Adsense

Isnin, 2 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Lima Wanita Permainkan Cinta Amir (Raja Lawak)

Posted: 02 Apr 2012 07:13 PM PDT

Amir
KUALA LUMPUR: Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.
"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri," katanya.
Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.

Amir (kiri) kini mengndalikan program lawak Super Spontan. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.
"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.
"Lagipun saya pegang dengan kata-kata "tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup". Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.
Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.
"Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya.
"Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya.

----

Johan As'ari Jawab Tuduhan Semakin 'Besar Kepala'

Posted: 02 Apr 2012 07:12 PM PDT

Johan As'ari.
PETALING JAYA:Pelakon Johan As'ari meluahkan rasa kesal apabila timbul dakwaan kononnya dia semakin "besar kepala" termasuklah mula menolak beberapa tawaran berlakon yang diberikan kepadanya.
Johan berkata dia tidak pernah menolak mana-mana tawaran tanpa sebab sebaliknya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu sama ada mampu atau tidak untuk terlibat dalam mana-mana drama yang ditawarkan.
"Saya mengaku ada beberapa tawaran lakonan yang terpaksa saya tolak kerana takut tidak dapat memberikan komitmen kepada pihak produksi yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
"Malah saya ralat tidak dapat menjayakan beberapa drama daripada syarikat produksi besar tetapi tuduhan mengatakan saya sudah besar kepala itu amat menyedihkan saya," ujarnya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Johan diminta mengulas desas desus yang mengatakan dia semakin besar kepala sejak kebelakangan ini selain mula memilih watak yang ditawarkan kepadanya oleh syarikat produksi tempatan.
Tambah Johan, dia juga tidak pernah memilih watak yang diberikan kepadanya kerana menyedari dia adalah pelakon baru dan tidak layak untuk menilai mana-mana watak terlebih dahulu.

Sebaliknya dia ingin menerima semua tawaran yang datang kerana mahu mempelajari selok-belok dunia lakonan yang dianggap masih baru.
"Drama pertama saya iaitu Juvana kebetulan meletup dan nama saya meniti di bibir peminat tetapi itu tidak bererti saya sudah bagus dalam lakonan kerana ia adalah percubaan pertama saya.
"Tetapi sejujurnya saya memang tidak mampu untuk menerima semua projek yang diberikan kepada saya. Saya sedar kemampuan diri saya," katanya.
Dalam pada itu, Johan memberitahu, dia tidak pernah berubah sikap sejak bergelar pelakon dan tidak memahami mengapa ada pihak sanggup menuduh sedemikian rupa.
Bagaimanapun Johan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu kerana keluarga dan rakan-rakan yang mengenalinya lebih tahu siapa diri dia yang sebenar.
"Ini bukan kali pertama saya dengar orang menilai buruk tentang saya. Apa nak buat, saya tak berhak untuk menutup cakap orang. Mereka kata macam tu kerana tidak mengenali saya secara dekat," ujarnya.

----

Datuk K Tertekan Spekulasi Kahwin Rozita Che Wan

Posted: 02 Apr 2012 07:08 PM PDT

Siti Nurhaliza.
SUBANG JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K agak tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan.
Siti berkata, disebabkan suaminya seorang ahli korporat, beliau sering berjumpa dengan klien dan mereka kerap bertanyakan desas-desus berkenaan sehingga membuatkan fikiran Datuk K benar-benar terganggu.
"Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan," ujarnya selepas ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza - Istimewa Hari Ibu di sini pada Isnin.
Siti diminta mengulas mengenai dakwaan terbaru yang disebarkan oleh beberapa blog hiburan kononnya Datuk K bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan.
Rozita dalam masa sama turut menepis fitnah tersebut dan menganggap ia bertujuan untuk mengaibkan dirinya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia mempercayai keikhlasan Datuk K dan tidak pernah mempunyai perasaan curiga kerana mereka sering bersama.
"Saya kenal siapa Datuk K kerana dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama," ujar Siti.
Jelas Siti, ketika gosip tersebut tersebar dia tidak pernah bertanyakan perkara itu kepada suaminya kerana menganggap ia sebagai satu fitnah semata-mata.
Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid.
Malah beliau percaya jika perkara itu dibangkitkan, ia akan merosakkan rumah tangga mereka.
Sementara itu, ditanya adakah beliau ada berbincang dengan Rozita mengenai tuduhan itu, Siti memberitahu dia tidak perlu berbuat demikian.
"Rozita juga adalah mangsa dan hubungan kami tidak mempunyai sebarang masalah. Rozita sendiri sudah menafikan perkara itu dan tidak perlu rasanya untuk saya berjumpa dan meminta penjelasan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan sambutan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu pada 13 Mei depan di Hotel Grand Dorsett di sini.
Siti berkata, beliau teruja untuk mengadakan persembahan berkenaan selepas kali terakhir menghiburkan para ibu pada tahun 2007.
"Kebetulan pada tarikh itu saya tidak ada sebarang aktiviti dan jemputan daripada pihak penganjur benar-benar menarik minat saya untuk menghiburkan para ibu pada hari istimewa itu nanti," ujarnya.
Tambah Siti, dia akan membuat persembahan selama 45 minit dengan pelbagai seleksi lagu lama dan baru sesuai dengan tema pada majlis berkenaan.
Tiket bagi mengikuti majlis berkenaan dijual dengan harga RM1,000, RM500, RM400, RM300 dan RM250 seorang.
Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotel Grand Dorsett di talian 03-5031-6060 atau 019-690 3767 (Anis), 019-3838 115 (Ros) atau pun boleh melayari Facebook 'Hari Ibu Bersama Datuk Siti Nurhaliza 2012' untuk maklumat lanjut.

----

Pelakon Wanita Lesbian Bertattoo

Posted: 01 Apr 2012 09:58 PM PDT

Pasti ramai yang tertanya tanya siapakah gerangan pemilik nama Fatin Nur Afifah. Jika anda tidak ingat atau kenal siapa Fatin Nur Afifah ini, beliau merupakan antara 5 watak utama dalam filem Tentang Bulan.

Kembali ke September 2011 dimana pelakon kanak kanak popular ini membuat pengakuan cinta sejenis.

Menurut satu sumber kami yang rapat dengan Fatin Nur Afifah atau Effy ini, beliau sudah tidak lagi bersama dengan kekasih pengkid bernama Putt itu.

Malah, blog yang menjadi medan untuk Fatin Nur Afifah meluahkan rasa cinta beliau terhadap kekasih pun sudah tidak wujud lagi.

Yang tidak sedap untuk didengar adalah Fatin Nur Afifah ini sudah pun cinta mati terhadap Putt sehingga sanggup mengabadikan nama kekasih sejenis itu melalui tattoo dibadan muda beliau.

Untuk menambahkan perisa dalam kisah selepas percintaan epik mereka, Putt dikhabarkan memiliki gambar lucah Fatin Nur Afifah dan telah mengugut untuk sebarkan di internet jika gadis ini melakukan sesuatu perkara yang jejaskan nama baik pengkid itu.












Sumber ROTIKAYA
----

Aril Sanggup Jadi Bahan Eksploitasi Ahmad Dhani

Posted: 01 Apr 2012 07:30 PM PDT

Aril sanggup diperlakukan apa sahaja pada imej dan muzik demi perkembangan kerjaya nyanyiannya. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus mengakui dia rela dan sanggup menjadi bahan eksploitasi komposer dan penerbit muzik dari Indonesia, Ahmad Dhani demi perkembangan kerjaya nyanyiannya.
Pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus, 27, itu berkata peluang untuk bekerjasama dengan komposer itu bukan perkara mudah.
Namun, dia percaya sentuhan dan kreativiti bekas anggota kumpulan Dewa 19 itu mampu menjadikan dirinya seornag penyanyi yang lebih baik dan berbeza selepas ini.
"Peminat muzik tanah air kenal pada karya Ahmad Dhani dan setiap sentuhannya adalah berbeza dan terkini. Saya rela diperlakukan apa sahaja demi kerjaya nyanyian saya tidak kiralah imej, genre muzik atau apa pun.
"Kalau dia meminta saya menetap di Indonesia untuk berguru dengannya atau menjadi vokalis kumpulan muzik yang baru ditubuhkan, saya akan buat semua itu.
"Ini adalah peluang emas saya untuk mengembangkan kerjaya di bawah bimbingan individu kreatif dan disegani seperti Ahmad Dhani," katanya.
Penyanyi lagu Anugerah Terindah itu berkata peluang bekerjasama dengan Ahmad Dhani adalah pemangkin kepada perubahan kerjaya nyanyiannya kelak.
"Saya yakin dia akan bantu dalam mentransformasi muzik dan perjuangan seni saya mengikut kesesuaian dan selera semasa.
"Saya tahu kemampuan dan kekuatan saya dan aspek itu pasti dapat diperkemaskan untuk perubahan yang lebih segar selepas ini," katanya.
Ketika ditanya mengenai persaingan sengit yang bakal dihadapi bersama dua lagi bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Hafiz dan Akim dalam kumpulan yang sama, Aril berkata ia adalah peluang terbaik untuk mereka bersatu kembali selepas tiga tahun.
"Saya tidak fikir penyerapan kami bertiga di bawah satu kumpulan adalah permainan yang sengaja dirancang oleh produksi Mania.
"Mungkin penyerapan saya dalam kumpulan ini seperti dirancang tetapi Ahmad Dhani sudah terlebih dahulu memilih Akim (minggu pertama) dan Hafiz (minggu kedua) sebelum saya diserap masuk.
"Penyatuan kami bertiga adalah persaingan yang sihat. Kami sangat serasi dan tahu perangai dan kemampuan masing-masing. Jadi tidak timbul isu saya bimbang atau tergugat dengan Hafiz atau Akim," katanya.
Selain mereka bertiga, Atilia dan kumpulan Estranged turut terpilih menyertai empayar muzik Ahmad Dhani.

----

Dilamar Pihak Luar Kerana YouTube, Shila Amzah Belum Bersedia

Posted: 01 Apr 2012 07:29 PM PDT

Shila Amzah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah berkata dia masih belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya di pentas antarabangsa walaupun ada menerima pelbagai tawaran daripada pihak luar yang tertarik dengan bakatnya menerusi pautan klip video nyanyiannya di laman You Tube.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata pautan pelbagai klip video tersebut sebaliknya bertujuan sebagai medan komunikasi dengan para peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur.
"Asalnya, saya memuat naik klip video-klip video itu adalah untuk berkomunikasi dengan para peminat. Saya dapat membaca dan menjawab respons mereka menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada laman tersebut.
"Tidak sangka pula, klip video nyanyian saya itu turut mendapat perhatian daripada wakil-wakil syarikat rakaman di luar negara yang menawarkan peluang untuk saya memulakan kerjaya di luar.
"Tetapi, pada waktu ini sejujurnya saya belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya ke luar negara, selagi nama saya belum kukuh pada industri muzik sendiri," katanya .
Penulis lagu berusia 22 tahun itu berkata keutamaannya kini adalah untuk melebarkan potensi diri sebagai pengkarya muda menerusi muzik dan personalitinya.
"Peluang untuk menembusi pentas antarabangsa itu akan datang lagi pada masa akan datang jika memang sudah tertulis rezeki saya ke luar.
"Buat masa ini, biarlah saya mengukuhkan diri dan bakat yang ada, selain melonjakkan jenama saya pada khalayak yang lebih luas di Malaysia," katanya yang pertama kali memuat naik klip video nyanyian lagu Patah Seribu pada Mei 2010.
Aksi Shila ketika menyampaikan lagu Set Fire To The Rain pada konsert ketiga Mania, malam Sabtu. 
Ditanya adakah pendekatan tersebut membantu dalam meningkatkan jumlah peminat, anak kepada penyanyi ND Lala ini mengakui ia adalah langkah berkesan yang membuatkan dia semakin dikenali pada hari ini.
"Kalau sebelum saya memuat naik klip video nyanyian di YouTube, jumlah peminat di laman Twitter dan media sosial lain sekitar 50,000 orang.
"Tetapi selepas dua tahun, ia menunjukkan penerimaan yang positif daripada khalayak umum. Kini, jumlah pengikut di laman sosial sudah mencecah sekitar 200,000 orang," katanya.
Terbaru, Shila yang bakal bekerjasama dengan komposer Datuk M. Nasir dalam programMania menyifatkan peluang itu sebagai platform terbaik untuk memantapkan dirinya.
"Secara kebetulan, saya dan Datuk adalah penyanyi dan penulis lagu, jadi gandingan ini pasti memberikan perkongsian idea yang baik untuk saya.
"Kalau pun saya hanya mendapat 10 peratus perhatian dan bimbingan daripada Datuk, ia adalah input besar yang sangat bernilai.
"Kita pun tahu, bukan mudah untuk mencuri perhatiannya jika kita hanya menyanyi di luar sana dan tidak terlibat atau bekerjasama dengannya secara langsung," katanya.

----

9 Tahun Beza Umur Tidak Halang Azza (Elite) dan Azlan Bina Rumah Tangga

Posted: 01 Apr 2012 07:26 PM PDT

Sama cantik sama padan, pasangan pengantin baru Azza (Elite)
AMPANG: Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga.
Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya.
"Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.
Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan.

Jarak usia sembilan tahun tidak menghalang Azza dan Azlan bersatu sebagai suami isteri.
Wang hantaran sebanyak RM10 ribu.
Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.
Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu.
Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang.
Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.
Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi.
Majlis diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti pelakon Rozita Che Wan (kiri), Watie Sadali (tengah, berselendang putih) dan Mak Jah.
Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.
Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

----

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Lawak Suami Isteri Baru Kahwin

Posted: 02 Apr 2012 08:34 AM PDT


Di daerah terpencil bandar terdapat seorang gadis dan pemuda miskin yang baru kawin tetapi tidak dapat menikmati malam pertama nya.
Ini cerita nya:

Sumini seorang gadis yang sangat miskin.
Seumur hidup nya belum pernah memakai Bra@coli, tapi kerana dia sudah bercinta, dia belajar menggunakan nya.

Tak lama kemudian Sumini dinikahi oleh seorang pemuda bernama pramono, pemuda miskin yang juga sekampung dengan nya.

Untuk persiapan perkawinan nya, Ibu nya Sumini menjahit bra dan seluar dalam untuk Sumini, Tetapi kerana tidak ada duit, Ibu nya membuatkan bra dari bekas beg baja urea dan kain sepanduk pilihan raya untuk seluar dalamnya.

Di malam pertama, ketika sedang bermesraan, tiba-tiba pramono, suami Sumini jatuh pengsan, kerana terkejut melihat bra isteri nya yang bertuliskan "BERAT BERSIH 25 KG, HATI-HATI BERACUN". Sedangkan di seluar dalam nya bertuliskan "CUKUP DI pegang, JANGAN DI Koyakkan"

Dan keesokan hari nya, kisah penderitaan Sumini dan Pramono pun berlanjut. Kerana keesokan hari nya, tiba giliran Sumini yang Pingsan kerana melihat seluar dalam suami nya yang diperbuat dari bekas spanduk jamu Nyonya Meneer yang bertuliskan "BERDIRI SEJAK TAHUN 1989".

ZOOM : hahahahaha 1986.... :P

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Zizan Raja Lawak Dengan Mitsubishi Evo 10 Dan Performance Part M7

Posted: 02 Apr 2012 08:21 AM PDT

Berita Terbaru mengenai Zizan Raja Lawak yang dikatakan sudah membeli sebuah kereta idamannya iaitu Mitsubishi Evo 10 semalam. Zizan telah mengambil keretanya di Mutiara Motor, Larkin dengan penuh senyuman.


Dan menurut info kereta tersebut dibeli di kedai kereta suami Juliana Banos (ada diskaun kot :) )..apa-apa pun anda mampu ?? gurau je...kalau nak rasa bawa Mitsubishi kenalah kumpul duit ye abang-abang dan kakak-kakak!!


Dan untuk pengetahuan anda, Mitsubishi Evo yang beliau beli ini bukannya yang standar dijual di Malaysia. Ia telah di 'upgrade' dengan performance Part M7. Khabarnya Horse Power kereta beliau adalah sehingga 480bhp.

Lagi Gambar Di Bawah :



Jom Kumpul duit :)


Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Cabaran pelayaran baru dalam 3D

Posted:

Cabaran pelayaran baru Titanic dalam 3D

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Twitter: @shazryn_faizal
Gambar ihsan 20th CENTURY FOX


FILEM percintaan antara dua darjat yang menjadi tunjang utama Titanic telah meletakkannya dalam kelompok filem-filem klasik sepanjang zaman.


Biarpun sudah 15 tahun berlalu, ramai yang terus memperkatakan tentang Titanic yang kini berada dalam kelompok filem-filem berstatus klasik seperti Gone With The Wind (1939) dan Casablanca (1942).

Cukup menyedari Titanic sebuah naskhah agung James Cameron dan pencinta sinema dunia, maka itu, dia dan sahabatnya yang juga penerbit filem tersebut, Jon Landau kembali melayarkan Titanic ke pawagam.

Lebih mengagumkan apabila karya itu diterbitkan semula dalam versi tiga dimensi (3D) yang kini menjadi satu budaya popular dalam pembikinan filem di dunia.

Apabila memperkatakan tentang 3D, ia bukanlah sesuatu yang baru buat Cameron yang dilihat sebagai pelopor kepada filem-filem dalam versi itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kemasyhuran Leonardo, Kate

Posted:

Kemasyhuran Leonardo, Kate

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Twitter: @shazryn_faizal
Gambar ihsan 20th CENTURY FOX


TITANIC telah memasyhurkan nama Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet ke seluruh dunia.


KEBERANIAN James Cameron bukan hanya terletak kepada penghasilan filem Titanic semata-mata tetapi juga percaturannya memilih bintang utama filem itu.

Sememangnya sejak awal Cameron telah membayangkan bahawa watak Jack Dawson itu hanya layak untuk Leonardo DiCaprio.

Walaupun 20the Century Fox dan Paramount Pictures mahukan Matthew McConaughey memainkan watak tersebut namun Cameron menolak mentah-mentah.

Dikatakan juga pelakon filem Home Alone, Macaulay Culkin adalah antara yang menjadi pilihan untuk membawakan watak tersebut.

Tetapi pengarah itu berasa yakin dengan kemampuan DiCaprio untuk melakonkan watak tersebut biarpun ramai yang meraguinya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Lawanya Tok Mudim di Indonesia

Posted: 02 Apr 2012 09:32 AM PDT

Sempena cuti sekolah, pastinya adik adik kita akan berkhatan. Bila sebut pasal tok mudim kanak-kanak mesti terbayangkan wajah tok mudin yang suka simpan misai tebal dan janggut panjang. Bila dia berdehem jer, pastinya semua akan senyap.

Kalau di Malaysia rata-rata Tok Mudim yang dapat kita lihat adalah seorang lelaki dan selalunya pasti sudah berusia untuk menyunatkan kanak-kanak lelaki pada musim-musim cuti sekolah.

Tetapi senario ini berlainan sekali dengan Indonesia di mana Tok Mudim untuk menyunatkan kanak-kanak lelaki adalah wanita yang lawa-lawa belaka mungkin sebagai langkah untuk bermain psikologi kanak kanak tersebut.

Cuba lihat gelagat Tok Mudim menjalankan tugas ketika menyunatkan kanak kanak.





Amboi, manis-manis orangnya.

Kalau macam ni lah orang yang ditugaskan untuk menyunatkan kanak-kanak, silap haribulan SI BAPA pun nak minta agar disunatkan sekali lagi, hahahahaha. Cuba kasi komen dan pandangan anda sikit...

Badang ditemui di Sarawak

Posted: 02 Apr 2012 09:10 AM PDT


Ketika dahulu, anda pernah dengar cerita badang, dimana badang boleh menumbangkan pokok hanya sekelip mata, kini manusia tersebut boleh ditemui di Negeri Sarawak, hampir 30% mempunyai kuasa yang luar biasa, pada mulanya kami ingat ini hanyalah mitos dan gambar tersebut telah diedit, tetapi sangkaan kami meleset, Badang memang benar benar wujud di Malaysia terutama Badang di Negeri Sarawak.

Cuba lihat betul betul gambar berikut dan teliti video yang disertakan dibawah. Perhatikan jejaka berbaju oren.



Apa komen anda?

Semak Hari Kematian Anda

Posted: 02 Apr 2012 02:38 AM PDT


Lagi tinggi teknologi, lagi mudah untuk kita ketahui kematian seseorang. Hebat tul, baru baru nie kecoh pasal kerajaan malaysia telah mewujudkan satu sistem membolehkan rakyat mengetahui tarikh kematian anda. Sama ada sistem ini benar benar berfungsi atau sebaliknya, tidak dapat disahirkan lagi.

Pada sistem ini , anda diperlukan untuk memasukan nama, tarikh lahir dan jantina anda. Kemudian tunggu, sistem tersebut akan proses untuk menentukan bila tarikh anda akan mati. WOW!! Paling penting anda jangan terpengaruh pula.

Fungi sistem ini tak dapat dipastikan motif sebenarnya. Apa pun anda boleh cuba Application Kerajaan jangka hayat anda ini.


Klik disini KETAHUI JANGKA HAYAT ANDA DI DUNIA

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Menanti penuh debaran

Posted: 01 Apr 2012 02:14 PM PDT

Hip

ZIANA ZAIN. Gambar bawah, Ziana
bersama trofi Bintang Paling Popular ABPBH 1995.

ZIANA ZAIN. Gambar bawah, Ziana bersama trofi Bintang Paling Popular ABPBH 1995.

Gembira, teruja kerana ABPBH2011 membawakan nostalgia indah kepada Ziana

MASIH basah dalam ingatannya kenangan manis 17 tahun lalu sewaktu dia menggenggam erat trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995. Hanya tangis syukur yang mampu diluahkan apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular, Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular, Penghibur TV Wanita Popular serta Bintang Paling Popular untuk tahun itu. Tidak perlu dipertikaikan pencapaian Siti Roziana Zain atau Ziana Zain mengungguli keempat-empat anugerah itu kerana dia sememangnya layak. Siapa yang boleh lupa kehebatan vokalnya dalam bidang nyanyian serta gaya lakonan yang cukup mantap menerusi filem pertama lakonannya, Sembilu.

Kemenangan bukanlah perkara yang menjadi keutamaan. Bagi saya apa yang lebih penting dapat berkumpul bersama rakan seperjuangan sambil meraikan mereka yang berjaya menambat hati peminat. - Ziana Zain, Penyanyi/pelakon

Namanya meniti dari bibir ke bibir dan tidak keterlaluan andai dikatakan populariti yang diraih Ziana waktu itu melayakkannya mendapat jolokan Diva. Malah ibu kepada empat orang cahaya mata ini pernah mencetuskan fenomena dalam dunia suatu waktu dulu.

"Sehingga kini saya masih belum dapat melupakan detik manis meraih banyak anugerah dalam satu masa sekali gus. Ibarat satu kejutan buat saya, tetapi saya bersyukur kerana dikurniakan kejayaan seperti itu.

"Alhamdulillah, saya sudah melalui saat itu dan saya amat berterima kasih kepada peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya seni saya," katanya sewaktu sesi fotografi bersama Hip.

Istimewanya ABPBH2011 edisi ke-25 ini, Ziana bersama artis lain yang pernah menyandang gelaran Bintang Paling Popular sebelum ini turut dipertandingkan untuk kategori Anugerah Sri Perak.
Selain Ziana ialah Aishah, Eman Manan, Zainal Abidin, Datuk M Nasir, Datin Sofia Jane, Datuk Siti Nurhaliza, Rosyam Nor, Saiful Apek, Nabil, Mawi dan Shaheizy Sam.

Ketika ditanya apakah perasaannya apabila kembali dicalonkan untuk anugerah yang ada kaitan dengan populariti, Ziana mengakui perasaannya bercampur baur.
"Apabila kembali bertanding dalam anugerah seperti ini, ingatan saya kembali ke zaman lampau iaitu zaman ABPBH 1995. Rasa gementar, takut dan pada masa sama saya teruja.

"Tak sangka yang saya akan bersaing dengan nama-nama besar seperti Datuk M Nasir, Datuk Siti Nurhaliza dan juga Aishah.

"Kemenangan bukanlah perkara yang menjadi keutamaan apabila saya disenaraikan untuk anugerah ini kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah dapat berkumpul bersama rakan seperjuangan sambil meraikan mereka yang berjaya menambat hati peminat dengan hasil kerja mereka,"kata Ziana.

Meskipun sudah suku abad acara anugerah yang menjadikan pembaca sebagai juri ini dianjurkan namun sehingga kini ABPBH masih terus kukuh menjadi acara terpenting dalam kalendar hiburan.

Mengulas perkara itu, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Madah Berhelah ini mengakui ABPBH bukan saja memainkan peranan dalam mengiktiraf populariti seorang artis tapi turut memberi impak terhadap perkembangan kerjaya mereka.

"Tidak dinafikan apabila kita menang di ABPBH, saham kita sebagai artis akan naik kerana populariti itu akan memudahkan kita untuk mendapatkan banyak tawaran kerja. Selain itu, dari situ kita dapat melihat sejauh mana kuatnya sokongan yang peminat berikan pada kita," ujarnya lagi.

Dalam meniti usia 44 tahun, penampilan Ziana masih seperti anak dara. Kecantikannya semakin terserlah di samping tubuhnya yang semakin langsing walaupun sudah beranak pinak. Melihatkan situasi itu mungkin ramai yang menyangka bahawa Ziana seorang yang terlalu taksub dengan kecantikan.

Bagaimanapun ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Ziana menafikan dia seorang yang terlalu menitikberatkan soal kecantikan.

"Biasanya kalau saya membeli sesuatu produk kecantikan itu, saya lebih mengutamakan soal lebih nilai. Contohnya walaupun sesuatu produk itu harganya beratus-ratus tetapi jika ia boleh digunakan untuk empat atau lima bulan, saya anggap produk itu cukup berbaloi untuk digunakan.

"Saya juga tak nafikan yang saya menggunakan teknik tertentu untuk memperbaiki wajah saya seperti amalan penggunaan vitamin C dan juga kolagen,"dedahnya.
Terlanjur bercerita soal penjagaan kecantikan, Ziana berkata jika tiada aral melintang, dia akan muncul dengan sebuah produk penjagaan dalaman untuk wanita.

"Buat masa ini kami masih dalam proses penghasilan produk berkenaan. Selepas sekian lama peminat saya bertanya apakah rahsia kecantikan dan amalan yang saya lakukan untuk kekal sihat dan bertenaga, produk ini akan menjawab segala pertanyaan itu,"katanya yang baru saja muncul dengan single terbaru berjudul Misteri Cinta, paduan suara bersama penyanyi Sohaimi Mior Hassan.

  • Tajaan solekan dan dandanan: Sheila Mohamad (sheilamohamad.webpress.com)
  • Tajaan pakaian: Rizman Ruzaini (rizmanruzaini.blogspot.com)
  • Kamal Adli kecil hati

    Posted: 01 Apr 2012 02:05 PM PDT

    Hip

    KAMAL Adli mengakui kecil hati dengan pengurusan syarikat Metrowealth International Group (MIG) kerana berasakan dirinya seperti menjadi mangsa pilih kasih.

    Kamal yang menandatangani kontrak dengan syarikat itu sejak dua tahun yang lalu, kali terakhir diberi peluang terbabit menjayakan filem terbitan syarikat itu pada tahun lalu menerusi filem Assalamualaikum Cinta yang digandingkan bersama Diana Amir. Selepas itu, dia lebih banyak menerima tawaran berlakon daripada produksi lain yang mengakui terpaksa menguruskan sendiri demi untuk meneruskan kerjaya seninya.

    ak perlulah saya menceritakan apa-apa mengenai pihak pengurusan saya. Sebelum ini pun sekiranya ada perkara yang tidak puas hati saya tidak pernah bersuara, malah bersyukur kerana masih dapat tawaran di luar. Sejak dulu sebelum menyertai MIG memang saya bergerak sendiri dan kini masih selesa dengan cara sekarang. - Kamal Adli

    Dia yang baru saja selesai mengikuti penggambaran filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham, tetap bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan masih ada sekali pun ditawarkan oleh syarikat luar.

    "Tak perlulah saya menceritakan apa-apa mengenai pihak pengurusan saya. Sebelum ini pun sekiranya ada perkara yang tidak puas hati saya tidak pernah bersuara, malah bersyukur kerana masih dapat tawaran di luar. Sejak dulu sebelum menyertai MIG memang saya bergerak sendiri dan kini masih selesa dengan cara sekarang.

    "Memang betul saya menyertai MIG dulu pun disebabkan Ahmad Idham. Saya begitu teringin bekerja dengannya, namun saya agak terlewat kerana selepas masuk MIG, dia (Ahmad Idham) baru saja menamatkan kontrak bersama MIG," katanya.
    Kamal kini masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun, mengakui menyertai MIG kerana mahu kerjayanya diuruskan dengan baik.
    "Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana menyedari MIG kini sudah mempunyai ramai artis, mungkin mereka begitu sibuk untuk menguruskan dan mempromosikan artis baru dan saya harus pandai menguruskan diri saya sendiri.

    "Namun tipulah kalau tidak ada langsung perasaan kecil hati, lebih-lebih lagi apabila pergi ke MIG dan ada saja dengar cerita filem yang baik bakal diterbitkan tetapi tiada nama saya. Kadang-kadang ada filem yang begitu teringin saya berlakon kerana ia bakal menguji kebolehan saya, namun faham bukan rezeki dan tiada nama saya di situ.

    "Bagaimanapun saya sentiasa menunggu panggilan daripada MIG untuk menawarkan apa-apa projek filem untuk saya," katanya yang ditemui pada majlis sidang media teater Gerimis Mengundang yang bakal diterajuinya pada 27 Mac hingga 8 April di Istana Budaya.

    Di sebalik itu juga, Kamal pernah menyahut cabaran daripada majikannya untuk menguruskan badan kerana bakal terbabit dengan filem aksi yang memerlukan dia beraksi dan cabaran itu disahut dengan baiknya.

    "Dulu berat badan saya 86 kilogram dan majikan menyuruh saya diet kerana ada filem aksi yang bakal saya bintangi, namun sebaik saya dapat menurunkan berat badan sehingga 75 kilogram, filem itu tidak jadi untuk diterbitkan.

    "Berat badan saya betul-betul susut sejak saya mengikuti penggambaran filem Gerimis Mengundang dan sehingga kini saya masih berusaha untuk menurunkan lagi berat badan serendah yang boleh," katanya.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Gambar & video gol Kelantan vs Felda United 2012

    Posted: 01 Apr 2012 05:31 AM PDT

    su 03.1 Gambar & video gol Kelantan vs Felda United 2012

    Penyerang import Kelantan, Nwoha Onyekachi (kiri) diasak pemain Felda United di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu, semalam

    Video gol Kelantan vs Felda United 2012 – Liga Super Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Gambar Zizan beli kereta baru Mitsubishi Evo 10

    Posted: 01 Apr 2012 10:42 PM PDT

    Mitsubishi Evo 10 zizan
    Wah! murah rezeki zizan raja lawak ni nampaknya.. dengarnya zizan baru sahaja membeli sebuah kereta baru Mitsubishi Evo 10 di Mutiara Motor Larkin yang juga kepunyaan suami kepada Juliana Banos.. Zizan bukan setakat beli, tetapi kereta Mitsubishi Evo 10 tu juga sudah di tuned up kan dengan Performance Part M7 Japan, dan hasilnya kuasa kuda kereta baru zizan ni boleh mencapai ke 480hp (horse power)..

    Huh! laju betul kereta baru Zizan ni kan.. Senang la Zizan nak balik Terengganu lepas ni.. sekejap je dah sampai kampung.. MyGosip rasa zizan ni memang peminat kereta berkuasa tinggi agaknya.. kereta zizan sebelum ni pun boleh tahan juga.. Rasa-rasa korang apa la yang zizan buat dengan kereta Subaru Impreza WRX STI dia yang lama tu kan?.. Apa-apa pun jom kita layan gambar zizan dengan kereta Mitsubishi Evo 10 baru dia kat bawah ni… Memang gempak kereka baru Zizan ni..

    kereta Mitsubishi Evo 10 zizan

    roadtax kereta baru zizan

    kereta baru zizan

    kereta zizan Mitsubishi Evo 10

    Mitsubishi Evo 10 kereta baru zizan

    zizan dan kereta baru Mitsubishi Evo 10


    Gambar di majlis pernikahan Azza Elite dan Azlan

    Posted: 01 Apr 2012 07:00 PM PDT

    Gambar di majlis pernikahan Azza Elite dan Azlan
    Tahniah buat Azza Elite kerana telah selamat bernikah dengan kekasihnya, Azlan Zulaily yang juga seorang pramugara di AirAsia pada hari Ahad yang lalu di Masjid Bukit Antarabangsa.. Dengan hanya 3 kali lafaz, Azza telah sah menjadi isteri kepada Azlan.. Wah! 3 kali lafaz tu, mesti gugup kan, maklum la 1st time.. Pada majlis pernikahan tu, Azza yang diwalikan oleh bapanya menerima RM300 sebagai wang mas kahwin..

    Selain itu Azza juga menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sireh junjung, cincin dan seutas rantai, satu set wangian Gucci Guilty, handbag Gucci, senaskhah Al-Quran, manisan coklat, buah-buahan dan wang hantaran berjumlah RM10,000…

    Manakala pihak lelaki pula menerima sebelas dulang hantaran yang terdiri daripada sireh junjung, satu persalinan dan wangian Gucci, beg dan tali pinggang kulit Gucci, sejadah, manisan, buah-buahan dan sebentuk cincin..

    Majlis pernikahan Azza ni diadakan secara sederhana tetapi meriah yang turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan rapat sahaja termasuklah rakan artis.. antara rakan artis yang hadir ialah Shasha Sahidin, Watie Elite, Rozita Che Wan dan Umie Aida…

    Majlis resepsi Azza yang akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak masih lagi dirahsiakan tarikhnya dan mereka akan umumkan tarikhnya secepat yang mungkin selepas ni.. MyGosip harap pernikahan kali kedua Azza ni akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar di majlis pernikahan Azza Elite kat bawah ni…

    azza nikah

    pernikahan azza

    gambar azza nikah

    gambar pernikahan azza

    majlis azza nikah

    majlis pernikahan azza elite

    azza elite nikah


    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Mahu tiru macam ZZ?

    Posted: 01 Apr 2012 07:32 AM PDT

    KEANGGUNAN dirinya selalu mengundang rasa cemburu ramai wanita. Pada usia 40-an malah lebih tepat lagi bakal meraikan ulang tahun hari lahir ke-44 pada tanggal 2 Mei ini, penampilan Siti Roziana Zin@Zain, masih tetap 'bergetah'!

    Sememangnya, dia amat menghargai tubuhnya itu sejak zaman remaja lagi namun sesudah bergelar isteri dan ibu kepada empat anak, Ziana (ZZ) melihat tiada alasan baginya untuk terus mengekalkan bentuk tubuh yang cantik.

    Bagi yang pernah melihat bagaimana 'besarnya' Ziana ketika mengandungkan anak kembarnya dulu, tentu rasa terpegun melihat bagaimana dia boleh kembali langsing seperti mana sekarang.

    Kata penyanyi Puncak Kasih dan Madah Berhelah ini, untuk kekal 'bergetah' semua itu memerlukan pengorbanan dan disiplin yang tinggi.


    "Saya ini kuat makan orangnya. Kalau ikutkan nafsu semuanya kita hendak jamah. Namun menyedari bahawa status saya sebagai selebriti dan jurucakap produk, seharusnyalah saya kena berdisiplin soal makan dan mengamalkan senaman yang mudah.


    "Orang selalu cakap, artis ibaratnya satu produk maka sesuatu produk itu mestilah menarik bungkusannya. Paling utama, bukan cantik di mata masyarakat saja, apabila kita perempuan sudah berkahwin, kenalah cantik di mata suami itu penting. Lebih bererti daripada itu kita perlu menyayangi diri kita sendiri, maka tunjukkan rasa sayang dengan menjaga kesihatan diri.

    "Dalam pada semua huraian itu, sangat mustahak untuk kita menjaga hati kita agar selalu tenang dan gembira. Jangan cantik luaran saja tapi di dalamnya 'hancus'! Kecantikan dalaman itulah yang lebih abadi dan membuatkan wajah kita berseri-seri.

    "Berbalik kepada topik tadi, di sebalik sifat saya yang suka makan ini saya akan berpuasa atau berpantang nasi serta mengambil makanan seimbang terutamanya banyakkan makan sayur-sayuran untuk memastikan sentiasa memperoleh berat badan yang ideal. Saya juga pastikan kena bersenam," katanya yang banyak mendapat petua daripada ibu dan ayahnya.

    Tambah wanita yang sejak dulu mesra disapa Ziana itu, tubuh badan yang cantik haruslah selari dengan penjagaan wajah agar sentiasa kelihatan segar.

    Katanya tidak perlu membuat pembedahan wajah atau kosmetik, cukup sekadar mengambil makanan sampingan yang diuji sahih keberkesanannya.

    Jadi, peminat Ziana dan wanita di luar sana juga tidak perlu gusar kerana tidak lama lagi penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini akan melancarkan produk dan petua kesihatannya.

    "Jenamanya masih lagi difikirkan kerana saya percaya selain keberkesanan produk pilihan jenama yang tepat salah satu strategi dalam pemasaran yang berpanjangan.

    "Dua jenis produk kesihatan yang diberi fokus adalah kolagen yang bertindak sebagai anti-penuaan. Semakin meningkat umur kita meningkat, semakin kuranglah kolagen dalam badan kita.

    "Justeru makanan sampingan ini dapat membantu mereka menambah kolagen seterusnya kekal muda. Satu lagi adalah produk kapsul untuk kebahagiaan suami kita. Saya menjadikan diri saya sendiri sebagai bahan ujian," katanya.

    Mendengar bicara Ziana yang tidak pernah lekang dengan senyuman meleret itu, sejenak terlintas mungkin kebijaksanaannya menjaga penampilan diri membuatkan dia terus relevan dengan persada seni hiburan. Sukar tercabar dek mana-mana pendatang baru kerana kalau sebut soal vokal, Ziana Zain hanyalah satu - tidak seperti sesetengah artis terkenal lain yang ada ramai klon terutama dari sudut suara.

    Membongkar lagi rahsianya mengekalkan nama di gelanggang anak seni yang penuh ranjau, Ziana sering berpesan kepada dirinya sendiri untuk melihat rumput di bumi.

    "Alhamdulillah saya masih ingat asal-usul saya. Dulu macam mana rupa saya, cara saya berpakaian dan bagaimana saya hendak 'survive' ke hulu dan ke hilir ditemani abah saya, Pak Zain.

    "Kesusahan hidup keluarga kami, selalu membuatkan saya sedar dan bersyukur. Saya masih ingat, kata mak dan abah, segala kemasyhuran dan kekayaan yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata. Bila-bila saja Tuhan boleh tarik balik.

    "Kalau kita rasa kita bagus, ada orang lebih bagus daripada kita. Buat apa nak sombong. Kan lebih elok kalau kita merendah diri kerana ia akan meninggalkan sejarah yang manis kepada karier kita. Esok lusa anak-anak kita membesar, mereka pula akan membaca kisah hidup kita. Kalau dilabel dengan pelbagai gelaran yang tak baik, bukankah ia memberi kesan kepada anak-anak di masa depan?

    "Sekarang saya berada dalam zon yang sangat selesa. Menjadi ibu, isteri, anak dan kakak kepada adik-adik. Dulu saya tidak tahu sangat apa yang saya cari dalam hidup ini tapi sekarang semua bagai sudah lengkap saya bersyukur dengan nikmat Allah SWT," katanya.

    Kunjungan Ziana ke Balai Berita, Khamis lalu, turut berita yang lebih penting kerana selain bakal beraksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad ini, dia juga tercalon dalam kategori Anugerah Seri Perak bersama artis lain yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular.

    Dari segi persembahan, Ziana akan menyanyi lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu bersama Lan Meet Uncle Hussain.

    "ABPBH2011 seronok kerana kita dapat jumpa kawan-kawan lama. Saya dengar persembahan tahun ini hebat-hebat belaka.

    "Berkenaan Anugerah Seri Perak pula, saya tidak terlalu mengharap sebab tercalon pun sudah satu pengiktirafan buat saya - tanda orang masih ingat dengan saya," jelasnya.

    Beralih kepada karier lakonan pula, Ziana tidak menolak jika mendapat tawaran yang menarik selepas beraksi dalam filem muzikal Magika dengan watak Nenek Kebayan.

    Apa yang menarik, Ziana kini dalam perancangan album solo terbaru yang akan ditebitkan oleh adiknya, Anuar Zain.

    "Semua ini idea Nua (Anuar). Dia tanya, Along tak mahu buat album baru ke? Saya jawab memanglah mahu, lalu dia menawarkan diri untuk menjadi produser.

    "Untuk album ini saya mahukan lima lagu saja tapi Nua cakap biar lapan lagu. Kita tunggu perkembangannya nanti," ujar Ziana.




    Mara dengan Boyfriend

    Posted: 01 Apr 2012 07:22 AM PDT

    BINTANG pop remaja berwajah keanak-anakan Justin Drew Bieber, 18, kini tampil dengan single terbaru bertajuk Boyfriend dan turut berduet bersama Mike Posner bagi memberi kelainan menerusi album terbarunya nanti, Believe yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat.

    Menerusi Boyfriend pendengar boleh membuat perbezaan yang lagu itu bakal mengubah persepsi masyarakat yang selama ini mengatakan Bieber hanya 'menjual' muka dan gaya rambut perangnya semata-mata dan bukannya bakat.

    Namun sudah lumrah ketika saat ada yang menyukai dan menyanjungnya, Bieber tidak lepas menjadi mangsa mereka yang membenci. Buktinya menerusi laman sosial facebook diwujudkan akaun I Hate Justin Bieber.

    Kini suara Bieber cukup matang dan dewasa sehingga pada peringkat awal ramai yang tidak menyangka lagu Boyfriend dinyanyikan olehnya namun selepas mendapat kepastian dengan melihat sendiri rakaman video ketika dia merakamkan lagu ini, barulah orang ramai mula mempercayainya.


    Sesuai dengan dirinya yang semakin dewasa album Believe dilihat akan mengubah muzik pop yang selama ini menjadi perintis utama dalam setiap pembikinan album Bieber yang terdahulu kerana terdapat beberapa elemen baru yang dimasukkan.


    Walaupun sebelum ini, peminat sudah biasa dialunkan dengan lagu 'ala budak-budak' dari Bieber, mereka harus menerima perubahan vokal dan suaranya sejajar usianya.

    Baru saja menyambut kelahiran yang ke-18, Bieber menerima kereta mewah jenis Frisker Karma 2012 yang mempunyai panel solar di bahagian bumbung daripada pengurusnya, Scooter Braun, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Bieber kepada Usher pada 2008.

    Mula menjadi sebutan ramai apabila rakaman video nyanyiannya di YouTube mendapat perhatian di seluruh dunia, Scooter dan Usher tidak teragak-agak melamar Bieber dengan menanda tangani perjanjian syarikat rakaman Taymond Braun Media Group pada tahun sama.

    Bakat yang dimiliki anak didik Usher itu tidak boleh dinafikan kerana dia juga boleh bermain alat muzik seperti dram dan gitar, malah Bieber juga boleh menulis lirik dan berlakon kerana dia pernah muncul dalam beberapa siri televisyen, antaranya CSI.

    Fenomena yang dicetuskan Bieber nyata memberi impak kepada dunia seni apabila dia turut menjadi mangsa gosip liar oleh mereka yang cemburu dengan kejayaan yang dimilikinya.

    Walaupun begitu penyanyi berasal dari Kanada itu tetap kental meneruskan perjuangan sebagai anak seni lebih-lebih lagi apabila dia disokong peminat fanatiknya yang diberi gelaran Beliebers.

    Oleh itu tidak hairanlah jika di laman twitter saja Bieber mempunyai hampir sembilan juta pengikut manakala pada Fan Page Fecebook pula seramai 25.5 juta orang menyukainya.

    Malah akhbar The Observer terbitan United Kingdom juga melaporkan populariti Bieber dalam rangkaian sosial lebih berpengaruh berbanding Barack Obama dan Dalai Lama.

    Bintang yang sedang menyulam kasih dengan pelakon dan penyanyi jelita Selena Gomez itu juga pernah dinamakan sebagai orang yang paling banyak dicari menerusi sistem carian internet Bing tahun lalu.

    Selain daripada kejayaan nyanyiannya, filem 3D Never Say Never dijadikan modal untuk terus mendekatkan dirinya dengan peminat apabila ia digarap dalam bentuk dokumentari yang memuatkan rakaman persembahannya ketika siri konsert My World Tour termasuk Malaysia.

    Paling menarik perhatian apabila ia turut memuatkan visual artis itu menyanyi dan bermain alat muzik pada zaman kanak-kanak yang dirakamkan oleh ahli keluarganya.

    Antara lagu yang popularnya adalah Baby, Never Say Never, U Smile, Never Let You Go, Eenie Meenie, Somebody To Love, Pray, dan Love Me.