semakin meningkat. Biduanita itu juga sempat mencabar Caroline supaya menampilkan persembahan yang baik ketika mengalunkan irama perlahan, sebagaimana dia mempamerkan nyanyian yang hebat untuk lagu rancak.

Hasil persembahannya, remaja berkenaan memperoleh 19 markah daripada juri di auditorium.

Berbeza dengan Caroline, Zatul mempertaruhkan lagu daripada kumpulan 6ixth Sense berjudul Tak Bisa Memilihmu dan Lagu Untukmu daripada kumpulan Meet Uncle Hussain. Amat difahami, Ogy membuat percaturan sebegitu bagi membolehkan juri serta peminat menilai keupayaan sebenar vokal peserta berusia 23 tahun dari Kedah ini.

Juri awam memberikan markah penuh, 20, untuk Zatul yang berjaya membuatkan Sharifah Aini tersentuh dek persembahannya. Juri tetap itu juga perasan kematangan vokal peserta terbabit yang kian terserlah.

Ramli pula memuji kreativiti Ogy dan protegenya yang menggubah semula lagu popular 6ixth Sense itu untuk disesuaikan dengan kemampuan suara Zatul.

Jika Zatul memilih lagu artis berkumpulan manakala Caroline mempertaruhkan lagu dari seberang, KJ tampil dengan lagu Ombak Rindu dan Sesal Mendua daripada kumpulan Klangit untuk persembahannya.

Bagi Sharifah Aini, lagu kedua cukup sempurna buat peserta terbabit, yang cuba mencuri markah menerusi kebolehannya menari. Bagaimanapun penyampaian lagu tema filem popular, Ombak Rindu, agak lemah dan sumbang, kata penghibur terkenal berkenaan.

Ramli turut menyaksikan penurunan pada graf persembahan jejaka berasal dari Kota Kinabalu itu.

Mentor disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Auditorium MBSA, Shah Alam.


Fragmen: Kenapa Sharifah Aini gagal tembusi DFP, IB?

Posted: 20 May 2012 03:04 PM PDT

Hip

Konsert Sharifah Aini yang diadakan di RTM, Angkasapuri, baru-baru ini.

Konsert Sharifah Aini yang diadakan di RTM, Angkasapuri, baru-baru ini.

HARI ini seorang lagi penyanyi muda, Najwa Mahaidin membuktikan kehebatan bakatnya di pentas eksklusif iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC.

Minggu lalu, di pentas yang sama menyaksikan persembahan Anuar Zain bergandingan dengan Dayang Nurfaizah. Beberapa bulan lalu, seorang lagi penyanyi muda, Yuna turut membuat persembahan di DFP.

Sememangnya membuat persembahan di DFP adalah satu peluang keemasan dan cukup bermakna kepada setiap penyanyi. DFP memang eksklusif dan ada prestij. Dewan persembahannya tidak besar. Maksimum mungkin sekitar 500 kerusi atau kurang. Orang ramai yang berpeluang menyaksikan mana-mana persembahan dalam DFP juga diwajibkan berpakaian formal. Malah diwajibkan memakai kot, jacket, sut atau batik sekiranya menyaksikan persembahan orkestra antarabangsa. Itulah disiplin dan prestij DFP, bukan saja kepada artis, tetapi juga penonton yang datang menyaksikan persembahan. Sepanjang 10 tahun memang ramai nama besar, baik angkatan lama mahupun muda diberi tempat mengadakan konsert di DFP. Antaranya Tan Sri SM Salim, Datuk Yusni Hamid, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Ramli Sarip.

Daripada senarai itu, nama Datuk Sharifah Aini masih belum muncul dalam DFP. Pada hal, beliau adalah nama besar dalam dunia muzik. Anehnya, bukan di DFP, tetapi juga di Istana Budaya (IB).

Di IB pula, Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah sudah lebih sekali membuat persembahan di situ. Penyanyi lain yang sudah beraksi di IB termasuklah Datuk M Nasir, Amy Search, Wings dan kumpulan muzik era 60-an. Tapi Sharifah Aini? Kenapa tidak ada penaja atau penganjur yang berminat untuk membawa Sharifah Aini sama di pentas IB atau DFP?

Mustahil penyanyi bernama Sharifah Aini gagal menarik penonton sekiranya membuat persembahan di kedua-dua tempat itu. Tidak mungkin juga lagu-lagunya sukar untuk memikat jiwa pendengar mahupun peminatnya.
Persoalan di sini bukan kebimbangan menarik penonton tetapi kerana nama besar Sharifah Aini itu sendiri gagal memikat mana-mana pihak tampil sebagai penaja untuk persembahannya.

Oleh kerana Sharifah Aini nama besar yang bukan calang-calang orang, mungkin ada berpendapat biduanita itu patut dijemput sama ada oleh DFP atau IB. Adalah tidak mungkin Sharifah Aini hendak menawarkan diri membuat persembahan kerana ia sudah tentu menjejaskan maruah dan status sebagai biduanita yang sangat disegani.

Lainlah kalau Sharifah Aini sendiri memang tak kisah sama Ada dijemput atau tidak, cuma apa yang penting adalah kesediaan DFP dan IB memberi ruang kepada penyanyi ini.

Tapi untuk membawa masuk Sharifah Aini juga ada kosnya. Pihak mana pula yang bersedia tampil menjadi penaja untuk membiayai kos konsertnya. Itu belum tentu lagi dengan kesediaan untuk menghadapi kerenah penyanyi ini apabila mengadakan persembahan besar. Namun, kita percaya Sharifah Aini bukanlah penyanyi yang memberikan banyak masalah kepada mana-mana penganjur.

Masalah mencari penaja untuk menaja persembahan penyanyi tempatan bukan isu baru. Malahan dalam kes untuk menaja konsert Sharifah Aini, barang kali ada syarikat memikirkan adakah produk mereka sesuai dengan imej dan status penyanyi itu?

Timbul juga persoalan apakah Sharifah Aini mampu menarik penonton, terutama orang muda? Sekiranya sasaran konsert Sharifah Aini adalah untuk orang muda, belia dan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah, sesuatu perlulah dilakukan pada lagu-lagunya supaya sentiasa segar di dengar.

Pada hari ini, kepada generasi muda mungkin akan terpinga-pinga kalau ditanya apakah lagu popular nyanyian Sharifah Aini. Mungkin ada yang tahu, tetapi berbeza kalau peminat itu daripada kalangan berumur 40 tahun dan ke atas.

Apa pun, sesuatu harus dilakukan supaya Sharifah Aini diberikan ruang dan peluang untuk mengadakan persembahan di pentas berprestij ini. Rundingan dan perbincangan boleh menghasilkan tolak ansur semua pihak demi memastikan penyanyi dan penghibur ini dapat menghiburkan peminatnya. - zainuri@bharian.com.my


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fizz Fairuz Meninggalkan Beban Buat Almy Nadia

Posted: 21 May 2012 01:37 AM PDT

fizz fairuz dan almy nadia akan berkahwin
MyGosip tidak tahu apakah yang ada di benak fikiran Fizz Fairuz ketika mengumukan niatnya untuk berkahwin dengan Almy Nadia beberapa minggu yang lalu.. Ini kerana Almy Nadia sendiri tidak mengetahui mengenai hal itu, malah mereka berdua tidak pernah berbincang mengenai perkara itu.. Pastinya lebih banyak tanda tanya yang terbuku di hati Almy Nadia apabila hubungan mereka berdua dikatakan retak menanti belah sejak 2 tahun yang lalu lagi…

"Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan"

"Bagi saya, Fizz telah meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini, Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan,"

"Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini" (Berita Harian)

Tambah Almy Nadia lagi, mereka berdua juga sudah lama tidak bercakap di talifon dan lebih menyedihkan lagi apabila Fizz Fairuz juga lupa akan tarikh hari jadinya dan tidak menjemput beliau ke ABPBH yang lalu..

"Kami tidak lagi bercakap melalui telfon, jika ada hal penting, saya hanya berbicara melalu WhatsApp. Nombor BBM Fizz pun saya tiada. Jadi adakah ini yang dinamakan cinta?"

"Selama tiga bulan merajuk, Fizz langsung tidak mempedulikan saya, jauh sekali nak menjenguk saya di kampung. Saya juga terasa hati, saya tidak langsung dipelawanya ke majlis ABPBH. Saya teringin nak pergi kerana sudah lama tidak menghadirkan diri ke majlis anugerah, tapi Fizz mahu pergi bersama rakan dan keluarganya saja. Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati, Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Bukan nak hadiah besar pun, cukup sekadar mengingati dan mengucapkan selamat hari jadi. Itupun Fizz sudah lupa, jadi apa harapan saya?"

MyGosip harap Fizz Fairuz segera la berbincang dengan Almy Nadia dengan baik, Beginikah cara jejaka idaman Malaya? Bikin malu ja..

Adi Putra menarik balik permohonan untuk bercerai

Posted: 21 May 2012 12:48 AM PDT

Adi Putra tarik permohonan cerai
Pelakon Adi Putra yang sebelum ini telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya dengarnya telah menarik balik permohonan tersebut di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sekitar jam 8 pagi tadi.. Pihak media yang cuba mendapatkan penjelasan daripada Adi Putra bagaimanapun gagal mendapat sebarang komen daripada beliau.. Tambah Adi Putra lagi, dia akan menjelaskan segala-galanya di sidang media esok di Hotel park Royal, pukul 9 malam…

MyGosip yakin Adi Putra dan isteri, Aida Yusof telah menemui jalan penyelesaian kes rumah tangganya dengan cara yang lebih baik lagi daripada bercerai.. Apa-apa pun sama-sama lah kita mendoakan agar rumahtangga mereka berdua kekal bahagia seperti sebelum ini..

Untuk pengetahuan korang, Adi Putra telah berkahwin dengan isterinya pada 14 April 2006 yang lalu dan masih lagi tidak mempunyai cahaya mata kerana isterinya sering kali keguguran..

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Ikhlas dan tidak hipokrit

Posted: 20 May 2012 06:04 AM PDT

MELIHAT pada gaya dan penampilan serta pesona si pemilik wajah jelita ini, persepsi pertamanya tentunya lekas menjatuh hukum kononnya dia seorang yang sombong dan sukar didekati.

Namun sebaik bibirnya menyusun kata, apa yang difikirkan awal tadi semuanya berubah. Nur Anzalna Md Nasir seorang yang 'gila-gila' dan rendah diri.
Mendengar saja ketawanya yang tidak henti, pasti si empunya susuk tubuh menggiurkan ini adalah gadis yang begitu mudah untuk dibawa bersembang.


Bertemu dengannya yang juga finalis pertandingan Dewi Remaja 2010, petang Selasa lalu di majlis sidang media drama terbaru lakonannya, Indera Joned, Anzalna menjawab persoalan akan tindakannya yang semakin berani mendedahkan kekasihnya kepada umum.

Baik di gambar utama laman sosial Twitter miliknya, tampil bersama di majlis anugerah mahupun yang terbaru menghiasi muka depan sebuah majalah, pelakon muda ini bagai tidak kisah akan pandangan sekeliling atau spekulasi yang mungkin timbul dengan bersandar pada statusnya sebagai selebriti.

Katanya yang menyifatkan tindakan itu tidak salah atau menyakiti hati sesiapa, Anzalna yang kini berusia 24 tahun sebaliknya percaya dengan keikhlasan hatinya untuk berkongsi cerita bersama peminat dan tidak sekali berahsia semata-mata ingin menjaga reputasi.

"Mustahil untuk saya berbohong atau menyembunyi kisah bahagia mengenai saya.
Mengapa pula saya perlu berbuat demikian sedangkan ia tidak salah atau menyakiti hati sesiapa. Kami pun bukannya membuatkan sesuatu yang salah sebaliknya hanya berkawan dan dilihat keluar bersama. Malah saya yakin peminat saya faham dan tidak timbul soal muak atau keterlaluan.

"Mereka sendiri yang ingin tahu mengenai peribadi saya. Justeru apa salahnya jika saya kongsi saja perkara baik seperti ini," katanya.

Tambah Anzalna yang sebelum ini dikenali menerusi drama siri Suria Di Cardoba, Ramadan Terakhir dan Gemersik Kalbu, soal menayangkan kekasih tidak lagi menjadi isu kononnya peminat lelaki akan lari atau ada segelintir mereka akan muak. Apatah lagi ada pula persepsi yang pihak produksi atau penerbit yang tidak berminat untuk menawarkannya watak hanya kerana meluat dengan kisah peribadi yang terpampang luas.

"Saya tidak pernah merasakan begitu walaupun memang ada juga terdengar orang-orang yang melontar pendapat sebegitu. Kelakarnya peminat akan lari apabila mendengar pelakon kegemaran mereka sudah berpunya. Itu semua tidak benar kerana peminat hari ini sudah bijak menilai dan hanya melihat bakat serta perkembangan seseorang artis itu saja bukannya peribadi.

"Bagaimanapun saya tidak juga mengatakan ini satu lesen untuk saya terus berhimpit dengan kekasih setiap masa. Saya sedar akan status pendatang baru yang mana saya seharusnya meletak sepenuh fokus dalam membina nama dan kerjaya.
Itu memang menjadi keutamaan saya namun ia tidak bermakna saya harus berbohong.

"Malah sebelum ini pun bukannya dia sengaja ingin mengikut saya, sebaliknya saya sendiri yang meminta pertolongannya untuk menemani ke beberapa majlis.
Jika diberi pilihan, dia sendiri pun tidak mahu kerana segan untuk wajahnya dirakam sekali dalam lapangan yang bukan kerjayanya. Kelakarnya, dia bimbang kalau ada pihak mengatakan kononnya dia juga ingin menumpang populariti sedangkan itu semua tidak pernah berlaku.

"Maklumlah selama ini, saya hanya ditemani keluarga saja ke mana-mana. Namun jika mereka tidak dapat menemani saya, itu yang Hanif akan datang membantu. Itu saja, bukannya sengaja untuk saya mendedahkan kekasih kepada umum," katanya.

Berkenalan hampir setahun dengan jejaka tampan berusia 24 tahun, Mohamad Hanif Mohamad Zaki jelas mengundang rasa bahagia di hatinya.

"Alhamdulillah saya dipertemukan dengan seorang lelaki yang begitu menghormati dan memahami saya. Hanif adalah kekasih yang bukan sekadar menyayangi, namun dia juga menjadi pendengar dan peminat setia saya. Saya bahagia dan bersyukur kerana diberikan seorang sahabat yang memberikan semangat juga kekasih yang menemani saya di kala gembira dan berduka.

"Mungkin kerana saya bukan jenis yang bersosial dan kerana sentiasa berpindah-randah sejak kecil mengikut ayah bekerja membuatkan saya tidak pernah mempunyai teman rapat, jadi kerana itu juga saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan kekasih saja. Itu saja keseronokan yang ada buat saya setiap kali punya kelapangan.

"Namun belum lagi ke tahap kami merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya kerana masing-masing masih sibuk membina kerjaya. Lagipun banyak lagi yang perlu kami fikirkan bersama sebelum sibuk memikirkan soal kahwin. Biarlah kami berkenalan lebih lama lagi, mengenali hati budi masing-masing dan mencari keserasian antara satu sama lain.

"Insya-Allah jika diberi rezeki dan jodoh itu sudah tiba, pastinya saya akan berkongsi bersama peminat nanti," katanya yang mengakui ingin menamatkan zaman anak daranya sebelum berusia 26 tahun.

Indera Joned cabaran berbeza

MENEMUI Anzalna yang sudah pun habis penggambaran tiga filem termasuk Sepah The Movie dan Dr K Kahwin Lima di majlis sidang media drama terbaru lakonannya, Indera Joned petang minggu lalu memperlihatkan sudut lakonan yang berbeza daripadanya.

Menghidupkan watak seorang doktor, Sara dalam drama siri yang turut dibintangi pelakon muda lain seperti Aiman Hakim Redza, Puteri Sarah, Hairul Azreen, Syazwan Zulkifli dan Qushairi Razali, Anzalna percaya watak kali ini memberikan sesuatu yang berlainan buatnya untuk sebuah drama siri televisyen.

"Bukan sekadar pada watak saya saja, malah jujurnya drama siri yang diarahkan Fairuz Loy ini cukup menarik dari aspek plot ceritanya. Bayangkan, Indera Joned mengisahkan perjalanan sekumpulan anak muda dalam menjalankan satu misi, namun berlainan objektif yang masing-masing sebenarnya ada motif tersendiri hingga akhirnya memerangkap kesemua dalam satu situasi yang sama.

"Kononnya saya bersama beberapa teman yang lain dengan latar belakang berbeza mengikuti rombongan bagi membongkar mitos lama dan melakukan aktiviti ekskavasi di kawasan Bukit Bunuh yang dipercayai tempat sumpahan Indera Joned yang juga seorang legenda penjaga harta berharga zaman-zaman dulu.

"Namun tujuan dan misi kami mendapat tentangan penduduk kampung kerana bimbang mitos dan harga berharga itu akan diganggu oleh orang luar. Namun ada seorang anak muda di kampung itu yang sudi membantu kami menunjukkan arah ke Bukit Bunuh itu iaitu Epul lakonan Aiman. Lama-kelamaan Epul mula jatuh hati kepada Sara.

"Kiranya drama siri mengangkat tema mitos lama dengan gelagat sekumpulan anak muda yang bergelut dengan misi masing-masing. Ada juga elemen cinta yang diselit antara Sara dan Epul sebelum pengarahan drama ini lebih berfokus pada watak Indera Joned yang menjelma kembali dalam pengembaraan kami ini.

"Sejak awal membaca skripnya lagi, saya sudah dapat membayangkan keseronokan dalam pengembaraan drama ini kerana setiap watak yang dihidupkan punya kekuatan tersendiri," katanya.

Drama siri 13 episod terbitan Grand Brilliance ini akan mula ditayangkan malam ini menerusi slot Aksi, setiap Isnin jam 9 malam hanya di TV3.


Soseh Soseh: Lagu Kosong sindir wartawan?

Posted: 20 May 2012 05:54 AM PDT

SEKARANG kalau 'buka' radio, akan berkumandang lagu Kosong nyanyian Najwa Latif. Dalam keseronokan melayan melodi dan lirik lagu itu, timbul pula desas-desus mengatakan lagu itu adalah lagu sindiran buat wartawan hiburan.

Sejauh mana kebenarannya, SS tidak pasti kerana SS seorang yang berfikiran terbuka. Dengan erti lain, SS akan layan sesebuah lagu itu kalau melodi dan seni katanya menarik. Apa yang penting, usahlah ada benda yang terlalu sensitif atau menjejaskan keharmonian masyarakat.

Kata kawan SS, lagu Najwa itu khabarnya ditujukan buat wartawan yang dianggap suka mencaci dan putar belitkan kenyataan. Entahlah hanya Najwa yang tahu maksud sebenar kata-kata dalam lagu itu, sama ada ia ditujukan untuk kekasih yang menghampakan dirinya atau wartawan hiburan.

SS difahamkan, lirik lagu itu bukan ditulis oleh Najwa tetapi kakaknya, seseorang yang kreatif. Kalau benarlah apa yang disebutkan dalam khabar angin itu, SS rasa pihak media dan wartawan pun sebenarnya tidak pernah rasa rugi apa-apa atau dengan erti lain turut rasa 'kosong, kosong' macam yang dilaungkan Najwa.


SS tak nak cakap lebih-lebih sebab nanti orang cakap SS nak terasa hati pula, pada hal SS hanya melaporkan yang SS dengar daripada kawan. Hakikat sebenar SS sendiri sukakan lagu Kosong itu.


Tak mengapa, selepas ini kalau kawan SS jumpa Najwa kita boleh minta mereka tanyakan sendiri dengan penyanyi itu. Biarlah kita berbaik sangka dengan orang kerana kita sendiri belum pasti sejauh mana kebenarannya.

SS: Tahniah kepada Hafiz AF kerana bawa pulang setengah juta ringgit melalui Mania, kelmarin.


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Dapat tajaan biasiswa

Posted:

Dapat tajaan biasiswa

Dapat tajaan biasiswa

JIKA dulu dia hanya menerima tawaran melakonkan watak kanak-kanak biarpun usianya sudah meningkat remaja, Nurul Elfira Loy, 18, kini boleh menarik nafas lega dan berasa bangga. Ini kerana dia sudah mula diberi kepercayaan untuk membawa watak heroin pula.

Ketika ini, pelakon cantik yang selesa disapa Elfira itu sedang berada nun jauh di Paris selama 11 hari bersama pelakon dari seberang, Randy Pangalila bagi menjayakan telefilem arahan Micheal Ang yang berjudul Dalam Hati Ada Taman.

Bertemu dengan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pada sidang akhbar memperkenalkan duta baharu Maybelline di Souled Out, Kuala Lumpur, Rabu lalu, Elfira nyata begitu teruja memberitahu akan melangkah ke kota romantis tersebut buat pertama kalinya.

Ditanya mengenai perasaannya sekali lagi berlakon bersama Randy selepas pertama kali digandingkan dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ujar Elfira, ketika menjayakan telefilem itu, dia dan Randy terlalu bergantung kepada skrip semata-mata.

Bagaimanapun untuk telefilem Dalam Hati Ada Taman, mereka tidak lagi bergantung kepada skrip sebaliknya menggunakan keserasian antara dia dan Randy untuk membina skrip sendiri.

"Saya akan menjayakan telefilem sebanyak 13 episod untuk Astro Ria arahan Micheal Ang. Cerita ini berlatarbelakangkan kota Paris.

"Saya dan Randy tiada sebarang masalah untuk membina keserasian antara kami. Ini kerana sejak berlakon bersama dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain," ungkapnya yang melakonkan watak anak kepada karakter lakonan Amy Mastura dalam telefilem tersebut.

Tidak hanya tertumpu kepada telefilem semata-mata, ungkap Elfira, selepas ini dua buah filem lakonannya akan menyusul yang mana dia akan bekerjasama dengan Micheal lagi.

Mengakui selesa bersama Micheal, luah Elfira, dia sering meraih tawaran daripada pengarah itu yang sering memberikan peluang kepadanya untuk mencuba watak-watak baharu.

"Micheal suka terokai karakter saya. Dia tidak seperti pengarah lain yang sering memberi watak yang sama kepada saya," jelasnya.

Tidak pernah meletakkan had pada karakter yang akan dibawanya dan mahu mencuba semua watak yang ada, Elfira tidak terlepas ditanya tentang masa depannya dalam bidang lain sebaik tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Tanpa mendedahkan keputusan peperiksaan yang diperoleh, ujar Elfira, jika keputusannya tidak elok, bagaimana pula dia boleh ditawarkan biasiswa sebagai pelajar di Kolej Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya, Selangor.


ELFIRA mengakui sering berhubung dengan aktor muda Indonesia, Randy Pangalila.


Elfira yang kini mengambil diploma dalam jurusan seni hiburan memberitahu, pada mulanya dia tidak berniat untuk menyambung pelajaran dalam masa terdekat kerana terlalu sibuk berlakon, tetapi kerana ditawarkan biasiswa tersebut, dia akhirnya setuju.

"Sudah rezeki saya apabila pihak KDU menawarkan biasiswa dalam jurusan seni hiburan. Saya memilih bidang tersebut kerana saya fikir ia sesuai dengan kerjaya sebagai seorang pelakon. Menjadi seorang pelakon kalau tak ada pengetahuan susah juga, jadi saya mahu ilmu yang baik untuk membantu kerjaya saya berkembang dengan baik," ujarnya.

Rita minta Aidil jangan jadi lalang

Posted:

Rita minta Aidil jangan jadi lalang

Rita minta Aidil jangan jadi lalang

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


RITA menafikan dia pernah meminta cerai daripada Aidil Zafuan.


KEMELUT rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pasangannya, Aidil Zafuan Abd. Razak boleh dikatakan sudah sampai ke penghujungnya apabila pelakon itu mengakui hatinya sudah tiada untuk pemain bola sepak kebangsaan itu setelah dua kali hampir diceraikan.

Kali pertama Rita diceraikan Aidil Zafuan ketika mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut.

Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut Rita sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya bahawa dia tidak boleh hidup sebumbung lagi bersama pelakon itu.

Namun, Khamis lalu, ramai yang terkejut apabila Aidil Zafuan sekali lagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap Rita.

Kosmo! menghubungi Rita untuk mendapatkan maklum balas penarikan cerai tersebut dan dengan nada kesal, Rita memberitahu: "Saya sudah tak ada hati untuk dia dan serahkan semuanya kepada Allah. Hati saya sudah remuk apabila dua kali diceraikan tanpa sebab."

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita selanjutnya.

Kenapa anda menyatakan sudah tiada hati untuk Aidil Zafuan sedangkan sebelum ini anda juga merayu minta jangan diceraikan?

Saya tidak pernah merayu minta jangan diceraikan. Saya cuma mahu hak saya dan nak dia beri alasan yang kukuh kenapa dia mahu tinggalkan saya dan anak-anak.

Jika dulu anda terima semula Aidil Zafuan, kenapa tidak kali ini?

Ini bukan kali pertama dia nekad mahu ceraikan saya tapi sudah dua kali. Kalau dia ada pendirian dan mahu betul-betul berubah, benda macam ini (permohonan cerai) tidak akan terjadi lagi. Saya minta dia jangan jadi macam lalang membiarkan orang lain yang masuk campur urusan rumah tangga kami. Pertama kali dulu dia ceraikan saya ketika sedang mengandungkan anak kedua. Tiba-tiba dia tarik balik. Walaupun masa itu hati saya dah hancur tapi bila fikirkan pasal anak, saya terima semula. Saya ingatkan dia dah sedar dan berubah tapi lapan bulan selepas itu dia sekali lagi tinggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa beri nafkah dan tiba-tiba hantar SMS kata mahu bercerai.

Adakah anda takut untuk terima dia kali ini kerana takut kes ini (cerai) berlaku semula?

Ya, memang saya takut benda ini akan berlaku semula walaupun sebelum ini dia pernah bersumpah dan berjanji tidak akan menceraikan saya. Dia juga pernah berjanji tidak akan membiarkan orang lain yang menguruskan hal rumah tangga kami.

Buat masa ini anda kata tiada hati lagi untuk dia, tetapi dalam masa yang sama menyerahkannya kepada Allah. Jadi, adakah anda akan menerima atau menolak untuk bersama Aidil Zafuan?

Saya akan pergi menunaikan umrah selama 14 hari bermula esok (22 Mei) dan mahu memohon petunjuk terhadap masa depan rumah tangga saya. Jika Aidil Zafuan tidak memudaratkan saya, saya minta dia didekatkan dengan saya dan begitu juga sebaliknya.

Aidil Zafuan pernah membuat kenyataan bahawa anda yang mahu mempercepatkan perceraian, namun selepas itu dia membatalkan permohonan perceraian yang dibuatnya sebelum ini dan meminta anda kembali taat. Apa komen anda?

Demi Allah saya tidak pernah minta cerai dengan dia. Lagi satu kenapa dia minta saya taat sedangkan saya tidak pernah meninggalkan rumah. Dia yang keluar daripada rumah meninggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa nafkah. Saya cuma SMS dia beritahu dia pasal taklik. Seorang suami tak boleh tinggalkan isteri selama tiga bulan tanpa beri nafkah zahir dan batin. Selepas itu saya cakap kalau awak tak mahu saya lagi, jangan buat macam ini. Kemudian, terus dia SMS saya beritahu bahawa dia sudah ke mahkamah failkan permohonan perceraian. Kenapa pula dia minta saya kembali taat. Siapa yang nusyuz sekarang?

Bila kes anda akan disebut semula?

Sebutan semula kes permohonan perceraian saya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 18 Jun ini.

J.LO tinggalkan American Idol

Posted:

J.LO tinggalkan American Idol

J.LO tinggalkan American Idol

JENNIFER LOPEZ atau J.LO dilaporkan sudah bersedia untuk meninggalkan Ryan Seacrest, Randy Jackson, Steven Tyler dan seluruh produksi American Idol. Menurut satu sumber yang memberi pengesahan kepada Us Weekly, bintang terkenal itu sudah bersedia untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai juri program tersebut sejak terbabit pada tahun 2010.

"Dia agak menyesal kerana tidak boleh terus bersama program tersebut lagi. Dia menganggap perjalanan bersama American Idol sebagai pengalaman yang cukup luar biasa dan hebat. Dia bersyukur kerana pernah terlibat dalam produksi tersebut," ujar sumber tersebut.

Sumber tersebut juga menambah bahawa penyanyi itu mempunyai banyak agenda karier sendiri sehingga menyebabkan dia meninggalkan program realiti itu.

Pada hujung tahun ini, J.LO akan memulakan konsert jelajahnya merangkumi 20 buah bandar di Amerika Syarikat dan Amerika Latin bersama Enrique Iglesias selain sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya.

Janda Marc Anthony itu juga dikatakan bakal terlibat dalam beberapa buah filem termasuk animasi Ice Age 4: Continental Drift.

J.LO sendiri dalam satu temu bual baru-baru ini mengaku bahawa dia terlalu penat dan berusaha memberi keseimbangan terhadap kehidupan dan kariernya.