Adsense

Isnin, 2 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Lima Wanita Permainkan Cinta Amir (Raja Lawak)

Posted: 02 Apr 2012 07:13 PM PDT

Amir
KUALA LUMPUR: Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.
"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri," katanya.
Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.

Amir (kiri) kini mengndalikan program lawak Super Spontan. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.
"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.
"Lagipun saya pegang dengan kata-kata "tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup". Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.
Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.
"Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya.
"Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya.

----

Johan As'ari Jawab Tuduhan Semakin 'Besar Kepala'

Posted: 02 Apr 2012 07:12 PM PDT

Johan As'ari.
PETALING JAYA:Pelakon Johan As'ari meluahkan rasa kesal apabila timbul dakwaan kononnya dia semakin "besar kepala" termasuklah mula menolak beberapa tawaran berlakon yang diberikan kepadanya.
Johan berkata dia tidak pernah menolak mana-mana tawaran tanpa sebab sebaliknya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu sama ada mampu atau tidak untuk terlibat dalam mana-mana drama yang ditawarkan.
"Saya mengaku ada beberapa tawaran lakonan yang terpaksa saya tolak kerana takut tidak dapat memberikan komitmen kepada pihak produksi yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
"Malah saya ralat tidak dapat menjayakan beberapa drama daripada syarikat produksi besar tetapi tuduhan mengatakan saya sudah besar kepala itu amat menyedihkan saya," ujarnya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Johan diminta mengulas desas desus yang mengatakan dia semakin besar kepala sejak kebelakangan ini selain mula memilih watak yang ditawarkan kepadanya oleh syarikat produksi tempatan.
Tambah Johan, dia juga tidak pernah memilih watak yang diberikan kepadanya kerana menyedari dia adalah pelakon baru dan tidak layak untuk menilai mana-mana watak terlebih dahulu.

Sebaliknya dia ingin menerima semua tawaran yang datang kerana mahu mempelajari selok-belok dunia lakonan yang dianggap masih baru.
"Drama pertama saya iaitu Juvana kebetulan meletup dan nama saya meniti di bibir peminat tetapi itu tidak bererti saya sudah bagus dalam lakonan kerana ia adalah percubaan pertama saya.
"Tetapi sejujurnya saya memang tidak mampu untuk menerima semua projek yang diberikan kepada saya. Saya sedar kemampuan diri saya," katanya.
Dalam pada itu, Johan memberitahu, dia tidak pernah berubah sikap sejak bergelar pelakon dan tidak memahami mengapa ada pihak sanggup menuduh sedemikian rupa.
Bagaimanapun Johan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu kerana keluarga dan rakan-rakan yang mengenalinya lebih tahu siapa diri dia yang sebenar.
"Ini bukan kali pertama saya dengar orang menilai buruk tentang saya. Apa nak buat, saya tak berhak untuk menutup cakap orang. Mereka kata macam tu kerana tidak mengenali saya secara dekat," ujarnya.

----

Datuk K Tertekan Spekulasi Kahwin Rozita Che Wan

Posted: 02 Apr 2012 07:08 PM PDT

Siti Nurhaliza.
SUBANG JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K agak tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan.
Siti berkata, disebabkan suaminya seorang ahli korporat, beliau sering berjumpa dengan klien dan mereka kerap bertanyakan desas-desus berkenaan sehingga membuatkan fikiran Datuk K benar-benar terganggu.
"Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan," ujarnya selepas ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza - Istimewa Hari Ibu di sini pada Isnin.
Siti diminta mengulas mengenai dakwaan terbaru yang disebarkan oleh beberapa blog hiburan kononnya Datuk K bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan.
Rozita dalam masa sama turut menepis fitnah tersebut dan menganggap ia bertujuan untuk mengaibkan dirinya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia mempercayai keikhlasan Datuk K dan tidak pernah mempunyai perasaan curiga kerana mereka sering bersama.
"Saya kenal siapa Datuk K kerana dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama," ujar Siti.
Jelas Siti, ketika gosip tersebut tersebar dia tidak pernah bertanyakan perkara itu kepada suaminya kerana menganggap ia sebagai satu fitnah semata-mata.
Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid.
Malah beliau percaya jika perkara itu dibangkitkan, ia akan merosakkan rumah tangga mereka.
Sementara itu, ditanya adakah beliau ada berbincang dengan Rozita mengenai tuduhan itu, Siti memberitahu dia tidak perlu berbuat demikian.
"Rozita juga adalah mangsa dan hubungan kami tidak mempunyai sebarang masalah. Rozita sendiri sudah menafikan perkara itu dan tidak perlu rasanya untuk saya berjumpa dan meminta penjelasan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan sambutan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu pada 13 Mei depan di Hotel Grand Dorsett di sini.
Siti berkata, beliau teruja untuk mengadakan persembahan berkenaan selepas kali terakhir menghiburkan para ibu pada tahun 2007.
"Kebetulan pada tarikh itu saya tidak ada sebarang aktiviti dan jemputan daripada pihak penganjur benar-benar menarik minat saya untuk menghiburkan para ibu pada hari istimewa itu nanti," ujarnya.
Tambah Siti, dia akan membuat persembahan selama 45 minit dengan pelbagai seleksi lagu lama dan baru sesuai dengan tema pada majlis berkenaan.
Tiket bagi mengikuti majlis berkenaan dijual dengan harga RM1,000, RM500, RM400, RM300 dan RM250 seorang.
Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotel Grand Dorsett di talian 03-5031-6060 atau 019-690 3767 (Anis), 019-3838 115 (Ros) atau pun boleh melayari Facebook 'Hari Ibu Bersama Datuk Siti Nurhaliza 2012' untuk maklumat lanjut.

----

Pelakon Wanita Lesbian Bertattoo

Posted: 01 Apr 2012 09:58 PM PDT

Pasti ramai yang tertanya tanya siapakah gerangan pemilik nama Fatin Nur Afifah. Jika anda tidak ingat atau kenal siapa Fatin Nur Afifah ini, beliau merupakan antara 5 watak utama dalam filem Tentang Bulan.

Kembali ke September 2011 dimana pelakon kanak kanak popular ini membuat pengakuan cinta sejenis.

Menurut satu sumber kami yang rapat dengan Fatin Nur Afifah atau Effy ini, beliau sudah tidak lagi bersama dengan kekasih pengkid bernama Putt itu.

Malah, blog yang menjadi medan untuk Fatin Nur Afifah meluahkan rasa cinta beliau terhadap kekasih pun sudah tidak wujud lagi.

Yang tidak sedap untuk didengar adalah Fatin Nur Afifah ini sudah pun cinta mati terhadap Putt sehingga sanggup mengabadikan nama kekasih sejenis itu melalui tattoo dibadan muda beliau.

Untuk menambahkan perisa dalam kisah selepas percintaan epik mereka, Putt dikhabarkan memiliki gambar lucah Fatin Nur Afifah dan telah mengugut untuk sebarkan di internet jika gadis ini melakukan sesuatu perkara yang jejaskan nama baik pengkid itu.












Sumber ROTIKAYA
----

Aril Sanggup Jadi Bahan Eksploitasi Ahmad Dhani

Posted: 01 Apr 2012 07:30 PM PDT

Aril sanggup diperlakukan apa sahaja pada imej dan muzik demi perkembangan kerjaya nyanyiannya. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus mengakui dia rela dan sanggup menjadi bahan eksploitasi komposer dan penerbit muzik dari Indonesia, Ahmad Dhani demi perkembangan kerjaya nyanyiannya.
Pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus, 27, itu berkata peluang untuk bekerjasama dengan komposer itu bukan perkara mudah.
Namun, dia percaya sentuhan dan kreativiti bekas anggota kumpulan Dewa 19 itu mampu menjadikan dirinya seornag penyanyi yang lebih baik dan berbeza selepas ini.
"Peminat muzik tanah air kenal pada karya Ahmad Dhani dan setiap sentuhannya adalah berbeza dan terkini. Saya rela diperlakukan apa sahaja demi kerjaya nyanyian saya tidak kiralah imej, genre muzik atau apa pun.
"Kalau dia meminta saya menetap di Indonesia untuk berguru dengannya atau menjadi vokalis kumpulan muzik yang baru ditubuhkan, saya akan buat semua itu.
"Ini adalah peluang emas saya untuk mengembangkan kerjaya di bawah bimbingan individu kreatif dan disegani seperti Ahmad Dhani," katanya.
Penyanyi lagu Anugerah Terindah itu berkata peluang bekerjasama dengan Ahmad Dhani adalah pemangkin kepada perubahan kerjaya nyanyiannya kelak.
"Saya yakin dia akan bantu dalam mentransformasi muzik dan perjuangan seni saya mengikut kesesuaian dan selera semasa.
"Saya tahu kemampuan dan kekuatan saya dan aspek itu pasti dapat diperkemaskan untuk perubahan yang lebih segar selepas ini," katanya.
Ketika ditanya mengenai persaingan sengit yang bakal dihadapi bersama dua lagi bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Hafiz dan Akim dalam kumpulan yang sama, Aril berkata ia adalah peluang terbaik untuk mereka bersatu kembali selepas tiga tahun.
"Saya tidak fikir penyerapan kami bertiga di bawah satu kumpulan adalah permainan yang sengaja dirancang oleh produksi Mania.
"Mungkin penyerapan saya dalam kumpulan ini seperti dirancang tetapi Ahmad Dhani sudah terlebih dahulu memilih Akim (minggu pertama) dan Hafiz (minggu kedua) sebelum saya diserap masuk.
"Penyatuan kami bertiga adalah persaingan yang sihat. Kami sangat serasi dan tahu perangai dan kemampuan masing-masing. Jadi tidak timbul isu saya bimbang atau tergugat dengan Hafiz atau Akim," katanya.
Selain mereka bertiga, Atilia dan kumpulan Estranged turut terpilih menyertai empayar muzik Ahmad Dhani.

----

Dilamar Pihak Luar Kerana YouTube, Shila Amzah Belum Bersedia

Posted: 01 Apr 2012 07:29 PM PDT

Shila Amzah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah berkata dia masih belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya di pentas antarabangsa walaupun ada menerima pelbagai tawaran daripada pihak luar yang tertarik dengan bakatnya menerusi pautan klip video nyanyiannya di laman You Tube.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata pautan pelbagai klip video tersebut sebaliknya bertujuan sebagai medan komunikasi dengan para peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur.
"Asalnya, saya memuat naik klip video-klip video itu adalah untuk berkomunikasi dengan para peminat. Saya dapat membaca dan menjawab respons mereka menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada laman tersebut.
"Tidak sangka pula, klip video nyanyian saya itu turut mendapat perhatian daripada wakil-wakil syarikat rakaman di luar negara yang menawarkan peluang untuk saya memulakan kerjaya di luar.
"Tetapi, pada waktu ini sejujurnya saya belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya ke luar negara, selagi nama saya belum kukuh pada industri muzik sendiri," katanya .
Penulis lagu berusia 22 tahun itu berkata keutamaannya kini adalah untuk melebarkan potensi diri sebagai pengkarya muda menerusi muzik dan personalitinya.
"Peluang untuk menembusi pentas antarabangsa itu akan datang lagi pada masa akan datang jika memang sudah tertulis rezeki saya ke luar.
"Buat masa ini, biarlah saya mengukuhkan diri dan bakat yang ada, selain melonjakkan jenama saya pada khalayak yang lebih luas di Malaysia," katanya yang pertama kali memuat naik klip video nyanyian lagu Patah Seribu pada Mei 2010.
Aksi Shila ketika menyampaikan lagu Set Fire To The Rain pada konsert ketiga Mania, malam Sabtu. 
Ditanya adakah pendekatan tersebut membantu dalam meningkatkan jumlah peminat, anak kepada penyanyi ND Lala ini mengakui ia adalah langkah berkesan yang membuatkan dia semakin dikenali pada hari ini.
"Kalau sebelum saya memuat naik klip video nyanyian di YouTube, jumlah peminat di laman Twitter dan media sosial lain sekitar 50,000 orang.
"Tetapi selepas dua tahun, ia menunjukkan penerimaan yang positif daripada khalayak umum. Kini, jumlah pengikut di laman sosial sudah mencecah sekitar 200,000 orang," katanya.
Terbaru, Shila yang bakal bekerjasama dengan komposer Datuk M. Nasir dalam programMania menyifatkan peluang itu sebagai platform terbaik untuk memantapkan dirinya.
"Secara kebetulan, saya dan Datuk adalah penyanyi dan penulis lagu, jadi gandingan ini pasti memberikan perkongsian idea yang baik untuk saya.
"Kalau pun saya hanya mendapat 10 peratus perhatian dan bimbingan daripada Datuk, ia adalah input besar yang sangat bernilai.
"Kita pun tahu, bukan mudah untuk mencuri perhatiannya jika kita hanya menyanyi di luar sana dan tidak terlibat atau bekerjasama dengannya secara langsung," katanya.

----

9 Tahun Beza Umur Tidak Halang Azza (Elite) dan Azlan Bina Rumah Tangga

Posted: 01 Apr 2012 07:26 PM PDT

Sama cantik sama padan, pasangan pengantin baru Azza (Elite)
AMPANG: Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga.
Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya.
"Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.
Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan.

Jarak usia sembilan tahun tidak menghalang Azza dan Azlan bersatu sebagai suami isteri.
Wang hantaran sebanyak RM10 ribu.
Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.
Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu.
Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang.
Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.
Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi.
Majlis diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti pelakon Rozita Che Wan (kiri), Watie Sadali (tengah, berselendang putih) dan Mak Jah.
Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.
Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

----