Adsense

Isnin, 2 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Pelakon Propa Diganggu Suami Orang

Posted: 02 Apr 2012 11:12 PM PDT

Attention seeker atau kaki propa! Itu adalah antara gelaran yang boleh disemburkan kepada pelakon wanita yang cuba mencipta kontroversi.

Sebelum ini dia pernah menabur cerita kononnya seorang jejaka bertaraf vvip sering mengajaknya keluar sampai sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan perhatiannya. Sedangkan, jejaka itu tidak pernah melayan kerenah pelakon ini kerana sudah mempunyai kekasih yang memang cantik orangnya.

Tak dinafikan, kontroversi sedemikian sedikit sebanyak menaikkan nama pelakon sehingga menarik perhatian seorang pengarah. Apa taknya, kisah vvip itu digantikan pula dengan kisah cinta bersama seorang pengarah yang memang kacak orangnya. Barangkali terlampau profesional sampai ke mana-mana orang sering melihat mereka bersama.

Tak cukup dengan itu, pelakon ini dengan bangganya melayangkan kisah propa yang terbaru kepada krew produksi. Menurut sumber, pelakon ini menayang mesej di Blackberry Messenger (BBM) kononnya dia kini menjadi perhatian lelaki berstatus datuk, suami kepada seorang hos rancangan tv. Dikhabarkan, lelaki itu cuba mengajak pelakon ini keluar dating berdua bersama.

Haih, pelakon ni tak kenal erti serik nampak gayanya. Yang pelik, dia nak dikaitkan dengan lelaki yang ada status sahaja. Barangkali, dia ingat dia ni taraf sosialit sangat kot…

Foto: Sekadar Penyedap Mata

Tuesday Trailer : Street Dance 2 3D Mengancam Adrenalin!

Posted: 02 Apr 2012 09:50 PM PDT

Filem bertemakan tarian seakan tidak lapuk ditelan dek zaman apabila ia sentiasa menjadi pilihan utama di hati peminat filem seluruh dunia. Sambutan terhadap filem sebegini dapati dibuktikan melalui jumlah kutipan untuk tema seangkatan dengannya yang sering mencecah kutipan box office.

Street Dance 2 3D, merupakan buah tangan terbaru hasil sentuhan 2 orang pengarah iaitu Max Giwa & Dania Pasquini akan menjengah layar perak mulai 30 Mac 2012. Filem ini menjanjikan adrenalin bagi setiap aksi-aksi yang 'wow' sekaligus membuatkan anda, sebagai penonton melekatkan dengan jalan cerita yang sangat menarik.

Sekuel kedua terbitan Vertigo Films ini berkisarkan penari jalanan, Ash (Hentschel) telah dimalukan di khayalak ramai oleh krew tarian yang berasal daripada Amerika, Invincible. Bagi membuktikan bakatnya, Ash & Eddie (George Sampson) menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari penari terbaik sebagai krew baru, dan mereka menjanjikan stail tarian yang tak dijangka.

Street Dance 2 3D juga menjalani pengambaran di beberapa lokasi utama bagi memberikan perspektif yang lebih menarik bagi setiap stail tarian yang dipertontonkan. Perkembangan jalan cerita sekuel ini turut menyaksikan hero utama telah jatuh cinta dengan seorang penari Salsa yang cantik disamping diaberjaya menemui erti sebenar kesungguhan untuk berjaya sebagai penari bertaraf dunia.

Enjoice trailer berdurasi 1 minit, selepas ini.