Utusan Online - Hiburan |
Cabaran pelayaran baru dalam 3D Posted: Cabaran pelayaran baru Titanic dalam 3DOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL FILEM percintaan antara dua darjat yang menjadi tunjang utama Titanic telah meletakkannya dalam kelompok filem-filem klasik sepanjang zaman. Biarpun sudah 15 tahun berlalu, ramai yang terus memperkatakan tentang Titanic yang kini berada dalam kelompok filem-filem berstatus klasik seperti Gone With The Wind (1939) dan Casablanca (1942). Cukup menyedari Titanic sebuah naskhah agung James Cameron dan pencinta sinema dunia, maka itu, dia dan sahabatnya yang juga penerbit filem tersebut, Jon Landau kembali melayarkan Titanic ke pawagam. Lebih mengagumkan apabila karya itu diterbitkan semula dalam versi tiga dimensi (3D) yang kini menjadi satu budaya popular dalam pembikinan filem di dunia. Apabila memperkatakan tentang 3D, ia bukanlah sesuatu yang baru buat Cameron yang dilihat sebagai pelopor kepada filem-filem dalam versi itu. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
Posted: Kemasyhuran Leonardo, KateOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL TITANIC telah memasyhurkan nama Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet ke seluruh dunia. KEBERANIAN James Cameron bukan hanya terletak kepada penghasilan filem Titanic semata-mata tetapi juga percaturannya memilih bintang utama filem itu. Sememangnya sejak awal Cameron telah membayangkan bahawa watak Jack Dawson itu hanya layak untuk Leonardo DiCaprio. Walaupun 20the Century Fox dan Paramount Pictures mahukan Matthew McConaughey memainkan watak tersebut namun Cameron menolak mentah-mentah. Dikatakan juga pelakon filem Home Alone, Macaulay Culkin adalah antara yang menjadi pilihan untuk membawakan watak tersebut. Tetapi pengarah itu berasa yakin dengan kemampuan DiCaprio untuk melakonkan watak tersebut biarpun ramai yang meraguinya. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |